Donna Yusuff
Assalamualaikum Sahabat D,
Ya Allah Ampunkanlah Dosa2 Kami. Jom Aminkan Doa ❤️
Mudah2han makbul.
skincare local with combination great ingredients and premium quality also affordable price.�
Alhamdulillah selesai makan Bersama my sister and the gang.
Bersyukur.
29.5.2023
11/04/2023
Jihad Kita Di Bumi Allah ❤️
Kekotoran dapat dibersihkan dengan air, begitulah kejahatan dapat dihapuskan dengan melakukan banyak kebaikan, tiadalah kebaikan yang tinggi nilainya melainkan berjuang untuk AgamaNya, membina kembali kekuasaan dan sistem Islam diatas mukabumi ini.
SUJUD SYUKUR SEDAR SABAR SEBAR 💛
21 Ramadhan 1444H
11 April 2023M
08/04/2023
Mencintai Nuzul Quran 🤎
Ramadhan 1444H / 2023M
Semoga disembuhkan apa yang Sakit
Dilegakan mana yang Perit.
Dilapangkan ruang yang Sempit.
Dimaniskan setiap yang Pahit.
Biiznilahh 🤍
DOAKU. DOAKANKU. DIDOAKAN.
DOALAH 💜
Ya Allah Ampunkanlah Dosa² Kami, Kurniakanlah Kami Rezeki Berlimpahan, Berkah Dan Panjang, Sihat Dan Kuat, Selamat Berjaya Dunia Akhirat, Kabulkanlah Hajat Kami Bila² Masa Kearah Kebaikan Semasa Hidup.
Panjangkanlah Usia Kami Dalam Ketaatan. Lindungi Dan Rahmati Kami Selalu Serta SELURUH UMAT ISLAM DiAlamMu, Bantulah Kami Semua Ke SyurgaMu, Terangkanlah Hati² Kami, Aminn.
Ikhlas Diriku - Donna Yusuff
Terpulihkan Tersihat Terlega Terbahagiakan 🙏
31/03/2023
Resahnya hati bila Menanti rindu
Ingin Bertemu
Berehat berhari Dari waktu tertentu itu
Walhal baik untukku.
Namun Mampuku cumalah berapa waktu saja.
Jika berlalu
Larut Rinduku mula menjengah.
Dahsyatnya Merindu.
Merindu Detik Bersamamu Selalu.
Akur Aku untuk Perintah.
Apa maksud dibalik Perintah.
Alhamdulillah Bersyukur
Alhamdulillah Bersabar
Tanpa Sabar mana mungkin sampai ke sini.
Tanpa Syukur apalah rasa nikmat ini.
Mungkin ini nukilku yang Terakhir Kali Di hujung bukan 31 Mac 2023.
Akan Ku lontarkan ilham tulisku ini pada naskahku P**a.
Kerana itu mereka mebeli naskah ini untuk merawat jiwa Yang limping kosong Sama Persis sepertiku.
Iya Aku menjual Seniku.
Kerana Di akhir zaman, Seni ini nanti memberi Aku makan.
Mudah2han Allah Tuhanku Merestui Jalanku.
Benar, Dari hati Menjadi Hobi,
Dari Hobi Menjadi Cinta Disanggupi
Dari Cinta Tersanggupi, Akhirnya Menjadi
Hasil Keringat Buah Fikir menghidupkan qalbu Nurani Diri.
MasyaAllah TabarakAllah
Aku Berlepas Diri Dari Diriku.
Bukan Aku Diriku
Aku sekadar Ceritamu.
Kalau tidak dipecahkan Ruyong
Manakan mahu dapat Sagunya.
MasyaAllah, Assalamualaikum Sahabat Pena
Empunya Nama Kanda Tuan Jalaluddin Rumi.
Menghormati
Menghargai
Kerana Berkah Ilahi.
Bismillah Rahman
Bismillah Rahim
Salam Ingatan Terakhir Kali Di Dunia Maya,
Berhenti Aku menumpah Rasa disini.
Aku Singkap disana P**a.
Khusus untuk sehaluan sekapalku.
Salam Martabat Dewan Bahasa Dan pustaka Duniaku. 🙏😊
SUJUD SYUKUR SEDAR SABAR SEBAR 💛
Donna Yusuff
11.28 pm
9 Ramadhan 1444H
31 Mac 2023M
D,
31/03/2023
Sayupnya hati. Hening menemani.
Dalam Waktu Masa datang Pergi berlalu.
Ianya tetap berlaku Dan berlalu Sedu.
Kalau diikutkan. Manakan mahu ianya berlalu.
Tapi jatahnya waktu sudah begitu
Asyiknya ia walaupun begitu
Ada kadarnya direntetan waktu
Duhai waktu. Berbaiklah denganku
Berteman denganku
Bersahabat Pena lah dengan Aku
Kau lah Waktu Ku.
Menemani aku disaat berlagu atau Aku Mendayu
Kau saksi ku.
