Pusat Rawatan Bekam, Resdung, Reflexology & Acupuncture
temu janji perlu dibuat terlebih dahulu untuk rawatan pada waktu malam
alamat :
No.57, Jln.Bintang,
BOLEHKAH SEMUA PENYAKIT DIBEKAM (HIJAMA)??
Benar, saya setuju semua penyakit boleh di bekam tpi bukan pada semua keadaan. Jika terdapat kontraindikasi jelas, bekam darah hendaklah ditangguh utk sementara waktu sehingga keadaan pt stabil. Sebagai contoh: tekanan darah secara konsisten mencecah 180/120 mmHg dan keatas (hypertensive crisis). Memandangkan bekam berupaya menurunkan tekanan darah dan mungkin boleh menurunkan tekanan darah yg terlalu tinggi pada kadar segera, strok boleh berlaku. Di hospital "hypertensive crisis" dirawat dgn penuh berhati² dgn formula penurunan 20% -25% tekanan darah dlm tempoh sejam, diturunkan perlahan² sehingga 160/100 mmHg dlm tempoh 2-6 jam dan disasarkan normal dlm tempoh 24-48 jam kemudian. Begitu juga pesakit yg demam terlalu tinggi & berpunca drp denggi. Harus faham apa itu denggi dan apa ia boleh lakukan kpd platelet kita. Virus denggi berupaya merosakkan platelet (agen pembeku darah) kita sehingga ia kurang di dlm darah. Klu kurang apa yg berlaku? Pendarahan termasuk yg berpunca drp bekam (hijama) akan sukar dikawal dan sekiranya kehilangan 2/3 darah berlaku ia boleh menyebabkan kematian lebih pantas. Bekam memang berkesan menurunkan tahap gula darah. Namun dlm kes "emergency" seperti diabetic ketoacidosis (kesan pembakaran lemak terlalu pantas> mual & muntah, sesak nafas, bingung dsbnya) pihak doktor terpaksa "take over" kes dengan segera utk stabilkan pesakit. Selepas stabil, pesakit boleh berbekam darah tanpa larangan. B*k kajian menunjukkan bekam boleh mengawal gula darah secara berkesan. Ada lebih 300 kajian saintifik menunjukkan bhw bekam berupaya memberi sejumlah kesan terapeutik kepada tubuh kita. Malah kes yang mustahil seperti "bain dead" & kanser juga dilaporkan berjaya "disembuhkan" melalui kaedah bekam. InshaAllah.
Medic Sabri
Ref:
1. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine
SM El Sayed, HS Mahmoud, MMH Nabo
Alternative & Integrative Medicine, 1-16, 2013
2. Clinical guidelines for the management of hypertension
World Health Organization
3. Diabetic ketoacidosis
Abbas E Kitabchi, Barry M Wall
Medical Clinics of North America 79 (1), 9-37, 1995
4. Dengue and dengue hemorrhagic fever
Duane J Gubler
Clinical microbiology reviews 11 (3), 480-496, 1998
5. An updated review of the efficacy of cupping therapy
Huijuan Cao, Xun Li, Jianping Liu
PloS one 7 (2), 2012
Background
BEKAM JUGA MENYINGKIR SEJUMLAH BANGKAI SEL² DARAH MERAH MATI
Tahukah anda sel² darah merah yg mati selepas 120 hari boleh mengendap dan menjadi antara penyumbang kpd penyempitan atau pengerasan pembuluh darah arteri (aterosklerosis)? Bukan sahaja lemak, kolesterol, kalsium tetapi bangkai² sel darah merah mati juga merupakan antara bahan² yg boleh berkombinasi dlm plak² lemak terutamanya apabila lesi berlaku pada dinding pembuluh darah arteri. Dalam keadaan normal, sel² darah merah mati atau rosak akan melalui proses fagositosis iaitu mereka akan ditelan dan diurai oleh makropaj yg terdpt pada tisu hati, limpa dan tulang sum. Zat besi yg terdpt padanya akan dibawa oleh sejenis protein iaitu transferin ke tulang sum² utk digunakan semula bagi penghasilan sel² darah merah baru. Manakala heme ditukar kpd biliverdin/bilirubin, diangkut ke dlm pundi hempedu dan disalur ke usus utk memberi warna kepada najis. Globin p**a diurai kpd amino asid utk digunakan semula oleh lain² jenis protein.
