D'lyeaniz Beauty Store

D'lyeaniz Beauty Store

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from D'lyeaniz Beauty Store, Beauty, cosmetic & personal care, No. Jalan Putera Indah, Bandar Putera Indah, Batu Pahat.

02/05/2023

Stop makan beras perang..

22/08/2020

Ye ke x?

Photos from D'lyeaniz Beauty Store's post 22/08/2020

Full renovation rumah teres paling awesome. Semoga admin dan anda semua dpt buat rumah mcm ni suatu hari nanti. Aamiin

Kredit: Ridzuan Samsudin

Photos from D'lyeaniz Beauty Store's post 22/08/2020

♥️ cintai setiap saat bersama..1 detik yg tersia, akan tersia untuk selamanya.

22/08/2020

Stok Set Periuk Marble Ezycook ni tinggal 81 unit sahaja lagi. Cepat gaisss. Klik sini segera :

https://mysuperstore.onpay.my/order/form/periuk-marble/7

Dah lama dah berketung-ketang di dapur. Asyik pakai periuk sama je kan bertahun-tahun. Kini tiba masanya untuk anda reward kepada diri sendiri dengan SET PERIUK MARBLE yang comel ni.

Anda lihat sendiri design dia, melting sungguh kan? Ya, siap dengan pemegang ala kayu lagi gituuu.

Kalau ikutkan, ini adalah periuk jenis premium, dan harganya RM500-RM700. Namun, khas buat kalian semua harganya cuma RM370 sahaja.

Ready stok. Order hari ni, esok pos okeh! Klik sini cepat sebelum stok habis :

https://mysuperstore.onpay.my/order/form/periuk-marble/7

Photos from D'lyeaniz Beauty Store's post 21/08/2020

Resepi Sos Black Pepper Viral

Anak2 bosan makan nasi, sesekali tukar selera, duduk dlm rumah, tak blh keluar jadi makan makan makan je la!

Kawan yang dah pernah cuba sangat setuju resepi ini tersangat sedap. Kena sekali dengan citarasa. Langsung tak muak.

Silakan resepi lengkapnya.

1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap). Tambahkan air suam 1 tin.

3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. (Optional) Kalau ada lagi sedap.

4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemakmanis.Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau s**a gelap.
* jangan guna kicap masin*

5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula (Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat) Kacau sebati.

6. Tutup api setelah semua rasa sebati.

Siap untuk sos black pepper viral. Yang dah cuba ramai yang syok sendiri. Sebab boleh masak sos yang sedapp sangat.

Nak tengok resepi lengkap bergambar atau banyak resepi lain yang mabeless, boleh follow fb cikgu.
Selamat mencuba!

Kredit : Afy Al Habibi

19/08/2020

Kalau ade peluang, nak invest ape ye??
Padu Jawapan Dato' Dr Calvin Khiu - MK

18/08/2020

CINTAI PERKAHWINAN ANDA...

Suatu ketika, seorang lelaki kembali dari kerja dan mendapati isterinya sedang memasak. Dia memberinya ciuman manis.

Mereka sangat gembira. Semasa mereka berada di meja makan,tiba-tiba telefon bimbit wanita itu berdering,terpapar mesej dari rakannya yang mengucapkan 'selamat malam'

Suaminya melihat mesej itu dan kecewa. Dia tidak membicarakan perkara itu dengan isterinya dan terus pergi ke bilik tidur tanpa makan malam.

Wanita itu melihat suaminya dan berfikir:

Tidak! Ini tak betul! Adakah dia terganggu dengan hanya kerana 1 mesej ringkas? Aku tak akan mengendahkannya, dia bukan budak-budak.

Wanita itu makan dan tidur. Pasangan itu tidur dalam keadaan marah dan berpaling pada malam itu.

Pada tengah malam,tiba-tiba si isteri berpeluh dengan banyak sekali. Dia tidak dapat bercakap. Terasa udara amat kurang disekeliling dirinya. Nafasnya semakin sesak.

Dia menyentuh belakang suami. Namun si suami hanya berpaling dan menepis tangan si isteri.

Akibat dari kekurangan oksigen, wanita itu telah mati akibat serangan jantung.

