SNAsliana Online Shop

SNAsliana Online Shop

Share

Rahsia Wanita Ada Di Sini �

18/03/2022

8 Makanan Yang Di Larang Untuk Ibu Hamil. Yang Mengandung juga

Makanan Yang Di Larang Untuk Ibu Hamil

Ingat lagi masa kita mengandung anak pertama, ibu kita membebel jangan makan itu, jangan makan ini. Itu bukan bermakna ibu kita kuat berleter. Ibu kita sebenarnya memberikan peringatan agar menjaga kandungan sebaik-baiknya.

Bagi bakal ibu yang sedang mengandung anak pertama, mari kita bincangkan apakah makanan yang perlu dihindari, dielakkan dan tidak digalakkan semasa mengandung.

Antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil ialah :

1. ALKOHOL

Alkohol mesti dijauhi. Bagi umat Islam, sememangnya tidak akan minum langsung. Namun ada segelintir yang bukan Islam yang 'selamba' minum arak di kelab-kelab malam tatkala hamil. Tidak cukup dengan itu, ada yang simpan 'stok' di dalam peti ais. Ingat, pengambilan alkohol oleh ibu hamil akan mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi. Pembuangan alkohol oleh badan sangat lambat prosesnya. Kenapa mesti minum arak? Apa susah, minum air kosong lagi sedap kan?

2. ROKOK

Apa perasaan anda apabila melihat ibu mengandung yang merokok? Rasa nak tampar? Rasa nak terajang? Rasa nak 'sekolahkan' dia? Tahniah jika anda ada perasaan sebegitu.

Namun ada ibu mengandung yang 'selfish' yang hanya pentingkan keseronokan diri sendiri. Alasan 'stress' adalah satu alasan bodoh. Merokok semasa mengandung selalunya dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut pertumbuhannya dan berat badan yang rendah. Kes-kes kematian mengejut atau 'sudden death' yang berlaku pada bayi juga selalu dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.

3. MINUMAN BERKAFEIN (CAFFEINE)

Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman bergas, coklat dan lain-lain lagi juga dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal. Ini termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang ibu mengandung.

4. PIL DAN UBAT-UBATAN

Selalu kita dengar, "Kalau mengandung, boleh makan Panadol kw tak eh? ". Untuk jawapan sebegini, sila rujuk doktor untuk penerangan yang lebih konkrit. Perlu diingat, ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sekali lagi diingatkan, sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutamanya pada trimester pertama.

5. GULA

Sedangkan orang yang sihat dilarang menggunakan gula berlebihan, apatah lagi ibu mengandung. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar dari selalunya. Tak dapat bayangkan betapa sakitnya bila mahu melahirkan bayi yang besar. Sakit tak?

6. VITAMIN A

Sila jauhi 'multivitamin supplement' yang mengandungi dos yang tinggi. Juga elakkan 'fish liver oil supplement'. Pengambilan vitamin A adalah dilarang semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala,jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta caroten seperti karot dan sebagainya. Beta caroten ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila sahaja badan memerlukan vitamin A.

7. RAKSA (MERCURY)

Semasa di sekolah menengah dahulu, mungkin kita pernah nampak raksa. Kita akan terfikir, "Eh, ada ke ibu mengandung yang makan raksa itu? ". Oh, bukan dalam bentuk sebegitu. Dalam konteks ini, ia adalah raksa yang didapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti 'shark-fin', tuna, mackerel dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf bayi.

8. MAKANAN MENTAH ATAU TIDAK CUKUP MASAK

Jangan makan daging mentah. Jangan makan susu mentah. Jangan makan telur mentah. Ia adalah merbahaya. Pengambilan makanan mentah yang tidak cukup masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk. Ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan parasit yang didapati dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada bayi. Parasit ini juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.

Semoga bermanfaat!

16/03/2022
15/03/2022

ANDA HADAPI MASALAH HB RENDAH SEMASA HAMIL?