Beberapa kajian menunjukkan selain drp bahan² lain, bekam juga berupaya menyingkir keluar sejumlah sel² darah merah rosak atau mati sekaligus mengurangkan risiko pembentukan aterosklerosis dengan kombinasi lemak, kolesterol, kalsium dan bahan² lain. Sel² darah merah mati sudah semestinya akan melalui proses fagositosis, ditelan dan diurai oleh makropaj. Namun tidak semua sel² darah merah mati ini sempat atau berjaya ditelan oleh makropaj. Sejumlah daripadanya mendap pada lesi² pembuluh darah arteri dan sebahagiannya lagi berada dalam sirkulasi. Bekam sebenarnya lebih menyasarkan kepada sel² darah merah mati yg berada dlm sirkulasi terutamanya yg berada pada rangkaian kapilari. Tekanan negatif memaksa sejumlah sel darah merah mati ini menghampiri hujung kapilari arteri. Mereka tidak berupaya melepasi pori² kapilari kerana saiznya yg sedikit besar. Namun apabila hujung kapilari pada dermal papilla dipecahkan oleh tusukan jarum atau sayatan pisau, sejumlah sel darah merah rosak atau mati akan keluar ke permukaan kulit dgn mudah. Penyedutan kedua akan memaksimakan lagi penyingkiran CPS yg lain termasuklah sejumlah bangkai sel² darah merah.
Medic Sabri.
Ref:
1. Phagocytosis
Thomas P Stossel
New England Journal of Medicine 290 (14), 774-780, 1974
2. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine
SM El Sayed, HS Mahmoud, MMH Nabo
Alternative & Integrative Medicine, 1-16, 2013
3. Red cells, hemoglobin, heme, iron, and atherogenesis
Emoke Nagy, John W Eaton, Viktória Jeney, Miguel P Soares, Zsuzsa Varga, Zoltán Galajda, József Szentmiklósi, Gábor Méhes, Tamás Csonka, Ann Smith, Gregory M Vercellotti, Gyorgy Balla, József Balla
Arteriosclerosis, thrombosis, and vascular biology 30 (7), 1347-1353, 2010
10/01/2020
BEKAM VS MIGRAIN
Migrain adalah sejenis sakit kepala yg berulang² yg biasanya ditandai dengan kesakitan sederhana sehinggalah kesakitan teruk yg berdenyut². Biasanya kesakitan hanya berlaku pada sebahagian kepala sahaja. Gejala² migrain yg lain adalah seperti mual & muntah, lemah badan, hilang selera makan, pening, sensitif kpd cahaya, rasa panas atau sejuk badan, kulit pucat dsbnya. Antara faktor² risiko adalah seperti stres, kemurungan, kegelisahan, kepenatan, tidak cukup tidur, ketegangan leher dan bahu, postur tubuh yg salah, penggunaan fizikal secara berlebihan dsbnya. Faktor² risiko di atas boleh menyebabkan dilatasi pembuluh² darah arteri antara lapisan otak (arachnoid mater & pia mater) yg boleh mengaktifkan reseptor² sakit pada saraf kranial. Dari sudut biokimia, kepekatann hormon calcitonin gene-related peptide sering dikesan tinggi ketika serangan migrain berlaku selain hormon estrogen yg rendah didapati mempunyai kaitan ketara pada kes migrain di kalangan wanita. Selain ubatan seperti Triptan yg bertindak mengecutkan pembuluh² darah & mengurangkan radang, beberapa kajian juga menunjukkan terapi bekam boleh mengawal gejala² migrain dengan berkesan.
