Magicsoap by Melda
Inginkan keberkesanan secepat seminggu ?
Yang penting sesuai untuk semua jenis kulit dan mempunyai ekstrak PROPolis dari lebah dan teknologi SKINMOON untuk keberkesanan yang lebih effective , dapatkannya sekarang !
06/10/2021
Betul ke berat naik sebab gula sahaja?
1. Gula merupakan salah satu daripada penyumbang tenaga buat badan manusia.
2. Asasnya 1gram gula bersamaan dengan 4kcal.
3. Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
4. Secara semulajadi, gula boleh ada dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian.
5. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
6. Pun begitu. Dalam makronutrient yang utama. Bukan gula sahaja yang mempunyai kalori.
7. Ada 2 lagi makronutrient utama lain yang juga mengandungi kalori. Iaitu Protin dan juga lemak.
8. 1gram protin bersamaan 4kcal. Dan untuk 1gram lemak p**a bersamaan dengan 9kcal.
9. Kenaikan berat badan itu bermula dari kalori yang diambil secara berlebihan. Itulah asasnya.
10. Maka samaada kalian meninggalkan gula sekaligus, namun protin dan ambilan lemak masih berlebihan, berat badan masih lagi berupaya untuk naik.
Kawan-kawan. Naik turunnya berat bukan disebabkan gula, protin atau lemak semata-mata. Kata kuncinya adalah tentang berlebihan. Ya, semuanya tentang berlebihan.
Tidak kerana gula sahaja. Tidak juga kerana lemak atau protin sahaja. Gula jika dalam kawalan, tidak akan mudaratkan badan. Begitu juga dengan sumber pemakanan yang lain juga.
kredit:Arif Sukri
Sederhana itu indah .
05/10/2021
Apa yang membuatkan habbatus sauda dikatakan berkhasiat? Habbatus sauda mengandungi beberapa kandungan yang sangat diperlukan pada tubuh badan dan dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Antara kandungan tersebut adalah:
1. Mineral
Mineral yang terkandung dalam petai adalah seperti kalium, fosforus, kalsium dan banyak lagi. Jika dilihat pada kandungan nutrisi petai, ternyata sumber-sumber mineral ini agak tinggi terutamanya kalium, kalsium dan fosforus.
Kalium adalah mineral yang penting dalam penjagaan jantung dan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai komponen anti-hypertensi, iaitu merendah dan mengawal tekanan darah serta mengawal pergerakan otot. Kalsium dan fosforus berfungsi dalam penjagaan kesihatan dan meningkatkan ketumpatan tulang untuk menampung pergerakan badan.
2. Serat
Serat larut adalah salah satu jenis serat yang mempunyai kebaikan untuk kesihatan. Saranan pengambilan serat adalah sebanyak 20 – 30g sehari. Serat banyak terkandung dalam sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijian termasuk lah habbatus sauda.
Serat memberi impak baik dalam penjagaan usus iaitu melancarkan penghadaman dan berfungsi dalam pengawalan gula serta kolesterol dalam darah. Kandungan serat dalam 100g habbatus sama seperti100g oat. Justeru itu, pengambilan habbatus sauda dalam diet seharian mampu untuk melengkapkan keperluan serat ini.
3. Kompaun bioaktif
Kompoun bioaktif selalunya berada pada tumbuhan dan makanan tertentu seperti kekacang, sayur-sayuran, minyak dan bijirin penuh. Menurut kajian, kompaun bioaktif ini berperanan sebagai anti-hipertensi, antioksida, anti-kanser dan banyak lagi. Pendek kata, ia mampu memberi impak positif pada penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
Antara kompaun bioaktif yang terdapat pada habbatus sauda ialah pati minyak dengan beberapa komponen iaitu trans-anethole, p-cymene limonene, carvone, α-thujene, thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ), dithymoquinone, carvacrol, dan β-Pin.
Khasiat Habbatus Sauda’ pada Kesihatan
Memandangkan habbatus sauda mengandungi beberapa komponen penting pada kesihatan, ia sekali gus memberi khasiat dan impak positif pada keseluruhan tubuh badan. Antara khasiat habbatus sauda yang dapat dirungkaikan adalah:
1. Aktiviti antioksida
Habbatus sauda kaya dengan bahan-bahan antioksida seperti flavonoids, folifenol dan thymoquinone, carvacrol, t-anethole dan 4-terpineol. Ini menjadikan habbatus sauda sebagai bahan antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia. Aktiviti antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan.
