SyuLyn Enterprise

SyuLyn Enterprise

Share

For beauty and healthy

21/11/2025
Photos from Kisah Dunia Islam's post 10/12/2024
02/11/2024

Tolong jangan/elakkan beli, makan dan tangkap Parrotfish (Scaridae) ataupun nama melayunya Ikan Ketarap/Bayan.

Admin selalu nampak ikan ni dijual di pasar basah. Yes, memang ada yg kata ikan ni sedap tapi, parrotfish ni semakin lama semakin berkurang dan ianya adalah antara ikan terpenting di ekosistem terumbu karang. Bila berlakunya boikot, maka tiada lg pihak yang akan menjualnya.

Ikan bayan mempunyai bentuk mulut bermuncung dengan gigi yang khusus untuk memakan rumpai-rumpai laut dan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup. Rumpai laut adalah antara penyebab utama kematian batu karang (rumpai akan bersaing bersama zooxanthellae yang hidup di batu karang bagi mendapatkan cahaya matahari). Dan jika rumpai ini tidak dimakan oleh ikan (parrotfish), maka batu karang akan mati. Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem karang dan lalu boleh mengakibatkan menjejaskan ekosistem laut itu sendiri. Laut yang mati lambat laun akan mengakibatkan daratan turut mati.

Ikan Bayan menghabiskan 90 peratus waktunya dengan memakan rumpai di permukaan coral. Dan hasil buangan (tahi) ikan ini dikeluarkan dalam bentuk pasir. Dan mampu menghasilkan 100kg pasir setahun sepanjang hayatnya! Bayangkan betapa banyaknya pasir akan diperolehi jika ikan ini tidak diganggu. Maybe boleh membantu mengurangkan hakisan pasir.

Sudah tibanya pelbagai pihak menyuntik kesedaran kepada nelayan untuk tidak lagi menangkap ikan ini. Banyak lagi ikan di luar sana, tolong biarkan ikan comel ini hidup di terumbu karang. Terumbu karang memerlukan mereka untuk terus hidup dan terus berkembang demi ekosistem laut yang sihat.

Gambar kredit: Fii Tee

04/05/2024

Ikhlas, redha, pekakkan telinga, butakan mata.
JAUHILAH perdebatan meskipun kamu berada pada kebenaran. Mengalah bukan bererti kalah. Tapi kerana ingin hidup dalam ketenangan.

Alhamdulillah syukur Ya Allah ❤️

22/04/2024

Antara ciri-ciri orang narsisistik adalah :

✅S**a membangga diri. Merasa megah dengan diri sendiri. Tak boleh orang lebih dari dia. Kalau ada orang yang lebih dari dia, dia boleh mengata orang tu, dia fitnah orang tu. Dia hasut orang lain benci dekat orang yang dia tak s**a tu. Jangan main-main dengan orang macam ini.

✅Dia gilakan perhatian. S**akan perhatian orang. Dia s**a tarik perhatian orang. Dia pandai berlakon. Dia pandai curi perhatian orang.

✅Merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Untuk buat dia nampak baik, dia akan burukkan orang lain. Kadang-kadang orang tak perasan sifat dia yang ini. Dia s**a kotorkan nama orang untuk nampak dia bersih.

✅S**a orang puji dia. S**a orang ikut cakap dia. Kalau orang tak ikut cakap dia, dia tuduh orang itu sebagai 'mata-mata' atau pengkhianat.

✅S**a puji diri sendiri. S**a claim diri sendiri CANTIK, kacak, baik, pandai dari orang lain.

✅Pandai berlakon dan pandai buat orang percayakan dia.

✅Pentingkan diri sendiri.

✅Apabila dia buat salah, dia tak mengaku itu salah dia. Sebaliknya dia akan kata itu salah orang lain. Jika kesalahan itu diketahui oleh orang lain, dia akan cakap dia jadi macam itu sebab orang lain. Dia tetap akan salahkan orang lain.

✅S**a memandang rendah atau memperlekehkan orang lain

✅Mudah dengki kepada orang dan menganggap orang lain juga dengki padanya.

✅Kurang belas kasihan. Tiada empati terhadap orang lain.

✅S**a ambil kesempatan kat orang lain untuk keuntungan diri dia.

✅S**a menggunakan orang untuk memperoleh perkara yang diinginkan.

✅Tidak boleh menerima pandangan atau kritikan orang lain terhadap diri sendiri.