Abdullah et al 2013 - 2015 melakukan kajian keatas 128 pengidap migrain. Bekam darah dilakukan pada poin kahil dan bahu (katifain) sebulan sekali utk 4 sesi. Mereka menilai kesakitan migrain menggunakan VAS (Visual Analog Scale) dan Quality Of Life (QOL) pesakit sebelum & selepas terapi bekam. Result: Purata VAS adalah 7 sebelum bekam, menurun kpd 3 selepas terapi bekam. QOL pada 95 pesakit yg bersetuju meneruskan ujian menunjukkan pembaikan (improvement) selepas terapi bekam (p
BEZA BEKAM KERING DAN BEKAM DARAH MELALUI PERSPEKTIF PERUBATAN MODEN
Bekam kering tidak melibatkan prosedur melukakan kulit untuk membuang 'darah kotor'. Bekam kering menyedut pada bahagian tertentu untuk mengurangi ketegangan otot, melancarkan sistem aliran darah dan limfatik secara sistemik mahupun lokal dan merangsang fungsi-fungsi tubuh melalui mekanisma sympathetic dan parasympathetic.
Kesan-kesan serta merta yang biasa diadukan oleh pesakit atau pelanggan adalah badan terasa lega, kesakitan berkurangan, rasa lebih tenang dan mengurangkan tekanan.
Bekam darah berupaya menyingkirkan bahan-bahan punca penyakit atau dikenali sebagai Causative Pathological Substance (CPS) daripada tubuh badan melalui tusukan jarum pada kulit yang berbentuk dome kubah kesan daripada sedutan pertama.
Bekam membantu proses homeostasis iaitu merangsang keseimbangan persekitaran dalaman tubuh dan ini merupakan kunci utama dalam memahami penyakit dari perspektif moden. Jika proses homeostasis ini dapat dibaiki tubuh akan dirangsang ke arah penyembuhan.
"HYPERTENSIVE CRISIS" VS BEKAM
"Hypertensive crisis" secara ringkas adalah tentang peningkatan tekanan darah sistolik (bacaan atas) 180 mmHg & keatas dan diastolik (bacaan bawah) 120 mmHg & keatas dan berpotensi tinggi untuk menyebabkan strok atau kerosakan organ² yg lain. Pada tahap bacaan tekanan darah ini, pembuluh² darah amat berisiko untuk pecah dan berupaya mengancam nyawa pesakit. "Hypertensive crisis" terbahagi kepada "hypertensive urgency" dan "hypertensive emergency" . "Hypertensive urgency" adalah satu kondisi di mana tekanan darah terlalu tinggi dgn gejala ringan atau langsung tiada gejala tanpa adanya bukti kerosakan organ sasaran tertentu. Manakala "hypertensive emergency" adalah satu kondisi yg amat bahaya di mana tekanan darah terlalu tinggi berserta dengan petunjuk/bukti kerosakan organ² sasaran seperti sesak nafas, sakit dada, keliru, hidung berdarah, hilang penglihatan, sawan, hilang kesedaran(loss of consciousness) dsbnya.
Menurut perubatan konvensional, apabila tekanan darah mencecah 180/120 mmHg dan keatas, samada ia dlm kategori "hypertensive urgency" atau "hypertensive emergency" pesakit harus dibawa segera ke hospital untuk pemantauan rapi dan penurunan tekanan darah berperingkat. Berdasarkan beberapa kajian, penurunan darah secara mendadak lebih 25% dlm masa sejam umpamanya boleh menyebabkan TIA (Transient Ischemic Attack) atau strok ringan. Oleh sbb itulah pesakit selepas diberi ubatan bersesuaian, dinilai kadar penurunan tekanan darah secara berperingkat dan dipantau dengan rapi sepanjang hari di hospital. Atas dasar inilah maka terdapat larangan keras agar bekam darah tidak dilakukan kerana dipercayai boleh menurunkan tekanan darah secara mendadak. Sebenarnya hal ini tidak semestinya berlaku kecuali bekam darah dilakukan dengan cara tidak berhemah seperti melakukan tusukan pisau yg agak dalam dan penggunaan cup yg maksima sehingga mengeluarkan terlalu banyak darah. Penelitian saya dan beberapa org rakan terhadap beberapa kajian saintifik mendapati kebanyakan bekam darah yg dilakukan hanya menurunkan sekitar 8.7 - 9.7 mmHg tekanan darah sistolik pada satu² masa secara purata iaitu terlalu kurang drp 25%, bermakna ia tidak turun secara drastik jika dilakukan secara betul.