Menurut kajian, ekstrak minyak yang diambil daripada habbatus sauda juga mampu mengurangkan tekanan oksidatif pada haiwan. Namun, banyak lagi kajian perlu dilakukan pada manusia untuk membuktikan impak secara lebih komprehensif.
2. Mengawal paras gula dalam darah
Memandangkan habbatus sauda juga sejenis tumbuhan berbiji, ia turut menunjukkan kesan antihipoglisemik. Petai telah menunjukkan kesan yang baik terhadap kawalan gula darah dalam kedua-dua kajian yang melibatkan manusia dan haiwan.
Terdapat satu kajian pemberian minyak habbatus sauda sebanyak 1.5 dan 3ml/hari terhadap pesakit diabetes selama 20 hari. Keputusan yang diterima agak memberangsangkan apabila paras gula darah menurun.
3. Menurunkan paras kolesterol
kolesterol tinggi dalam telur dan kesihatan
Artikel Berkaitan: Punca Kolesterol Tinggi dan Rawatan
Kolesterol dihasilkan sebanyak 70% dalam badan kita dan selebihnya ia datang daripada sumber makanan. Umum mengetahui, kolesterol terbahagi kepada dua iaitu LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik). Peningkatan kolesterol jahat dalam tubuh merisikokan kita untuk mendapat penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.
Habbatus sauda merupakan sumber makanan yang baik untuk mengawal dan menurunkan paras LDL. Komponen serat yang terkandung dalam habbatus sauda menjadi salah satu faktor ia memberi kesan efektif terhadap pengawalan paras kolesterol.
4. Mengawal tekanan darah
tekanan darah tinggi
Artikel Berkaitan: Punca Tekanan Darah Tinggi dan Rawatan
Habbatus sauda mengandungi mineral yang berfungsi dalam pengawalan tekanan darah seperti kalium dan sodium. Kalium mempunyai sifat berlawanan dengan sodium iaitu merendahkan tekanan darah.
Jika dilihat pada kandungan nutrisi, kalium lebih tinggi berbanding sodium, ini menjadikan habbatus sauda adalah sumber makanan anti-hipertensi yang baik.
5. Bertindak sebagai anti-radang
Kajian menunjukkan minyak habbatus sauda mempunyai sifat yang boleh melawan keradangan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa minyak habbatus sauda memiliki kesan baik sama seperti ‘painkiller’.
Walaupun banyak kajian telah dilakukan terhadap haiwan dan ia menunjukkan impak positif dalam mengurangkan kesan radang, lebih banyak kajian terhadap manusia yang perlu dilakukan untuk membuktikan keberkesanannya.
6. Aktiviti antimikrobial
Aktiviti antimikrobial bermaksud aktiviti yang menghalang atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Habbatus sauda dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan bakteria seperti Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa, Salmonella enteritidis, and Serratia marcescens.
Bakteria-bakteria ini dikategorikan sebagai bakteria yang berbahaya kepada kesihatan kerana menjadi punca beberapa penyakit seperti keracunan makanan. Maka, jika pertumbuhan bakteria-bakteria dapat direncatkan, risiko jangkitan penyakit dapat dikurangkan.
7. Anti-fungal
Habbatus sauda juga dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan fungi. Fungi juga merupakan sejenis mikroorganisma yang hidup dengan kehadiran air atau kelembapan dan udara. Terdapat 3 jenis kompaun dalam habbatus sauda iaitu TQ, thymohydroquinone, dan thymol yang dikatakan memberi kesan terhadap kulat, fungi dan yis.
Menurut kajian ini lagi, habbatus sauda juga boleh dijadikan potensi sebagai bahan pengawet semula jadi pemakanan supaya tidak cepat rosak dan basi.
8. Anti-kanser
Habbatus sauda yang kaya dengan bahan antioksida seperti vitamin dan kompaun bioaktif berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel tidak normal seperti kanser.
Menurut kajian, thymoquinone (TQ) iaitu kompaun bioaktif mempunyai fungsi yang paling utama dalam mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel abnormal kanser.
9. Penjagaan kesihatan perut dan penghadaman
Perut adalah organ yang penting dalam sistem penghadaman manusia. Ulser adalah salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh individu yang mengakibatkan gastrik dan ketidakselesaan.
Dalam satu kajian terhadap haiwan, 20 tikus yang menghidapi ulser di perut telah dirawat dengan menggunakan habbatus sauda.
