Primadona Balik Pulau
Lebih murah jaga sihat dari jaga sakit,,l
=017-485-069/011-1080-7165
24/02/2019
Saya tidak kuat untuk menolak kesan rawatan kemo untuk k4nser tahap 3.Deritanya dalam...
Asbab Primadona saya berani bertindak mencapai anugerah illahi dengan lebih natural.
Alhamdulillah,siapapun berhak mencari SIHAT sekarang.
i❤️primadona
12/02/2019
DIMANAKAH KITA SEKARANG ?
" Yang SIHAT belum tentu SIHAT selamanya ,
yang SAKIT belum tentu SAKIT selamanya "
Adakah yang sihat akan terus sihat ?
Dimanakah kedudukan kita sekarang ? Ramai yang berangapan mereka masih sihat tidak perlu untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi admin , konsep pemikiran sebegini adalah salah kerana setiap masalah yang kronik dan kanser berada dibadan seseorang bertahun lamanya TANPA SINTOM. Banyak kes yang telah terjadi dan kebanyakkannya mereka tidak mengetahui.
Bagaimana untuk mengesan masalah yang berada didalam badan kita ? hanya " medical checkup " sahaja yang mampu memberitahu perkembangan kesihatan kita.
Semakan tersebut boleh dijalankan dimana-mana Hospital yang berdekatan dengan anda. Tidak perlu takut untuk tahu kerana perkara tersebut dan konsep pemikiran tersebut SALAH. Lebih awal tahu lebih besar peluang untuk merawat.
Untuk mengekalkan kesihatan kita boleh berikhtiar dengan :
✔ buat semakan keseluruhan sekurangnya 2 tahun sekali
✔ menjaga pemakanan dan kerap minum air mineral
✔ jauhkan air yang berklorin
✔ bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu
✔ mengelakkan produk kecantikan yang tinggi kimia
✔ melakukan pemeriksaan sendiri payudara selepas haid
✔ tidur pada waktu yang sepatutnya
✔ Kurangkan radiasi
✔ Elakkan makan malam
Jangan letakkan diri kita didalam zon selesa. Kerana apabila disingahi masalah kesihatan pasti tekanan yang datang adalah kewangan.
" Duit tidak boleh beli kesihatan , tetapi kesihatan memerlukan duit "
Adakah yang sakit akan terus sakit ?
Bagi mereka yang telah melalui ujian , mereka sebenarnya lebih tabah berbanding orang biasa. Tidak disangkal mereka mempunyai kekuatan mental yang sangat kuat.
Bagi pesakit meraka tidak akan terus sakit kerana telah ramai yang berjaya sembuh jika mereka mengambil langkah berjaga-jaga dan bertindak dari peringkat awal.
" PERATUSAN UNTUK SEMBUH TINGGI JIKA ANDA BERTINDAK DARI AWAL "
Perbagai kaedah perubatan alaf moden dan berbagai minuman kesihatan yang dapat membantu masalah kesihatan. Tidak hairanlah jika ramai pesakit kanser tahap akhir , kencing manis kronik, darah tinggi , stroke dan berbagai lagi masalah Kronik dan kanser telah memiliki penawarnya dan hidup seperti sediakala.
Malahan ada diantaranya yang telah ditetapkan tarikh ahirnya tetapi dengan kuasa pencipta mereka masih menjalani kehidupan biasa sehingga sekarang.
Untuk Kaedah rawatan boleh berikhtiar :
✔ berpuasa untuk kaedah rawatan
✔ mengamalkan nutrisi untuk menentang masalah
✔ meningkatkan imun tubuh
✔ berfikiran positif
✔ Mengikuti perkembangan kesihatan
✔ membantu dengan minuman kesihatan tambahan
Amalkan pemakanan yang sangat berkhasiat sebagai kaedah rawatan dan elakkan pemakanan serta air yang berkimia. Anda mampu kearah sihat semula , Insyallah. Penghujung sakit bukanlah mati !! ianya terpulang kepada kekuatan dalaman dan mental anda. Jika anda mahukan ia sembuh , tingkatkan rohani anda dengan kekuatan , agar jasmani anda kembali kukuh
Perkongsian Ikhlas dari
25/01/2019
https://www.facebook.com/87363369882/posts/10157303300389883/
Awas, jika kurang selera makan tapi perut buncit... Kebanyakan wanita di negara ini tidak merasakan masalah perut yang buncit dan kurang selera makan sebagai tanda-tanda awal masalah kesihatan serius yang boleh mengancam nyawa mereka.