Pengurangan sejumlah volume darah sememangnya boleh menurunkan sejumlah tekanan darah untuk sementara. Namun penurunan mendadak dlm masa yg singkat boleh membahayakan nyawa pesakit. Saya juga ingin mengajak pembaca melihat pada sisi yg lain. Ada beberapa pendapat mengatakan bhw tekanan negatif & tusukan jarum bekam juga berupaya meningkatkan sejumlah tekanan darah utk sementara apabila sejumlah persepsi kesakitan terhasil, terutama kpd mereka yg mempunyai "pain treshold" yg rendah atau dalam keadaan emosi tertekan. Jika dilakukan bekam darah pd kes "hypertensive urgency" dikhuatiri peningkatan tekanan darah berterusan boleh menyebabkan "hypertensive emergency" yg boleh membawa maut. Saya fikir ini juga menjadi antara kebimbangan kenapa bekam darah tidak digalakkan utk kes seperti ini. Untuk lebih selamat saya mencadangkan agar bekam darah dilakukan pada peringkat awal lagi, bukannya pada tahap di mana nyawa pesakit sudah berada di hujung tanduk. Ada lebih 10 kajian saintifik membuktikan bekam boleh mengawal tekanan darah tinggi tahap 1 & tahap 2 dengan berkesan terutama dengan kombinasi senaman secara regular, pengurangan berat badan berlebihan, pengurangan garam & lemak dalam diet, rehat atau tidur mencukupi, pengambilan diet seimbang & tinggi antioksidan, berhenti merokok dsbnya.
Saya mengerti ada pertembungan di antara keyakinan, iman dan perkongsian fakta oleh saintis. Namun terserah kpd pengamal bekam sendiri samada mahu mengambil risiko atau menurutkan saja keyakinan hati secara membuta tanpa rujukan bersesuaian.
Medic Sabri
Ref:
1. Hypertensive crisis
Maria Alexandra Rodriguez, Siva K Kumar, Matthew De Caro
Cardiology in review 18 (2), 102-107, 2010
2. Hypertensive crisis: hypertensive emergencies and urgencies
Monica Aggarwal, Ijaz A Khan
Cardiology clinics 24 (1), 135-146, 2006
3. Advances in the pathogenesis and management of hypertensive crisis
Hiren P Patel, Mark Mitsnefes
Current opinion in pediatrics 17 (2), 210-214, 2005
04/01/2020
BEKAM(HIJAMA) VS GANGGUAN PANIK (PANIC DISORDER)
Panic disorder atau gangguan panik adalah satu bentuk gangguan kegelisahan(anxiety) yang ditandai dengan beberapa siri serangan panik yg tidak dijangka. Serangan panik adalah satu tempoh ketakutan yg melampau yg disertai dengan gejala seperti palpitasi (degup jantung laju), berpeluh, menggigil, sesak nafas, kebas dan merasa seolah² ada sesuatu yg teruk akan berlaku. Stress akibat kematian orang tersayang, hilang pekerjaan, bercerai dengan suami/isteri dsbnya adalah antara faktor pencetus utama gangguan atau serangan panik selain akibat kondisi medikal dan fizikal. Secara biologi, peningkatan plasma Nisfatin-1 (Yasin et al 2010) & penyerapan semula serotonin & norephineprine (Eduard et al 2006) ke dalam sel² otak mempunyai kaitan dengan gangguan panik . Rawatan moden adalah dengan SSRi & SRNi yg berfungsi menghalang penyerapan semula Serotonin & Norephinephrine ke dalam sel² otak.
Bekam (hijama) juga menunjukkan kesan yg amat positif terhadap gangguan panik. Terdapat satu laporan kes ditulis oleh Ali et al 2018 di Asian Journal of Traditional, Complementary and Alternative Medicines. Seorang lelaki berusia 39 tahun, pengidap Panic Disorder menjalani terapi bekam (hijama) sebanyak 7 sesi. Selepas sesi pertama bekam, simtom gangguan panik berkurangan dan beliau menghentikan pengambilan ubatan (Sertraline) 15 hari kemudian tanpa sebarang masalah sehingga selesai 7 sesi terapi bekam.
