OLIVE HOUSE Batu Caves
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from OLIVE HOUSE Batu Caves, No 4, Medan Selera MPS, Taman Pinggiran Batu Caves, Batu Caves.
05/11/2025
Selama bertahun-tahun, kita diajar untuk takut pada kolesterol. Setiap kali buat medical check-up, bila tengok bacaan kolesterol tinggi, terus risau.
Tapi ramai tak tahu, musuh sebenar jantung bukan hanya kolesterol... tapi GULA.
Kajian sains moden dah banyak tunjuk, gula berlebihan sebenarnya lebih bahaya untuk jantung berbanding kolesterol semata-mata. Bukan saja sebab boleh naikkan berat badan, tapi sebab ia ganggu keseimbangan metabolik dan perlahan-lahan merosakkan sistem dalaman badan kita.
Macam mana gula boleh rosakkan jantung?
1. Rintangan Insulin – Punca Senyap Penyakit Moden
Bila setiap hari kita ambil minuman manis atau makanan tinggi gula, paras insulin dalam darah akan sentiasa tinggi. Lama-lama, sel badan jadi “kebal” pada insulin. Inilah yang dipanggil rintangan insulin.
Dari sinilah datangnya masalah seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti viseral, dan keradangan kronik. Semua ni antara punca utama penyakit jantung zaman sekarang.
2. Keradangan & Salur Darah Tersumbat
Gula yang berlebihan juga boleh tingkatkan tekanan oksidatif dan buat dinding salur darah kita meradang.
Keradangan ni menyebabkan plak terbentuk dalam arteri, keadaan yang dikenali sebagai atherosclerosis.
Dan bila plak tu makin tebal, risiko serangan jantung atau strok jadi sangat tinggi.
3. Gangguan Profil Lemak
Ramai ingat gula hanya naikkan gula darah. Tapi sebenarnya, ia juga ganggu profil kolesterol.
Gula boleh naikkan trigliserida dan LDL kecil-padat (kolesterol jahat yang senang sumbat arteri), sambil turunkan HDL, kolesterol baik yang lindungi jantung.
Hasilnya, jantung kita kerja lebih keras dalam keadaan sistem lemak yang tak seimbang.
4. Hati Berlemak
Kalau selalu minum air manis, terutama yang tinggi fruktosa, hati kita akan mula tukar gula tu jadi lemak.
Bila lama-lama berkumpul, terbentuklah penyakit hati berlemak tanpa alkohol (NAFLD).
Keadaan ni bukan je ganggu fungsi hati, tapi juga dikaitkan dengan masalah jantung dan metabolik.
➡ JAMA Internal Medicine (2014)
Individu yang ambil lebih 25% kalori harian dari gula tambahan — tiga kali ganda lebih berisiko mati akibat penyakit jantung.
➡ British Medical Journal (2015)
Gula tambahan dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, trigliserida tinggi dan keradangan.
➡ Framingham Heart Study (2017)
Pengambilan minuman bergula meningkatkan risiko gagal jantung dan demensia.
Kunci sebenar kesihatan jantung bukan terletak pada ubat statin semata. Ia bermula daripada cara hidup dan pemakanan harian.
Nak jaga jantung tak perlu drastik. Mulakan dengan langkah kecil:
➡️ Tukar air manis kepada air kosong campur hirisan buah,
➡️ Lebihkan buah segar,
➡️ Dan jadikan Olivie Plus 30x sebahagian daripada rutin harian, sumber lemak sihat yang bantu lawan keradangan dari dalam.
Dengan kurangkan gula tambahan dan amalkan gaya hidup seimbang, kita bukan saja lindungi jantung tapi bantu tubuh kembali bertenaga dan sihat secara semula jadi, insyaAllah.
05/11/2025
Ramai ingatkan kesan hitam pekat kat leher tu cuma daki.
Tapi bila makin gelap, gatal tak hilang, naik biji-biji kecil dan luka p**a lambat sembuh, itu sebenarnya tanda awal badan sedang banjir gula.
