Kesihatan dalaman
kesihatan bermula dari dalam
01/12/2021
Asal kencing je tak lawas, tak rasa selesa kadang tu nak solat pun rasa was-was
Alhamdulillah lepas amalkan 2 biji herba ni secara konsisten kencing makin lawas dan tak kerap ke bilik air lagi
3 simptom awal bengkakk prostat
===============
1. Kerap kencing
2. Kencing tak lawas
3. Sakit pinggang
Dapatkan rawatan menggunakan herba lingzhi ini sekarang
โ
kesan seawal 15 hari
โ
lulus kkm dan halal
โ
rahsia turun temurun
โ
Free cas pos
Untuk info dan pesanan tekan link dibawah
๐http://pros01.watsap.me/
๐http://pros01.watsap.me/
Atau terus hubungi
03/11/2021
5 TIPS penjagaan pemakanan
1. Sediakan sendiri bahan makanan anda
Memasak sendiri makanan anda boleh membantu anda meneliti dengan lebih baik apa yang masuk dalam perut anda.
Hal ini kerana memandangkan bahan-bahannya disediakan oleh anda sendiri, tentunya anda sedar bahan apa sebenarnya yang anda masukkan dalam masakan.
Anda akan makan kalori yang lebih sedikit dan akan berjaya mengelakkan bahan perasa kimia, gula tambahan dan juga lemak tidak sihat yang biasanya terdapat dalam bahan makanan berpaket dan makanan yang diawet.
Bahan makanan berpaket dan diawet sewajarnya dijauhi kerana ianya dapat menyebabkan anda mengalami keletihan, perut menjadi buncit, kegatalan, sistem depresi yang semakin memburuk dan juga kebimbangan melampau.
Jadi, tidak dinafikan lagi dengan memasak sendiri bahan makanan anda, anda dapat mengelakkan kesan-kesan negatif ini.
Tentunya kualiti hidup anda akan berubah menjadi lebih baik.
2. Lakukan perubahan yang betul
Apabila anda ingin mengurangkan makanan tidak sihat dalam diet anda, sangatlah penting untuk anda menggantikan makanan tersebut dengan makanan yang lebih sihat.
Anda bolehlah menggantikan lemak tidak tepu dengan lemak yang lebih sihat.
Contohnya seperti menukar dari makan ayam goreng kepada ikan salmon yang dibakar atau panggang semestinya dapat memberi kesan yang lebih positif kepada kesihatan tubuh badan anda.
3. Baca label
Membaca label merupakan langkah yang mesti dilakukan.
Sangatlah penting untuk kita sedar kandungan bahan dalam makanan kita.
Ini kerana pengilang biasanya akan menyembunyikan sejumlah besar gula ataupun lemak tidak sihat dalam makanan segera.
Walaupun makanan tersebut dijamin menyihatkan, anda mestilah sentiasa berwaspada.
Jangan lupa baca kandungan label sebelum membeli bahan makanan yang anda inginkan.
4. Fokus pada perasaan anda selepas makan
Setiap kali anda selesai makan, cuba perhatikan apa yang anda rasa.
Adakah anda rasa mudah penat? Ataupun cepat mengantuk?
Dengan melakukan langkah ini, akan akan dapat menyesuaikan diri dengan amalan pemakanan baru yang lebih sihat.
Semakin sihat makanan yang anda ambil, anda akan rasa lebih baik.
Semakin banyak makanan ringan yang anda makan, semakin anda rasa tidak selesa, pening dan kekurangan tenaga walaupun sudah makan dengan jumlah yang banyak.
Anda tentunya dapat mengenal perubahan tersebut dan bandingkan kesan yang dapat anda rasa supaya anda dapat memilih dengan lebih mudah apa yang terbaik untuk anda.
5. Minum banyak air.
Ramai sedia tahu bahawa pengambilan air putih sangatlah penting untuk mendapatkan badan yang sihat.
Air putih dapat membantu menyucikan dan meneutralkan toksin dalam badan.
Sayangnya, ramai dari kita tidak mengamalkan pengambilan air yang mencukupi dengan keperluan badan untuk aktiviti sehari-hari.
Kesannya kita menjadi letih, kurang bertenaga, dan sakit kepala .
Dengan mengekalkan tabiat minum air mencukupi sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas sehari, badan dan fikiran anda akan dapat berfungsi dengan lebih baik .
Ianya juga dapat mengekalkan kelembapan yang diperlukan oleh tubuh anda.
Jadi, akan lebih mudah untuk anda menentukan pilihan makanan yang lebih sihat.
