Tips Sihat

Tips Sihat

Share

Sihat Bersama Kita~

Photos from Tips Sihat's post 27/06/2023

Taraa.... dah siap dessert saya utk ptg ni, buat awai tak kalut 😁. Excited pulak sejak dapat acuan² yg comey ni.... 🩷🩷🩷
***nota dari saya... kalau ada acuan/mold ni puan² boleh je buat apa² jenis puding @ kuih sbb resepi yg saya bagi ni sebagai contoh @ panduan. Saya pon belajar & gunapakai resepi kawan² lain jika saya rasa saya nk cuba buat. Resepi di bawah ni adalah olahan dari agar² @ puding yg pernah saya buat sebelum ni.... harap membantu, tqvm semua ....🩷🩷
🩷 PUDING ROSE SUSU 🩷
BAHAN² ~
800ml air
1 peket agar² serbuk 10g
200ml susu cair
Sirap rose secukupnya (boleh + pewarna pink )
Gula secukupnya
CARA²~
🩷 Sediakan periuk .... masukkan air, agar² serbuk, susu cair & kacau² sehingga agar² tidak berketul. Masak atas api perlahan & kacau sehingga sebati ... masukkan gula & kacau sehingga gula larut.... rasa manis ikut selera.
🩷 Setelah siap ambil sedikit & asingkan agar² putih ni. Sediakan acuan² yg comey ... basahkan dulu supaya senang nk keluarkan nnti.
🩷 Tuang adunan putih ke dlm acuan... agak² ¼ je ....jngn separuh ye nnti tak cantik.
🩷 Dh siap sejukkan ke dlm peti sebentar sementara kita siapkan bahagian pink....
🩷 Baki agar² tadi kita panaskan balik.... api perlahan ye.... masukkan sirap rose. Dh dpt warna yg cantik boleh tutup api.
🩷 Bila adunan yg putih tadi agak² dh keras sikit ( jngn biarkan terlalu keras nnti susah nk lekat ).... boleh tuangkan adunan yg pink tadi perlahan - lahan ye. Yg ni kena sabarrr ....šŸ˜… tuang sehingga penuh acuan.
🩷 Dah habis boleh sejukkan di dalam petisejuk sehingga keras. Siap..... šŸ©·šŸ™‹
***nk keluarkan dari acuan kena slow² ye.... sisip tepi² guna jari, bila dh agak renggang boleh la letakkan di atas pinggan.
***satu lagi tips.... boleh guna lidi kecik ( penyungkil gigi ) letak kt tepi puding & keluarkan slow². Tapi tips ni susah skit sbb puding akan pecah & tak cantik.... šŸ˜…

Photos from Tips Sihat's post 03/06/2023

Biskut sampan crunchy tumpang lalu šŸ¤—šŸ¤—šŸ¤—
Haza rahmatun min rabbi šŸ¤²šŸ»šŸ¤²šŸ» semoga yg struggle mencari rezeki اللة permudahkan dan lapangkan segala kesulitan...
Biskut sampan crunchy
Base bwh
250g butter sejuk
100g gula aising
1 bjik tlur ( saya skip x guna tlur)
20g susu tepung
100g tepung jagung
350g tepung gandum
*pukul butter dgn aising sugar sebati msokka tepung susu dgn tpung jagung uli sekejap kemudian msokkan tpung gndum uli smpai adunan menjdi doh lembut x melekat kt tgn..amek doh bentukkan dkt acuan dan kemaskan..
Inti ney random ikut citarasa msing2..mcm saya akan lebih Kan cornflakes,kelapa kering dan almond nibs..
Inti
80g Cornflakes (kisar kasar)
50g Mix fruit
30g Ceri merah
30g Ceri hijau
60g Almond nibs
80g Dessicated coconut (kelapa kering)
Susu pekat 4 sudu besar (utk melekatkan inti2)
*Gaul semua bahan dan sudukan inti dlm doh yg dah dibentukkan..susun dlm loyang dh bakar suhu 160 25 minit atau ikut suhu oven masing2 smpai masak..saya s**a bgi garing2 skit..utk lebih crunchy..
Selamat mencuba 🌷🌷

14/05/2023

RESIPI SOTO

Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan)
•lengkuas 1 inci
•halia 1 inci
•bawang merah besar 4 biji (mmg Klau b*k lg sdp)
•bawang putih 1 ulas
•buah keras 1 biji
*blend semua bahan di atas
•Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
•serai 2 batang (ketuk)
•minyak utk menumis
•Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
•Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
•kiub ayam 1
•akar daun sup (potong n cuci bersih)
•air 2 liter/ sejug
*atau kalau xnk guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kdg guna rempah soto je boleh dpt kan jenama apa saja. Bahan lain jgn ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jgn bergantung dgn rempah semata2.

Cara masak:
•tumis bahan blend, serai n akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi.
•masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto.
•masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air.
•masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)
•Siap!

Resipi Begedil kentang
•ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
•lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan then leperkan sedikit.
•Telur 1 biji
•lada sulah
•garam secukup rasa
*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nnti jadi mcm bersarang.

*cara goreng begedil supaya x hancur, panaskan minyak agak2 tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh k. Panas kan dgn api yg kecil sehingga betul2 panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik2kan selagi yg sebelah kena minyak tu x garing/kekuningan. Da garing bru balikkan ye. Klau balikkan awl2 mmg pecah ler.

