Arm Chiropractic and Massage Therapy

Arm Chiropractic and Massage Therapy

Share

Certified as chiropractor and massage therapy

Photos from Arm Chiropractic and Massage Therapy 's post 04/09/2023

Assalamualaikum

Kami menyediakan perkhidmatan chiropractic dan urutan terapi. Jika anda mempunyai masalah terseliuh, migrain, dan sebagainya, boleh hubungi kami untuk tetapkan temujanji. Kami juga menyediakan door to door service terus ke tempat anda.

01/09/2023
Photos from Arm Chiropractic and Massage Therapy 's post 01/09/2023

Customer baru.

Dua hari lepas kami didatangi customer yang mengalami masalah sengal di tangan kanannya. Macam biasa, Encik Chiroprator akan cari punca sengal tu di seluruh badan. Sengal di tangan bukan bermakna di situ puncanya datang. Badan kita penuh dengan urat saraf. Jadi kita kena cari "main switch" dia.

Alhamdulillah, selepas dibuat "pruk prak" dan urutan terapi, customer beransur pulih dan bertenaga. Katanya akan datang lagi minggu depan untuk berurut lagi. Sedap sangat barang kali.

Customer gembira, kami pun gembira 🤗

Photos from Arm Chiropractic and Massage Therapy 's post 26/08/2023

Uncle Appu datang semula bawa wife dia (maaf aka lupa nak tanya nama). Terkejut kami tengok kaki aka bengkak sangat. Katanya itu sakit sejak 31 tahun. Lamanyaaaa.

Sebenarnya dah banyak tempat aka pergi dapatkan rawatan. Pernah juga buat acupuncture. Tapi tak menampakkan hasil. Encik Chiroprator kata ini masalah tulang, tak akan jadi dengan acupuncture sebab acupuncture untuk rawatan saraf.

Mungkin nak dijadikan rezeki aka ni, dipertemukan dengan kami untuk bantu. Alhamdulillah, bengkak dan sakit kaki yang ditanggung beransur berkurangan. Belum pulih 100%, aka disarankan supaya tidak melakukan rutin kerja sekarang. Jangan berdiri terlalu lama. Kalau boleh berjalan dengan bantuan tongkat.

Kita doakan isteri Uncle Appu cepat sembuh.

Photos from Arm Chiropractic and Massage Therapy 's post 26/08/2023

Lepas jiran kami datang, Uncle Appu dari pangsapuri sebelah p**a datang bawa anak dia. Anak Uncle Appu ni namanya Lingam. Ada masalah kaki terseliuh sebab main bola. Dah setahun masalah kaki dia dibiarkan. Alhamdulillah, selepas betulkan masalah kakinya dan buat alignment, kaki dia beransur pulih.

Uncle Appu pun ada sedikit masalah. Katanya ada sakit pinggang sikit dan lutut. Tapi seperti biasa, Encik Chiroprator kita akan periksa seluruh badan. Pruk prak sana sini berbunyi. Baru la Uncle Appu rasa lega sakit di bahagian pinggang dia. Masalah lutut tu disebabkan faktor umur, semua orang akan alami bila tulang rawan semakin menipis. Kalau dari segi saintifik namanya osteoarthritis.

Bila dua beranak ni dah selesai masalah mereka, Uncle Appu balik. Katanya kejap lagi dia bawa isterinya p**a datang. Serius juga masalah isterinya.

Nanti kita cerita di posting seterusnya.

Photos from Arm Chiropractic and Massage Therapy 's post 26/08/2023

Weekend job

Ini jiran kami. Dia kemalangan menyebabkan masalah di bahagian bahu dan leher.

Biasanya kalau sakit kemalangan ni customer akan request nak buat chiropractic dan urut terapi. Sakit badan kan kesan hentakan kemalangan. Jadi kita penuhi permintaan dia.

Alhamdulillah, jiran kami p**ang dengan senyuman gembira. Customer happy, kami pun happy.

Photos from Arm Chiropractic and Massage Therapy 's post 19/08/2023

Weekend job.

Hari ini kami didatangi customer dari jauh, dari Indonesia. Datang ke Malaysia untuk melancong. Agaknya banyak berjalan makan angin sana sini, jadi sakit kaki dan pinggang. Jadi dorang pun Google saja cari kami. Kebetulan baru saja turun dari Cameron Highland, cari la chiropractor yang terdekat.

Ingatkan cuma seorang yang datang, rupa-rupanya 4 orang. Oleh kerana 3 orang lagi tu perempuan, tak manis rasanya kami berkongsi gambar buat masa ini.

Alhamdulillah, customer berpuas hati. Yang frozen shoulder dah boleh pusing kepala Kiri kanan, yang sakit pinggang dah boleh berdiri tegak, yang sakit lutut dah boleh jalan dengan betul.

Kami sentiasa memberikan yang terbaik untuk customer kami. Customer happy, kami pun happy 🤗

Photos from Arm Chiropractic and Massage Therapy 's post 05/08/2023

Rezeki pagi ini dapat bantu sahabat.

Full body alignment dan massage therapy. Alhamdulillah dapat bantu kawan kurangkan kesakitan pelvis dan release stress. Badan terasa ringan dan pergerakan kaki semakin lancar.

Photos from Arm Chiropractic and Massage Therapy 's post 04/08/2023

Customer yang datang harini mengalami sakit lutut akibat kecederaan semasa bersukan. Kecederaan yang dihadapi menyebabkan dia tidak dapat melipat lutut dan duduk antara dua sujud semasa solat. Bahagian popliteus muscle, plantaris muscle dan sartorius muscle mengalami kecedaraan.

Rawatan awal dapat mencegah daripada kesakitan yang berlarutan. Alhamdulillah, selepas rawatan, keadaannya kembali pulih.

Photos from Arm Chiropractic and Massage Therapy 's post 04/08/2023

Sedang menunggu kehadiran customer

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Batu Caves

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Friday 09:00 - 11:00
15:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00