07/01/2019
SEL STEM REVOLUSI DUNIA PERUBATAN
Oleh NAJIBAH HASSAN
HARI ini, saintis masih buntu dengan misteri sesetengah penyakit. Ada penyakit yang belum banyak diketahui berhubung `siapa' mangsanya, sukar dicegah, dan tidak ada penawarnya.
Ini termasuklah penyakit kanser, penyakit-penyakit darah, kekurangan sistem pertahanan badan mahupun penyakit keturunan metabolik - hingga kini belum ada ubat-ubatan yang mampu merobah kehidupan pesakit-pesakit ini.
Begitu juga dengan pendermaan organ dan pelbagai jenis tisu, kesemua ini digunakan sebagai alternatif menggantikan organ atau tisu yang musnah atau diserang penyakit.
Malangnya, mereka yang memerlukan pemindahan organ ini jauh lebih ramai daripada organ yang ada. Namun, sains biologi perubatan telah membuka fasa terbaru dunia perubatan khususnya untuk merawat penyakit-penyakit serius.
Saintis telah menemui sesuatu yang dipercayai mampu merevolusikan dunia perubatan. Kuasa untuk memperbaiki tisu-tisu yang musnah atau rosak akibat penyakit atau kecederaan boleh diperoleh daripada sel stem.
Sel stem, atau lebih dikenali sebagai `sel induk' ini berkeupayaan untuk membentuk kesemua sel tubuh manusia. ``Pada dasarnya, sel stem ialah sel-sel belum matang yang mampu menjadi sebarang jenis yang boleh membentuk sel kulit, tulang, organ-organ atau lain-lain bahagian tubuh.
``Ini menyebabkan penggunaan sel stem mempunyai potensi bukan saja dalam penyelidikan perubatan malah rawatan sesetengah penyakit,'' demikian menurut pakar perunding penyakit dalaman dan perubatan makmal, salah sebuah institusi perubatan swasta, Prof. Dr. Aw Tar Choon.
Dengan keupayaannya yang luar biasa ini, sel stem dianggap sebagai sel yang paling berkuasa dalam badan. Menurut beliau, sel stem juga disifatkan sebagai sel yang bijak.
``Secara automatiknya, sel-sel ini tahu ke mana harus ia pergi dan apa yang harus dilakukannya. Ia seolah-olah `diprogramkan' untuk menghasilkan sel-sel baru,'' jelas beliau.
Fasa terbaru yang ditemui dalam perubatan ini, kata Aw, memberi harapan baru kepada penduduk di Asia yang terjejas teruk dengan penyakit talasemia dan lebih 40 jenis penyakit lain.
Sebelum ini, penyakit talasemia major, di mana pesakit terpaksa menjalani rawatan pemindahan darah dan ubat-ubatan, penggunaan sel stem dapat menangani masalah ini.
Terbaru, kajian menunjukkan bahawa sel stem berpotensi dalam merawat penyakit lemah jantung.
Sel stem yang terdapat dalam sumsum tulang, darah periferal, dikenali sebagai sel stem hematopoitik.
Sebagai `blok asas' darah dan sistem pertahanan tubuh, sel ini sedia untuk menghasilkan semula:
a. sel-sel darah merah - membawa oksigen
b. sel-sel darah putih - melawan jangkitan
c. platelet - membantu darah untuk beku dan memperbaiki tisu akibat kecederaan.
Apa itu Sel stem?
SEL stem diertikan sebagai sel-sel yang berkeupayaan memperbaharui dirinya sendiri dan pembezaan dirinya dengan pelbagai jenis sel. Pembaharuan ini bermakna, ia boleh terus membahagi tanpa had. Manakala, pembezaan ini bererti sama ada ia boleh menjadi setiap jenis sel dalam tubuh dan boleh menjadi pelbagai jenis sel tubuh. Sel stem ini secara automatik akan membentuk mata, jantung, otak, buah pinggang, tulang dan sebagainya. Sains sel stem buat julung kalinya ditemui pada 1969 iaitu merawat pesakit leukemia menggunakan sumsum tulang. Sel stem yang diperoleh dari sumsum tulang dikenali sebagai sel stem dewasa.