Ia menunjukkan kesan pulih sebanyak 83% terhadap tikus-tikus terbabit dan memiliki peratusan keberkesanan hampir sama seperti ubat biasa yang digunakan untuk merawat ulser.
Walau bagaimanapun, masih banyak kajian perlu dilakukan terutamanya ujian klinikal bagi mengkaji impaknya terhadap manusia.
10. Bertindak pada masalah kesuburan lelaki
Masalah ketidaksuburan boleh memberi implikasi besar terhadap pembinaan sesebuah keluarga. S***m yang abnormal adalah punca masalah ketidaksuburan pada lelaki. Menurut kajian yang dijalankan, kaedah terbaik untuk mengatasi masalah s***m abnormal adalah dengan memberi rawatan menggunakan bahan antioksida.
Habbatus sauda dikatakan sebagai salah satu potensi herba atau kaedah tradisional yang boleh membantu dalam masalah ketidaksuburan lelaki kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.
Habbatus sauda telah banyak digunakan dalam pemakanan seharian kita terutamanya dalam bentuk produk-produk komersial yang dijual di pasaran. Semua makanan mempunyai manfaat masing-masing. Rebut peluang untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
04/10/2021
Tip penjagaan gigi ini dikongsi oleh Dr. Irma Shida Abu Samah, seorang doktor gigi yang juga merupakan pengasas kepada produk penjagaan wajah.
Dr. Irma Shida mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pergigian.
1.Berus gigi setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur. Gunakan ubat gigi berflourida. Jangan lupa berus permukaan lidah untuk hilangkan bau mulut.
2.Pilih berus yang lembut dan berus dengan gerakan menegak untuk mengelakkan permukaan gigi haus dan menyebabkan gigi ngilu.
3.“Floss” setiap malam sebelum memberus gigi sebelum tidur untuk menanggalkan makanan terlekat di celah gigi yang boleh menyebabkan bau mulut. Gunakan “floss” yang bersalut lilin untuk mengelakkan gusi terluka.
4.Gunakan ubat kumur untuk kesegaran nafas. Bagaimanapun ubat kumur sahaja tidak cukup untuk menghilangkan sisa-sisa makanan pada gigi.
5.Minum teh hijau kerana ada “polifenol catechin” yang menggalakkan aliran air liur sekaligus mengurangkan lekatan plak pada gigi.
6.Kurangkan makanan manis yang sering melekat pada gigi apabila dikunyah. Ini kerana gula yang melekat pada gigi boleh mengundang masalah gigi berlubang.
7.Kurangkan tekanan dalam kehidupan seharian dan pastikan tidur yang mencukupi untuk mengelakkan tabiat mengisar gigi waktu tidur yang menyebabkan gigi menjadi pendek dan ngilu.
8.Kurangkan pengambilan air berkarbonat kerana kandungan asidnya menyebabkan gigi lebih rapuh dan lembut sekaligus lebih mudah terhakis dan berlubang.
9.Minum air kosong setiap kali selepas makan dan minum air manis untuk membilas mulut sekaligus mengurangkan plak dan bau mulut.
10.Pastikan jumpa doktor gigi setiap 6 bulan untuk pemeriksaan gigi supaya gigi kekal sihat dan lakukan rawatan “scaling” (cuci karang gigi)
29/09/2021
Siapa yang tidak s**a air kelapa muda kan?
Rasanya enak dan menyegarkan. Ia juga mampu menghilangkan dahaga. Tambahan p**a ketika cuaca panas.
Selain diminum begitu sahaja, ia kini telah dipelbagaikan penyediannya.
Antaranya minuman “coconut shake” dan ice blended.
Paling enak air kelapa ditambah dengan ais, sedikit gula dan lemon. Nikmatnya!
Jadi jom kami kongsikan kebaikan air kelapa dari sudut kesihatan.
Air kelapa mengandungi vitamin B, fosforus, sodium, cytokinins, elektrolit, potassium, klorida, magnesium, kalsium dan pelbagai mineral penting.
Ia juga bersifat antioksidan, rendah kalori, rendah lemak dan tiada kolesterol.
1. Penawar racun
Kandungan antioksida dan mineral yang baik dapat menangkis racun dan radikal bebas dalam badan.
2. Penawar demam
Air kelapa dapat menurunkan suhu panas dalam badan.
