KBS SPT

KBS SPT

Share

PBSD SPT
Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPT

Photos from KBS SPT's post 23/04/2026

Mesyuarat Penyelarasan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 (SB@HBN) 2026 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah diadakan bagi memperincikan pelaksanaan program serta memastikan kelancaran penganjuran di peringkat daerah.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Mazlina binti Maming, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah. Turut hadir ialah Encik Mohamad bin Ishak, Setiausaha Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah serta Puan Nurul Naddilah binti Md Rejab yang mewakili Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Permatang Pauh.

Perbincangan memberi tumpuan kepada penyelarasan perjalanan program, pembahagian tugas serta penglibatan belia setempat bagi memastikan pelaksanaan SB@HBN 2026 berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Photos from KBS SPT's post 23/04/2026

MESYUARAT PENYELARASAN LIGA SUKAN KOMUNITI SPT 2026

Seberang Perai Tengah, 23 April – Satu Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Tahun 2026 telah berjaya diadakan bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Mazlina Binti Maming, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Syakir Bin Saffaruddin selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bukit Mertajam, Azede Nor Sura Azimah binti Abdul Rahman selaku Urusetia dan Teknikal Sukan Bola Jaring, Mohd Shamer Bin Mushaker selaku Urusetia dan Teknikal Sukan Bola Tampar, Abdul Ghaffar Bin Pk Hoosen selaku Presiden Kelab Futsal Jalan Mengkuang serta Puan Sa’adiah Binti Md Salleh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk penyelarasan teknikal pertandingan bagi acara bola tampar, bola jaring dan futsal, pembahagian tugas urusetia serta persiapan awal menjelang kejohanan.

Pihak penganjur berharap agar melalui mesyuarat ini, segala aspek pengurusan Liga Sukan Komuniti SPT 2026 dapat diperkemas seterusnya menjamin kelancaran pelaksanaan program serta memberi impak positif kepada pembangunan sukan komuniti di daerah ini.

Kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat amat dihargai dalam memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Photos from KBS SPT's post 19/04/2026

Northern Unity Taekwon-Do (ITF) Championship 2026 πŸ₯‹πŸ”₯

18 April 2026 – Akira Basketball Court menjadi saksi kejayaan penganjuran kejohanan yang menghimpunkan 200 atlet dari Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang πŸ’ͺ

Dianjurkan oleh MITF SPU dengan sokongan Dana Sukan Komuniti, kejohanan ini bukan sekadar pertandingan, tetapi platform membina semangat juang, disiplin dan perpaduan dalam kalangan atlet muda ✨

Turut memeriahkan kejohanan ialah kehadiran barisan tetamu kehormat seperti Dato’ Dr. ChM Mas Rosemal Hakim bin Mas Haris, Pn. Mazlina binti Maming, Master Muhammad Sharali Nurul’Ezam bin Ramli, Master Rosnan bin Basir, Mr. Peter Lim Eng Nam dan Mr. Ang Chin Hwa.

Tahniah kepada semua peserta dan urusetia, khasnya Dr. Mas Adil bin Mas Rosemal Hakim selaku Pengurus Kejohanan atas penganjuran yang lancar πŸ‘

Photos from KBS SPT's post 10/04/2026

πŸ”₯ LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH πŸ”₯

Ayuh meriahkan kejohanan sukan komuniti yang menghimpunkan bakat-bakat sukan tempatan! πŸ’ͺ

πŸ“… 9 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ“ IKTBN Bukit Mertajam

πŸ† Acara Dipertandingkan:
🏐 Bola Tampar (Lelaki)
⚽ Futsal (Lelaki)
🏐 Bola Jaring (Wanita)

πŸ’° Hadiah Utama Setiap Acara:
πŸ₯‡ Johan – RM500
πŸ₯ˆ Naib Johan – RM300
πŸ₯‰ Ketiga Bersama – RM200

πŸ“Œ Terbuka kepada seluruh warga Pulau Pinang
πŸ’΅ Yuran Komitmen: RM50 sahaja

πŸ“² Tempat adalah terhad!
Scan QR pada poster untuk membuat penyertaan sekarang.