Poin² cadangan: puncak kepala(GV20), kahil(C7) dan poin ginjal selain zucanli & sanyinjiao. Hipotesis peranan bekam dlm kes ini adalah untuk menyingkirkan lebihan plasma Nisfatin-1 & cortisol, "menghalang" penyerapan semula serotonin & noradrenaline ke dlm neuron selain mengadakan kesan relaksasi akibat pelepasan hormon endorphin dan nitric oxide.
Medic Sabri
Ref:
1. The Effect of Wet Cupping Therapy on A Patient Diagnosed with Panic Disorder
Ali Ramazan Benli, Didem Sunay
Asian Journal of Traditional, Complementary and Alternative Medicines 1 (1-2), 27-31, 2018
2. Panic disorder
Peter P Roy-Byrne, Michelle G Craske, Murray B Stein: The Lancet 368 (9540), 1023-1032, 2006
3. Effect of Wet Cupping Therapy on A Patient Diagnosed with Panic Disorder
Ali Ramazan Benli, Didem Sunay
Asian Journal of Traditional, Complementary and Alternative Medicines 1 (1-2), 27-31, 2018
04/01/2020
BEKAM VS STRESS
Stress adalah reaksi tubuh kpd sebarang perubahan yg memerlukan pengubahsuaian & tindakbalas. Badan akan bertindakbalas terhadap perubahan² ini(stress) samada secara fizikal, mental dan emosi. Contoh tindakbalas tubuh kpd stress adalah seperti peningkatan kadar degup jantung dan pengecutan pembuluh² darah yg boleh meningkatkan tekanan darah. Jika ia berpanjangan dan tidak terkawal, ia boleh menyumbang kpd patogenesis atau etiologi kepada pelbagai jenis penyakit atau meningkatkan risiko pelbagai penyakit atau kondisi² seperti gastritis, serangan jantung, kerosakan otak kekal, penurunan tahap imunisasi, penyakit mental dsbnya. Stress sangat berkaitan dengan peningkatan hormon cortisol di dlm darah yg diproduksi oleh kelenjar adrenal. Penyingkiran lebihan hormon cortisol, kesan pelepasan Nitric Oxide & kesan relaksasi oleh pelepasan hormon endorphin melalui bekam (hijama) dan pelbagai bahan² punca penyakit berupaya mengatasi stress dgn berkesan sekaligus menurunkan risiko pelbagai kondisi atau penyakit. Bersenam secara regular, mendapatkan rehat yg mencukupi, mengambil makanan seimbang & diet tinggi antioksidan dsbnya boleh memaksima kesan terapeutik bekam.
Medic Sabri
Ref:
1. Role of p47phox in Vascular Oxidative Stress and Hypertension Caused by Angiotensin II
Ulf Landmesser, Hua Cai, Sergey Dikalov, Louise McCann, Jinah Hwang, Hanjoong Jo, Steven M Holland, David G Harrison
Hypertension 40 (4), 511-515, 2002
2. The ‘glucocorticoid cascade’ hypothesis in man: prolonged stress may cause permanent brain damage: John T O'Brien
The British Journal of Psychiatry 170 (3), 199-201, 1997
3. Stress hormones in health and illness: the roles of work and gender
Ulf Lundberg
Psychoneuroendocrinology 30 (10), 1017-1021, 2005
4. Cupping Therapy.
Huang Shixi, Cao Yu
Journal of Chinese Medicine, 2006
5. A reflection on cupping therapy and historical medical dominance
AM Dinall
Int J Complement Alt Med 12 (2), 66-68, 2019
03/01/2020
BEKAM DARAH KEATAS PESAKIT YG MENGAMBIL UBAT PENCAIR DARAH
Kelmarin saya berkesempatan mengadakan "perbincangan singkat" bersama dengan beberapa org doktor perubatan dan seorang doktor perubatan bergelar professor tentang pesakit yg mengambil ubat pencair darah berbekam (darah). Ada beberapa pendapat yg berbeza. Doktor A seorang pengajar bekam, melarang keras ubat pencair darah diberhentikan sesuka hati semata² untuk tujuan berbekam darah. Alasan beliau, menghentikan ubat pencair darah boleh meningkatkan risiko darah beku (thromboembolism) dan ia adalah selaras dengan "KKM Guideline" & "International Guideline" berkenaan (rujukan disertakan sekali). Doktor B juga seorang pengajar bekam, p**a mencadangkan agar bekam dilakukan dengan penggunaan cup dan jumlah tusukan paling minima tanpa "mengganggu" perubatan alopati. Beliau mencadangkan buat analisa "tempoh pendarahan" atau INR terlebih dahulu. Jika ujian adalah normal dan anda yakin, bekam darah boleh diteruskan . Doktor C, seorang profesor yg juga merupakan seorang doktor perubatan dan pengkaji bekam mencadangkan agar ubat pencair ditangguh pengambilannya sehari sebelum bekam darah dilakukan.
