Coach Zainul Arifin
My mission is to help you to train better & get stronger, tailored according to your preferences
18/12/2024
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sepatutnya memulakan rutin senaman dengan latihan bebanan (weightlifting) dan meningkatkan jumlah langkah harian secara perlahan-lahan, bukan terus diajak berjoging, mendaki, atau melakukan senaman impak tinggi yang lain. 💪
Kajian menunjukkan terdapat peningkatan beban pada lutut semasa berlari, dan bagi individu yang lebih berat, beban ini akan meningkat dengan lebih ketara.
Mulakan dengan perlahan, mengikut tahap kecergasan dan keupayaan fizikal anda. Jangan buat sesuatu yang akan membuatkan anda makin serik untuk berubah sebab salah info mengenai apa yang sesuai untuk anda sebagai langkah permulaan.
Sumber: https://www.jospt.org/doi/full/10.2519/jospt.2015.5469
12/12/2024
Pertama kali menggunakan 97% kapasiti jantung semasa ujian stress jantung di Institut Jantung Negara. Sejujurnya sangat berdebar sebelum buat ujian jantung ni, maklumlah tak pernah buat.
Pertama kali juga merasa seronok berlari selepas tiga kali pembedahan lutut sebelum ini. Keseluruhan keputusan sangat baik (hati, paru-paru, gula dalam darah, kolestrol dan lain-lain) cuma peratusan lemak dalam badan masih perlu diperbaiki. Alhamdulillahh untuk ini, 2025 mari ke arah yang lebih sihat.
Doakan aku!
01/10/2024
4 months of pure joy! Mommy loves your sweet face, Daddy’s proud of your strong body (just look at your forearm, same like mine 💪) Our future gym partner in the making! . Dear Emran Elyas we’ll be best friends and grow strong together 💙 InsyaAllah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Cyberjaya