Sujud Indah
IKHTIAR, Satu Cara yang baik untuk hari hari mendatang
Ada masa, rasa susah nak teruskan kehidupan dalam keadaan positif, bermotivasi, semangat.
Ada waktu, memang nak abaikan sahaja semua, dan pentingkan diri sahaja. Buat sekadar apa yang perlu bukan apa yang terbaik. Fikir keselesaan dan keuntungan diri sendiri berbanding memberi manfaat kepada orang lain.
Namun biasanya yang memujuk saya semula ialah satu soalan. "Kalau mati dan dipulangkan semula kepada Allah kelak, nak cakap apa depan Allah?"
Soalan itu setakat ini tidak pernah gagal membuatkan saya kembali bersemangat, fokus, kutip semula hal-hal yang memotivasikan diri dan berusaha untuk terus memberikan manfaat kepada orang lain apa yang termampu.
Perjalanan menuju Tuhan itu memang banyak ranjaunya. Penat dan kecewa memang akan hadir menyapa kita. Namun dengan niat dan matlamat yang jelas, insyaAllah kita akan sentiasa mampu memujuk diri untuk bangkit semula.
Muhasabah.
Seteruk mana kesilapan yg kau dah pernah buat. Focus on the future & learns from your mistakes. What's done is done & move on
Pandanglah ke atas, kelak kamu akan sedar ada insan yang lebih baik daripada dirimu...
Supaya tertanam sikap merendah diri dan tidak sombong...
Tunduklah ke bawah, kelak kamu akan sedar ada insan yang memiliki kekurangan berbanding dengan dirimu...
Agar terbit rasa bersyukur atas apa yang kamu miliki.
Insan yang berjaya adalah insan yang senantiasa mensyukuri nikmat-Nya sama ada dalam kesenangan mahupun kesulitan
Kita akan terus tersungkur selagi peristiwa semalam menjadi raja di minda.
Kekuatan sebenar untuk bangkit maju berada dalam diri sendiri selagi kita yakin kepada Allah SWT.
Kejayaan takkan datang dengan mudah tanpa usaha
Segalanya harus dikorbankan demi realisasikan sebuah impian
Pahit maung akan menjadi manis saat kejayaan di genggaman
Tetapkan matlamat hidup kita, kita hanya merancang yang menentukan hanyalah Dia. Terus berusaha dan jangan berputus asa apabila di uji. Itu adalah pembakar semangat sebelum kita kecapi kejayaan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
PERDA
Bukit Mertajam
14000