Wangian Sunnah

Wangian Sunnah

Share

Ejen KD Al-Mujahid. SUDI-SUDI le sekali calet pasti melekat

Photos from Wangian Sunnah's post 04/01/2026

Pes asam pedas cara mak saya.Bezanya cara mak dengan cara akak ialah..mak kalau nak buat asam pedas dia tumbuk lada dan bahan-bahan yg lain dengan lesung.Nak masak baru mak tumbuk bahan-bahan tersebut.Tak de simpan-simpan dalam peti-sejuk.Anak mak ni tak sama tahap kerajinannya 🤭😅.Jadi anak mak guna pengisar dan hasil kisaran tu nanti di masak dan di frozenkan dalam peti-sejuk.Haa gitu, nak masak asam pedas ambil je cuma tambahkan air asam,tambahkan juga bendir atau terung.Tak lupa daun kesum, dan bunga kantan.

Ni resepi mak saya .Mak tak guna lengkuas.
➡️lada kering(buang biji ,cuci bersih dan rebus)
➡️bawang besar,bawang merah,halia,kunyit hidup
➡️bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih,jintan manis,jintan putih,lada hitam dan halba .Semuanya agak-agak je sesuaikan dengan banyak mana lada kering.
➡️garam juga perencah hilal .
➡️minyak untuk menumis.

Haa itu je bahan-bahan untuk buat pes asam pedas cara akak ikut resepi dari mak .

Kisar semua bahan dan masak dengan api yg kecil sahaja.Sesekali kacau la supaya tak hangus.Masak sehingga lada menjadi garing dan nampak pecah minyak.Haa macam tu je.Bila dh siap,sejukkan ,isi dalam bekas.Sedia untuk simpan dalam peti-sejuk.

Nak masak asam pedas cuma perahkan je asam jawa ,jangan terlalu pekat atau terlalu cair.Jangan lupa letak ikan ...sesuai untuk semua jenis ikan .Kalau nak letak ikan cencaru buang lah kulitnya yg tebal tu.Ikan pari ,siakap,jenahak,kembung apa-apa je ikan emm sedap je.Bunga kantan dan daun kesum jangan lupa.Sesuaikan rasa asam dan garam.Tomato biji juga boleh diletakkan.Aha...tu je la nak bagitahu 😊Banyak mana nak letak pes asam pedas, ikut s**a awak la.Banyak mana ikan...juga ikut s**a awak ya 😄.

Setiap orang ada cara tersendiri.
Sebut je tentu akan ingat negeri Johor.
Aura air tangan mak saya abadikan dalam setiap masakan untuk hidangan kami sekeluarga.
Selamat mencuba.Bismillah.

Photos from Wangian Sunnah's post 11/12/2025

Inilah bawang putih yg akak semai beberapa minggu lepas.Dah keluar tunas .Oo macam ni rupanya daun bawang putih ,agak keras sedikit berbanding daun bawang.Tak cuba tak tahu dah cuba baru tahu.

Sekadar penuhi masa lapang yang ada.

11/12/2025

Sengaja biarkan tinggal dalam kuali ...saje nak tengok perangai sape yang s**a cubit manja pada lebihan telur ni.Nampaknya memang ada yg tak tahan tengok kesedapan telur dadar goreng ni 😅😅.

Nikmatilah kesedapan

11/12/2025

Telur goreng dadar kes**aan anak-anak..eh bukan anak-anak sahaja yang s**a,mak pak pun s**a juga 😜

04/12/2025

Kisahnya macam ni...
Kupas bawang putih ,bawang besar juga halia supaya senang nak masak dah ada dalam peti sejuk.Beberaoa hari tak masak 🤭 sebab tak sihat, sekali tengok bawang putih yang dah kupas kulitnya tumbuh akar 😁.

Agak-agak boleh hidup ke kalau akak tanam ek.Tak pernah tengok daun bawang putih jadi alang-alang nawang putih nk dah keluar apa salahnya cuba tanam.Mana tahu hidup ,boleh tengok rupa daun bawang putih tu macam mana.

Sembang petang.

27/11/2025

Senyumlah

27/11/2025

2 pasu je yang ada .Ini pun dh 5 tahun rasanya.Memang tak banyak tapi bolehlah buat jemput-jemput kucai,nk buat mee goreng ke bihun lepas je untuk kami sekeluarga.Susah betul semai nak hidup tapi bila dah hidup tu tahan lama.

Baru-baru ni semai lagi tapi tak hidup .Cuba lagi nanti .S**a-s**a je tanam sebab nak kenalkan kepada anak-anak rupa pokok kucai .

Hijaukan rumah kita dengan pokok renek sayuran atau pokok ulam.

semoga berbahagia selalu.

