Merawat Tumit Kaki Pecah
Merawat tumit kaki yang pecah. Melembutkan dan melicinkan permukaan kaki. Testur krim yang mudah meresap segar dan berbau harum (mint)
02/02/2024
26/05/2021
Nak kulit sihat dan cantik?
Jom mulakan langkah dengan mencuci muka dengan SKINVIGORATE SONIC ๐
Mencuci hingga kedalam liang pori๐
https://wa.me/601161899403
๐ธMary Kay Skinvigorate Brush๐ธ
Apa fungsi berus ni?
๐mencuci jauh lebih bersih ke dalam pori anda
๐mampu membersihkan sehingga 85% kotoran diwajah
๐menyelesaikan masalah white head dan black head
๐menjadikan wajah dicuci dgn lebih bersih berseri
๐meningkatkan kadar serapan serum di wajah
๐brush yang tidak terlalu kasar atau terlalu lembut mengikut kadar kesesuaian tekanan kulit kerana produk Mary Kay dihasilkn dr kajian pakar kulit dan pakar perubatan.
๐tahan lasak dan mudah dibawa ke mana mana
Jom dapatkan utk wajah cantik & kacak uols. โฅ๏ธ
https://wa.me/601161899403
2 minggu menggunakan berus ini, kulit anda akan menjadi lebih licin, anjal dan tegang.
Product warranty adalah selama setahun. Sebagai customer saya, anda hanya perlu hubungi saya sahaja jika ada sebarang kemusykilan.
Untuk mendapatkan berus ini, hubungilah saya ya!
๐ https://wa.me/601161899403
19/05/2021
Tak perlu ke SPA untuk membuat rawatan facial lagi !!!
SKINVIGORATE SONIC MARY KAY FACE BRUSH YANG TERBARU
๐๐๐
https://wa.me/601161899403
60 saat je basuh muka. Tapi rasa macam pergi Spa
Selalu tak terfikir nak dapatkan muka yang flawless, bersih, tak de blackhead, whitehead, tak jerawat dan tak kusam. Tapi malas nak ke SPA. Agak costly jugakan kalau ke SPA. Tapi nak muka cantik dan bersih.
Jadi kalau nak solusinya kita kenalah bersihkan muka kita dengan bantuan face brush. Macam kita gosok gigi. Kalau guna jari je kita tak dapat nak bersihkan celah2 gigi tu. Tapi kalau guna berus gigi kita dapat bersihkan hingga ke celah2 gigi. Jadi dengan mary kay face brush skinvigorate kita dapat bersihkan muka hingga kedalam liang pori. Sebab dengan mencuci menggunakan tangan, cucian tidak akan sampai ke liang pori. Sedangkan jika liang pori kita ni tersumbat itulah punca jerawat, blackhead, whitehead, kekusaman akan wujud
Sebab tu kita perlukan skinvigorate mary kay face brush untuk membersih lebih ke dalam kulit muka supaya dapat membersihkan muka secara optimum.
Apa Tunggu Lagi. Jom Dapatkan Skinvigorate MARY KAY
๐๐๐
https://wa.me/601161899403
04/04/2021
Tips2 manjakan kaki anda๐คฉ
Tumit Kaki Pecah.Tumit kaki anda kasar, merekah dan pecah-pecah? Dari jauh lagi dah nampak penampilan kaki anda hitam dan kotor. Anda tentu โtensionโ kan? Ia seolah-olah telah mencacatkan penampilan anda pada hari itu. Merawat tumit kaki pecah ini sebenarnya sama penting dengan merawat wajah.
๐ ๐ถ๐ป๐ ๐๐น๐ถ๐๐ ๐๐ป๐ฒ๐ฟ๐ด๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ผ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ณ๐ผ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฒ๐ & ๐๐ฒ๐ด๐๐
๐๐๐
Perfect4beauty.org
https://marykaymintbliss.blogspot.com/2021/03/tumit-kaki-merekah-kadangkala.html
8 PETUA HILANGKAN TUMIT KAKI MEREKAH TUMIT KAKI MEREKAH KADANGKALA MENYAKITKAN KETIKA BERJALAN Tumit Kaki Pecah.Tumit kaki anda kasar, merekah dan pecah-pecah? Dari jauh lagi ...