3. Melawan bakteria penyebab penyakit gusi
4. Melawan jangkitan kuman pada pundi kencing
5. Memperbaiki sistem penghadaman
Kandungan serat tinggi boleh membantu dan mencegah masalah pencernaan. Sesuai buat mereka yang mangalami gejala perut kembung, masalah penghadaman dan gastrik.
6. Menurunkan tekanan darah / sakit kepala / pening
Kandungan elektrolit yang mencukupi dalam air kelapa berfungsi mengimbangi semula kandungan ion dalam badan.
7. Penawar mabuk
Puncanya toksik yang terlalu banyak tapi tidak mampu dikeluarkan. Jadi elektrolit dan vitamin dapat mengembalikan tenaga.
8. Mengurangkan masalah glaucoma dan katarak
9. Mengurangkan risiko sakit jantung
Elektrolit dapat meningkatkan peredaran darah dan juga menurunkan tekanan darah. Seterusnya ia mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke.
10. Meningkatkan tenaga
Air kelapa membantu meningkatkan penghasilan hormon dari kalenjar tiroid dan seterusnya membekalkan tenaga. Badan juga akan berasa ringan dan segar.
11. Peningkatan hidrasi badan
Ia juga digelar air isotonik semulajadi. Kandungan kalsium, potassium, magnesium, fosforus dan sodium dalam air kelapa dapat meningkatkan hidrasi badan.
12. Melancarkan sistem perkumuhan
Mudah untuk membuang air besar dan mengelak dari sembelit.
13. Sesuai dengan darah manusia
Dikatakan air kelapa sangat sama dengan darah manusia. Ia pernah digunakan dalam petang dunia kedua untuk menyelamatkan nyawa.
14. Baik untuk ibu hamil dan janin
Mengoptimumkan tahap air ketuban bagi ibu mengandung. Ini akan melancarkan isipadu darah ibu dan menyediakan persekitaran yang baik untuk bayi dalam kandungan.
Ini adalah antara kebaikan air kelapa kepada kita.
Sudahlah murah, banyak p**a manfaat nya.
Jom amalkan!
28/09/2021
Ini 10 tips penjagaan untuk rambut anda supaya kelihatan lebih sihat:
1. Penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda
Pertama sekali, anda perlu kenali jenis rambut anda. Setiap jenis rambut memerlukan syampu yang berbeza. Penggunaan syampu yang tidak mengandungi sulfate, sodium laureth sulfate dan paraben lebih baik untuk rambut.
Cara untuk membasuh rambut:
Basahkan rambut dengan air suam atau air sejuk
Gunakan 1/4 syampu daripada saiz tapak tangan anda
Gosok dan urut kepala perlahan-lahan dan fokuskan di bahagian kulit kepala
Bilas
Jangan gunakan air yang terlalu panas kerana air panas akan merosakkan akar rambut. Gunakan suhu yang sesuai dengan kulit kepala.
2. Gunakan conditioner untuk hasilkan rambut yang halus
Perapi rambut membolehkan rambut anda kelihatan lurus dan bebas kusut. Tak perlu menggunakan dengan kuantiti yang banyak kerana ia berminyak.
Cara untuk memakai conditioner:
Gunakan 1/4 perapi daripada saiz tapak tangan anda
Letakkan di bahagian hujung rambut
Biarkan 2 hingga 3 minit
Bilas
Jangan sesekali terkena kulit kepala kerana ia akan menyebabkan kulit kepala and makin berminyak.
3. Gunakan hair mask 2 kali seminggu
Hair mask berfungsi untuk melembutkan rambut dan mengurangkan rambut yang kusut. Bukan itu saja, ia juga dapat dapat mengurangkan kerosakan pada rambut. Selepas pakai hair mask, anda boleh cuba sisir rambut guna jari!
Cara untuk guna hair mask:
Sapukan hair mask di seluruh rambut
Sapukan hair mask selepas syampu rambut dan sebelum conditioner
4. Hair serum atau minyak rambut boleh mengurangkan kusut
Penggunaan hair serum atau hair oil membantu rambut tampak kelihatan lebih terurus dan tidak kusut, terutamanya di bahagian bawah rambut. Bahagian bawah rambut selalunya bercabang bukan?
Cara untuk guna hair serum atau hair oil:
Titiskan 2 hingga 3 minyak rambut dan sapukan bahagian hujung rambut
Jangan terkena kulit kepala juga ya!
5. Penggunaan hair tonic untuk rambut yang lebih kuat
Penggunaan hair tonic ini untuk melebatkan lagi rambut. Sesiapa yang sering gugur rambutnya juga disarankan untuk memakai hair tonic supaya rambutnya lebih kuat dan kukuh. Say no more to rambut gugur!