Pada waktu pagi, si suami bangun, mandi dan menyiapkan barang-barangnya.

Isteri masih di tempat tidur, lelaki itu melihatnya dan nampak seperti isterinya dalam keadaan tidak berapa baik, tetapi akibat masih marah,dia mengabaikannya dan berfikir:

'Aku tidak akan bercakap dengannya, sehingga dia melakukannya terlebih dahulu!'

Kemudian, dia berpakaian, bersarapan pagi dan pergi bekerja.

Pada sebelah petang, apabila suami hendak p**ang ke rumah, dia telah membeli seutas jam tangan yang indah dan berharga untuk diberikan kepada isterinya sebagai tanda minta maaf.

Apabila suami tiba di rumah, hatinya sangat gembira kerana dia akan memberikan jam yang berharga kepada isteri tercinta

dan memberitahunya betapa dia mencintainya,

berapa banyak dia jatuh cinta kepadanya dan akan memberikan banyak ciuman kepadanya.

Kemudian, dia membuka pintu dan pergi ke dapur, kerana dia sudah bersedia untuk mengejutkan kekasihnya dengan makan malam yang besar,

tetapi dia melihat bahawa sarapan pagi itu masih di sana;

maka dia berfikir:
'Dia masih marah pada aku..'

Lelaki itu pergi ke bilik untuk meninggalkan beg bimbitnya, dan melihat bahawa isteri masih berada di tempat tidur yang terletak di kedudukan yang sama.

Dia pergi kepadanya dan alangkah terkejutnya dia apabila nalurinya memberitahu bahawa isterinya sudah mati.

Suami menangis, menangis banyak dan banyak lagi. Dia menjerit kekesalan, kerana isteri yang dicintainya sudah tiada lagi...

Refleksi:

Masa terlalu pendek untuk pergaduhan. Ketahui cara memanfaatkannya.

Hargailah dan saling mengambil berat tentang pasangan anda. Sayangi isteri atau suami anda, manjakan pasangan dengan ciuman, beritahu si dia berapa banyak kita mencintainya, cinta dan cinta !!!

Kerana masa tidak pernah menunggu sesiapa pun. Belajarlah untuk memahami antara satu sama lain dan selesaikan segala-galanya, jangan tidur dalam keadaan marah.

Berhenti dan berfikir:

Jika anda tidak mahu ketepikan ego dan menyelesaikan perkara-perkara remeh, akibatnya masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan.

Kadang-kadang, kita perlu berkorban untuk cinta;

tidak ada orang yang sempurna,

bersedia untuk sebarang kemungkinan dan cari jalan penyelesaian yang terbaik.

Komunikasi antara pasangan adalah sangat penting,

apabila mempunyai sesuatu masalah tidak kira kecil atau besar, cuba selesaikannya sebelum tidur.

Saya tidak mengatakan bahawa sebuah perkahwinan adalah sentiasa bahagia sepanjang masa,

Sebuah perkahwinan pasti ada pasang surutnya mengikut keadaannya.

Tetapi semuanya mempunyai jalan penyelesaian kecuali MATI....

CopyPaste..

18/08/2020

ALL PARENTS PLEASE TAKE NOTE!!!

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang:
Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

Ibu mangsa tak mengesyaki apa-apa bila anaknya Johnny, 10 tahun terus masuk tidur selepas keletihan seharian bermain di kolam renang. Rupa rupanya...

Biasalah, selepas seharian bermain di kolam renang anak akan keletihan dan mengantuk. Lebih lebih lagi kalau mereka aktif bermain sepanjang hari, kerana teruja "jumpa" air.

Sebab itu Cassandra Jackson, 41 tahun tidak mengesyaki apa-apa selepas anaknya mandi di kolam renang.

Menurut berita yang disampaikan pada ABC News .com, Jackson membawa Johnny bermain di kolam renang berhampiran kejiranannya. Sambil diperhatikan oleh Jackson, Johnny bermain hampir 45 minit dalam kolam.

Johnny memakai pelampung di kedua dua tangan. Namun, selepas dua jam keluar daripada kolam renang, Johnny terkencing dalam seluarnya sebanyak dua kali dan kerap mengadu keletihan.