Menemani aku dikala duka gembiraku
Aku Temanmu
Jadilah kau Emasku
Seperti mana
Emasku agamaku
Engkau jadilah
Emasku Perhiasanku
Izin Aku mencintai mu
Duhai Waktu Ku.
Demi Masa, Aku Benar Dalam Rugi.
Jika Engkau tidak menemani Aku dengan Hikmah,
Maka Benarlah. Akulah Insan yang merugi itu.
Maaf kan Aku. Kerana mensia-siakan mu suatu Masa dulu.
Detik Ini,
Berjanjilah Dikau untuk menjadi Sahabatku Sehingga nanti bila mana kita dipisah didunia,
Cukup kau jadi Saksiku.
Bismillah. Dengan Izin Tuhanmu Tuhanmu
Materailah ia.
SUJUD SYUKUR SEDAR SABAR SEBAR 💛
Donna Yusuff
6.30 pm
9 Ramadhan 1444H
31 Mac 2023M
D,
30/03/2023
Kehadiran Ramadhan ini.
Berjaya menghadir keinsafan diri.
Mudah2han berkekalan begini sehingga akhir Hayat.
Sedihnya hati pilunya diri kerana berada begini Semberono nya melalui jalan dengan Kosongnya wadah diri.
Semberono melangkah kesana kemari.
Mencari cerminan diri.
Cermin banyak Penuh menghiasi
Tapi masih juga mencari cari.
Butanya Dikau wahai hati.
Mujur Dikau masih lagi sudi merangkak mengesot mencari tahu jati dirimu yang
Kian terlerai berarak bagai awan dihembus Angin.
Bukan awan itu derhaka
Bukan angin itu jahat
Bukan titis embun itu khianat.
Sebenarnya dikaulah dalang petualang Kau. Ditakdirnya begitu.
Merasa lah kau.
Padanlah dirimu.
Apa Hati kau laku kala itu mengusikmu lagi Dan lagi ?
Ya Rabb! Aku berserah diri padamu.
Titik.
SUJUD SYUKUR SEDAR SABAR SEBAR 💛
Donna Yusuff
12.36 pm
8 Ramadan 1444H
30 Mac 2023M
D,
29/03/2023
Membuang teman membuang sahabat.
Bukan untuk memutus ukwah.
Akan tetapi untuk lebih memberi ruang kepada Diri ini.
Mencari menggali Diri.
Sifat sejati diri ini Makin layu melayu ditelan Arus Zaman.
Mengenal untuk berdua
Mencipta memori dengan izin Tuhannya.
Kerana semua ini hanya pinjaman sementara.
Cukup 1 atau Dua dekad
Kembali lah amanah ini untuk
Perjalanan sejati yang hakiki.
Disini canda gurau saja.
Disana jalannya sepi
Sendiri p**a.
Maka. Kenapa berlengah bermain2 lagi.
Sudahkah mengenal jati diri mu ?
Oh Diriku, Aku belum lagi membongkar Dirimu.
Izin aku menelusuri mu dengan mudah ya,
Moga Sejatinya dulu tertimbus tanah tertanam Dosa Sudi menampil Diri sejatimu.
Meskipun tampilmu bagai mak lampir usang Berkarat berdebu berkerut seribu.
Ketahuilah,
Diriku bersedia menyambutmu.
Kerana Dikau begitu
Dikerana akulah menimbusmu.
Ampun aku ya.
Berdamai lah dengan aku untuk ke sekian kalinya.
Mudah2han tuhanku tuhanmu merestui aku Dan Kamu.
SUJUD SYUKUR SEDAR SABAR SEBAR 💛
Donna Yusuff
9.18 am
7 Ramadhan 1444H
29 Mac 2023M
D,
27/03/2023
Makin Kembali Makin begitu begini.
Makin berhasrat menysuci Makin p**a aku Dilirik pada mata2 dahsyat cemburu.
Hati hiba hati hina kecil munajat
Mohon lorong kalimah agung terbagus untuk.
MasyaAllah berdentam dentum aku di ajak
Ataukah diajar.
Aku belajar. Masih belum serik.
Kerana indahnya, mencoba lah aku.
Diduga aku bagaikan dibola bolanya kesana kemari.
Eh kau.
Jangan berani.
Sebelum aku berang berahi.
Lebih baik kau mundur berlari selamat diri.
Aku dengan cara ku
Kau Aku persetan disitu.
Kau dengan dirimu
Aku dengan dosaku.
Tuhanku mengadili aku
Kau Pergi dari aku.
Tiba Masa Hari kebangkitan
Dengan izin tuhanmu tuhanku
Bertembung kita, saling lah menghujah.
Detik ini, mengumpul lah kita bekal secangkir titis limpahan jika tersisa,
Ataukah lemparan hikmah.
Disitu kau.
Aku Disini.
Titik.
Bawa lah kau hujah dan dalil mu itu.
Aku tetap lah aku.
Tuhanku menghukum aku.
