KEBAS 17 TAHUN
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KEBAS 17 TAHUN, Health/Beauty, Hadapan Masjid Biru, Jalan Sura Jetty, Dungun.
13/08/2021
SALAM JUMAAT
5 Sebab Utama Kebas Kaki
“Nak buat kerja rumah tapi kaki kebas”
“Kebasnya kaki, susah nak jalan!”
5 Sebab Kebas Kaki Terjadi
Antara sebab-sebab menyumbang kepada kebas kaki adalah:
1. Gula Tinggi
Kandungan gula yang tinggi akan merosakkan sedikit demi sedikit saraf sekali gus menghindar pesakit daripada merasa kesakitan apabila mengalami kecederaan.
2. Slipped Disc
Slipped Disc atau “tulang rawan tergelincir” terjadi akibat daripada masalah pada cakera tulang belakang yang terkeluar sehingga menghimipit saraf tunjang di dalam tulang belakang.
Saraf tunjang memainkan peranan yang penting dalam menyambung bahagian otak dengan kaki serta ke seluruh anggota badan yang lain.
Oleh itu, sekiranya bahagian tersebut terhimpit, maklumat rangsang daripada kaki ke otak tidak dapat disampaikan, lalu menyebabkan pesakit merasa kebas pada bahagian kaki.
3. Kecederaan pada saraf tunjang
Sama seperti Slipped Disc, sekiranya saraf tunjang terputus atau terhimpit, bahagian yang terlibat akan merasa kebas.
4. Kayap
Penyakit ini sering terjadi disebabkan oleh kelemahan sistem imun seseorang dan antara tanda-tanda awal kayap yang telah dikenal pasti adalah:
- Rasa kebas, sakit dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
5. Multiple sclerosis
Multiple Sclerosis merupakan penyakit autoimun di mana sel badan dan tisu saraf akan diserang oleh sel imun badan.
Anggota badan yang terlibat dengan saraf tersebut akan merasa kebas apabila tisu saraf tidak berfungsi seperti biasa.
Sekiranya tisu saraf gagal boleh berfungsi seperti biasa, bahagian badan yang terlibat dengan saraf berkemungkinan mengalami kebas.
Bukan itu sahaja, pesakit juga berdepan dengan risiko kelumpuhan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Culinary Team
Attire
Website
Address
Hadapan Masjid Biru, Jalan Sura Jetty
Dungun
23000