Secara amnya ubat pencair darah diberikan oleh doktor kepada pesakit² tertentu utk melancarkan aliran darah & mengurangkan risiko darah beku (thromboembolism) di dlm pembuluh darah. Biasanya ia di prescribe utk mereka yang berpotensi mendapat darah beku terutamanya selepas pembedahan tertentu spt "joint replacement" atau mengidapi "atrial fibrillation" iaitu degup jantung tidak sekata, penyakit injap jantung, VTE dsbnya. Ada 2 jenis utama ubat pencair darah iaitu "anticoagulant" atau anti pembekuan darah seperti Warfarin yg bertindak memperlahankan tubuh menghasilkan darah beku dan "antiplatelet" seperti Aspirin menghalang sel² platelet daripada melekat antara satu sama lain membentuk darah beku. Secara ringkas, ubat pencair yg pelbagai jenis & mekanisme di "prescribe" oleh doktor untuk menurunkan risiko pembentukan darah beku yg berpotensi menyebabkan strok, serangan jantung, pulmonary embolism, DVT atau kerosakan kpd mana² organ tubuh. Oleh sebab itulah ia tidak boleh diberhentikan sesuka hati tanpa berunding terlebih dahulu dgn doktor.
Tentang membekam pesakit yg memakan ubat pencair darah. Saya setuju dgn pandangan sahabat FB saya sdra Halim Muda bhw kita tidak boleh ambil risiko membekam pesakit yg mengambil ubat pencair darah tanpa membuat pertimbangan sewajarnya. Sebut apa jenis bekam sekalipun ia pasti berupaya meninggalkan sejumlah kesan terapeutik kpd tahap kesihatan kita. Kita tidak berupaya untuk menafikan lagi faedah² bekam tatkala lebih 300 kajian saintifik membuktikan keberkesanannya mengawal kondisi² atau penyakit² tertentu. Isunya di sini adalah perlukah kita sebagai perawat tradisional & komplementari "mengganggu" rawatan alopati sehingga meminta pesakit berhenti mengambil ubat penting itu selama 3 hari umpamanya atau membekam pesakit tanpa pertimbangan sewajarnya atau mengambil langkah berhati² walaupun mengetahui pesakit masih mengambil ubat pencair darah. Bagaimana jika berlaku sesuatu kpd pesakit tersebut spt serangan jantung atau strok pada hari ketiga sebelum sempat berbekam atau berlaku pendarahan yg sukar dikawal akibat luka yg dihasilkan oleh jarum bekam? Siapakah yg akan di pertanggungjawabkan? Apakah kes terpencil seperti ini jika berlaku tidak meninggalkan apa² kesan perundangan kpd kita & menjejaskan reputasi dunia bekam kita??