Anda mempunyai masalah parut dan kulit keras atau kulit merekah?๐ฐ
Pesanan ini khas untuk:
๐Ibu mengandung
๐Kaki bers**an
๐Orang yang berusia
๐Wanita yang s**a pakai tumit tinggi
Mint Bliss Energizing Lotion for Feet & Legs๐
Tentu anda tertanya tanya kan apa perbezaan losyen kaki ini daripada losyen losyen yang lain kan๐ค
๐Ramuan pudina sejuk dengan bahan-bahan utama yang berkhasiat bertindak menyegarkan dan melegakan seluruh bahagian kaki.
๐Melembapkan tapak kaki dan kaki
๐ Sangat ideal untuk hari-hari yang sibuk di mana anda perlu berjalan ke sana ke mari.
Manfaat dan Keistimewaannya :
๐Ramuan pudina sejuk dengan bahan-bahan utama yang berkhasiat bertindak menyegarkan dan melegakan seluruh bahagian kaki
๐ Melembapkan kaki yang keletihan dan membantu menyegarkannya dengan serta merta
๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ ๐ถ๐ป๐ ๐๐น๐ถ๐๐:
๐๐๐
Perfect4beauty.org
๐ตFree Delivery
๐Free Gift pembelian 2 dan keatas
โ๏ธ https://wa.me/601161899403
01/04/2021
๐ฅ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐๐บ๐ถ๐, ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ
Siti Nadirah Hafidzin
CANTIK itu bukan hanya terletak pada rupa paras mahupun bentuk tubuh seseorang. Ini kerana kecantikan sebenar bersifat menyeluruh yang tidak hanya merangkumi fizikal, malah turut membabitkan tingkah laku dan keperibadian.
Namun, penilaian utama biasanya diletakkan pada keadaan fizikal dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Rekahan di sekeliling tumit dan sekitar tapak kaki memang tampak hodoh dan mencacatkan penampilan wanita. Apabila berada dalam keadaan ini, keinginan untuk menyarung kasut jenis terbuka sering kali terpaksa dilupakan.
Bagaimana pun ada juga wanita yang โselambaโ menyarungkan kasut terbuka walaupun menyedari tumit kaki merekah.
Namun, sama seperti busana, rata-rata wanita yang mahu menjaga penampilan tidak sanggup memakai kasut yang mendedahkan keburukan diri. Pastinya mereka sentiasa berusaha merawatnya.
Secara umumnya, apabila melihat kaki dan tumit pecah, dalam fikiran sudah dapat mengagak individu itu dalam golongan mana.
Individu kakinya bersih dan cantik pasti dalam kalangan mereka yang sentiasa menjaga kebersihan dan kesempurnaan kakinya termasuk tumit halus serta tampak kemerah-merahan.
Masalah tumit merekah boleh berlaku kepada sesiapa saja. Jika tidak menjaga kebersihan dan kesihatan kaki, ia mudah saja terjadi.
PUNCA MEREKAHโ
Perunding kecantikan, Emelia Roslan berkata, tumit merekah adalah masalah biasa. Ia berlaku apabila kulit pada tumit menjadi terlalu kering hingga menyebabkan rekahan.
โLapisan kulit yang kering ini mula menjadi keras, secara perlahan-lahan menebal dan kasar yang akhirnya merekah.
โBerat badan yang perlu ditanggung oleh kaki ketika kita berjalan akan memberi tekanan kepada bahagian ini yang dipercayai menyebabkan tumit merekah. Ia biasanya berlaku pada individu yang banyak berdiri atau berjalan dalam jangka masa lama,โ katanya.
Menurutnya, antara faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah itu adalah tidak melembapkan kaki secara tetap, mandi air panas terlalu lama hingga menghilangkan kelembapan semula jadi kulit.