Keunikan sel stem
Sel stem berbeza dengan lain-lain pada tubuh manusia. Secara umum, sel stem mempunyai tiga kualiti iaitu:
* Berkeupayaan untuk membahagi dan memperbaharui diri
mereka dalam tempoh jangka panjang
* Tidak khusus
* Dapat menumbuhkan jenis-jenis sel yang khusus.
Sumber sel stem
Hari ini, sel stem diekstrak dari tiga komponen ini iaitu:
* Sumsum tulang
Ia memerlukan beberapa kriteria:
a. Pemindahan sumsum tulang memerlukan kesesuaian antara penderma dan penerima. Jika tidak, kemungkinan pesakit akan menghadapi masalah penolakan.
Penolakan `bahan yang diderma' (GRHD) yang serius ini boleh mengakibatkan pesakit meninggal dunia.
Penggunaan kaedah ini memerlukan:
a. Adik-beradik adalah penderma yang terbaik kerana terdapat kesesuaian.
b. Jika tiada adik-beradik, pesakit boleh mendapatkan sumsum tulang daripada unit pendaftar sumsum tulang dari luar negara. Tetapi kos yang diperlukan mencecah hingga antara RM50,000 hingga RM200,000.
Penggunaan kaedah ini telah mencecah lebih 40 tahun.
* Tubuh manusia
Dianggarkan terdapat 0.5 peratus sel stem boleh diperoleh daripada mana-mana tubuh manusia. Bagaimanapun, oleh kerana jumlahnya yang terlalu sedikit ini, pesakit akan diberi beberapa kali suntikan untuk merangsang sumsum tulang.
Ia bertujuan merangsang lebih banyak sel stem baru dihasilkan. Sel stem yang terhasil ini akan dikeluarkan melalui mesin khas. Ia akan diasingkan secara automatik.
Namun, kaedah ini hanya praktikal untuk pesakit kanser. Sekiranya, sel stem yang diperlukan masih tidak mencukupi, pesakit terpaksa melalui fasa pusingan merangsang sumsum tulang. Kaedah ini juga menelan kos yang terlalu tinggi.
* Tali pusat
Sel stem dari tali pusat diambil daripada tali pusat sejurus selepas bayi tersebut dilahirkan.
Dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini, sains biologi perubatan menemui satu kaedah teraputik bahawa tali pusat bayi yang dilahirkan kaya dengan sel stem.
Menurut kajian, sel-sel ini bukan saja dapat membantu menyembuhkan seseorang daripada penyakit, malah menyelamatkan nyawa.
Penyelidikan sel stem yang diperoleh dari tali pusat bermula sejak 15 tahun lalu. Ia digunakan buat julung kalinya untuk pemindahan, di Perancis pada 1988 ke atas seorang pesakit Anemia Fanconi.
Tiga tahun selepas itu, ia digunakan untuk pemindahan pesakit leukemia mielogenus kronik. Misteri yang berjaya dibongkar dunia perubatan berhubung kelebihan sel stem yang diperoleh daripada tali pusat ialah:
a. Ia lebih muda dan segar daripada sel stem orang dewasa.
b. Sel baru yang terhasil ini kemungkinan mengandungi kurang penyakit seperti Cytomegalo virus (CMV) dan Epstein-Barr virus (EBV).
c. Kemungkinan berlaku penolakan kepada si penerima juga jauh lebih rendah.
d. Boleh disimpan dalam bank tali pusat dalam jangka masa yang lama. Ia juga boleh digunakan apabila diperlukan.
Jenis penyakit yang boleh dirawat dengan sel stem
A. Jenis-jenis kanser
- Kanser ovari, buah pinggang, leukemia, buah z***r, ketumbuhan otak, paru-paru, neuroblastoma, penyakit Hodgkin dan sebagainya
B. Penyakit-penyakit darah
- Talasemia, anemia aplastik, anemia Franconi, sel sickle anemia dan lain-lain
C. Penyakit kekurangan sistem pertahanan tubuh
- Sindrom wiskott-aldrich, penyakit granulomatus kronik dan sebagainya
D. Penyakit metabolik yang diwarisi
- Sindrom hunter, sindrom bare-limfosit, adrenoleukodistrofi, konginetal diskeratosis dan lain-lain.
sumber :http://www.utusan.com.my
30/12/2018
i❤️sari agegard
Ada yang lawan kanser hanya dengan satu(1) bahan vitamin B17 sahaja iaitu biji APRICOT...