Saya juga melakukan bekam keatas pesakit yg mengambil ubat pencair darah, tetapi dengan melakukan ujian awal (ujian masa pendarahan/bleeding time test atau ujian INR) terlebih dahulu selain penggunaan cup, tekanan negatif & tempoh tekanan yg minima. Saya fikir doktor A juga mungkin akan melakukan bekam keatas pesakit yg mengambil ubat pencair darah selepas rawatan yg biasanya berakhir 3 - 6 bulan kemudian, selepas buat ujian tertentu & mendapati bekam ada indikasi jelas utk pesakit berkenaan. Pada saya beliau adalah seorang doktor yg berpegang teguh kpd prinsip bekerja mengikut garispanduan drp pihak berkuasa dan garispanduan antarabangsa. Doktor B, seorang doktor muda yg sangat berpengetahuan. Sblm melakukan bekam darah beliau melakukan ujian awal terlebih dahulu iaitu ujian tempoh pendarahan (bleeding time) utk elak sebarang kemungkinan luar jangka (org awam juga boleh melakukannya). Doktor C, sdh tentu amat berpengetahuan dan berpengalaman sesuai dengan "title" professor yg dimiliki, menyarankan jika bekam terpaksa juga dilakukan atas sbb² munasabah keatas pesakit yg sedang mengambil ubat pencair darah, pengambilan ubat pencair darah itu harus ditangguh selama 24 jam sblm bekam dilakukan (kesan ubat masih ada dlm sistem selama 2-3 hari). Semua mereka ini adalah doktor perubatan. Mereka faham kenapa ubat itu diberikan dan maklum benar akan kesan² buruk jika pengambilannya diberhentikan sesuka hati. Saya percaya, doktor B & C mberikan pendapat dlm konteks di mana bekam dilakukan oleh mereka yg berpengetahuan, mahir, berpengalaman, menurut SOP yg betul dan tahu mengendalikan kes² kecemasan berkaitan pendarahan luarbiasa, hypovolemic shock, serangan jantung, pulmonary embolism dsbnya. Ketegasan Doktor A melarang bekam dilakukan keatas pesakit yg mengambil ubat pencair darah sdh tentu membawa mesej jelas bahawa bekam adalah rawatan agung yg harus dilakukan dgn penuh pertimbangan ilmiah, berhati², menurut SOP yg betul dan bukan sebaliknya.
Medic Sabri
Ref:
1. Controversies in perioperative management of blood thinners in dermatologic surgery: continue or discontinue?
Joseph Alcalay, Ronen Alkalay
Dermatologic surgery 30 (8), 1091-1094, 2004
2. Prostate biopsy: to stop anticoagulation or not?
Khurshid R Ghani, Andrea G Rockall, Vinod H Nargund, Francis I Chinegwundoh
BJU international 97 (2), 224-225, 2006
3. A patient’s guide to taking coumadin/warfarin
Karen Fiumara, Samuel Z Goldhaber
Circulation 119 (8), e220-e222, 2009
23/12/2019
BEKAM VS EKZEMA(ECZEMA)
Eczema adalah satu kondisi di mana bhg² kulit tertentu mengalami radang, gatal, merekah, kasar & lepuh. Punca² sebenar tidak diketahui. Namun ia mempunyai kaitan dengan tidakbalas keterlaluan sistem imun tubuh terhadap "irritant" atau bhn²/kondisi² atau faktor² pencetus tertentu seperti sabun mandi, sabun cuci pinggan, shampo, kulit kering, jangkitan kuman, kelembapan rendah, stress, peluh, habuk, debunga, makanan tertentu dsbnya. Peranan bekam di sini adalah utk menyingkir mediator² radang atau bhn² kimia yg terlibat dlm pembentukan radang, meningkatkan tahap imunisasi(melalui reaksi radang) yg berupaya mengawal eczema yg berpunca drp jangkitan, membantu kulit kembali sihat dan lembap secara fisiologi melalui peningkatan aliran darah kesan pelepasan nitric oxide, merangsang fibroblast meningkatkan produksi kolagen & elastin utk mengatasi kulit yg rosak, mengadakan efek relaksasi.melalui pelepasan hormon endorphin boleh mengawal stress yg berpanjangan dsbnya. Pengambilan air & vitamin C yg mencukupi, senaman secara regular, mengelak mengambil diet, bahan² atau berada dlm kondisi tertentu utk sementara waktu boleh memaksima kesan terapeutik bekam.
Jun Yao et al 2005 melakukan kajian keatas 88 orang pengidap ekzema yg dibahagikan kpd 2 Kump**an iaitu Kump**an Bekam (46 org) dan kump**an Kawalan (42 org). Bekam dilakukan di sepanjang poin back-shu keatas 46 org. Manakala Kump**an kedua (kawalan) memakan ubatan Clarityne & mengguna ubat sapu iaitu Pairuisong Ointment. Keputusan: Kadar keberkesanan & penyembuhan 100% & markedly effective rate adalah 89.1% pada Kump**an bekam. Manakala pada Kump**an kawalan, kadar keberkesanan rawatan & penyembuhan adalah 88.1% manakala markedly effective rate adalah 46%. Ini boleh menunjukkan bhw terapi bekam lebih berkesan berbanding perubatan barat dlm merawat masalah kulit seperti ekzema.