Selepas mereka p**ang ke rumah, Johnny membilas badan dan terus masuk tidur. Ibunya menganggap dia hanya keletihan.

Selepas beberapa jam, Jackson masuk ke bilik untuk memeriksa Johnny. Dia terkejut apabila melihat mulut Johnny berbuih dan Johnny sesak nafas!

"Saya golekkan dia ke tepi, dan badannya sangat lemah. Badannya juga sudah bertukar kebiru-biruan," jelas Jackson dalam esak.

Beliau terus menghubungi 911 dan membawa Johnny ke wad kecemasan. Tapi malangnya, Johnny tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti berdegup selepas mereka tiba di hospital.

Koroner Berkeley Country, Glenn Rhoad yang memeriksa badan Johnny mengesahkan punca kematian adalah akibat mati lemas sekunder.

🌷🌷Apa itu mati lemas sekunder? 🌷🌷

Menurut jurucakap American College of Emergency Physicians, Stephen Epstein. mati lemas sekunder terjadi kerana paru paru tercedera selepas sedikit air masuk ke dalam paru paru.

"Biasanya, mati lemas utama terjadi apabila anda tersedut air dan tidak boleh bernafas, lalu lemas. Tapi dengan mati lemas sekunder, anda boleh maut apabila air memasuki paru-paru dengan sedikit saja.

Bagi kanak kanak, air sebanyak empat auns sudah mampu untuk membunuh mereka," jelas Epstein lagi.

Mati lemas sekunder mungkin boleh terjadi apabila kanak kanak cuba ingin berenang. Epstein juga menambah jenis cecair yang memasuki paru paru kanak kanak juga memainkan faktor utama untuk membawa maut.

Klorin dalam air kolam mampu menyebabkan keradangan dalam paru paru. Apabila terdapat klorin dalam paru-paru, tindak balas normal badan untuk melawan keradangan ini adalah dengan menghantar pelbagai cecair ke dalam paru paru semula.

Akibatnya, paru-paru dipenuhi cecair.

"Selepas itu, terjadi Edema Paru Paru keadaan di mana terdapat pengump**an cecair dalam paru paru dan mengakibatkan serangan jantung apabila oksigen tidak dapat masuk ke aliran darah.

💐💐Tanda tanda mati lemas sekunder - ibu bapa harus peka!💐💐

Mati lemas sekunder sering terjadi di kalangan kanak kanak. Jangan biar anak anda menjadi mangsa seterusnya!

Tiada cara lain untuk mengenalpasti tanda tanda serangan ini, melainkan anda lebih peka.

Jika anak anda gemar bermain di kolam renang, jaga jaga! Selalunya, mati lemas sekunder akan terjadi dalam tempoh 1-24 jam selepas mandi.

Jadi, ibu bapa perhatikan tanda tanda ini pada anak anda, selepas mereka mandi di kolam:
BatukSakit dadaSukar bernafasKelihatan amat letih

Jika anak anda menunjukkan tanda tanda ini, segera bawa mereka ke hospital atau hubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah. Usah terhantuk baru terngadah!

👉👉Bagaimana ingin mengelaknya

Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat menganggarkan hampir 3,582 kes mati lemas secara tidak sengaja berlaku di sana sejak tahun 2005.

Daripada data yang baru diperoleh, lebih daripada satu per empat mangsa kes mati lemas adalah kanak kanak yang berusia bawah daripada 14 tahun.

Kuncinya di sini adalah peka. Tetapi, anda juga boleh mencuba perkara ini untuk mengelak kes mati lemas sekunder:

🐞🐞Belajar berenang. Kanak-kanak yang sudah belajar berenang (dengan jurulatih) akan lebih selesa dalam air. Jadi, mereka tidak akan berendam dan "tertelan" air. Mula ajar anak anda berenang selepas mereka berusia 4 tahun.

🐞🐞Pemerhatian. Tiada cara lain, anda harus pantau anak anak yang bermain dalam kolam. Pastikan mereka mematuhi peraturan di kolam renang.