โSelain itu, masalah rekahan tumit boleh terjadi disebabkan menggunakan sabun yang bersifat kuat dan mengeringkan kulit, keadaan cuaca yang terlalu sejuk, kerap memakai kasut bertapak nipis atau kasut terbuka di bahagian tumit atau memakai kasut tumit tinggi yang ketat.
โKegagalan mengambil makanan seimbang juga mendorong kepada pemasalahan itu. Kekurangan nutrisi seperti vitamin, mineral, zat zink dan asid lemak Omega-3 boleh menyebabkan rekahan tumit,โ ujarnya.
MASALAH tumit merekah boleh terjadi kepada sesiapa saja.
MASALAH tumit merekah boleh terjadi kepada sesiapa saja.
Antara makanan asas untuk amalan diet seharian bagi menambahkan khasiat dan mengurangkan rekahan pada tumit kaki ialah:
Makanan yang kaya dengan vitamin E seperti minyak sayuran, sayuran hijau, bijiran, gandum dan kekacang. Makanan yang kaya dengan mineral termasuk:
i. Kalsium: Susu, keju, yogurt, susu kambing, susu kacang soya, air mineral, ais krim, ikan, jus, bijiran dan brokoli
ii. Zat besi: Daging, ayam dan ikan, telur, sayur, kacang legum
iii. Zat zink: Tiram, ayam, ketam, kacang merah, yogurt, beras perang, spageti
iv. Asid lemak Omega-3: Ikan salmon dan bijirin.
CARA PENJAGAAN๐คฉโฅ๏ธ
Tambah Emelia, ada banyak cara untuk mengurangkan risiko berlaku rekahan pada tumit seperti yang disarankan di atas. Bagi individu yang mengalami masalah itu, jangan bimbang kerana kini ada banyak produk yang boleh membantu.
โBagaimanapun, masalah tumit merekah ini boleh dirawat sendiri dengan menggunakan bahan yang ada di rumah.
โAntara bahan yang diperlukan ialah satu sudu makan garam, setengah cawan perahan limau (atau lemon), dua sudu makan gel petroleum, air suam dan batu kecil. Caranya, masukkan garam, sedikit perahan limau, satu sudu makan gel petroleum dan air suam dalam besen.
โRendam kaki anda selama 15 hingga 20 minit. Gosokkan batu pumis pada kaki khususnya tumit dan bahagian tepi tapak kaki. Bilas kaki hingga bersih. Jika rekahan anda agak besar, anda mungkin akan terasa pedih apabila disapukan perahan limau,โ katanya.
Menurutnya, kemudian, campurkan gel petroleum dan jus limau. Sapu adunan itu pada bahagian yang merekah, oleh kerana adunan sedikit melekit, disarankan memakai stokin sepanjang malam.
โCuci kaki anda hingga bersih keesokan harinya. Ulang beberapa kali seminggu sehingga tumit menjadi lembut.
โApabila tumit sudah lembut, rajinkan diri menyapukan losen supaya ia kekal lembap dan lembut. Ingat, rekahan pada tumit bukan saja boleh mencacatkan penampilan, tetapi ia juga membuka laluan untuk kemas**an kekotoran yang mendedahkan anda kepada pelbagai jangkitan,โ ujarnya.
๐ ๐ถ๐ป๐ ๐๐น๐ถ๐๐ ๐๐ป๐ฒ๐ฟ๐ด๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ผ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ณ๐ผ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฒ๐ & ๐๐ฒ๐ด๐๐
๐๐๐
Perfect4beauty.org
01/04/2021
๐ง๐จ๐ ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ง๐๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐ฐ๐ซ
Tumit Kaki Pecah.Tumit kaki anda kasar, merekah dan pecah-pecah? Dari jauh lagi dah nampak penampilan kaki anda hitam dan kotor. Anda tentu โtensionโ kan? Ia seolah-olah telah mencacatkan penampilan anda pada hari itu. Merawat tumit kaki pecah ini sebenarnya sama penting dengan merawat wajah.
