Nad Firzanah
"A better you are in progress"
01/11/2022
Senangnya buat moisturizer natural hanya guna 2 bahan je.
Assalamualaikum semua.
Harini Nad nak share tips senang buat moisturizer badan guna 2 bahan sahaja.
Seperti yang kita tahu minyak kelapa ni memang sangat bagus dalam melembabkan kulit.
Dan yang bestnya, bila buat ni, kita boleh simpan sehingga 6 bulan.
Jom cuba!
1. 1 cawan minyak kelapa dimasukkan kedalam kuali di bawah minyak paling kecil.
2. Tambah 2 sudu serbuk teh hijau. Tutup dan biarkan ia mendidih selama 1 jam.
3. Tapis minyak dari teh hijau dan kacau sehingga tekstur likat.
4. Dah siap, boleh apply terus ke tangan dan simpan di dalam balang kaca. Boleh tahan sehingga 6 bulan.
Jangan lupa share. Semoga bermanfaat!
Assalamualaikum semua
28/10/2022
Selamat malam.. Jangan lupa amalkan rutin kecantikan anda sebelum tidur..
Hari ni Nad nak perkenalkan skincare NK Age-Reverse. Set complete mengandungi:
• Cleanser (tanpa buih) - lembut & muka jadi lebih berseri
• Energy Mist- penyegar yang harum
• Sunscreen best yang tak melekit
• Serum awet muda
Nad dah pakai nak dekat sebulan. Lepas ni Nad akan share best dengan yang tak best pakai set skincare ni.
Asalnya Nad tercari-cari produk seakan Anr dari produk E****. Maaf Nad tak bolehla cakap untuk compare2 kan.
Produk yang Nad guna tu ok je. Nad nampak hasil dia selepas 2 tahun Nad pakai tapi memang niat untuk long term. Nad jugak tercari-cari sunscreen.
Nad guna hel****. Bila nad pakai, muka akan jadi berpeluh, tapi ia tak naik jerawat which is bagus. sebab selalu Nad beli dekat watson sunscreen buat Nad naik jerawat.
Lagi satu, Nad ni kadang-kala tak sempat. Tapi selalunya malas...hehe. Lagi-lagi bila malam dah penat, jadi untuk pakai banyak-banyak tu selalu la terskip.
Ok, so nanti Nad akan share ye. Mudah-mudahan anda semua ada option untuk skincare yang bagus & selamat.
27/10/2022
Ok yang ni terakhir. Yang selalu kita dengar petua orang-orang tua, or mak nenek kita dulu sharekan kat kita.
Bahan natural & alami - Bahan natural dikatakan berkesan untuk merawat masalah jeragat dan mencerahkah kulit, namun ia mengambil masa yang panjang untuk melihat keberkesanannya dan ia jugak bergantung kepada individu.
Kuncinya di sini ialah sabar dan konsisten dalam mengamalkannya. Antara bahan-bahan alami yang bagus ialah:
• Kunyit. Menurut kajian dijalankan pada tahun 2012, kunyit dapat mengurangkan sintesis melanin. Bahan aktif yang dipanggil curcumin mempunyai keupayaan untuk menghalang enzyme tyrosinase,yang mana, melanin berkurang dan kulit menjadi cerah.
• Aloe vera gel: Aloe vera boleh mengurangkan penghasilan melanin selepas terdedahnya kulit wajah pada cahaya UV. Alovera mengandungi aloesin, iaitu bahan yang menghalang tyrosinase.
• Jus Lemon: Lemon sering dikaitkan dengan tinggi vitamin C. Menurut artikel pada tahun 2017 dari Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, vitamin C berupaya mengurangkan aktiviti enzim tyrosinase activity, menghalang penghasilan melanin.
o Kekurangan lemon ialah ia membuatkan kulit radang atau kemerahan. Apabila menyapu jus lemon, hendaklah melindungi kulit dari sinaran matahari untuk mengelakkan rasa pedih.
Bolehkan kita menghentikan penghasilan melanin selama-lamanya? – Tidak.
Penghasilan melanin adalah sebahagian dari system badan kita. Kulit boleh dicerahkan atau di buang jeragat namun, potensi untuk kembali tetap ada.