26/11/2025

Pergerakan terbatas.Nak jalan cepat-cepat bimbang kaki tersadung.Berdiri lama sakit, duduk lama pun sakit terasa kaki kebas,berdenyut lutut.Nak menangis rasanya.Buat apa kerja rasa tak sempurna macam dulu lagi.

Nak solat ...aduhh sakitnya rasa sendi lutut.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya lutut ini.

Abang...tolong urutkan kaki saya .

Paling lama encik suami tolong urut 10 minit .Itupun dah lama la bagi dia,katanya urut tak boleh lama-lama.Esok urut lagi.Emm itu pun kena panggil berkali baru la datang tolong urut.
Kerja rumah perlu dibuat, nak memasak,menyapu sampah,membasuh baju ,melipat baju.Kalau tak di buat siapa lagi nak buat, kita surirumah sepenuh masa.Terhencut-hencut jalan perlahan-lahan buat juga kerja setakat yang mampu.Penat,sakit berhenti.Lepas tu sambung semula bila rasa lega sikit.Bila anak-anak balik asrama ,ibu minta simpati dari diorang untuk bantu ibu buat kerja rumah.Itupun kalau tak de kerja sekolah.

Ahh luoakan itu semua.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad.

Waktu solat adalah waktu rehat sekejap bagi ibu.Ambil peluang bermunajat kepada-Nya.Merintih,mengadu ,bagikan anak kecik kerinduan ditinggalkan ayah ibu.Ya memangnya aku rindu kepada kedua ibu-bapaku yang tekah meninggal dunia..Rindu yang tiada penghujungnya.

Duduk termenung..mengenang...terkenang...
Pujuk hati dengan membaca himpunan selawat Nabi.Sungguh...sungguh tenang jiwa.Bukan di buat-buat.Terasa hilang masalah,terasa hilang bebanan .Kosong...lapang dadaku...Alhamdulillah.
Ku cium ku hidu kasturi.Fikr yang baik-baik sahaja.Terima kasih Allah atas nikmat kurniaan-Mu mengizinkan diri ini membaca Dalailul Khairat.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad.
Alhamdulillah.Terima kasih Allah.Syukur selalu 🤲🤲

24/11/2025

Selamat tengahari.

Selamat menjamu selera bersama keluarga.
Ini antara menu yang selalu hakak buat untuk anak-anak.Tak de lauk lain tak apa asalkan telur goreng dadar bersama tumisan bawang goreng serta sedikit lada kecik dah memadai.

Berebut diorang makan,balik sekolah penat² terus buka tudung saji.

' wahhh ibu buat telur goreng...adik s**a sangat'.
'terima kasih ibu'.

Jangan kata anak-anak s**a,kita orang tua pun s**a menu ini.Korang s**a tak?

Ajom mamam bersama keluarga masing-masing di rumah masing-masing 🤭😄.

Tak kisahlah makan di mana pastikan jaga kebersihan tau.
Bismillah....
Alhamdulillah...

24/11/2025

S**a masak guna daun kunyit jadi tanamlah pokok kunyit.

S**a makan bayam brazil jadilah tanam jugak bayam brazil.Tengok nanti boleh hidup macam mana ...Tak de tempat nak tanam ,ruang sempit guna sahaja pasu jimat ruang ni.Kalau tak sesuai nanti ubah dalam pasu lain .

Kononnya nak lupakan minat tanam menanam pokok ni 🤭 tapi tak boleh...dah minat ,tak tanam banyak sikit mesti nak jugak tanam.Gatal tangan nak jugak-jugak.Ok ini last kalau tanam tak hidup memang hakak tak mau tanam dah.Ehh..ehh...bila tengok dah mula keluar tunas tu dalam hati berkata...kena tanam lagi ni 😄 senang bila-bila nak masak rendang ayam atau rendang daging nanti dah ada daun kunyit.Nak makan ulam bayam brazil dah ada...

Haa gitulah ceritanya...

Photos from Wangian Sunnah's post 24/11/2025

Assalamualaikum selamat pagi.
Cuaca mendung hari ini,jengah sekejap semaian pokok kunyit minggu lepas tanam.Emm s**anya hati bila tengok beberapa anak semaian dah mengeluarkan tunas ya.Alhamdulillah.Asalnya dulu tanah ni bekas hakak tanam pokok sawi pak choy dan kailan.Lama dah terbiar tak tanam semula pasu pun bnyk kosong.

Ada masa terluang nak tanam semula pokok kunyit untuk kegunaan sendiri sahaja.
Jom...
Bismillah.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Batu Kawan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Taman Intan Cempaka
Batu Kawan
14100