Nurul Najwa
Mary Kay Damansara
Mary Kay Beauty Consultant �
02/08/2025
Mac 2019, sebuah pagi biasa di Pasir Gudang bertukar menjadi detik yang akan tercatat dalam sejarah negara.
Seawal jam 8 pagi, pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih mula jatuh sakit. Seorang pengsan di kantin, seorang lagi rebah ketika menuruni tangga. Ada yang muntah tanpa henti, ada yang merangkak mencari udara.
Bau gas yang tajam dan menyengat mula memenuhi ruang sekolah. Guru-guru panik, ibu bapa mula bergegas datang. Belum pun reda kekecohan, sekolah-sekolah lain turut melaporkan kejadian sama.
Dalam beberapa jam sahaja, keadaan bertambah buruk. Apa yang pada mulanya disangka sekadar insiden terpencil mula menunjukkan tanda-tanda sesuatu yang jauh lebih serius sedang berlaku.
Pasukan Hazmat dan Jabatan Alam Sekitar segera digerakkan. Pencarian mereka membawa kepada satu penemuan di bawah jambatan Sungai Kim Kim, Kota Masai.
Di situ, mengalir cecair hitam pekat, berminyak, berbau toksik, mengalir perlahan ke dalam sungai yang menjadi nadi komuniti sekeliling.
Ujian makmal mengesahkan sungai itu telah dicemari dengan bahan buangan berjadual berbahaya, termasuk benzena, toluena, akrilonitril, akrolein, dan lain-lain bahan industri
Siasatan lanjut mendedahkan sebuah lori tangki milik syarikat kitar semula tayar telah membuang hampir 40 tan sisa kimia secara haram pada malam sebelumnya!
Racun itu tidak hanya mencemarkan air, tetapi telah berubah menjadi wap berbahaya yang menyelubungi sekolah, perumahan, dan kawasan awam.
Kesannya, lebih 6,000 orang terjejas, lebih 2,700 dirawat di hospital, dan sembilan kanak-kanak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Kesemua 111 sekolah di sekitar Pasir Gudang terpaksa ditutup.
Tragedi ini menggoncang negara. Media melaporkan secara langsung. Anak-anak tidak lagi ke sekolah, udara tidak lagi dirasa selamat untuk disedut.
Di tengah kekalutan itu, kerajaan mengumumkan pelan pembersihan besar-besaran, dengan kos hampir RM10 juta, melibatkan pengorekan sungai, penapisan air, dan pemantauan udara secara intensif. Sultan Johor sendiri menyumbang RM1 juta sebagai tanda solidariti.
Namun yang paling dinanti ialah keadilan. Siapa yang akan bertanggungjawab?
Maka pada penghujung 2023, mahkamah memutuskan: pemandu lori bernama N. Maridass didapati bersalah dan dikenakan denda RM100,000. Syarikat P Tech Resources Sdn Bhd p**a didenda RM40,000 bagi setiap lapan pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan RM320,000.
Dan di sinilah bermulanya bab baru dalam tragedi ini bab yang penuh kontroversi. Rakyat kecewa. Bayangkan trauma yang dilalui ribuan orang, dan kini mereka perlu terima bahawa nilai keadilan itu hanya bernilai ratusan ribu ringgit?
Tiada penjara.
Tiada pampasan wajib kepada mangsa.
Exco Kerajaan Negeri Johor sendiri tampil menuntut semakan semula hukuman. Mereka menyifatkan hukuman itu terlalu ringan, dan menuntut ia dinaikkan kepada RM10 juta, termasuk hukuman penjara kepada individu yang bertanggungjawab.
Hari ini, Sungai Kim Kim mengalir seperti biasa. Tapi sejarahnya tidak pernah jernih. Ia membawa cerita tentang kerakusan manusia, kelalaian penguatkuasaan, dan betapa murahnya nilai nyawa dalam sistem yang longgar.
16/11/2024
https://youtu.be/jvZcxksEQtc?si=vcjh_TLzCr_VDs75
Ekonomi United Kingdom Semakin Buruk ———————————————————Sertai "Membership" APHD Channel dan pilih 'Exclusive Video' untuk menikmati tontonan video eksklusif.JOIN NOW►►► https://www.youtube.com...
01/10/2024
Promo October! Pm me kalau interested. 😍🫶🏻✅💯
12/05/2024
Sangat setujuuuuuuh
Pernah jumpa masa breakfast. Masa lalu memang beshe2 je Amy Mastura ni. Pakai sangat kakak2. Sopan. Bila time nak balik batu perasan tu Amy Mastura. Sebab awal2 dia pakai mask. Kecik je orangnya. Sangat humble yaaa. Tak sempat sis nak kejar mintak selfie 🤣🥰💐
13/01/2023
Ready for a monent of relaxation? Enjoy a pleasant facial massage with Skinvigorate Sonic Masssage Head and Mary Kay Naturally Nourishing Oil ❤️ you will literally return with bliss and your skin will thank you for such care with its perfect appearance ✨
13/01/2023
Use Mary Kay Hydrogel Eye Patches for bright eyes all year round✨
Each pack comes with 30 pairs of refreshing patches!
03/01/2023
😍😍😍
"Tak Pernah Guna Botox Sehingga Hari Ini.." Jennifer Lopez Dedah Rahsia Kulit Awet Muda - Hijabista J. Lo tidak takut untuk menunjukkan dirinya dalam keadaan semula jadi. Lagipun, kulitnya yang kelihatan muda adalah sesuatu yang boleh dibanggakan...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Damansara