Aimi avenys agent
�Aimi Agent Batu Pahat,Johor
�www.wasap.my/+60177117755
�Team Dealer Siti
02/05/2023
Apakah Itu Strok Haba?😯☀️
Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke).
‼️ Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.
‼️ Kejadian strok haba boleh berlaku secara tiba-tiba atau berperingkat.
Individu yang melakukan aktiviti atau bekerja dalam keadaan sekeliling yang panas dikenal pasti berisiko tinggi seperti pekerja pembinaan, petani, pengawal keselamatan, polis, tentera, bomba, pengendali jentera berhaba, atlet dan aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan di bawah sinaran matahari terik.
Selain itu, beberapa golongan rentan juga dikenal pasti meningkatkan lagi risiko mendapat strok haba seperti warga emas, kanak-kanak dan individu dengan penyakit kronik. 🥲
Anda juga perlu mengetahui beberapa langkah pencegahan penting untuk mengelak berlakunya strok haba iaitu:
❌ Tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang.
❌Elakkan melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan.
❌ Jangan meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik.
✅ Pastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari.
✅ Amalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung.
✅Pastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis.
Jom sama-sama hindarkan diri & keluarga dari Strok Haba! 🥰
02/05/2023
What Is Heat Stroke? 😲🥴
When exposed to extreme hot weather, you can get 'heat exhaustion' or worse, 'HEAT STROKE'.😰
‼️ Heat stroke is a serious condition due to exposure to extremely hot surroundings that causes the body to be unable to stabilize the body temperature and it occurs when the body temperature rises rapidly above 40°C (degrees Celsius) or more.
‼️ Heat stroke can occur suddenly or gradually.
Individuals who do activities or work in hot surroundings are identified as being at high risk such as construction workers, farmers, security guards, police, soldiers, firefighters, operators of hot machinery, athletes and outdoor activities carried out under the scorching sun.☀️
In addition, some vulnerable groups have also been identified to further increase the risk of heat stroke such as the elderly, children and individuals with chronic diseases.🧑🏻🦳👨🏼🦳👧🏻
✅Preventive measures
You also need to know some important preventive measures to avoid heat stroke which are:
❌ Do not do activities under the scorching sun or in hot conditions for a long period of time.
❌Avoid doing physical activity when tired, hungry or excessively thirsty.
❌ Do not leave anyone in a vehicle parked under hot sun.
✅ Keep yourself hydrated by drinking three (3) to four (4) liters of plain water a day.
✅ Practice a healthy and balanced diet, wear loose and light clothes and heat protection such as hats or umbrellas.
✅Make sure there is enough ventilation or air conditioning if in the house or premises.
Let's prevent ourselves and our families from heat stroke!
27/04/2023
31/10/2022
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Batu Pahat
Batu Pahat
83000
30/01/2023
24/01/2023
24/01/2023
31/10/2022