Bukan Kau.
SUJUD SYUKUR SEDAR SABAR SEBAR 💛
Donna Yusuff
4.24 am
6 Ramadhan 1444H
28 Mac 2023M
D,
26/03/2023
Jika begini uji nya.
Kemana lagi harus meminta menolong.
Jika begini Rasa dalamnya
Ke siapa lagi harus aku bermonolog.
Jika begini jalur Kembali hak nya
Kenapa begini sendu syahdu yang dirasakan
Jika begini jalan p**ang Kembali sejati sebenarnya.
Mengapa p**a Luka lama berduka kembali.
Hai Si Jiwa,
Bergantunglah kau dengan Si yang memberi Jiwa kepadamu.
Patutkah kau ingkar lagi bila sudah Engkau Bertemu.
Melara sedikit menduka cita
Bukan tiada rela.
Namun hati ini masih baru hendak mula
Asyiknya bercinta namun tertoreh p**a kerana Luka lama terkubur berdarah menghimpit si Hati kecil yang baru hendak mula bertenggek.
Iya, akulah yang zalim.
Zalim aku kerana leka Aku
Maka dihukum humban lah aku sesuka nya Oleh si sang pemberi Jiwa.
Pasrah aku.
Tapi azabnya pasrah memanglah begitu.
Mengguling diri lagi lah runtun hatiku.
Belajar Tabah.
Asyiklah Rebah.
Hakikat sedarnya aku kerana ini jalanku.
Menerima lah Aku dengan qadarmu.
Mendoakan lah Aku sekujur diriku.
Astagfirullahhaladzim
SUJUD SYUKUR SEDAR SABAR SEBAR 💛 Donna Yusuff
4.15 am
5 Ramadhan 1444H
27 Mac 2023M
D,
26/03/2023
Sembunyi Rasa namun merasa.
Makin sembunyi Makin berasa
Makin hikmat Makin menyakit.
Makin melindung Makin disidung.
Berdiam untuk menguji Rasa.
Menabur untuk memberi merasa
Memberi untuk bekal Bersama
Tapi Makin hati kecil terasa merasa p**a.
Anehnya beruzlah.
Bermain Rasa mencari titik rintik Rasa
Bersama qiyam demi Rasa mencinta
Makin lama Makin mahir menabur membaja Rasa
Hai si hati kecil.
Beginikah dikau bermain Rasa
Atau beginikah aku dirasakan nya.
Atau inikah sebenar nya si sang Rasa.
Resahnya aku merasa.
Bagai aku dalam sembiluku
Berlagu tiada Rasa
Namun bila bangkit rasaku.
Maka diteruslah aku merasakan itu
Semua bersatu hikmat Dan nikmat
Dalam puisi berlagu Alam Bunyiku.
MasyaAllah. Beginilah Aku lagi.
SUJUD SYUKUR SEDAR SABAR SEBAR 💛
Donna Yusuff
5.12 pm
4 Ramadhan 1444H
26 Mac 2023M
D,
13/03/2023
Telah datang kepadamu
Telah datang kepadaku
Telah tiba datang kepada Aku
Apa itu wahai Kasihku.
Beriama Tradisi Timur Bunyimu
Runut mu MasyaAllah terjerat Aku
Menurut lah P**a Aku
Apa pun itu
Yakin ku datang kerana Kasihmu Lailaku.
Merindui ku
Merinding Aku
Menemui Entah dinegeri mana P**a lah Aku
Mengamuk mencari menari nari Aku
Sedar Aku Apa itu.
Namun tersentak terhenti dihentak disitu.
Iya, cuma disitu. Titik.
Negeri mana itu ya Kasihku.
Berteka teki Menjerat menarik Aku ke lembah Yang kemana Arahnya.
Namun Masih juga Aku mengikut rentaknya
Ataukah rentakku
Ataukah rentak keroncong gemersik mu.
Terpejam lah Mata buta ku
Bila buka Mata,
Dan bila Jaga mataku,
Semacam terlupakan Semua Segalanya.
Menahan Aku.
Menahan Rasaku.
Menanggung Berat Isi qalbuku Lagi.
Gilanya mencari Aku.
Aku pun jua Si Laila mengejar Majnun
Lara jiwaku.
Mahu Ku diam
Namun sudah handal pun Aku terlatih berdiam Sedekad lalu.
Rungsing Apa membelenggu ini.
La haula wala ku wata illa billa.
Hai Si Arif billa Hu Allah.
Marilah, Ajari Hatiku.
Kerana kalau Bukan Dikau Ajari Aku,
Mana Lagi Aku menghumban ingin melerai Rasa berat Qalbu kecil hinaku.
Ampun Aku Ya Muhammadur Rasullullah
Allahhuakbar
SUJUD SYUKUR SEDAR SABAR SEBAR 💛
Donna Yusuff
11.44 am
20 Syabaan 1444H
13 Mac 2023M
D,
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Batu Caves
68100