Jom meriahkan sukan komuniti dan tunjukkan semangat kesukanan kita! πŸ”₯

31/03/2026

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Ayuh sertai kami dan temui team PJS di Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Negeri Pulau Pinang pada:

πŸ—“οΈ : 4 April 2026 (Sabtu)
⏰ : 9.00 pagi - 6.00 petang
πŸ“ : Cassia Level 6, Hotel Berjaya Penang, Pulau Pinang

Pelbagai khidmat nasihat yang disediakan untuk semua pengunjung dan badan sukan yang hadir. Jumpa anda di sana.

HarungiBersama

Facebook:
https://www.facebook.com/share/p/1GdxYJMQW9/?mibextid=wwXIfr

Instagram:
https://www.instagram.com/p/DWiApF6E41z/?igsh=NTFqYTk3dGdpdHg2

X:
https://x.com/pejabatsukan/status/2038800098147303500?s=46

Telegram:
https://t.me/pps_kbs/2289

Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSHNgrpYP/

19/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨

Dengan penuh rasa kesyukuran, kami warga
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mempereratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

πŸ’š Maaf Zahir dan Batin πŸ’š
Ikhlas daripada kami semua.

Photos from KBS SPT's post 11/03/2026

MAJLIS RAKAN MUDA RAMADAN X RAKAN MASJID
Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah

Alhamdulillah telah berlangsung program Majlis Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid yang menghimpunkan golongan belia dalam pengisian aktiviti kerohanian serta mengimarahkan institusi masjid.

Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Kamarul Haizal Bin Koderat,
Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah.

πŸ“… 11 Mac 2026 (Rabu)
πŸ•“ 4.00 Petang – 8.00 Malam
πŸ“ Masjid Mengkuang T**i, Penanti, Pulau Pinang

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan belia bersama masjid serta menyemarakkan semangat Rakan Muda dalam mengisi bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah
Politeknik Seberang Perai
IKTBN Bukit Mertajam

10/03/2026

Dr. Ahmad Asri Abd Samat Ahmad Asri Abd Samat, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTM CPP) telah mengadakan satu kunjungan dan sesi perbincangan bersama pegawai-pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah (KBS) SPT.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik antara UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha memperkasa aktiviti belia dalam kalangan pelajar UiTM CPP, khususnya melalui penganjuran program pembangunan kepimpinan belia, kesukarelawanan, sukan komuniti serta penglibatan mahasiswa dalam program pembangunan belia di peringkat daerah dan negeri.

Sesi perbincangan ini telah disertai oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah, antaranya:

β€’ Puan Mazlina Binti Maming – Pegawai Belia dan Sukan Daerah
β€’ Puan Sa’adiah Binti Md Salleh – Penolong Pegawai Belia dan Sukan
β€’ Encik Mohammad Nashriq Bin Mansor – Pembantu Belia dan Sukan

Diharapkan melalui pertemuan ini, lebih banyak inisiatif kerjasama strategik dapat dilaksanakan bagi memperkukuhkan pembangunan belia dan aktiviti sukan, seterusnya memberi impak positif kepada mahasiswa UiTM CPP serta komuniti setempat.

Terima kasih atas sambutan dan kesediaan pihak KBS dalam menjalin kerjasama yang bermakna ini.

Photos from KBS SPT's post 07/03/2026

πŸ“–βœ¨ Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran

πŸ“Έ Lensa Program Rakan Muda X Rakan Masjid: Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran sempena Majlis Perasmian Masjid Mengkuang T**i.

Penyertaan belia melalui inisiatif Rakan Muda turut memeriahkan program ini dengan penglibatan dalam aktiviti tadarus dan khatam Al-Quran, sekali gus menyemarakkan lagi usaha mengimarahkan masjid dalam kalangan generasi muda. 🀲

06/03/2026

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, atas segala khidmat bakti, kepimpinan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menerajui KBS.

Segala sumbangan dan dedikasi beliau dalam memperkasa pembangunan belia serta memajukan arena sukan negara amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga KBS.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Bukit Mertajam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


1A, LORONG PERDA SELATAN 2, BANDAR PERDA
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00