Setiap wanita mendambakan tumit kaki yang lembut, licin dan kemerah-merahan dan apabila menyarung sepatu maka kaki mereka kelihatan sempurna dan cantik dipandang. Namun, kebanyakan wanita berdepan dengan masalah tumit kaki pecah sehingga menyebabkan hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. Perkara ini bukan saja terjadi kepada mereka yang berusia, malah golongan muda tidak terkecuali.
Banyak berjalan dan kurang penjagaan yang betul membuatkan tapak kaki merekah, kering dan pecah serta kematu yang sedikit sebanyak menjejaskan penampilan diri. Masalah ini dihadapi oleh kebanyakan orang tidak kira wanita mahupun lelaki. Kaki yang kering ditambah dengan cara membersihnya kurang tepat mudah bermasalah seperti merekah, kematu serta berbau. Jika diperingkat teruk akan menyebabkan kaki dijangkiti kuman dan berdarah.
Banyak berjalan dan kurang penjagaan yang betul membuatkan tapak kaki merekah, kering dan pecah serta kematu yang sedikit sebanyak menjejaskan penampilan diri. Masalah ini dihadapi oleh kebanyakan orang tidak kira wanita mahupun lelaki. Kaki yang kering ditambah dengan cara membersihnya kurang tepat mudah bermasalah seperti merekah, kematu serta berbau. Jika diperingkat teruk akan menyebabkan kaki dijangkiti kuman dan berdarah.
Pada peringkat awal, garis pecah yang halus ini tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kurang cantik dipandang. Namun jika tidak diberikan rawatan, rekahan halus ini akan menjadi semakin besar dan panjang membentuk kalus (kulit lebih tebal). Tanpa disedari,rekahan halus ini boleh menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit apabila berjalan. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah.
8 PETUA HILANGKAN TUMIT KAKI MEREKAH๐คฉโฅ๏ธ
CARA 1:โ๏ธ
Sediakan beberapa biji belimbing buluh.
Lenyek kasar belimbing tersebut dan kemudian gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit.
Amalkan selalu. Hasilnya, masalah kulit pecah dan merekah pada tumit akan hilang malah membantu menghaluskan kulit pada bahagian tersebut.
CARA 2:โ๏ธ
Sediakan beberapa keping asam gelugur.
Masukkan ke dalam besen berisi air suam.
Rendamkan kaki selama 30 minit.
Lakukan setiap hari pada waktu malam.
CARA 3:โ๏ธ
Rendamkan kaki ke dalam air suam selama 15 minit.
Kemudian, gosokkan tumit dengan batu asahan pisau selama beberapa minit.
CARA 4:โ๏ธ
Sapukan getah betik muda pada tumit kaki.
Biarkan ia kering sehingga sebelum dicuci.
CARA 5:โ๏ธ
Tumbuk beberapa ulas bawang putih.
Campurkan dengan sedikit perahan limau nipis.
Sapu dan gosokkan ia pada tumit kaki.
CARA 6:โ๏ธ
Belah dua biji bawang merah dan gosokkan pada tumit kaki yang kering.
Lakukan selalu sehingga kesan pecah dan rekahan semakin hilang.
CARA 7:โ๏ธ
Campurkan sedikit gambir dengan minyak kelapa.
Gosokkan pada tumit selama beberapa minit sebelum dibilas bersih.
Lakukan setiap hari hingga menampakkan hasilnya.
CARA 8:โ๏ธ
Cuci kaki dengan air panas, kemudian keringkan dahulu sebelum letakkan skrub dan losyen.
Tip Yang Anda Perlu Cuba!
Elakkan memakai kasut bertumit tinggi terlalu kerap.
Sentiasa mendapatkan rawatan pedicure untuk penjagaan kaki.
Pakai krim khusus untuk penjagaan kaki jika anda sering memakai kasut bertumit tinggi dan bertutup.
๐ ๐ถ๐ป๐ ๐๐น๐ถ๐๐ ๐๐ป๐ฒ๐ฟ๐ด๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ผ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ณ๐ผ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฒ๐ & ๐๐ฒ๐ด๐๐
๐๐๐
Perfect4beauty.org
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Magna Ville Condo
Batu Caves
68100