Srikandi Ratu Mobile Therapy

Srikandi Ratu Mobile Therapy

Share

Terapi tradisional & spa Disiplin keanggunan terus ke kediaman anda dari 2 orang terapis kami Cik Shidah & Cik Suindah

27/05/2026

Bingkisan Aidiladha

Kala sanubari umat didakap keinsafan Aidiladha, meja santapan lazimnya meriah seiringan gemerlap ketupat dan rendang nan sarat.

Namun di dapur Cik Suindah Ceria, sebuah takrifan diraikan dalam keheningan disiplin; menterjemah erti pengorbanan melalui sekujur menu peribadi.

Nukilan rasa hari ini,
PROTEIN DAKAP SRIKANDI

Seia dengan namanya, selembar daun pisang memeluk erat khazanah protein tulen. Gandingan isi ikan mata besar, telur, tahu, dan tempe yang diadun lumat.

Melalui kaedah panggang tanpa setitik minyak, mengizinkan aroma sebatian polifenol dan asapan semulajadi menyongsong keluar, menerbitkan nuansa rasa yang bersih lagi mengenyangkan.

Srikandi itu lambang keteguhan. Biar dikepung badai hidangan raya, kesetiaan pada sasaran otot dan kesejahteraan usus tidak sesekali digadaikan.

Hidangan ini adalah saksi beralas, bahawa tradisi tetap boleh diraikan tanpa perlu menyingkirkan asas kelestarian tubuh.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua.

Di mana letaknya garis disiplin menu raya anda hari ini? Jom kongsi 🌷

25/05/2026

Fitrah Wanita Menemui Hikmah Pemulihan

Salam Tarwiyah buat semua wanita hebat yang sedang membelek aksara di laman ini.

Fajar Tarwiyah yang menyinsing hari ini membawa bersama keberkatan puasa sunat yang sangat ditunggu-tunggu.

Di sebalik tabir ibadah ini, tersembunyi sebuah manfaat agung buat biologi tubuh; puasa adalah fasa rehat buat organ dalaman, detik keemasan untuk menyucikan sisa toksin, dan ruang alami bagi menyelaraskan semula metabolisme fizikal.

Namun begitu, Cik Suindah tahu ada sekelompok kaum hawa yang sedang dihimpit rasa ralat dan kegusaran di sudut hati, kerana terpaksa melepaskan peluang emas ini akibat belenggu haid, nifas, ataupun kekangan fasa menyus**an bayi yang menuntut tenaga berganda.

Kepada sukmamu yang sedang sarat dengan rasa terkilan itu, lapangkanlah dadamu dengan penuh reda. Allah SWT itu Maha Adil lagi Maha Melimpah Kasih-Nya.

Merehatkan tubuh yang sedang menanggung luka pasca-bersalin atau memerah keringat demi titisan susu si kecil juga merupakan satu bentuk ketaatan yang agung.

Fasa pemulihan dan penyusuan ini sebenarnya adalah hadiah eksklusif daripada-Nya, sebuah pengiktirafan buat biologi wanita yang dicipta indah dengan acuan rahim yang memelihara.

Secara fitrah, tubuh kita direka unik untuk sentiasa melindungi dan menyimpan tenaga demi kelangsungan zuriat. Maka, mengalirkan zat makanan berkhasiat ke dalam tubuh saat ini bukanlah satu kerugian, melainkan ibadah menyuburkan kembali kekuatan kendiri yang sangat dituntut.

Ketahuilah duhai Srikandi, setiap zikir yang membasahi lidahmu saat ini tetap mengalirkan pahala yang ranum, menyamai ganjaran mereka yang sedang menahan lapar dan dahaga.

Oleh itu, mari kita raikan fitrah penciptaan ini dengan penuh santun dan kasih. Sama ada sebagai hidangan berbuka puasa atau sekadar santapan pengisi tenaga di siang hari, mulakanlah dengan sebiji kurma dan seteguk air suam demi menyantuni sistem pencernaan tanpa mengejutkan organ dalaman.

Penuhilah pinggan dengan hidangan protein murni serta ulaman segar yang berupaya membina semula keanjalan otot, sekali gus mengelakkan takungan air dan ketidakseimbangan hormon yang sering membuatkan berat badan kita terasa 'liat' untuk turun.