18/10/2021
Fizikal ๐ช
Rehat: Tidur yang mencukupi penting untuk menjaga kesihatan fizikal dan sistem imun. Dapatkan rehat yang cukup dan pastikan anda tidak berjaga hingga lewat malam kerana menonton siri tv atau filem kegemaran anda!
Senaman: Amalan penjarakan sosial tidak sepatutnya menghalang anda dari bersenam. Lakukan senaman ringkas di rumah jika anda tidak mahu bersenam di luar.
Ambil angin: Jika boleh, luangkan masa di luar rumah dengan berjalan-jalan di taman terdekat. Perubahan pemandangan boleh membantu tetapi jangan lupa memakai topeng muka!
Lembapkan kulit anda: Dalam tempoh ini, ramai di kalangan anda kerap menggunakan cecair pembasmi kuman atau membasuh tangan. Untuk mengelakkan kulit anda daripada kering, gunakan losyen!
Mental ๐ง
Hiburkan diri: Mendengar muzik adalah salah satu cara yang baik untuk menghiburkan diri! Mainkan lagu kegemaran untuk menceriakan mood anda atau dengar podcast dan anda mungkin akan mempelajari sesuatu yang baru!
Nyahaktif: Berita buruk boleh merungsingkan fikiran anda. Oleh itu, matikan telefon pintar atau TV untuk seketika bagi melakukan digital detox. Sebaliknya, lakukan aktiviti yang anda gemari seperti membaca buku, beriadah ataupun berkebun.
Berhubung: Penjarakan sosial boleh membuat anda berasa sunyi dan terasing. Di samping menghantar mesej, hubungilah orang tersayang anda untuk bertanya khabar ataupun berborak. Ianya baik untuk kesihatan mental anda!
Meditasi: Berehatlah seketika untuk bermeditasi ataupun bersembahyang bagi mengurangkan stress. Senaman pernafasan juga baik untuk menangani perasaan resah!
Nutrisi ๐ฅ
Kekal Hidrat: Minumlah air dengan secukupnya untuk kekal hidrat. Kurangkan pengambilan kafein. Sebagai alternatif, minumlah teh!
Diet seimbang: Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam pemakanan anda untuk diet yang seimbang. Sukakan snek? Pastikan anda kawal pengambilannya.
Memperkaya: Selain diet yang seimbang, ambil makanan tambahan seperti vitamin untuk memperkuatkan lagi sistem imun anda.
11/10/2021
5 TIP PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG
Percayakah anda? Pasangan yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera. Ikutilah 5 tip-tip berikut untuk menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda anda bersama orang tersayang.
1.KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT
Berat badan yang sihat ialah indeks j***m tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.
2.KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL
Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif.
3.AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG
Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman (cth. Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah dijalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.
4.KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL
Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda s**a, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa. Minumlah Anlene Heart-Plusโข setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan diet seimbang anda. Anlene dirumus khas dengan kebaikan susu dan nutrien-nutrien penting untuk membantu menjaga kesihatan jantung anda.
5.PENGURUSAN STRES
Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres.
28/09/2021
3 TIPS PENJAGAAN KULIT
1.Amalkan pengambilan makanan berikut untuk kulit dan tubuh sihat
Oat: Pengambilan bijirin seperti oat bagus untuk penghadaman kerana ia kaya dengan serat gentian. Penghadaman yang sihat dapat membantu menghasilkan kulit yang cerah sempurna.
Buah Beri: Kaya dengan vitamin dan mineral seperti Vitamin C, kalsium, magnesium dan zink.
Air: Pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk kekal hidrat sepanjang hari. Anda boleh cuba bubuh lemon atau teh herba untuk โsedapkanโ rasanya.
Sayuran hijau: Sayur seperti bayam kaya dengan Vitamin B, D dan E serta zat besi untuk kulit tampil sihat dan bersinar.
Oily fish: Ikan salmon dan ikan sardin adalah sumber yang bagus untuk mendapatkan Omega 3, jadi cuba amalkan pengambilan ikan jenis ini dua kali seminggu.
2.Kurangkan gula dan garam
Mengawal pemakanan tidak bermaksud anda tidak boleh mengambil nasi atau daging langsung, namun kawalnya dengan hanya mengambil beberapa kali seminggu. Kawal pengambilan gula dan garam. Gula boleh menyebabkan kulit anda kelihatan kusam dan pantas tampak tua.
3.Minum air kelapa untuk kulit sihat
Air kelapa dapat memberi penghidratan lebih pada badan. Ia rendah kalori dan lima kali ganda lebih baik daripada minuman bertenaga. Malah ia juga bagus untuk kekejangan otot. Namun jangan p**a lupa minum air kosong, cuba seimbangkan!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Setapak
Cheras