Hidayah Akhir

Hidayah Akhir

Share

Page TasneemShoppeOfficial ini dikendalikan oleh saya Noor Hidayah bt. Kepuasan Pelanggan adalah keutamaan kami.

Kepakaran saya adalah memastikan anda tampil berkeyakinan, ceria & mempunyai kesihatan dan kecantikan dalaman & luaran yang terbaik, di mana membuatkan orang ramai terpukau dengan anda. Mohamad Akhir,Sebarang Pertanyaan @ Khidmat Nasihat @ Pembelian anda boleh terus inbox saya di www.facebook.com/TasneemShopeOfficial @ hubungi saya di 013-4406373.

09/01/2014

Untuk ingatan kita bersama ....

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kapan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kapan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kapan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Credit to : Umi Maudah Ali — feeling great.

07/01/2014

Pagi yang indah. Alhamdulillah. Semoga kita semua di bawah Payung RahmatNya, Ameen ❤️

Assalamualaikum & selamat pagi!

06/01/2014

Assalamualaikum semua Inchloss Body Lotion
-> Xloss Body Lotion
-> Xloss Teaberry Juice
-> Pure Marine Collagen (PMCVC)
-> Curcuma Mangga Cure
-> 360 Effects Whitening Cream
-> Miracle Glow

Jadi, anda tidak perlu risau dengan produk-produk di bawah rangkaian kami kerana ianya

->DIJAMIN SELAMAT
->MEMPUNYAI KKM NO
->KESAN YANG DAPAT DI LIHAT DENGAN JAKAMASA YANG CEPAT TANPA BAHAN-BAHAN MERBAHAYA.

Jika anda ingin mendapatkan produk-produk ini, anda boleh terus PM @ WHATAPP kami di 013-440 6373. InshaAllah service terbaik diberikan kepada anda.

Photos 05/11/2013

Alhamdulilah.. 360 Effects Whitening Cream telah selamat dilancarkan sebentar tadi.

LIKE US ON FACEBOOK
www.facebook.com/360.Effects.Official

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

Bersempena 1 Muharram yang jatuh pada hari ini, kami melancarkan produk sulung kami 360 Effects Whitening Cream. 360 Effects merupakan sebuah jenama keluaran Trisixty Marketing yang bernaung di bawah syarikat Raffelinna Group, sebuah gergasi di dalam bidang kecantikan yang pernah menggemparkan seluruh Asia dengan gelaran ‘Fenomena Felinna’ atau ‘Fenomena Inchloss’ pada 2012 dan masih menjadi sebutan hingga sekarang! Rangkaian produk-produk keluaran mereka yang berkualiti tinggi bukan sahaja diyakini pengguna biasa malah turut menjadi buah mulut oleh Artis-artis tempatan dan golongan-golongan VIP.

Berbekalkan portfolio dan rekod cemerlang mereka, produk terbaru ini dijangka sekali lagi mengundang fenomena luarbiasa bagi bidang kecantikan. Insya'Allah..

Nantikan update seterusnya dari kami. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Raffelinna Group dan anda semua yang terus menyokong produk-produk Bumiputera tempatan ke arah membangunkan ekonomi ummah dan menyajikan produk serta perkhidmatan terbaik untuk anda dengan jaminan Halal dan Selamat untuk digunakan.

03/11/2013

'Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali
seronok mengenali Allah swt'

01/11/2013

Salam all..!

Maaf baru selesai pemilihan pemenang untuk contest yang tamat petang tadi.. Alhamdulillah penyertaan yang kami terima sangat memberansangkan.. Lain kali boleh buat lagi.. Heie..

PEMENANGNYA IALAH: Kekasih Tercinta (Sila rujuk video dibawah ya)

Beliau memenangi sekotak Feelvogue Supercover Foundation bernilai RM79.90.. Tahniah! Tahniah! Sila PM kami alamat untuk penghantaran..

Kepada yang tidak berjaya tu jangan sedih ya, insyaAllah mungkin belum rezeki anda.. Dalam seminggu dua ni kami akan adakan lagi contest sebab Wang Tunai Tambahan RM50 yang kami cakap nak bagi kalau komen yang terpilih dapat 10 Likes tu belum digunakan sebab Komen yang dipilih kali ini hanya memperoleh 3 LIKES sahaja..

Ok. Itu sahaja.. Terima kasih semua.. :-)

23/10/2013

-KEMPEN BAHAYA RESDUNG -

Tahap 2 : BAHAYA RESDUNG KE ATAS KESIHATAN ANDA

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus.

Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan menghidapi penyakit seperti :-

- PENYAKIT TIBI
- KANSER
- KULAT
- VIRUS DAN BAKTERIA

Apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Katanya, daging atau dinding luar dan dalam hidung yang bengkak akan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Malah, jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi BUTA.

Credit to : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=415.0





013-440 6373

21/10/2013

Assalamualaikum & welcome Monday!

"Ya Malik!"
Apabila kita zikirkan sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang kita lakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.

Wallahu a’lam

**(dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

19/10/2013

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali di antara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.

Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

Wallahuallam

Wukuf Di Arafah 13/10/2013

Amalan Bagi Yang Tidak Menunaikan Haji pada Hari Arafah.

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan sunat lain pada hari itu.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

Niat Puasa Hari Arafah;

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”

Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya diusahakan berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya itu.

وسلام

credit to : http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/31/wukuf-di-arafah/

Wukuf Di Arafah بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Wukuf bermaksud berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika (sekalipun satu saat dalam apa juga keadaan). Masanya bermula dari tergelincir matah...

08/10/2013

Solekan Ringkas Untuk Wanita Bekerjaya

Wanita bekerjaya zaman sekarang semakin sibuk, malah kadang-kadang tidak sempat untuk mengenakan sebarang solekan di wajah akibat mengejar masa. Disebabkan itu, ada wanita yang melangkah ke pejabat dengan kurang keyakinan diri . Tidak semestinya anda hendak ke pejabat perlu mengenakan solekan yang tebal semata-mata untuk kelihatan cantik malah ada yang sebaliknya. Jadi, biarlah solekan anda ringkas tetapi anda tampil anggun dan penuh berkeyakinan. Di sini, ada beberapa tips solekan mudah dan ringkas untuk diamalkan oleh setiap wanita bekerjaya:

Kulit Licin
Memakai solekan haruslah menampakkan wajah yang asli. Seseorang wanita itu haruslah memakai bedak asas berunsurkan cecair atau lebih dikenali sebagai liquid foundation. Bedak asas ini harus disapu nipis pada dahi, hidung dan dagu. Bagi yang memiliki kulit wajah berminyak, anda hendaklah menekap wajah anda dengan tisu pada waktu tengah hari atau ketika panas bagi mengelakkan wajah kelihatan berkilat.

Sapuan Lembut Bulu Mata
Mungkin ada yang menganggap pemakaian maskara ke pejabat tidak penting tetapi sapuan lembut pada bulu mata anda sudah cukup memberikan impak yang berbeza kepada wajah anda, lebih-lebih lagi jika anda mengenakan maskara dari tona warna semulajadi yang selain dari warna hitam.

Kilauan Asli di Bibir
Jika ke pejabat, anda tidak perlu mengenakan gincu bibir berwarna terang seperti merah cabai. Cukuplah sekadar mengenakan calitan warna asli seperti warna coklat pic, beige ataupun merah jambu. Jangan sesekali memakai pengilat bibir kerana ianya menampakkan anda kelihatan terlalu seksi apabila ke pejabat.

Sentuhan Pemerah P**i
Pemerah p**i juga haruslah dipadankan dengan warna asli seperti coklat agar tidak terlalu menonjol. Harus diingat bahawa anda hanya ke pejabat dan bukannya ke majlis makan malam. Pada asasnya solekan ke pejabat haruslah ringkas dan semulajadi. Jangan sampai anda kelihatan seperti badut semata-mata untuk kelihatan cantik. Biar ringkas dan mudah untuk anda ke pejabat tetapi tetap menawan, anggun dan berkeyakinan.

08/10/2013

Tips: Nyahkan Jerawat Di Belakang Badan

Jerawat di belakang dan di badan adalah masalah biasa pada golongan remaja juga dewasa namun sangat memalukan. Ia diketahui secra umumnya muncul di bahagian belakang badan, dada, lengan dan punggung. Baca tips kami dan belajar bagaimana untuk menghilangkan jerawat di belakang anda untuk mencapai kulit yang indah, sihat dan menarik.

1- Basuhan kerap
Dalam usaha untuk menghilangkan jerawat belakang, basuh belakang anda dua kali sehari dengan sabun yang lembut dan air suam dan menggunakan asid salisilik berasaskan pembersih antibakteria yang dirumus khas untuk merawat masalah jerawat. Pastikan anda mandi secepat mungkin selepas aktiviti fizikal yang berpeluh. Jangan biarkan peluh melekat di kulit anda kerana ia boleh membawa kepada liang tersumbat dan masalah jerawat lagi.

2- Pengelupasan
Pengelupasan adalah satu lagi langkah penting ke arah mempunyai yang hebat dan licin. Ia membuang sel-sel kulit mati dan kekotoran dari permukaan kulit anda yang disebabkan jerawat belakang badan anda. Bereksperimen dengan produk pengelupasan yang berbeza sehingga anda jumpa satu produk yang sesuai untuk kulit anda dan tidak menyebabkan kegatalan.

3- Rawatan menggunakan ubat
Anda boleh membeli krim jerawat topikal atau gel yang mengandungi benzoil peroksida di mana-mana kedai ubat. Gunakan ia di belakang badan dua kali sehari selepas mandi. Pastikan anda membiarkan ianya kering selama beberapa minit supaya dapat diserap ke dalam kulit untuk mengelakkan pakaian anda kotor.

4- Utamakan pakaian anda
Berbanding kain sintetik, pilihlah untuk memakai pakaian kapas untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Butterworth?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Butterworth
12100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00