Avalon Mobile Home Spa

Avalon Mobile Home Spa

Share

Memberikan perkhidmatan Service Mobile Facial Spa. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya :
Kavi

26/03/2022
17/03/2022

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 1 - Fahami tentang COVID-19

Untuk hidup selamat bersama virus COVID-19, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19.

Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV-2:
👉 Mudah merebak dan mampu menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru.
👉Sering bermutasi menghasilkan varian baru yang mungkin lebih ganas dan mudah merebak.
👉 Kebarangkalian mutasi adalah tinggi apabila virus ini dapat merebak dengan mudah.

Penyakit COVID-19 berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi golongan berumur 60 tahun ke atas atau mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan mungkin berakhir dengan kematian.

💪Mari kita sama-sama hentikan rantaian penularan COVID-19❗

29/01/2022

Pucuk ubi, ulam yang mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan.

👉Dikongsikan khasiat yang terkandung dalam sayur pucuk ubi.

✅ Amalkan pemakanan sihat dengan mengambil dalam setiap hidangan anda.

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah

25/01/2022

👉Rabies (penyakit anjing gila) adalah jangkitan virus akut yang boleh menyebabkan kematian.

Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.

Laporan Hasil Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2020 : Penyakit Berjangkit menunjukkan hanya 1 daripada 10 rakyat Malaysia mengamalkan tingkah laku kesihatan baik (TKB) selepas digigit atau dicakar anjing.

Lakukan TIGA 3️⃣ tingkah laku kesihatan baik(TKB) ini sekiranya digigit anjing.
❗❗❗Tindakan segera anda dapat menyelamatkan nyawa.

24/01/2022

🦟 Malaria adalah penyakit bawaan nyamuk Anopheles yang kita perlu ambil perhatian. Nyamuk Anopheles membiak di tempat air bertakung terutamanya di kawasan hutan, perkampungan pinggir hutan dan ladang.

Jangkitan malaria yang teruk boleh menyebabkan pesakit mengalami kejutan (shock), koma, kegagalan buah pinggang dan hati.

Oleh itu, dapatkan rawatan segera jika anda mengesyaki diri terjangkiti penyakit bawaan nyamuk ini kerana penyakit ini boleh dirawat. 🏥

✅ Ikuti tip ini sebagai salah satu cara mencegah malaria yang anda boleh amalkan.

⭐ Mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati. ⭐

23/01/2022

Adakah anda tahu setiap warna dari sayur dan buah yang dikenali sebagai fitokimia mempunyai khasiat yang tersendiri? 🤔

Ketahui kebaikan pengambilan buah dan sayuran berwarna MERAH.
❤️❤️❤️
JOM! Pelbagaikan warna semula jadi dalam pengambilan diet harian kita.

Jangan lupa amalkan Pinggan Sihat Malaysia dengan mengambil 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari. 🥗

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah

23/01/2022

✨Jom, ketahui khasiat yang terkandung dalam kacang botor, ulam yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman.

Sudah tahu? Jom makan ulam-ulaman. 🥗

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah

21/01/2022

Telur merupakan makanan kegemaran ramai yang enak dan mudah didapati. 🍳🥚

Selain daripada kaya dengan protein, telur merupakan makanan yang penuh dengan nutrisi.

Ambil telur secara sederhana. ✅

‼️INGAT‼️ Pelbagaikan juga jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan. Setiap jenis kumpulan ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk keperluan badan kita. 🥗🥙🍗🍇

20/01/2022

Lemak dan kolesterol diperlukan dalam diet harian dalam kuantiti yang sedikit untuk beberapa fungsi tubuh. 💪🏼

Walau bagaimanapun, kita perlu bijak mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi supaya tidak berlebihan.

Dikongsikan tip yang boleh anda ikuti untuk menghadkan pengambilan lemak dan kolesterol. Pengambilan lemak yang berlebihan harus dielakkan bagi mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung.🫀

⬇️⬇️⬇️

18/01/2022

Gula-gula getah ini ada beberapa jenis. Namun, pastikan anda memilih gula-gula getah tidak bergula.

Pengunyahan gula-gula getah tidak bergula ini boleh memberi faedah kepada kesihatan mulut.

JANGAN LUPA! Gula-gula getah perlu dibuang ke dalam tong sampah selepas digunakan bagi memastikan kebersihan alam sekitar.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Butterworth?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Nibong Tebal
Butterworth
14300