Sambil meluruskan badan dan menikmati keheningan hari mulia ini, hadiahkanlah diri dengan sedikit sentuhan terapi kendiri. Urutlah dengan lembut kawasan betis dan lutut yang lenguh bagi melancarkan kembali aliran darah yang tersumbat, membiarkan setiap urat saraf kembali tenang dan lapang.

Kalau rindu sentuhan azima Cik Suindah Ceria boleh tempah sesi memanjakan diri:

https://SrikandiRatuMobileTherapy.wasap.my

12/05/2026

Menyapa Hari Menyantuni Hati

Hari ini, 12 Mei, seluruh dunia memberikan penghormatan kepada wira-wira barisan hadapan sempena Hari Jururawat Sedunia.

Menyedari kepentingan peranan mereka dalam memelihara kesejahteraan komuniti, Cik Suindah juga ingin menitipkan rasa syukur melalui segelas air rendaman murni ini.

Sebagai seorang Pengamal Urutan Tradisional Melayu, tugas Cik Terapis bukan sekadar merawat fizikal yang lelah, malah mengalirkan keafian dan kesembuhan holistik melalui sentuhan tangan... seiring dengan matlamat bidang kejururawatan yang mengutamakan pemulihan serta kasih sayang.

Penyembuhan sejati, selalunya bermula daripada apa yang kita satukan ke dalam tubuh.

Cangkir cold brew bunga telang (butterfly pea flower) ini disediakan khusus untuk menghargai keseimbangan diri:

• Melegakan Kepenatan Tubuh: Kepekatan anthocyanin di dalamnya bertindak sebagai perisai antioksidan semula jadi, membantu memulihkan kesegaran urat saraf.

• Menenangkan Minda yang Lelah: Sifat adaptogen botani ini meredakan ketegangan, sama seperti fungsi urutan tradisional yang membelai tubuh menenang sukma.

• Sinergi Alami Tanpa Pemanis:
Cukup sekadar gandingan murni bersama titisan limau kasturi segar. Keasidannya bukan sahaja mengubah warna biru malam menjadi ungu magis, malah vitamin C di dalamnya menggandakan khasiat detoksifikasi tubuh.

Manfaat kesihatan ini dinikmati sepenuhnya tanpa sebarang gula atau madu tambahan. Lagipun... buat apa dicari pemanis luaran, jika kelembutan bicara dan kemanisan hati Cik Terapis sudah sedia ada mengiringi setiap sesi rawatan, kan... đź’ś

Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada semua wira dan wirawati dalam bidang kejururawatan dan kesihatan, dan selamat kembali subur dengan kesihatan alami buat kita semua.

05/05/2026

Bagaikan Aur dengan Tebing:
Perbidanan, Urutan & Penyusuan.

Selamat Hari Bidan Antarabangsa buat semua srikandi penyambut cahayamata.

Dalam kitaran hidup seorang wanita, bidang kami di Srikandi Ratu Mobile Therapy dan dunia perbidanan ibarat aur dengan tebing. Saling berpaut erat dan melengkapi.

Jika bidan adalah saksi agung saat kelahiran, Cik Suindah hadir menyambung amanah itu melalui sentuhan urutan tradisi bagi memulihkan raga.

Lebih daripada sekadar urutan, Cik Suindah juga komited menemani perjalanan ibu melalui Kaunseling Penyusuan.

Kerana kami percaya, pemulihan yang sempurna hadir apabila fizikal ibu yang terjaga dan titisan rezeki buat si kecil mengalir menenang minda.

Dua cabang ranah tugas berbeza, namun satu nawaitu yang sama.
Seni bidan menyambut nyawa; seni urutan membelai sukma.

Sekalung penghargaan tidak mampu membalas, segala pengorbanan jasa kalian yang ikhlas. Semoga kekal mekar amanah digalas.





*Kredit Gambar KKM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

28/04/2026

Bingkisan Kesegaran Srikandi
@ Isotonik Asli Alami

Sentuhan azimat Cik Suindah biasanya berlangsung sekurang-kurangnya 70 minit. Adakalanya sampai jejak dua jam juga. Yang menguli, yang diuli; dua-dua membakar kalori.