Risiko yang bakal anda hadapi;
✔ Kerap pening
✔ Rasa nak pitam
✔ Letih, lesu dan tak bermaya
✔ Muka pucat

Risiko pada kandungan anda p**a?
✔ Keguguran
✔ Kelahiran pramatang
✔ kecacatan
✔ Lahir tak cukup berat

HB rendah bermakna sel darah merah yang bertugas mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan termasuk kepada bayi berkurang

Apabila sel darah merah berkurang, oksigen yang dibekalkan pada bayi juga berkurang

Maka, jangan ambil ringan jika bacaan HB anda rendah!
Ibu-ibu MKDI mendapat bacaan HB yang memuaskan sepanjang hamil 😉

WhatsApp : http://ibudihatiku.com/SNAIBUDiHatiku

Shopee : https://shopee.com.my/product/63306979/17122162346?smtt=0.63308421-1647147248.9

15/03/2022

Mimpi ngeri bila bayi kena sawan tangis. Bila nak malam confirm dia akan buat hal. Trauma jangan cakap la.

Mula la ibu-ibu rasa stress dalam pantang. Tak cukup tidur dan rehat. Time kita tidur, dia jaga.

Apa tanda sawan tangis?
* Bayi menangis antara waktu asar hingga subuh
* Bayi memandang satu tempat
* Bayi menangis tanpa air mata, hanya keluar suara
* Bayi kerap terkejut ketika tidur
* Bayi kejap menangis, kejap berhenti

Apa perlu buat bila bayi terkena sawan tangis?
1. Dukung bayi menghadap ke arah kiblat
2. Pandang muka bayi
3. Baca surah berikut :
- Surah Al-Fatihah
- Surah Al-Baqarah (ayat 255)
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Nas
- Bismillah 5
- Azan
4. Tiupkan pada ubun-ubun bayi dan usap seluruh badan bayi dari kepala hingga kaki

Jangan biarkan terlalu lama. Boleh mengganggu perkembangan tumbesaran bayi. Ikhtiar untuk redakan sawan tangis bayi.

14/03/2022

Minyak kelapa dara asli tiada bahan campuran atau bahan pengawet. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga, ibu mengandung, berpantang, dan menyusu.

Antara kebaikannya:

• Mengatasi masalah sembelit

• Mengecutkan buasir

• Mengurangkan keputihan

• Menstabilkan gula dalam darah, HB dan tekanan darah

• Memudarkan parut & stretchmark

• Ikhtiar mudah bersalin

• Mengurangkan ruam dan masalah kulit sensitif

• Melebatkan rambut

WhatsApp : http://ibudihatiku.com/SNAIBUDiHatiku

Shopee : https://shopee.com.my/product/63306979/17122162346?smtt=0.63308421-1647147248.9

14/03/2022

"Sis, saya teringin nak try MKDI"

"Sis, saya dah lama teringin nak beli MKDI ni, tapi was-was nak guna. Tak awal sangat ke?"

"banyak baca feedback kata bagus, tu teringin nak cuba"

Ini antara kata-kata mamiss yang pm admin sebelum ni. Ada yang masih di awal trimester, ada yang dah nak tunggu hari.

Yang pasti, MKDI boleh ambil dari awal hamil sampailah ke detik-detik nak bersalin

BETUL KE MKDI BOLEH AMBIL SEJAK AWAL KEHAMILAN?

Yeahh, betul! Dan dah ramai yang amalkan dan dah selamat bersalin pun.

Apa manfaatnya? BANYAKKK, antaranya seperti di bawah 👇

Siapa kata MKDI boleh ambil selepas 7 bulan haa?? Mitoss je tu 😂😂

So mamiss yang tengah pregnant tu, atau dah masuk trimester ke3 atau baru dapat tahu ngandung, cecepat sediakan MKDI yea.

Minimum kena ada 2 botol standby tau, tahan sebulan. Takde la mamiss asik nak kena order je tiap minggu. Dah boleh jimat pos kat situ ;)

Nak order sekarang? Tekan link kat bawah tu:
https://ibudihatiku.com/SitiNoorAsliana

Shopee : https://shopee.com.my/product/63306979/17122162346?smtt=0.63308421-1647147248.9

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Gerik?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Gerik