Cara untuk guna hair tonic:
Gunakan selepas mengeringkan rambut menggunakan tuala
Letakkan hair tonic pada kulit kepala mengikut garisan kepala
Gosok dan urut kulit kepala dengan perlahan-lahan
6. Sikat rambut sebelum syampu untuk mengurangkan kerosakan rambut
Sikat rambut anda sebelum basuh supaya rambut anda lebih terurus dan tidak kusut apabila hendak disikat nanti. Untuk rambut yang kusut dan rosak, pastikan anda menyikat rambut semasa rambut anda basah.
Penggunaan sikat yang betul juga perlu dititikberatkan. Misalnya, sikat yang bergigi jarang sesuai digunakan untuk rambut yang beralun.
7. Jangan overheat rambut
Kebanyakan orang s**a stylekan rambut, tetapi jangan lupa kurangkan tahap kepanasan peralatan rambut itu. Perkara ini disebabkan rambut akan menjadi rosak dan mudah putus akibat suhu yang terlalu panas. Begitu juga dengan blow dry rambut, tetapkan suhu yang paling rendah sahaja.
8. Amalkan cara ikat rambut yang betul
Jangan mengikat rambut terlalu ketat sehingga rambut tertarik. Lama-kelamaan, rambut anda akan jadi gugur dan rapuh. Pemilihan getah rambut yang berkain lembut juga merupakan salah satu langkah penjagaan rambut supaya rambut anda tidak rosak. Bahan pengikat seperti bahan logam akan menyebabkan rambut tersangkut.
9. Trim bahagian hujung rambut anda
Untuk mengelakkan hujung rambut lebih bercabang, lebih baik dipotong. Dengan cara ini, rambut anda kelihatan lebih sihat. Jika tak confident dengan pemotongan sendiri, anda boleh pergi ke salon rambut.
10. Tidur dengan kain bantal jenis silk
Berbantalkan kain jenis silk ini akan mengurangkan pergeseran rambut semasa tidur. Ini akan mengurangkan kemungkinan untuk rambut menjadi kusut dan rapuh selepas bangun daripada tidur.
Tunggu apa lagi guys, jom jaga rambut supaya nampak lebih sihat dan terurus. Flip hair!
27/09/2021
Kulit yang cantik datang dari pemakanan yang sihat juga , kalau tak jagaa mana mahunya flawlesss kan
27/09/2021
“ Sebelum ni saya pakai produk A, ok je.. dan dah follow semua steps. Tapi kenapa lately naik jerawat? Banyak p**ak tu..”
Pernah jadi situasi macam ni?
Ok, jangan panik.
Baca ni dulu.
1. Fokus utama nak dapatkan kulit sihat sebenarnya ialah pada penjagaan SKIN BARRIER.
2. Skin barrier atau moisture barrier terdiri dari binaan sel kulit (corneocytes) dan lipid. Bayangkan batu-bata itu adalah lapisan sel, dan lipid (fat) mengisi di tengah-tengahnya seperti gam untuk memegang kukuh sel-sel tersebut.
3. Ia terletak pada permukaan paling atas kulit iaitu di Stratum Corneum. Fungsinya adalah untuk memberi kelembapan semulajadi pada kulit, melindungi kulit dari pencemaran, dan juga untuk elak jangkitan kulit dari bakteria dan virus.
3. Jika kulit anda tiba-tiba naik jerawat, rasa tegang, kering mengelupas, itu tanda skin barrier anda rosak atau dah ‘compromised’. Lapisan kulit atas tu dah terganggu. Batu-bata tu dah ada lompang.
4. Untuk mengatasi masalah ini, periksa semula semua rutin skincare anda. Mungkin anda ter-over eksfoliate? Pencuci muka anda tinggi pH? Pencuci muka ada SLS/SLES? Tak pakai sunscreen? Atau anda menggunakan terlalu banyak produk yang mengandungi kepekatan tinggi bahan aktif pada satu-satu jangka masa seperti AHA/BHA dan Vitamin C. Kulit tak sempat nak tolerate dengan terlalu banyak bahan, jadi ia akan breakout.
5. Jika berlaku keadaan ini, anda kena back to basic. Kurangkan kekerapan scrub. Tukar pencuci muka, pastikan pakai sunscreen, dan hentikan sementara waktu penggunaan produk dengan bahan aktif tinggi itu.