Bagaimana caranya nak tambah tenaga (charge energy)?

Selepas tubuh dimanjakan dengan sentuhan terapi, dalaman juga perlu diraikan dengan rehidrasi yang tulus dari alam. Boleh minum air kelapa, sumber elektrolit semulajadi. Isinya (daging kelapa) kadang kala dah agak kenyal dan ramai tak s**a nikmati.

Cik Suindah ada resipi mengolah isi kelapa semi muda jadi air isotonik bersari. Ada seni tersendiri menyediakan hidangan ini.

Isi kelapa yang putih mulus dihiris halus, direndam dalam air agar mengeluarkan sari dan simpan dalam peti sejuk bahagian chiller. Begitu juga dengan biji selasih, direndam berasingan agar masing-masing kembang sempurna dengan sifat alami.

Hanya apabila tiba waktu untuk menikmati kesegaran, barulah kesemuanya disatukan. Ditambah perahan limau kasturi dan secubit garam bukit sebagai pelengkap rasa.

Diminum dingin... sungguh luar biasa nikmatnya, bagai mengalirkan nyawa baru ke dalam sel tubuh yang telah mengerah kudrat sukma.

Khasiat dalam setiap suapan;
• Isi lembut kelapa kaya lemak sihat (MCT), memberikan tenaga segera untuk pemulihan otot.
• Biji Selasih menjadi penyejuk badan semula jadi yang membantu menenangkan sistem penghadaman.
• Gabungan limau kasturi dan Garam Mata Air (boleh guna Himalayan salt/pink salt/any salt) menjadi sumber isotonik asli yang mengembalikan mineral tubuh, membuang lesu, dan menaikkan seri wajah.

Inilah cara Cik Suindah menyantun diri secara alami. Tiada gula tambahan, hanya kebaikan yang murni.

Selepas sesi urutan nanti, cuba amalkan rehidrasi sebegini. Sesuai juga untuk jadi minuman kesegaran selepas melakukan aktiviti sehari-hari. Tambahan p**a dalam situasi cuaca panas lit-lit kebelakangan ini.

02/04/2026

Dalam Diam, Mereka Istimewa

Hari ini, kita bukan sekadar menyambut…kita memahami.

Autisme bukan kekurangan,tetapi cara berbeza melihat dunia.

Ada yang tidak banyak bicara,tapi hatinya penuh rasa.Ada yang tidak pandang mata,tapi jiwanya sangat peka.

Sebagai ibu, sebagai wanita,Cik Suindah belajar…bukan semua anak perlu “dibetulkan”, kadang kita yang perlu belajar menerima dengan betul.

Mereka bukan untuk diubah menjadi seperti kita,tetapi untuk kita dekati dengan sabar dan cinta.

Hari Autisme ini,Srikandi Ratu berdiri dengan satu suara:Raikan perbezaan, rangkul keistimewaan.

Kerana setiap jiwa…punya cara sendiri untuk bersinar 💙






*Gambar kredit MySejahtera

08/03/2026

Cantik Tanpa Derita,
Pulih Dengan Disiplin.

Orang sering berkata,
beauty is pain — no pain, no gain.

Namun bagi Srikandi Ratu,
cantik bukan tentang memaksa tubuh menderita.

Cantik itu disiplin hidup.
Seperti pegangan Cik Suindah Ceria
Larat, buat.
Penat, rehat.
Sakit, berubat.

Ingin bunga yang harum mekar,
Perlu tangan yang rajin merawat akar.

Tubuh wanita yang diberi ruang untuk pulih, lebih cepat bangkit daripada tubuh yang dipaksa terus berlari.

Sempena Hari Wanita Sedunia, dunia mengangkat tema Give To Gain.

Memberi ruang.
Memberi sokongan.
Memberi peluang.

Bagi Srikandi Ratu, pemberian pertama ialah kepada diri sendiri.
Disiplin menjaga kehidupan.

Kerana wanita yang menjaga dirinya dengan hikmah,
akan menjadi kekuatan kepada dunia di sekelilingnya.

