Suami Romantis & Perkasa

Suami Romantis & Perkasa

Share

kesihatan & kesuburan Lelaki

07/03/2022
20/02/2022

Tips 15 aktiviti yang boleh merapatkan hubungan antara anda dan pasangan anda:-

1. Mengemas rumah
Pada hujung minggu, anda ajak pasangan anda untuk mengemas rumah bersama – sama. Lakukannya secara bekerjasama dengan pasangan anda. Anda berdua akan lebih rapat kerana anda berdua meluangkan masa bersama – sama ketika mengemas rumah. Ketika inilah anda boleh bekerjasama dengan dia.

2. Merancang masa depan bersama – sama
Anda duduk bersama – sama dengan pasangan anda dan rancang masa depan untuk anda berdua. Tanya impian pasangan anda dan jadikan impian dia sebagai impian anda juga. Anda akan jadi lebih rapat kerana anda berdua mempunyai matlamat yang sama.

3. Mandi bersama – sama
Jika ada masa, anda boleh mandi bersama – sama dengan pasangan anda. Ketika mandi, anda bersihkan badan pasangan anda dan dia membersihkan badan anda. Lakukannya dengan romantik dan seronok.

4. Berjalan berpegangan tangan
Ketika di tempat umum, anda berdua jalan berpegangan tangan. Jangan lepaskan tangan walaupun sekejap.

5. Dating s*x
Tentukan hari – hari tertentu untuk melakukan hubungan seks. Dengan ini, anda berdua akan lebih bersedia. Jika anda atau pasangan anda mahukan seks pada masa yang lain, teruskan sahaja. Cuma jadual ini perlu ada supaya anda berdua kerap melakukan hubungan seks. Seks boleh merapatkan hubungan suami isteri.

6. Bercuti bersama – sama
Ada peluang sahaja, anda berdua pergi bercuti. Jika ada anak, bawalah sekali tetapi anda tetap fokus pada pasangan anda.

7. Mengorat sesama sendiri
Walaupun sudah berkahwin, jangan berhenti menggatal antara satu sama lain. Ada peluang, anda mengorat pasangan anda seperti biasa.

8. Masak bersama – sama
Masak bersama – sama dan ketika makan, anda suap pasangan anda. Ia sungguh romantic dan akan merapatkan hubungan antara anda berdua.

9. Explore perkara baru bersama – sama
Anda ajak pasangan anda untuk mencuba sesuatu yang belum pernah anda cuba seperti memanjat gunung, belajar menari dan sebagainya. Anda berdua pasti akan lebih rapat.

10. Berdua – duaan pada setiap hari
Sebelum tidur misalnya, anda luahkan segalanya pada pasangan anda. Anda juga dengar apa yang pasangan anda cakapkan. Jangan simpan rahsia. Sambil berpelukan anda berdua luahkan perasaan masing – masing.

11. Menonton wayang atau movie di rumah
Rehatkan minda anda dengan menonton movie sama ada di rumah atau di wayang. Berehat bersama dengan pasangan anda. Jika di rumah, anda boleh menonton movie sambil berpelukan.

12. Ciuman sayang
Ada sahaja masa terluang, anda boleh mencium sayang pasangan anda. Cabar dia untuk mencium anda juga.

13. Berkebun bersama – sama
Di waktu petang, anda boleh berkebun dengan pasangan anda. Aktiviti ini akan mengajar anda berdua erti kesabaran. Ini kerana, bukan senang hendak membebarkan sesuatu pokok.

14. Bersembahyang bersama – sama
Setiap kali masuk waktu, sembahyang bersama – sama. Kemudian, saling bersalaman dan bermaafan – maafan.

15. Menjadi sukarelawan bersama – sama
Ada masa anda boleh menjadi sukarelawan bersama – sama. Misalnya melakukan kerja kebajikan di rumah anak yatim dan sebagainya.

20/02/2022

8 Tips Untuk Jadi Keluarga Bahagia :

1. pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

20/02/2022

PENTINGNYA HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTERI
======================================
Penting ke hubungan intim suami isteri?
Jika ditanya dengan mana-mana suami
isteri pun pastinya semua akan mengakui
ianya sangat penting kerana itulah salah
satu tujuan ikatan perkahwinan.
Walau bagaimanapun, kebiasaanya kekerapan
hubungan intim hanyalah pada awal perkahwinan.
Semakin lama usia perkahwinan semakin
kuranglah kekerapan hubungan intim dilakukan.
Antara sebab ianya terjadi adalah hilangnya
keseronokkan hubungan intim yang dilakukan
di mana ianya dilakukan semata-mata atas rasa
tanggungjawab kepada pasangan sahaja.
Justeru sesuatu perlu dilakukan bagi
mengembalikan keseronokkan dalam hubungan
intim antara suami isteri. Contohnya dengan
menukar mood tempat mengadakan hubungan intim
seperti menghias, memasang lilin dan
meletakkan haruman aromaterapi dikamar
tidur yang boleh membangkitkan mood
si suami dan isteri persis untuk
melakukan hubungan intim persismalam
pertama.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Batu Pahat
83000