Kulit anda akan sentiasa bekerja untuk menghasilkan melanin. Apabila seseorang cuba untuk memutihkan kulit secara berlebihan, kulit akan terdedah kepada risiko kerosakkan kulit, senang untuk berkedut, tekstuk kulit tidak rata, risiko kanser kulit, kulit menjadi sensitive.
Semoga bermanfaat. Sekian sharing Nad untuk pudarkan jeragat secara luaran kalini. Apa-apa pun yang kita nak cuba, perlu untuk kita tengok balik samada berbaloi atau tidak.
Nasihat Nad kita cuba benda yang lembut pada kulit dan bebas toksik. Kita nak cantik semulajadi dan bukan seperti tidak sihat/bermaya.
27/10/2022
Ok yang ketiga p**a ialah sunscreen.
Sunscreen tidak perlu untuk dapatkan difarmasi. Boleh saya beli di kedai-kedai drugstore. Namun, penting untuk kita ambil tahu bahan-bahan yang terkandung di dalam sunscreen.
Sebelum tu Nad nak tambah yang fungsi melanin selain dari memberi warna, ia sebenarnya melindungi kulit dari kerosakkan matahari.
Apabila kulit terdedah kepada cahaya UV, ia akan menghasilkan melanin untuk melindungi bahagian bawah kulit. Jadi bila anda terdedah kepada cahaya matahari lebih lama, kulit menjadi lebih gelap sebab dia nak protect kita.
Jadi anda perlu menggunakan sunscreen sebab ia akan tolong kulit kita block sinaran UV A dan UV B dalam cahaya matahari.
Jadi, ini akan mengehadkan proses penghasilan melanin jadi kulit akan menjadi lebih cerah.
Seperti yang Nad share tadi, sunscreen ni melindungi kulit dari bahaya UV iaitu radikal bebas dan memperlahankan production melanin di dalam kulit.
Nanti Nad cerita apa itu radikal bebas. Rasa ada banyak hutang info nak kena langsai ni. Jom kita tengok apekah ciri-ciri untuk sunscreen yang baik.
Menurut American Academy of Dermatology, sunscreen yang terbaik ialah:
o Mempunyai spectrum cahaya UV yang luas
o SPF 30 dan ke atas
o Water resistant
Kita juga, kalau takde keperluan, cuba elakkan berada di bawah terik matahari iaitu pukul 9am -5 pm. Kalau nak jogging, cuba dalam pukul 7 pagi atau pukul 6 petang camtu.
Semoga bermanfaat. Next, Nad akan terangkan cara yang terakhir untuk hilangkan / pudarkan jeragat. Ingat, ni cara untuk luaran bukan dalaman tau. Yang dalaman seperti makanan dan stress, Nad akan shara nanti lagi.
27/10/2022
Ok untuk cara yang kedua p**a, adalah lebih mild dan kosnya tak semahal laser dan tak se’scary’ laser. Sel-sel kulit tak dibuang secara kasar seperti yang dibuat di laser.
Cara yang kedua ialah krim topical atau krim sapuan yang mengandungi bahan anti jeragat atau pencerahan.
Setiap kategori yang berbeza dan bahan-bahan yang tersendiri. Ada yang boleh di beli di farmasi, di jual di pasaran online atau pon kedai-kedai berdekatan. Selalunya ia mengandungi bahan-bahan berikut:
o hydroquinone,
o kojic acid,
o vitamin C,
o glycolic acid,
o azelaic acid,
o retinoid.
Untuk posting kalini Nad tak cerita secara detail lagi setiap bahan-bahan tu. Itu Nad akan cerita di posting lain.
Apa yang Nad nak bagitau yang persamaan fungsi bahan-bahan di atas ialah di katakan dapat menghalang kesan Tyrosinase – enzyme utama di dalam sintesis melanin.
Apabila bahan-bahan ni memperlahankan penghasilan melanin, kulit akan menjadi cerah.
Kebaikan – Lebih lembut dan mild berbanding laser. Harga dia lebih murah mengikut bahan-bahan yang digunakan.
Kekurangan - Produk pencerahan kulit selalu berkait dengan kekeringan, keradangan dan gatal2. penting untuk melihat keseluruhan bahan samada ia bebas toksik dan tidak membahayakan kulit.