-----------------------------------

Sifat narsisistik ini boleh memberikan kesan yang buruk seperti :

✅Susah nak dapat kawan.
Orang pun tak nak kawan dengan orang yang berakhlak buruk seperti ini.

✅Selalu ada masalah dalam hubungan dengan manusia. Tak kisahlah hubungan dalam rumahtangga, tempat kerja, dengan keluarga ibubapa, adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan. Dengan semua orang dia ada masalah.

✅Hidup tak pernah tenang. Selalu resah dan selalu ada masalah.

-----------------------------------

Sikap Narsisistik Dari Sudut Islam :

Dalam Islam, sikap narsisistik adalah sifat mazmumah yang terjadi daripada akhlak yang buruk iaitu UJUB, RIAK, TAKBUR dan HASAD.

Sikap ujub ini tidak dis**ai oleh Allah Ta'ala kerana individu sebegini dikatakan mempunyai hati yang buta dalam menilai orang lain serta dirinya.

Ini juga sesuai dengan firman Allah Ta'ala dalam Surah Luqman, ayat 18 yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.

Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”

-----------------------------------

Rawatan :

Biasanya, seseorang akan diberikan diagnosis sebagai penghidap gangguan personaliti narsisistik sekiranya individu tersebut menunjukkan lima atau lebih ciri-ciri yang dinyatakan di atas.

-----------------------------------

Suami;
jika suami bersifat Narsistik memang bahaya untuk hubungan rumahtangga. Suruh SOLAT tapi suami tak nak solat. Suami tak boleh dinasihati kerana dia rasa dirinya saja yang betul sebab dia itu seorang suami tapi tidak memberi nafkah agama dalam keluarga. Akhirnya habis tunggang langgang keluarga.

Isteri;
jika isteri bersifat Narsistik boleh mengakibatkan jatuh nusyuz kepada suami. Merasa dirinya saja yang betul. Tak hormat suami. Tinggi suami pada suami. Lama-lama derhaka kepada suami.

Anak;
jika ada anak yang bersifat Narsistik boleh menyebabkan derhaka dia kepada ibubapa.
Tak nak dengar cakap mak ayah.

Ibu Mentua;
jika ibu mentua yang punya sifat Narsistik, Nauzubillah... ini bahaya. Boleh jadi asbab pergaduhan yang dahsyat dalam keluarga.
Banyak realiti kehidupan yang jadi begini sehingga berlakunya penceraian terhadap suami isteri disebabkan keluarga mentua yang ada masalah Narsistik.

20/04/2024

Mungkin saya bukanlah orang yang baik,
dan saya tak perlu dianggap baik.
Akan tetapi paling tidak saya 'tidak munafik' dengan berpura-pura baik.

Yang melalui lebih memahami,
Khun Syulyn

Photos from SyuLyn Enterprise's post 14/04/2024

Nak Cakap....
Saya nak berbaik dengan semua orang. Memang dari dulu saya tak s**a musuh.

Tapi saya juga bukan bodoh. Kalau orang tu kantoi mengutuk saya, memfitnah saya... walaupun saya tak balas, walaupun saya diam, tapi saya tetap akan menjauh.

Memang saya akan jauhkan diri daripada orang macam ni sebab saya tahu, saya bertanggungjawab terhadap kebahagiaan dan ketenangan hati saya sendiri.

Orang macam ni bahaya. Sejenis depan lain, belakang lain. Sejenis buat baik bila memerlukan tapi kemudiannya sanggup tikam kawan untuk satu kepentingan.

Saya tak boleh paksa diri saya untuk terus deal dengan orang macam ni. Saya sejenis yang tak pandai berpura-pura.

Dan berita buruknya, saya juga akan berhati-hati dengan sesiapa saja yang rapat dengan dia. Kepada mereka, saya tak akan lagi bercerita banyak tentang diri saya, perancangan saya dan kejayaan saya. Saya tak akan lagi berkongsi bahagia dengannya.

Sebab saya orang lama. Saya orang yang dah banyak pengalaman, yang dah banyak berdepan pengkhianatan. Yang dah faham, wujudnya banyak gunting dalam lipatan.

Maka, bagi dia yang mahu bermusuh, saya akan menjauh. Bahkan, yang berbaik dengannya pun akan saya pinggirkan. Cukuplah dia dan dia menjadi kawan tepi jalan.

Ini bukan prasangka. Ini namanya berjaga-jaga.