🐞🐞Keselamatan dalam air. Kanak kanak harus memakai pelampung dan tak memasuki kolam renang dewasa.

🐞🐞Perhati anak selepas berenang. Anda harus periksa tanda-tanda ini!
Kalau anda tak peka anda akan menyesal😭😭

18/08/2020

Nak tau iucd tu mcm mane fungsinya?? Meh tgok nie

Photos from D'lyeaniz Beauty Store's post 09/08/2020

Pernah x rasa tido kena tindih.. meh lah share pengalaman..

08/08/2020

"BACA DENGAN HATI.."😥
Malam...
Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya.
Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa.
Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu.
Dingin. Tegang.
Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan. Dingin dalam dua hati.
"Hari ni, hari last kita makan sama-sama."
Si suami berhenti makan. Basuh tangan.
"Sebab?" Isteri berkerut kening.
"Hari ini, abang lepaskan kamu dengan talak satu."
Isterinya itu terus kelu. Baru saja dijamahnya sedikit nasi. Suku pinggan pun belum. Dari tadi menanti suaminya p**ang dari kerja. Lewat p**a tu.
"Dah lima tahun kita kahwin. Awak faham dengan jelas, kita masih tak ada anak. Abang dah bosan. Bosan menanti. Awak asyik sakit perut, senggugut kuat, masalah dalam peranakan dan macam-macam lagi. Sampai bila nak berubat?
Abang dah give up.
Abang tak nak poligami. Jadi, ini adalah keputusan terbaik untuk kita berdua."
Si isteri yang sudah jadi bekas isteri dalam sekali lafaz hanya terkedu. Menitiskan air mata.
"Abang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sudi sayang saya selama kita bersama. Jaga saya dengan baik. Maafkan saya tak mampu bahagiakan abang dengan zuriat....maafkan saya, tak sempat pun nak salam tangan abang buat kali terakhir sebagai isteri yang sah.."
Tak mampu dihabiskan kata-kata.
Diganti dengan deraian air mata.
Keesokan hari, mantan isteri dihantar p**ang ke rumah keluarganya.
Bekas mertuanya menanti dengan tenang. Tidak marah sedikit pun. Dibiarkan saja bekas suami anaknya itu berlalu pergi dari penglihatannya.
"Jangan sedih. Ayah masih ada. Seandainya semua lelaki dalam dunia ini tak dapat jaga kamu, ayah tetap akan bela kamu sampai ke akhir nyawa. Meski kamu sakit pedih, cacat cela, buruk hodoh sekalipun, ayah tidak akan merasa jijik sedikit atau terbeban langsung dengan kamu.
Ini ujian kehidupan. Masa kamu remaja dulu, kamu fikir hidup berumahtangga itulah suatu kebahagiaan abadi. Namun, sekarang kamu mengerti.
Rumahtangga itu penuh ujian. Mereka yang tidak berumahtangga tidak akan memahami sehinggalah mereka melalui. Ayah percaya, kamu sekarang lebih matang menilai kehidupan.
Akhirat jualah bahagia berkekalan."
Ayah tua itu berkata-kata. Walau dia tahu, kata-katanya tidak mampu meredakan seluruh kecamuk perasaan.
Si anaknya itu cuma mampu memeluk ayah tuanya penuh tangis dan sendu. Dalam dunia yang penuh kejam, ayah sendiri jua yang masih punya hati.
***
Bekas suami tiba di rumah.
Kosong. Sunyi.
Tiada lagi wajah yang selalu dimarahinya. Dihinanya. Diperlinya tiap ketika.
Dibuka pintu bilik. Ada kotak di atas katilnya. Label,
"Untuk suami tercinta."
Dikuaknya daun kotak. Diteliti satu persatu isi kotak.
Air matanya mengalir sendiri. Tak mampu ditahan lagi.
Dalam kotak, terisi penuh baju bayi. Stoking tangan dan kaki. Sweater. Penutup kepala.
"Abang, sejak awal kita nikah sampailah tahun ni, saya kaitkan semua ini untuk anak kita. Meski tak pasti bila saatnya, tapi saya percaya Allah akan makbulkan jua. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat sana.
