Parti Wawasan Negara Bahagian Bangi

Parti Wawasan Negara Bahagian Bangi

Share

political page

08/10/2026

Selangor milik kita semua.

Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat Selangor berdepan cabaran yang sama seperti kos sara hidup yang semakin menekan, perumahan yang tidak mampu dimiliki, peluang pekerjaan yang semakin meruncingkan dan masa depan anak-anak kita yang tidak menentu.

Jangan hanya melihat. *Kenali, semak dan nilai.*

Wawasan Negara Selangor membawa gagasan untuk masa depan yang lebih baik.

*Masa depan Selangor, kita nilai bersama.*

07/10/2026
Photos from Parti Wawasan Negara Bahagian Bangi's post 05/10/2026

πŸ“… ISNIN | 5 OKTOBER 2026

SEMBANG SANTAI KETUA-KETUA CAWANGAN DALAM BAHAGIAN BANGI DAN SUAI KENAL KETUA PEMUDA DAN KETUA WANITA BAHAGIAN BANGI

Alhamdulillah, Wawasan Negara Bahagian Bangi telah mengadakan sesi sembang santai Ketua -Ketua Cawangan Dalam Bahagian Bangi dan suai kenal Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Bahagian. Tuan Bakhtiar bin Mohd Annuar selaku Ketua Bahagian mengetuai sesi sembang santai dan suai kenal ini.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah hal ehwal keahlian, penubuhan Jawatankuasa di peringkat Bahagian dan Sayap Bahagian serta perancangan program bagi memperkukuh gerak kerja dan organisasi Wawasan Bahagian Bangi.

Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada:

πŸ”Ή Pn Nani binti Marjan- Ketua Wanita
πŸ”Ή Sdr. Tajul Aslam bin Tajuddin- Ketua Pemuda

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada gerak kerja yang lebih tersusun, semangat kebersamaan yang lebih utuh serta pengukuhan organisasi Wawasan Negara Bahagian Bangi.

Insya-Allah, dengan kesepakatan, keikhlasan dan komitmen semua, kita bersama-sama membina WAWASAN NEGARA BAHAGIAN BANGI yang kukuh, bersatu dan terus melangkah ke hadapan.

*Bersatu dalam Wawasan Berkhidmat Untuk Negara*

01/10/2026

TuankuπŸ™

29/09/2026

Tiada kata pastinya dapat menggambarkan perasaan Ayahanda Tun pada ketika ini.

Kehilangan insan yang begitu dekat di hati, yang telah bersama dalam susah dan senang sepanjang perjalanan hidup, merupakan satu kehilangan yang amat berat.

Saya berdoa agar Allah SWT terus memberikan Ayahanda Tun kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Allah SWT mencurahkan rahmat dan keampunan-Nya ke atas Allahyarhamah Tun Siti Hasmah, menerima segala amal solehnya, serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Al-fatihah 🀲🏻

28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Dukacita dimaklumkan bahawa Tun Dr Siti Hasmah telah kembali ke rahmatullah.

Perginya seorang insan yang meninggalkan legasi besar, penuh keteladanan dan jasa yang akan terus dikenang.

Semoga segala bakti dan sumbangan beliau menjadi amal jariah yang berpanjangan, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dikurniakan husnul khatimah.

Al-Fatihah.🀲

Photos from Wawasan Negara's post 26/09/2026

Alhamdulillah, Larian Coastal Melaka anjuran Wawasan Negara yang berlangsung hari ini telah menerima sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum dengan penyertaan melebihi 2,000 orang.

Larian ini telah dirasmikan oleh Presiden Wawasan Negara, Dato' Seri Hamzah Zainudin.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Rahim, selaku Pengerusi Majlis Perhubungan Wawasan Negara (Melaka), serta seluruh jawatankuasa penganjur atas kejayaan menganjurkan program yang bermanfaat ini.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan merapatkan jurang antara masyarakat, malah turut menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Mana? Melaka ler! πŸ”₯

βœ”οΈβœ”οΈ

23/09/2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Satu larian, sejuta kenangan! -
_Melaka Costal Run 2026_ kini kembali untuk mengumpulkan semua peminat larian, komuniti, dan keluarga.

πŸ“Œ MAKLUMAT ACARA:
πŸ—“ *Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)*
πŸ•– *Masa: 7.00 Pagi*
πŸ“ *Lokasi: Laman Dato Mustafa Ton*

🎁 Setiap Penyertaan Termasuk:
βœ… T-Shirt Acara Eksklusif Secara *PERCUMA*
βœ… Cabutan Bertuah Menarik!

πŸ”₯ Slot pendaftaran sangat terhad! Ajak geng larian anda sekarang
πŸ“² *Daftar Segera: https://forms.gle/aZiLQTtK3C7mkL3Z7*

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in balakong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Balakong

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Wawasan Negara Bahagian Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in balakong.