Zemorr Kapsul Buasir

Zemorr Kapsul Buasir

Share

jom like dan share page ni untuk dapatkan tips dan rawatan buasir secara traditional

31/05/2022

๐™๐™š๐™จ๐™š๐™ฅ๐™ž ๐™‰๐™–๐™จ๐™ž ๐˜ผ๐™ฎ๐™–๐™ข ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ฉ ๐™—๐™ฎ ๐˜พ๐™๐™š ๐™‰๐™ค๐™ข

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam penyet (rebusan):
-1 ekor ayam, potong 4 atau 8
-1 ketul kiub ayam
-1 inci halia
-2 ulas bawang putih
-air secukupnya

Bahan untuk rempah perapan:
-1/2 sudu jintan manis *
-1/2 sudu jintan putih *
-3 sudu besar ketumbar *
-1 sudu besar serbuk kunyit
-1/2 sudu besar serbuk lada putih
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia
-sedikit garam

Bahan untuk tepung kriuk:
-Lebihan perapan rempah ayam
-1 biji telur
-1/2 cawan tepung beras

Bahan-bahan untuk nasi ayam:
-3 cawan beras, bersihkan dan tos
-6 cawan air rebusan ayam, atau ikut s**atan jenis beras yang -digunakan
-3 ulas bawang putih, diketuk
-1 batang kayu manis
-2 kuntum bunga lawang
-5 biji buah pelaga
-1 sudu besar mentega atau minyak sapi
-1 helai daun pandan, carik dan simpul
-Sedikit garam

Bahan-bahan untuk sup ayam:
-1 ikat sup bunjut adabi
-1 tangkai daun sup
-1 tangkai daun bawang
-1 batang serai
-bawang goreng

Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:
-10 biji cili padi
-10 biji cili merah
-10 biji bawang merah, belah 4
-3 biji bawang putih, hiris kasar
-3 biji tomato, belah 4
-5 cm belacan bakar
-1/2 gengam ikan bilis
-3 sudu besar gula melaka, atau secukup rasa
secawan minyak
-limau nipis atau limau kasturi
-sedikit garam, jika perlu secukup rasa

Bahan untuk hidangan sampingan:
-4 ketul tauhu
-2 keping tempe
-Sayur dan ulaman (timun,daun selom,kubis,kacang -panjang,tomato)

Cara Penyediaan:
-Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):
-Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.
-Angkat ayam dan toskan.

Cara-cara untuk rempah perapan ayam:
-Sangai rempah bertanda (*). Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
-Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
-Gaulkan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama beberapa jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.
-Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
-Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi jangan campur dengan ayam.
-Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk

Cara-cara untuk tepung kriuk:
-Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
-Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.

Cara-cara untuk nasi ayam penyet:
-Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan pandan sehingga naik bau.
-Masukkan beras dan kacau seketika.
-Masukkan air dan sedikit garam. Tutup tudung periuk dan masak seperti biasa. Boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.

Cara-cara untuk sup ayam:
-Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. Che Nom dah tak letak halia dan bawang putih sebab sudah dimasukkan semasa proses rebusan ayam mula-mula tadi. Boleh juga rwbus bersama bahagian tulang ayam sepeti leher dan kaki ayam (jika anda s**a).
-Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Cara-cara untuk sambal ayam penyet:
-Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing. Angkat dan asingkan.
-Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.
-Kemudian goreng tomato sehingga layu.
-Kisar kasar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan bakar.
-Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula melaka. Perasakan dengan garam jika perlu. Hati-hati kerana ikan bilis sudah masin.

Cara-cara untuk bahan sampingan:
-Goreng tempe dan tauhu yang sudah digaul rempah.
-Hiris timun dan tomato, serta bersihkan ulam-ulaman lain. Hidangkan bersama nasi dan ayam penyet-

26/05/2022
26/05/2022

Alhamdulillah syukur ๐Ÿฅฐ Asbab Zemorr, Pengguna kami Sembuh sepenuhnya dari buasir

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Dungun?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


DUNGUN
Dungun
23000