Salam anggun dari Cik Suindah Ceria

Srikandi Ratu Mobile Therapy menawarkan perkhidmatan terapi urutan tradisional khusus wanita bersama disiplin keanggunan terus ke kediaman anda.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat Kaunseling Penyusuan Susu ibu.

Bimbingan rawatan untuk pesakit / pemandiri kanser juga tersedia infomasi Duta Kenali Ubat Anda.

Hubungi terapis kami

http://SrikandiRatuMobileTherapy.wasap.my

Kami beroperasi di sekitar Melaka Tengah.

*Tertakluk terma & syarat





Srikandi Ratu Mobile Therapy

25/02/2026

RAMADAN & BERPANTANG:
MADRASAH PENYEMBUHAN

Setiap kali Ramadan menjelang, Cik Suindah selalu teringat tentang satu situasi yang sangat sinonim dengan tugas terapis, fasa Berpantang.

Kenapa? Kerana kedua-duanya mengajar kita erti kesedaran memilih.

Di bulan yang mulia ini, kita menahan lapar dari fajar ke maghrib. Tubuh yang lelah dibiarkan berehat, nafsu yang liar dijinakkan, dan sistem pencernaan diberi ruang untuk diselenggara secara alami. Ia adalah waktu untuk tubuh direnjis kesegaran semula daripada bebanan duniawi.

Namun, ujian sebenar bukan pada menahan dahaga, tetapi pada pilihan ketika waktu berbuka. Adakah kita sekadar mahu memuaskan deria rasa, atau kita memilih yang memberi tenaga buat roh dan jasad untuk berdiri tegak di malam terawih?

Sama indahnya seperti ibu-ibu yang Cik Suindah santuni dalam tempoh berpantang.

Tubuh yang baru melahirkan itu ibarat hamparan bumi yang baru reda daripada kencang ribut. Luka perlu dirawat, hormon perlu diimbang, dan aliran darah perlu diperkemas.

Di sinilah rahsia Gen Hawa (Mitochondria) menjadi taruhan. Apa yang si ibu suap ke mulut, itulah yang menjadi titisan madu buat si kecil melalui penyusuan seawal 1000 hari pertama kehidupan.

Kita bukan sekadar makan untuk kenyang, kita sedang menenun kekuatan zuriat melalui khasiat yang tayyib.

Sebab itu, Cik Suindah selalu berpesan:

• Jangan sesekali "balas dendam" di waktu berbuka mahupun selepas tamat tempoh berpantang.

• Tidak perlu ekstrem sehingga menyeksa diri, namun jangan p**a terlalu longgar sehingga hilang keberkatan nutrisi.

• Hormati hak tubuh. Kondisi setiap wanita itu unik. Ibu menyusu, wanita bekerjaya, mahupun srikandi yang sedang dalam rawatan klinikal; masing-masing ada keperluan yang berbeza.

Tubuh kita adalah amanah yang menuntut hak untuk dijaga mengikut kondisinya.

Larat, buat
Penat, rehat
Sakit, berubat

"Measure the progress, and sustained the change"

Ramadan dan Berpantang ini bukan sekadar adat atau rutin. Ia adalah latihan Istiqamah untuk seumur hidup.

Kita mahu perubahan yang kekal, yang dibawa hingga ke hujung usia. Kerana sebagai Khalifah kepada diri sendiri, kita bertanggungjawab memastikan "rumah" (tubuh) ini sentiasa utuh untuk beribadah kepada-Nya.

Salam anggun dari Cik Suindah Ceria

Srikandi Ratu Mobile Therapy menawarkan perkhidmatan terapi urutan tradisional khusus wanita bersama disiplin keanggunan terus ke kediaman anda.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat Kaunseling Penyusuan Susu ibu.

Bimbingan rawatan untuk pesakit / pemandiri kanser, juga tersedia informasi dari Duta Kenali Ubat Anda.

Hubungi terapis kami

http://SrikandiRatuMobileTherapy.wasap.my

Kami beroperasi di sekitar Melaka Tengah.