Abang,
Setahun yang lalu, saya dengan tidak sengaja membelek fon abang. Masa tu abang tengah tidur. Allah gerakkan hati saya untuk melihat ke Whatsapp abang.
Masa tu, hati saya hancur. Bila tahu, bila lihat, abang mencari yang lain. Bukan itu saja, abang tidak mengaku saya sebagai isteri.
Abang bilang abang tidak pernah cintai diri ini.
Malahan, pelbagai kata yang tidak baik abang lemparkan pada saya. Sedangkan demi Tuhan, saya sanjung abang sebagai suami sikit pun tidak terusik hati ini untuk tidak setia. Untuk tidak hargai abang.
Saya hargai penat lelah pengorbanan abang selama ini untuk menyara saya yang tak dapat berikan zuriat pada abang. Tapi, mengertilah, bukankah itu kerja Allah? Bukan kemahuan saya, tapi kehendak Allah? Sungguh, saya mahu jadi seorang ibu. Sumpah, hati ini lagi sedih melebihi kecewanya hati abang.
Abang tidak cuma sakiti hati saya, tapi abang lawan takdir Allah. Abang tak terima Qada' Qadar-Nya.
Sedangkan Allah sedang menguji. Bukannya menghukum. Siapa yang bersyukur, siapa yang sabar, siapa yang cari-Nya, siapa yang nak jadi hamba-Nya, dan siapa yang nak tuntun tangan isteri bersama-sama ke Syurga.
Apakah tidak bahagia rumahtangga itu andai cuma ada kita berdua? Bagi saya, sudah cukup Allah bagi saya seorang suami. Saya tak layak minta lebih dari Allah. Ini saja sudah cukup membahagiakan hati. Itu yang saya fikir. Itu pendirian saya.
Saya diam sebab saya sayang abang sepenuh hati. Saya tak mengadu pada sesiapa agar abang tidak mempunyai isteri yang nusyuz. Saya tak mengadu di page rumahtangga membuka pekong sendiri, berbuat dosa. Saya hanya ada Allah di sisi.
Semuanya sudah saya tahu.
Tiada apa lagi abang perlu sorokkan atau nafikan. Di sudut hati, berharap abang kembali ke sisi diri. Menunggu cinta tulus abang. Siang dan malam doa yang sama saya panjatkan.
Tapi, saya terus dilupa.
Moga abang bahagia dengan pengganti saya. Sikit pun saya tak dendam atau sakit hati lagi. Saya cuba mengerti. Cuba reda sepenuh hati. Kerana selama ini, tugas saya pada abang adalah setia mencintai. Abang bagi saya tempat berteduh dan berlindung, beri saya makan dan pakai, beri saya secebis kasih sayang, semua itu dah lebih dari cukup. Saya tak layak minta lebih dari itu.
Salam sayang.
Isterimu."
Lelaki itu menahan sebak di dada. Rasa bersalah menguasai jiwa. Lantas diambil kunci kereta. Mahu p**ang segera ke kampung mertuanya.
***
Di kampung, bekas isteri sakit kritikal dalam perut.
Rupanya barah rahim.
Jadi rahsia selama ini.
Antara dia dengan ayahanda tercintanya.
Bertarung dengan nyawanya sendiri. Sudahlah hati robek dilukai, sakit ditanggung tidak terperi. Pengorbanan demi pengorbanan hati. Dilupa dan diluka jiwa dan raga. Telan walaupun tahu penantiannya tidak berbalas. Sia-sia.
Sudahnya, ayah tua itu menitiskan air mata di sisi anaknya.
Tanpa daya upaya.
Dalam penglihatan isteri, wajah suaminya muncul dalam samar dan kelabu. Cuba mengukir sebuah senyuman.
Hatinya bersenandung lemah.
"Aku doa kau bahagia tanpaku...selamanya."
Suaminya meriba sekujur jasad yang diam bisu. Pernah setia padanya di suatu sudut waktu.
Sebuah karya: Muhammad Rusydi
Sedih kisah nie 😭😭😭
P.s : dok ulang baca, dah pernah share.. sedih.. hargai wanita itu..

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


No. Jalan Putera Indah, Bandar Putera Indah
Batu Pahat
83000