Sebab saya sudah faham, sebaik apa pun kita pada orang, sebanyak mana pun budi kita padanya, memang akan ada manusia yang tak pandai menilai kaca dengan permata.

Sungguh. Mencari SAHABAT DUNIA AKHIRAT bukan satu kerja mudah. Kerana sahabat yang mencari kepentingan dunia, terlalu bersepah!

Di akhir usia seperti ini, saya tak mahu terlalu kejar dunia. Saya cuma mahu mendekati apa-apa yang memberikan ketenangan dan mendekatkan saya pada syurga. Maka saya bentengi diri saya, dengan apa yang sepatutnya..

Pedulikan apa orang kata tentang kita,yang penting kita tahu siapa kita dan tahu apa yang akan kita buat untuk nampak lebih baik dari semalam, hari ini, esok dan juga terus ke masa hadapan...

Insyaallah..

30/03/2024

IT’S OK BRO !!!!

kalau tak cukup duit.

Untuk beli baju raya anak ? Biar dia orang faham, life is unfair. Live with it.
Untuk susun kuih raya penuh meja.
Untuk balik kampung semunggu ziarah sedara mara.
Untuk bagi duit raya pada semua org kampung.
Untuk buat open house jamu kawan kawan dan sedara.
Untuk beli kereta baru.
Untuk beli bunga api.

Semua itu hanya budaya and does not makes us a lesser Moslem.

MACAMANA mau jadi Ok ? Macamana mau jadi gembira ? Macamana mau pujuk hati ?

Senang saja. Tengok baki bank, tengok dompet, kalau ada lebihan wang, walaupun satu ringgit yg terakhir,

SEDEKAHKAN.

Banyak rumah anak yatim ada disekitar tempat tinggal kita. Kita saja tak pernah google dan cari. Banyak fakir miskin yang belum tahu petang nanti ada makanan atau tidak. Kita saja yg tak pernah cari.

SEBAB

Dalam kepala kita, hanya tahu mengeluh apa yg kita tidak ada. Tapi tak pernah mau tahu apa yg mereka tidak ada.

SEBAB

Kita tidak mahu berterima kasih pada TUHAN seba sudah bagi kita makan, bumbung dan kenderaan yg sudah ada.

SEBAB

Kita hanya tahu marah TUHAN sebab tak kasi apa yg kita mahu lebih dari apa yang sudah ada.

Itulah makna Aidifitri.

CP : EddiePutera

29/03/2024

Tangan yang suap kamu masa kecil dulu,
janganlah gigit dengan sengaja bila dah besar.

28/03/2024

Rezeki hari ni first time masuk bazar Ramadhan owner belanja FREE air …
Semoga murah rezeki owner

26/03/2024

SAMBAL PENYET

Bahan-bahan :

Cili besar
Cili padi
Tomato (belah 4)
Belacan (jika s**a)
Bawang besar 1biji (jika s**a)
Bawang putih 1/2 ulas (jika s**a)
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak

**Takde s**atan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar.

Cara-cara :
1. Kupas bawang dan seangkatan dengannya. Potong ala kadar yang perlu.
2. Panaskan minyak dan goreng semua bahan tersebut.
3. Goreng sehingga layu.
4 . Bila semua dah layu, tutup api dan biarkan sejuk.
5. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.
6. Saya punya ni saya guna hand blender.
7. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika s**a.
10. Siap!

Boleh botolkan untuk makan bila-bila masa dengan sumber protein yang di s**ai. Ayam. Ikan dan etc.

25/02/2024

BERHATI-HATI FENOMENA AKHIR ZAMAN

1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.

2. Perubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.

3. Melancong keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan jiran terdekat.

4. Pendapatan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang.

5. Ilmu semakin tinggi, emosi semakin rendah.

6. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.

7. Pengetahuan semakin bagus, keadilan semakin berkurang.

8. Perzinaan semakin rancak, kesetiaan semakin pupus.

9. Semakin banyak kawan di dunia maya, tapi tidak ada sahabat yang sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya.

11. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.

12. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.

13. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai.

14. Teknologi semakin canggih, fitnah dan aib semakin tersebar.

15. Orang yang rendah ilmu banyak bercakap, orang yang tinggi ilmu banyak mendiamkan diri.

Semoga kita sedar dan Semoga kita semua tetap berada di dalam lindungan ALLAH Subhanahu Wa Ta'aa. 🤲

آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَ الْعَالَمِيْنَ

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah.

CP ONLY. Credit to owner

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Batu Caves
68100