6. Jangan risau..sebagaimana skin barrier kita boleh rosak, begitu juga ia boleh diperbaiki. Lagi pun, memang fitrah kulit Allah dah buat ia boleh self-healing sendiri. Cumanya ada orang kulit dia tak high performance macam kulit orang lain.
7. Untuk situasi ini, mungkin anda perlukan bantuan produk tambahan untuk pulihkan skin barrier. Pilih lah produk yang mana bahan kandungannya fokus pada pembentukan sel dan lipid kulit seperti Ceramide, Kolesterol, dan Omega. Dan juga produk yang berikan hidrasi. Apabila skin barrier dah pulih, baru lah perlahan-lahan masukkan rutin lain ya.
8. Nak dapatkan kulit sihat, kukuhkan saja skin barrier. Itu petua dia.
27/09/2021
Jenis jenis penyakit kulit dan cara mengatasinya >>>
Pilihan rawatan bergantung kepada punca gatal-gatal. Bagi orang-orang yang mengalami kulit kering, pelembap yang baik mungkin diperlukan.
Ekzema, dermatitis, atau “hives”:
Penyakit-penyakit ini dan keadaan kulit yang lain mungkin disyorkan untuk mengguna krim kortikosteroid oleh pakar kulit. Ia boleh digunakan pada kulit untuk membantu menghilangkan gatal-gatal. “Topical calcineurin inhibitors” dan antihistamin juga boleh membantu melegakan gatal-gatal.
Alergi:
Antihistamin adalah ubat anti-alahan yang biasa digunakan. Contoh yang ada termasuklah Zyrtec, Claritin, dan Benadryl.
Jangkitan kulat:
Cacing pita, “athlete’s foot”, dan jangkitan kulat yang lain boleh dirawat dengan rawatan ubat antikulat. Rawatan topikal yang ada termasuklah krim dan syampu. Untuk jangkitan yang teruk, doktor mungkin memberikan ubat secara oral. Terbinafine, atau Lamisil, adalah yang biasa digunakan.
Gigitan serangga dan sengatan:
Antihistamin topikal dapat melegakan gatal-gatal. Untuk mengelakkan gigitan, gunakan racun serangga dan pastikan badan dilindungi dengan pakaian.
25/09/2021
Tabiat wanita yang satu. S**a beli dan cuba skincare baru. Tapi kadang buntu kenapa produk bagus namun kesannya tak seberapa?
Sel kulit kita ni hidup. Dia ‘bernyawa’. Jika anda main sapu selambak atas muka semua skincare tu, boleh ‘termuntah’ balik lah dia.
Apa tanda kulit ‘termuntah’ tak boleh terima produk yang korang pakai tu?
1. Breakout
2. Iritasi
3. Kulit samada makin kering/makin berminyak
4. Kulit tak ada apa-apa perubahan.
So check balik bagaimana kalian pakai produk tu dulu yea (selepas dah pastikan semua produk tu memang sesuai dengan jenis kulit dan masalah kalian )
1. Kuantiti/amaun setiap skincare. Sikit atau terlebih? Contoh macam serum vitamin C 1 titis besar kacang tu je, bukan besar buah oren p**ak.
2. Seni lapisan sapu produk dari cair ke pekat. Sapu skincare yang teksturnya paling cair dahulu (watery), kemudian baru sapu produk yang teksturnya makin makin pekat/likat (oily/creamy)
Kalau anda sapu terbalik urutan, maka nanti yang meresap masuk kulit ialah yang produk yang pekat saja. Yang watery, akan tertinggal kat atas permukaan kulit. So thats why tak ada efek langsung, malah mungkin makin teruk sebab dia akam sumbatkan liang pori anda tu.
3. Part akhir ni saya yakin tak ramai boleh sabar sebab tu syahid tengah jalan dalam nak konsisten pakai skincare ni. Iaitu, sebaik-baiknya nak dapatkan kesan optimum dari setiap lapisan produk, kalian perlu tunggu 1-2 minit untuk dia meresap masuk kulit.
Contoh lebih kurang macam ni :
Lepas pakai toner - tunggu dalam 60 saat atau kurang, jika ia dah meresap. Tanda meresap kat kulit ni ialah tak rasa apa-apa kesan peninggalan produk. Ia rasa smooth saja.
Kemudian, pakai p**a esen - tunggu lagi 60 saat.
Begitulah seterusnya diikuti serum, krim dan apa-apa lagilah atas meja korang tu sampai tertidur...eh sampai habis.