*Tertakluk terma & syarat





Srikandi Ratu Mobile Therapy

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Kenali Ubat Anda KKM
Duta Kenali Ubat Anda

*Gambar kredit KKM

24/02/2026

RAMADAN: MISI RESET PERUT & HORMON KENYANG

Ramadan bukan sekadar menahan lapar, tapi sekolah untuk mendidik nafsu makan. Jom fahami kaitan antara biologi, budaya sihat, dan tuntutan Agama:

• LEPTIN (Sains Biologi)
Leptin adalah Hormon Kenyang. Ia hantar isyarat ke otak: "Dah cukup makan, berhenti!"

Masalah: Kalau kita berbuka dengan "balas dendam" (makan laju & manis melampau), otak jadi Leptin Resistance (pekak isyarat). Kita jadi lapar tak tentu hala walaupun perut dah buncit.

Reset: Puasa membantu sensitifkan semula hormon ini supaya kita tak mudah lapar.

• HARA HACHI BU
(Budaya Jepun)
Konsep masyarakat Okinawa (paling panjang umur) yang bermaksud: Makan sehingga 80% kenyang sahaja.
Jangan makan sampai senak (100%).
Apabila rasa lapar sudah hilang tapi masih ada ruang untuk makan lagi, BERHENTI. Itulah tahap 80%.

• SUNNAH (Tuntutan Agama)
Rasulullah SAW mengajar kita membahagi perut kepada 3 bahagian:
1/3 Makanan
1/3 Minuman
1/3 Udara (Nafas)

Hikmah: Perut yang ada ruang udara memudahkan penghadaman dan mengelakkan mengantuk melampau (food coma) semasa solat Tarawih.

Nikmati setiap suapan (Mindful Eating).

“Makanlah untuk hidup, bukan hidup untuk makan.”

Semoga Ramadan kali ini kita lebih sihat, ringan badan untuk ibadah, dan menang melawan nafsu makan!

"Ramadan bulan ibadah dan keampunan, bukan masa juadah dan kekenyangan"




*Gambar kredit PHM

22/02/2026

HIDRASI BIJAK DI BULAN PUASA

Air yang cukup adalah kunci kecergasan fizikal dan ketenangan minda untuk beribadah dengan sempurna.

• Strategi minum air, jangan teguk sekaligus.

• Elakkan minum terlalu banyak ketika perut kosong, kerana badan tak sempat serap dan anda akan kerap ke tandas.

• Air suam lebih baik. Pilih air suam berbanding air sejuk kerana ia lebih cepat diserap oleh badan.

•Jangan bergantung pada air kosong semata-mata. Pelbagaikan sumber cairan sihat.

• Sup & rebusan membekalkan cecair berserta garam mineral semula jadi untuk imbangan elektrolit.

• Jus buah/ sayur juga sangat baik. Ambil jus tanpa gula tambahan untuk vitamin dan air.

• Tambahkan biji selasih dalam minuman sebagai "simpanan" air dalam badan.(Kaedah yang Cik Suindah amalkan)

Jadual Minimum 8 Gelas (2:4:2)

• Sahur: 2 Gelas (Mula & akhir sahur).
• Berbuka: 2 Gelas (Azan & selepas makan).
• Malam: 4 Gelas (Antara Maghrib hingga waktu tidur).

Kenapa Perlu Elak Air Sejuk / Berais

• Kejutan pada sistem perut dan mengganggu asid pencernaan.

• Memberi impak dahaga palsu. Air sejuk memberi kepuasan sekejap, tetapi tidak cukup efektif menjaga elektrolit tubuh seperti air suam.

Tanda Kurang Air

• Warna air kencing pekat. Jika urin berwarna kuning gelap atau jingga, itu tanda kuat anda kurang air. Urin yang sihat sepatutnya berwarna kuning pucat atau jernih.

• Mulut dan bibir kering. Rasa haus yang melampau, bibir pecah-pecah, dan lidah terasa melekit.

TIP : Jika anda aktif bers**an, amalkan minuman berelektrolit seperti air kelapa atau tambah sedikit garam dalam air kosong untuk kekalkan imbangan bendalir badan.

~Catatan Cik Suindah 🌷






*Gambar kredit KKM

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in balakong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Lot 1003-2 KM5 Solok Kampung Ladang, Jambatan Duyong
Balakong
75460

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 14:00 - 17:00