Sedangkan vitamin B17 terdiri daripada banyak bahan lagi...
Dengan satu(1) saluran manakan kekuatan ia bertarung...Melainkan gabungan khas kami yang special👇👇👇
🍎Gandaan vitamin B17 kami melimpah mewah.
www.wasap.my/60174629808/naksihat
30/12/2018
https://www.facebook.com/87363369882/posts/10157234931224883/
Adam, kau pergi jua... Adik Muhammad Adam Shahputra Zaidi, 8, yang menderita kanser mata tahap empat sejak setahun lalu meninggal dunia jam 12.20 malam tadi.
13/12/2018
adalah sepohon pokok.
===========================
Semakin berumur,lagi merosotlah kuantiti & kualiti tabung stemcell kita😪
Tubuh kita amat perlukan bekalan stemcell yang berterusan💪
05/12/2018
APA PUNCA TUMBUHAN FIBROIDS?
Sampai sekarang Pakar2 perubatan belum pasti dengan tapat tentang punca sebenar tumbuhan Fibroids dalam rahim rahim.
1. Apa yang nyata lebih kurang 30% wanita berumur 35 tahun keatas mengalami tumbuhan ini. Banyak tidak sedar kerana tiada gangguan dalam haid, atau lain2. Ertinya tumbuhan itu senyap sahaja. Ada yang masih tidak sedar hingga akhir hayat mereka.
2. Ada juga yang hamil dengan tumbuhan fibroid tanpa apa2 gangguan dan terus melahirkankan anak secara normal.
Sebaliknya Fibroids bolih ganggu kehamilan dengan menyebabkan keguguran, perdarahan waktu hamil, ganggu kedudukan bayi dalam rahim- songsang (breech), melintang atau lain2 serta memerlukan bedah cesarean. Juga menyebabkan kelahiran pramatang.
3. Setengah Pakar2 berpendapat faktor baka dan keturunan memainkan peranan terhadap tumbuhan fibroid. Berwaspada bila emak atau saudara terdekat mengalami tumbuhan Fibroids.
4. Sering pengidap Fibroids mengalami ketidak seimbangan hormone, iaitu hormone estrogen berlebihan dan hormone Progesteron kurang.
Estrogen dipercayai berperanan, kerana bila menopause iaitu bila kandungan estrogen berkurangan, saiz tumbuhan fibroid akan mengecut dan kadang2 bolih terus lesap.
4. Jauhkan faktor2 yang menyebabkan hormone estrogen meningkat tinggi saperti kegemokkan, polycystic ovaries, tumbuhan o***y, pil2 yang mengandongi estrogen serta krim sapu untuk besarkan buah dada (mengandongi estrogen).
5. Ikuti garis panduan untuk kawal hormone estrogen.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA
Punca sebenar bagi penyakit2 yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut
Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi2 edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat2 kewanitaan, kecantikkan, fungsi2 seks, bentuk badan dan lain2..
Tindakan2 estrogen terhadap tisyu2 biasanya diesimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita tidak mengalami penetasan telur / ovulation.
Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.
Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.
Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan o***y seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.
Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.
Langkah2 mengawal estrogen.
1, Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
3.Mengawal stress. Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan makanan yang berkhasiat.
Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:
4.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.
5.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
6.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan
7. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Sh*take yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
8. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.
9.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
10. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.
11. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
12. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.
13. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
14. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
15. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen
16.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen
17. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
18. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen
Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.
26/10/2018
Jagalah sebaiknya diri kita yeee...
Cegah tak kan rugi💪
09/10/2018
Kalau anda rasa supplement itu mahal, mungkin anda belum tahu berapa kos yang perlu anda bayar sekiranya anda SAKIT 😊
Saya pernah rasa macam mana bila sihat.. Saya pernah bayar kos untuk sakit..
Sejak tu saya janji pada diri sendiri tidak mahu culas lagi makan supplement.. Sebab saya tak sanggup lagi bayar harga untuk sakit..
P/s: Makan supplement bukan bermaksud anda KEBAL. Tapi at least badan anda InshaAllah tak mudah kena penyakit dan katakan terkena penyakit, dengan izin Allah InshaAllah akan mudah dan cepat sembuh...
-Cp
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Balik Pulau
11000