Ikutlah 3 guidelines ni jika anda mahukan kesan optimum dari produk skincare anda.
Sayanglah dah beli produk bagus-bagus, tapi silap p**a cara guna sebelum ni kannn...?
25/09/2021
Sebut sahaja tentang makanan yang baik untuk kesihatan kulit, macam-macam jenis bahan dan makanan akan disebutkan. Tidak kira sama ada pandangan pakar solekan moden mahupun petua kecantikan tradisional, pasti anda pernah mendengar sepatah dua tip yang mengaitkan makanan tertentu dengan kejelitaan kulit.
Laman Merdeka.com menukil buku Beauty From the Inside Out (Kecantikan dari dalam) hasil penulisan Bobbi Brown, nama yang tidak asing lagi dalam dunia kecantikan.
Ini 7 jenis makanan yang ditukil dari buku itu yang baik untuk meningkatkan kesihatan kulit.
1. Sayur-sayuran dan Buah Merah
Tomato, lada merah dan sebarang makanan yang dikategorikan sebagai sayur merah dapat meningkatkan penghasilan kolagen. Jenis sayuran sebegini juga mengandungi lycopene yang membantu melindungi sel-sel kulit daripada radikal bebas dan kesan buruk cahaya matahari, selain boleh bertindak sebagai pelindung matahari yang semula jadi.
Namun begitu, anda masih memerlukan produk pelindung matahari untuk menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh. Sudah pasti lebih baik jika anda mempunyai perlindungan kulit dari dalam dan luar tubuh, bukan?
2. Sayuran berwarna oren
Sayuran berwarna oren biasanya mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi. Bukan sahaja ia cukup baik untuk deria penglihatan, vitamin ini juga mempunyai keupayaan untuk membantu sel-sel kulit lebih cepat membaiki diri daripada pelbagai kerosakan. Antara sayuran yang kaya dengan Vitamin A adalah lobak merah dan keledek.
3. Sayuran Hijau
Peminat sayur-sayuran boleh bergembira, kerana sayur hijau seperti kale, alfalfa dan bayam mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kesihatan kulit. Sayuran sebegini bukan sahaja kaya dengan antioksidan, malah pelbagai sayuran hijau juga dapat membantu dan meningkatkan pengeluaran kolagen dalam tubuh. Untuk memastikan anda dapat kandungan zat yang optimum, pastikan anda memberi perhatian terhadap perkara-perkara penting dalam proses menyiapkan hidangan daripada mencuci sehingga memasak sayur-sayur itu.
4. Buah jeruk
Buah jeruk dan buah-buahan tropika kaya dengan Vitamin C boleh meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat, terutama dalam menjaga kulit yang sihat. Limau lemon, lime, oren, mangga, durian belanda dan betik misalnya bukan sahaja kaya dengan antioksidan dan Vitamin C tetapi juga mempunyai peranan penting dalam penghasilan kolagen dalam badan.
5. Badam
Meskipun sesetengah orang mempunyai alahan terhadap jenis makanan ini, sebenarnya jenis kekacang ini kaya dengan antioksidan dan Vitamin E yang baik untuk kulit. Salah satu daripada kacang itu adalah badam. Kacang ini diketahui dapat memberi kesan yang baik pada kulit jika dimakan secara tetap, seperti menjadikan kulit kelihatan lebih lembut dan sihat. Ia juga lebih kaya dengan khasiat protein.
6. Ikan
Bukan lagi satu rahsia untuk mengatakan jenis makanan seperti salmon dan sardin kaya dengan minyak omega-3 yang berperanan untuk menguatkan dan melindungi sel-sel kulit. Namun bagi anda yang benar-benar tidak s**a makanan laut atau ikan, anda boleh menggantikannya dengan biji chia dan flax yang juga kaya dengan Omega-3
7. Makanan yang ditapai
Dengan rasa masamnya yang tersendiri, makanan yang dijadikan jeruk menyimpan banyak faedah untuk kesihatan kulit. Sebut sahaja kimchi (kubis jeruk), kombucha, tairu - ia semua sarat dengan prebiotik.
Menurut buku itu, selain membantu proses pencernaan yang lancar, makanan yang dijadikan tapai juga dapat meningkatkan penyerapan khasiat, detoksifikasi, mengurangkan keradangan dan meningkatkan fungsi imun dan mengembalikan keseimbangan hormon yang juga mempengaruhi kesihatan mata, rambut, kuku dan kulit.