Sebenarnya, kulit adalah antara organ pertama yang tunjuk perubahan bila metabolisme dalam badan terganggu.
Ia ibarat cermin kepada kesihatan dalaman yang memberi petunjuk awal sebelum masalah jadi lebih serius.
Jadi, jika anda perasan kulit makin gelap, kering, keras, luka lambat sembuh atau naik tompok merah, jangan anggap remeh.
Itu mungkin tanda awal rintangan insulin, langkah pertama menuju diabetes jika dibiarkan.
Jaga diri dari sekarang.
Kurangkan pengambilan gula, banyakkan air kosong, kawal berat badan dan amalkan makanan tinggi antioksidan semula jadi seperti minyak zaitun extra virgin.
Kalau nak cari yang tinggi kandungan hydroxytyrosol, boleh ikhtiar dengan Olivie Plus 30x.
Ia kaya dengan antioksidan semula jadi yang bantu lindungi sel daripada keradangan akibat gula, dan kandungannya 30 kali lebih tinggi berbanding minyak zaitun biasa.
Mulakan langkah kecil hari ini.
Tubuh kita sentiasa cuba beritahu sesuatu, cuma kita yang tidak peka.
01/11/2025
"Awalnya cuma rasa kaki tegang dan kebas bila bangun pagi. Saya ingat biasa je la.. Tapi makin lama, rasa tu jadi menyucuk dan sakit bila jalan. Tapi bila tengok kaki, tak ada apa pun.."
Kalau anda pernah rasa macam ni, jangan pandang ringan.
Ini mungkin tanda awal “kaki diabetes” (diabetic foot). Satu komplikasi yang bermula perlahan-lahan, tapi kalau dibiarkan, boleh membawa kepada jangkitan serius atau amputasi (potong kaki).
1. Kerosakan Saraf (Diabetic Neuropathy)
➡️ Paras gula yang tinggi lama-kelamaan merosakkan lapisan pelindung saraf.
➡️ Akibatnya, saraf yang hantar isyarat “rasa sakit, panas, atau sentuhan” mula gagal berfungsi.
➡️ Sebab itu kaki boleh hilang deria rasa, rasa macam kebas, mencucuk, atau panas walaupun tak ada luka.
➡️ Bila saraf dah rosak, kita tak sedar pun kalau kaki luka, terbakar, atau digigit serangga kecil.
2. Peredaran Darah Lemah (Peripheral Artery Disease)
➡️ Diabetes juga rosakkan dinding salur darah kecil.
➡️ Bila salur darah sempit, darah yang bawa oksigen dan nutrien tak sampai dengan baik ke tisu kaki.
➡️ Akibatnya, luka kecil pun ambil masa lama nak sembuh sebab tisu tak dapat bekalan darah mencukupi.
➡️ Bila luka lambat sembuh, bakteria senang membiak → jangkitan mudah berlaku.
3. Sistem Imun Jadi Lemah
➡️ Gula tinggi juga melemahkan sel imun badan.
➡️ Bila badan lambat lawan kuman, luka kecil boleh jadi jangkitan besar, bernanah atau busuk (gangrene).
➡️ Kalau tak rawat cepat, jangkitan boleh merebak ke tulang. Ini lah sebab kaki terpaksa dipotong dalam kes serius.
4. Kulit Kering & Retak
➡️ Saraf yang rosak juga kawal kelenjar peluh.
➡️ Bila ia tak berfungsi, kulit kaki jadi kering dan mudah merekah.
➡️ Retakan kecil ni boleh jadi pintu masuk untuk bakteria, menyebabkan jangkitan baru.
Untuk mudah difahami:
Gula tinggi → Saraf rosak → Darah tak sampai → Luka lambat sembuh → Jangkitan → Risiko amputasi
Cepat-cepat dapatkan pemeriksaan doktor jika anda ada tanda-tanda ini. Rawatan awal boleh elakkan risiko lebih besar seperti jangkitan atau amputasi.
Dan untuk bantu turunkan & stabilkan bacaan gula dalam darah, boleh amalkan Minyak Zaitun Extra Virgin, Olivie Plus 30x.
