Vektor PKDMT

Vektor PKDMT

Share

Unit Vektor PKD Melaka Tengah

19/08/2025

Operasi Penguatkuasaan Denggi di Rumah Awam Paya Rumput

Hari ini 19 Ogos 2025 bertempat di Surau Haidriah telah dijalankan Operasi Penguatkuasaan Denggi di Rumah Awam Paya Rumput dengan penglibatan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan.

Program dihadiri oleh Exco Kesihatan Negeri Melaka, YB Datuk Ngwe Hee Sem serta wakil dari Agensi seperti JAPERUN Paya Rumput, MBMB, SWM, Penghulu Paya Rumput, KRT Rumah Awam Paya Rumput serta komuniti setempat.

Operasi ini dijalankan bagi memastikan kawasan perumahan berada dalam keadaan bersih, selamat, dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi punca penularan denggi.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama erat dalam menjayakan operasi ini demi kesejahteraan komuniti setempat.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Promosi Kesihatan Melaka Tengah
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah

11/08/2025

Mesyuarat Penyelarasan Gotong-Royong (GORO) Mega Perangi Aedes Kampungku Sayang, Melaka telah berlangsung dengan penuh muafakat, membincangkan persiapan serta strategi untuk memastikan program gotong-royong akan datang berjalan lancar demi kebersihan, keselamatan dan keharmonian kampung tercinta.

Mesyuarat dihadiri oleh Unit Vektor PKD Melaka Tengah yang diketuai oleh Pegawai Epidemiologi, Dr. Nurmawati Binti Ahmad, JPKK Kampungku Sayang, En. Md Hisham Bin Mabol, Japerun Bukit Katil, Penghulu, GPK HEM SK Bukit Baru dan bersama wakil-wakil agensi seperti MBMB, Kem Bukit Beruang dan Pejabat Penerangan Daerah.

GORO dijadualkan berlangsung pada hari Ahad ini, 17 Ogos 2025 yang akan dirasmikan oleh Tuan Adly Bin Zahari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah
Promosi Kesihatan Melaka Tengah

07/08/2025

[Hari Keempat & Terakhir]
Le Tour Malaria PKD Melaka Tengah

📍 Tapak Bina PDG Property, Ozana Residence

Tirai jelajah Le Tour Malaria melabuh di lokasi terakhir hari ini. Pemeriksaan dan intervensi dilaksanakan bagi memastikan kawasan berisiko tinggi kekal terkawal daripada jangkitan malaria.

Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang terus komited walau di bawah terik mentari dan juga rakan strategik yang memberi kerjasama sepanjang jelajah ini.

💪 Mencegah lebih baik dari merawat.
🐜 Malaria boleh dicegah, bertindak sebelum parah!







Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah
Promosi Kesihatan Melaka Tengah

06/08/2025

Hari Ketiga Le Tour Malaria PKD Melaka Tengah diteruskan di Tapak Bina Faithview, Kota Syahbandar. Pemeriksaan dan saringan telah dijalankan ke atas para pekerja tapak binaan sebagai langkah pencegahan penularan malaria.
Komitmen berterusan ini menunjukkan kesungguhan dalam memastikan kawasan berisiko kekal terkawal dan bebas daripada ancaman penyakit.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Promosi Kesihatan Melaka Tengah
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah

05/08/2025

🌏🦟 SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2025 🦟🌏

Tayangan video Perasmian Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Daerah Melaka Tengah dan suasana sekitar majlis.
Majlis telah dirasmikan oleh Dr Mohd Ridzuan Bin Janudin, Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Promosi Kesihatan Melaka Tengah
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah

Photos from Vektor PKDMT's post 05/08/2025

🌏🦟 SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2025 🦟🌏

Alhamdulillah, Sambutan Hari Denggi ASEAN 2025 peringkat Daerah Melaka Tengah telah berlangsung dengan meriah pada 5 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, Melaka.
Majlis telah dirasmikan oleh Dr Mohd Ridzuan Bin Janudin, Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan melibatkan pelajar dan guru termasuk:

✅ Pameran kesihatan dan kawalan denggi
✅ Ceramah dan kuiz pencegahan denggi
✅ Demonstrasi pemusnahan Aedes
✅ Lawatan VIP dan Press Conference
✅ Aktiviti interaktif seperti Truck Wellness on Wheel (WOW), Denggi Truck, dan Skuad Denggi.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah dan Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah dengan objektif meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya denggi serta langkah-langkah pencegahan yang berkesan.

👏 Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Bersama kita cegah denggi demi kesejahteraan komuniti!

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Promosi Kesihatan Melaka Tengah
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah

04/08/2025

Disajikan tayangan video yang telah memenangi tempat ketiga Peringkat Kebangsaan Pertandingan Video Pendek Tahun 2024 anjuran Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

Tahniah!!

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Promosi Kesihatan Melaka Tengah

Photos from Vektor PKDMT's post 04/08/2025

Tahniah diucapkan kepada Unit Vektor PKD Melaka Tengah atas penyertaan dalam Pertandingan Video Pendek Tahun 2024 anjuran Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

Lebih membanggakan, video bertemakan Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Denggi ini berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkasa usaha advokasi dan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.

Tahniah kepada tunjang utama M Syafiq Izzudin Hisyamuddin Samsudin Muhammad Fakhri dan Mohd Radhi.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Promosi Kesihatan Melaka Tengah

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Bukit Baru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah
Bukit Baru
75150