Medic Sabri
Ref:
1.Clinical observation on pricking and blood-letting and cupping with a three-edge needle for treatment of acute eczema
Jun Yao, NF Li
Zhongguo zhen jiu= Chinese acupuncture & moxibustion 27 (6), 424-426, 2007
2. Clinical observation on treatment of eczema by acupuncture plus collateral-pricking and cupping: A report of 54 cases
Wang Qin, IIKO Atanassov, Zhao Hui-xin
Journal of Acupuncture and Tuina Science 2 (1), 37-38, 2004
3. Cupping in dermatology: a critical review and update
Yssra Soliman, Nouran Hamed, Amor Khachemoune
Acta dermatovenerologica Alpina, Pannonica, et Adriatica 27 (2), 103-107, 2018
BEKAM(HIJAMA) VS ASID URIK TINGGI
Asid urik adalah produk terakhir daripada penguraian protein jenis purin yg banyak terdapat pada hidupan laut. Paras normal di dalam darah adalah di antara 3 - 8mg/dL. Bacaan paras asid urik melebihi 8mg/dL bolehlah dianggap sebagai mempunyai paras asid urik yg tinggi. Paras asid urik yg tinggi di dlm darah boleh menyebabkan pemendapan sejumlah kristal asid urik pada sendi² sehingga menimbulkan gejala² tertentu seperti pembengkakan, kesakitan, kemerahan, pergerakan yg terhad & deformiti pada bhg sendi anggota berkenaan yg senonim dengan penyakit gout. Bukan setakat itu sahaja, kajian yg dilakukan pada 2013 oleh Mehmet K et al menunjukkan asid urik yg tinggi dlm darah juga boleh menyebabkan tekanan oksidatif, inflamasi(radang), mengganggu fungsi endothelial dan mengecutkan pembuluh² darah. Ini bermakna asid urik yg tinggi di dlm darah bukan sahaja boleh menyebabkan penyakit gout tetapi boleh menjadi punca kpd penyakit² lain seperti hipertensi, penyakit ginjal, penyakit jantung, penyakit diabetes dan lain² sindrom metabolik. Antara faktor² yg menyumbang kpd kemerosotan sirkulasi darah kpd organ² tubuh adalah seperti obesiti, stres, darah beku, aterosklerosis, kencing manis, darah tinggi dsbnya. Berdasarkan Teori Taibah, bekam berupaya menjalankan peranan "super ginjal" iaitu dengan menyingkir bahan² larut air (hydrophilic) dan bahan² tidak larut air (hydrophobic) melalui tekanan negatif & permukaan kulit yg dilukai. Dlm kes ini, asid urik adalah antara bhn larut air yg mudah disingkir melalui bekam. Penyingkiran sejumlah asid urik bukan sahaja boleh mengawal penyakit gout & gejala²nya malah penyakit² yg berkaitan dgnnya sepertimana menurut kajian Mehmet K et al seperti hipertensi, diabetes, penyakit ginjal, penyakit jantung dsbnya.
Medic Sabri
Ref:
1. The role of uric acid in the pathogenesis of human cardiovascular disease
Mehmet Kanbay, Mark Segal, Baris Afsar, Duk-Hee Kang, Bernardo Rodriguez-Iturbe, Richard J Johnson
Heart 99 (11), 759-766, 2013
2. Effect of blood cupping on some biochemical parameter
FAIROUZ K ALSHOWAFI
The Medical Journal of Cairo University 78 (2), 2010
3. Cupping as Complementary Therapy for Patients with Hyperuricemia
Umi Hani, Rita Wadi
ASEAN/Asian Academic Society Internatio
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 57, Jln. Bintang, Tmn. Flora
Batu Pahat
83000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 18:00 |
| Sunday | 09:00 - 18:00 |