Penting untuk kita mencari pelembab yang sesuai bagi kulit supaya mengelakkan iritasi dan keradangan semasa memakai produk anti jeragat ni.
Seterusnya ialah sesetengah bahan di dalam produk adalah bahan kimia yang jika digunakan dalam tempoh yang lama ia akan membahayakan kesihatan secara keseluruhan.
Ini kerana ia boleh masuk ke dalam salur darah dan merosakkan organ dalaman secara tak sedar dan jangka masa panjang.
Produk yang menjanjikan cerah 3 hari atau seminggu mempunyai risiko untuk mengandungi bahan-bahan kimia terlarang ni.
Diharap kita berhati-hati dalam memilih produk penjagaan muka. Next, Nad akan terangkan cara yang lain p**a.
27/10/2022
Assalamualaikum semua. Harap2 semua dah sarapan dan sihat2 ye..
Ok seperti yang Nad janjikan, hari ni Nad akan share cara-cara yang kita boleh buat untuk hilangkan atau pudarkan jeragat.
Tapi perlu diingat, setiap cara ada kelebihan dan kekurangannya. Yang paling penting ialah kesihatan kita, ok?
Cara-cara mengurangkan Melanin
a) Laser therapy
Laser terapi ni membuang lapisan paling atas kulit. Nampak macam ganas? Ye. tapi sejauh itu lah keberanian sesetengah wanita yang sanggup menagmbil risiko untuk cantik.
Apabila lapisan luar kulit dibuang, penampakkan melanin berkurang. namun, ia perlu dibuat berulang kali sehingga penampakkan jeragat beransur kurang.
Kenapa? Kerana jeragat yang lama selalunya bukan berada di lapisan luar kulit sahaja, tetapi sudah ‘berakar’ ke lapisan bawah kulit.
• Kebaikan - Sesetengah wanita mengatakan laser berkesan kerana ia memudarkan kesan jeragat dengan cepat.
• Kekurangan - tidak sesuai untuk semua orang. Apabila menggunakan laser, ia sebenarnya memusnahkan sel-sel kulit yang sihat jugak dan kesan jangka panjang tidak diketahui disebabkan kerosakkan laser itu.
• Harga yang agak mahal dan perlu dilakukan berulang kali.
• Mempunyai kesan sampingan seperti risiko kecelaruan pigmentasi, parut dan jangkitan kuman.
Selalunya kalau tekstur kulit tak teruk atau pigmentasi tak banyak sangat, tak digalakkan untuk buat laser. Tapi apa2 pun rujuk doktor pakar untuk kulit kita.
Next, Nad akan terangkan cara yang lain p**a.
26/10/2022
Apa kaitan melanin dengan jeragat?
========================
Hari ni Nad nak share, ape tu melanin.
Melanin adalah pigmen yang memberikan warna kepada kulit, rambut dan anak mata. Ia dihasilkan oleh sel melanocytes. Kita semua mempunyai bilangan melanocytes yang sama.
Cumanya yang berbeza ialah sel di dalam setiap orang itu sendiri. Samada sel-sel itu menghasil kan melanin yang banyak atau sedikit.
Jika banyak dihasilkan di dalam kulit, kulit menjadi lebih gelap jika kurang, kulit menjadi cerah.
Yang tak best ialah apabila melanin ni tertumpu pada satu-satu tempat di bahagian badan, ia akan membuatkan kawasan kulit tu bertompok atau gelap atau ‘hitam’ atau jeragat berbanding tempat yang lain. Menjadikan penampilan kurang menarik.
Jeragat ni tidak berbahaya, dan tidak gatal tetapi jika dibiarkan ia akan berakar dan makin susah untuk dibuang. Ia juga menjadi petanda untuk risiko penyakit kulit kerana terdedahnya kepada cahaya matahari terlalu lama.
Rawatan untuk membuang melanin atau mengurangkan melanin adalah banyak. Cumanya, perlu diingat, setiap rawatan mempunyai risiko atau kekurangan.
Esok Nad share p**ak cara-cara nak hilangkan jeragat.
25/10/2022
Terima kasih UTM kerana memilih NK Age-Reverse sebagai cenderahati dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor sempena sambutan ulangtahun UTM yang ke-50.
Sumber gambar: Facebook Royal Johor.
Sumber post: Dr. Siti Hamidah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Cyberjaya