Kredit : fara lome

06/04/2023

Bulan puasa penuh dgn ujian dah rahmatNya, Inshallah. Bila amik tempahan, bila kuih dah siap, lega sekali. Sekali pegi tengok time sejuk, mak aiiiii retak seribu weeiiiiii! Hari² buat kuih pon, berangin satu badan bila kuih x menjadi. Pening hadap masalah tepung ni... Murung kejap. Tempahan tetap kena sudahkan, ganti balik buat setalam lagi, tukar tepung, Allah menyebelahi kali kedua. Tapi saya tunjuk yang tak jadi je lah k. Nanti kita share pengalaman semua hadap masalah tepung ni.

Updated: saya yakin masalah saya dari tepung beras. Bukan gandum. Tepung gandum saya guna dr yg murah hingga ke mahal, no issue. Bila tukar tepung beras, jelas nampak perbezaan.

Photos from Tips Sihat's post 08/03/2023

Assalamualaikum. Keria kentang frozen
12 kg kentang
7.2 kg tepong gandum
Hasilnya 540 keping
Masa 6 jam hingga siap packing
Nisbah kecil 1 kg kentang : 600 gm tepong (6 cwn)
Kentang direbus jgn terlalu empok. Toskan. Klu terlalu empok banyak guna tepong.
Semasa menyira, utk 1kg kentang, 1 cwn air,1cwn gula, 1 sudu kecil tepong. Tepong utk gula sira tahan lama

Photos from Tips Sihat's post 06/02/2023

Ada kwn² minta share resepi sambal pecal wpun dah pernah share..saya bg sekali lagi
Resepi sambal pecal
2 kilo kacang tanah*
3 labu bawang putih* blh kurangkan 2 labu
700 gram bawang merah*
Anggaran rm5 cili kering*
1/2 bekas pes Asam jawa adabi @100 gram
1kg 600 gram gula( nak Manis blh lebihkan)
Garam agak²
100 gram udang kering*
Cara
1. Kupas bawang putih & merah hiris nipis & goreng
2. Goreng semua bahan² bertanda *
3. Kisar halus semua bahan² bertanda *
4. Masukkan semua bahan dan gaul rata
4. Cili kering kisar masuk sikit² nanti boleh Rasa tahap kepedasan setelah digaul dgn semua bahan
utk mengisar

Tak faham boleh Tanya ya rakan² BIKMM
Blh contact saya terus klau tak faham

Photos from Tips Sihat's post 06/02/2023

Nak tanya.. Antara beras perang dgn beras basmathi ni mana satu elok utk diet. Pesakit kencing manis elok makan yg mana satu ea. Maaf saya bertanya.

Photos from Tips Sihat's post 01/02/2023

Talam Pandan Tergedik
Tq kak ana 4 the recipe n tips...Za pnjgkan resepi nie... Yg pntg JGN DERHAKA DGN RESEPI šŸ˜‚
RESEPI TALAM PANDAN
Resepi asal :Mariana Zainal
Olahan : tengku Roselyza raja Muhammad ........................................................
Bahan:
Bahagian Bawah
1 cawan pati pandan(10 helai daun pandan kisar tapis amik airnya)
3 cawan santan drp 1/2 biji kelapa(kisar dan amik santannya)
1 cawan gula(sy x buh penuh satu cawan..sy buang dlm 1 sudu besar)
Sedikit garam(utk naikkan lemak)
2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung ubi
Sedikit pewarna hijau epal
Caranya
Panaskan air kukusan hingga mendidih..
Leser minyak dan lapik plastik dalam loyang bulat 10*inci(kalo loyang petak bleh guna loyang 9*inci)
Satukan semua bahan bahagian bawah..tapiskan ke dalam periuk..masak sekejap atas dapur guna api perlahan..sentiasa kacau..sekadar sentuh periuk dah rasa suam2 panas dah bleh tutup api..tuang adunan dlm loyang..
Kukus selama 20 minit..guna api perlahan(bukan api paling kecik yer)buka tudung kukusan dan kukus lagi 5 minit guna api besar(tanpa tudung kukusan).. Cakar2 sikit permukaan..
Bahagian Atas
1 cawan tepung beras
2 sdb membukit tepung gandum
3 cawan santan pekat daripada 1/2 biji kelapa(kisar dan amik pati santan)
1/2 sdt garam
Caranya
Satukan semua bahan bahagian atas...tapiskan pada bahagian bawah tadi...kukus 20 minit...api perlahan(bukan paling perlahan yer)
Buka tudung kukusan dan kukus lagi 5 minit guna api besar(tanpa tudung kukusan)...
Siap...biarkan betul2 sejuk baru potong guna pisau plastik..
Tips...untuk dapatkan talam yg cun..setiap kali mengukus cukup 7-10 minit..buka tutup kukusan dan lap bawah tudung..pastu tutup dan kukus semula..ulang hingga siap...

Photos from Tips Sihat's post 28/04/2022

Sediakan sendiri ubat untuk mengawal kencing manis anda
1. Minum perahan air peria katak
2. Disusuli dengan air limau kasturi
(1&2 minum 3x sehari)
Kerap minum air barli dengan isi barli
Boleh check terkawal dengan belanja yang murah
Mestilah tanpa gula

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Cheras?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Cheras
Cheras