Kaya dengan hydroxytyrosol, sejenis antioksidan yang terbukti dalam kajian boleh bantu kurangkan kerosakan sel akibat gula tinggi dan lindungi saraf.
Jangan tunggu sampai kaki hilang deria rasa baru nak risau.
Cegah sekarang sebelum terlambat.
01/11/2025
Setiap hari, jantung kita bekerja tanpa henti 💓
Tapi... bila kali terakhir kita betul-betul jaga dia?
Langkah kecil yang boleh ubah banyak perkara:
✅ Jalan kaki 10 minit
✅ Makan real food
✅ Amalkan Olivie Plus 30x setiap pagi
Minyak zaitun ni tinggi polifenol — bantu kurangkan risiko penyakit jantung & beri tenaga semula jadi 🌿
💚 Kita jaga jantung, jantung jaga kita.
Nak saya bantu dapatkan 1 botol Olivie Plus 30x?
👉 DM saya terus
01/11/2025
Pernah buat tak tabiat ni? Lepas makan, perut dah kenyang, kita rasa macam “rehat j*p lah, baring pon sedap ni."
Sebenarnya tindakan kecil tu sebenarnya boleh ganggu sistem badan tanpa kita sedar.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah dan solat. Dan janganlah kalian tidur selepas makan, kerana itu boleh menyebabkan hati menjadi keras.”
(Riwayat Abu Nu’aim)
Bila dikaji dari sudut sains moden, ternyata nasihat Nabi SAW ni penuh hikmah.
Apa jadi bila kita terus baring lepas makan?
Selepas makan, paras gula darah akan naik. Bila kita baring, badan malas nak guna tenaga tu. Akhirnya, glukosa berlebihan berkumpul dalam darah.
Inilah yang jadi punca kepada masalah rintangan insulin dan kencing manis.
Tapi kalau kita berjalan perlahan-lahan selama 10–15 minit, otot akan mula guna gula tu sebagai tenaga.
Kajian pun buktikan yang berjalan sekej*p lepas makan boleh turunkan paras gula darah hingga 20%.
Tak perlu susah-susah pergi taman. Boleh cuba berjalan keliling rumah, lipat kain, kemas meja pun dikira bergerak. Yang penting, jangan terus rebah lepas makan.
Kalau nak bantu lagi kawal gula darah secara semula jadi, boleh cuba Olivie Plus 30x.
Olivie Plus 30x tinggi dengan Hydroxytyrosol (30 kali lebih kuat daripada EVOO biasa), antioksidan semula jadi yang bantu lindungi sel dan stabilkan gula darah.
Jom usaha pelan-pelan & sihat dengan cara Rasulullah SAW.
08/05/2024
“Alhamdulillah, lutut dah kurang sakit dan jalan pun makin laju”
Bangun pagi terus rasa ‘happy’ dan bersyukur sangat-sangat sebab dapat feedback yang bagus dari customer.
Korang yang mempunyai masalah sakit lutut sampai nak jalan pun sakit. Boleh cuba ikhtiar dengan Tocotrienol Softgel ni. Tambah p**a kita dah nak masuk musim haji dan semestinya kena banyak berjalan kaki.
Buat jemaah haji boleh la terus ‘grab’. Tengok lah customer ni terus nak grab lagi dua botol. Jommmm tunggu apa lg??? Hubungi saya
www.wasap.my/60192891844
04/05/2024
Jemaah Haji bakal berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi dan persiapan di fasa-fasa akhir telah dibuat.
Namun, menjadi kerisauan kepada jemaah adalah tahap kesihatan di sana. Kesempurnaan ibadah akan terganggu jika mereka ditimpa sakit.
Jadi, amat penting untuk jemaah haji mendapat tahap imun yang maksima. Jom “Boost Immunity” Sebelum Berangkat!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Culinary Team
Attire
Telephone
Address
No 4, Medan Selera MPS, Taman Pinggiran Batu Caves
Batu Caves
68100
29/05/2024