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/gayahidup/7-jenis-makanan-untuk-kulit-cantik-awet-muda/4387392.html
24/09/2021
Apakah anda antara mereka yang pernah berperang dengan masalah kulit sejak usia remaja?
Bermula dengan kehadiran jerawat yang tumbuh tenggelam timbul. Kemudian bila usia mencecah 20-an, 30-an, 40-an dan seterusnya, masalah kulit lain p**a yang muncul.
Memiliki kulit cantik, bersih dan mulus sebenarnya tidak s**ar. Dengan mengamalkan diet yang baik dan mempraktikkan penjagaan kulit asas yang konsisten, pelbagai masalah kulit dapat diatasi dengan lebih mudah.
Tapi, jangan tunggu sampai ia menjadi tidak terkawal baru ingin merawatnya. Oleh itu, apa kata anda cuba mengamalkan 15 cara berikut yang dapat membantu menghuraikan masalah kulit.
Hasilnya kulit bersih, lembut dan sihat! Anda juga tidak perlu berhabisan wang untuk membeli produk-produk kecantikan berjenama atau melalui pelbagai rawatan. Ini dia 15 petua kulit bersih dan cantik:
1. Bagi yang berperang dengan masalah hormon bulanan, cuba kurangkan kadar pengambilan bahan tenusu seperti keju, tairu, susu dan makanan bergoreng. Dengan menjaga diet, anda akan dapat melihat perubahan kulit dari masa ke semasa.
2. Elakkan daripada tidur tanpa membersihkan muka yan bermekap atau berminyak. Ia merupakan antara punca kerosakkan kulit.
3. Lakukan senaman secara konsisten setiap hari selama 10-15 minit setiap hari dapat membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh dan menghasilkan kulit yang sihat.
4. Amalkan untuk mengguna krim pelindung matahari kerana ia dapat elakkan kedutan dan tanda hitam. Gunakan ia untuk ke pejabat atau ke mana-mana. Bukan setakat ke pantai atau semasa beriadah saja.
5. Minum banyak air. Hidrasi adalah kunci utama kepada kulit yang segar dan sihat. Jika kurang air, ia akan mengundang kulit berjerawat dan pengeluaran minyak walaupun ia kering.
6. Tukar sarung bantal setiap minggu. Minyak dari rambut akan melekat pada sarung bantal dan akan serap dalam kulit.
7. Jika mempuyai kulit kering, pilihlah rangkaian produk kulit yang berasaskan minyak.
8. Amalkan rejim untuk sental kulit setiap dua minggu dengan bahan scrub. Tapi, usah gunakan setiap hari kerana kulit boleh menjadi kering dan rosak. Bagi yang mempunyai kulit sensitif pilihlah sabun scrub yang lembut.
9. Amalkan pengambilan minyak kelapa di dalam diet seharian kerana ia dipercayai dapat membantu melembutkan kulit. Minyak kelapa juga boleh dicampurkan dengan soda penaik (baking soda) untuk dijadikan ‘scrub’ muka.
10. Lengkapkan diet seharian dengan mengamalkan minuman teh hijau asli tanpa gula. Ia kaya dengan bahan antioksidan dan dapat membantu menentang bakteria selain radikal bebas.
11. Jika mempunyai potongan rambut depan yang menutup dahi, pastikan untuk mencuci rambut setiap hari. Jika rambut kotor, ia akan memudahkan minyak untuk teperangkap di bahagian dahi.
12. Usah ikut-ikut trend dan beli apa saja yang baru dilancarkan di pasaran. Penting untuk anda mengetahui jenis kulit anda dan cara merawatnya dengan produk yang bersesuaian.
13. Elak menggunakan bedak asas yang berasaskan minyak kerana ia akan menyekat pori dan menjadi punca jerawat.
14. Percaya atau tidak menurut satu kajian, telefon bimbit mempunyai lebih banyak bakteria berbanding dengan mangkuk tandas! Oleh itu, pastikan untuk rajin membersihkan telefon bimbit kerana kuman boleh melekat pada kulit p**i bila anda menggunakannya.
15. Menggunakan krim malam sebelum tidur dapat membantu menjaga kulit dari dalam kerana sewaktu tidur kulit melalui proses detoksifikasi.
Nah, cuba anda catit mana yang belum anda cuba dan mana yang mungkin boleh anda cuba demi kulit yang cantik. Selamat mencuba!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kajang
Bangi