Kulit Putih dengan Muteh
KULIT PUTIH DALAM MASA 5 SAAT
20/07/2022
Bagaimanakah Anda Melindungi Kulit Daripada Bahaya Sinaran UV?
Kita sudah sedia maklum bahawa sinaran ultraviolet (UV) daripada cahaya matahari akan mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan kulit dan kesihatan umum. Tanpa perlindungan, sinaran UV mampu mengakibatkan kanser kulit. Oleh itu, apakah yang boleh kita lakukan untuk melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV?
Bahaya sinaran UV dan masalah kulit
Apabila anda terdedah kepada cahaya matahari, sinaran UV akan menghakis elastin – serat kulit manusia. Antara tanda kulit anda sudah kehilangan elastin adalah kulit menjadi kendur. Tanpa rawatan yang rapi, kulit anda akan lebih mudah lebam atau rosak. Jika dibiarkan terlalu lama p**a, kanser kulit berisiko berlaku.
Bagaimanakah anda boleh melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV?
#1. Elakkan keluar rumah
Perkara utama yang perlu dilakukan adalah kerap berada di dalam rumah. Jika anda perlu keluar sekalipun, pilij pengangkutan yang berbumbung seperti kereta, kereta api atau bas. Jika anda perlu juga untuk berjalan di bawah cahaya matahari, pilih jalan yang dilindungi oleh pokok atau bawa sahaja payung bersama anda.
#2. Sapukan losyen “sun block” pada badan
Kebanyakan individu akan mengabaikan losyen “sun block” kerana menganggap ia remeh dan tidak digunakan jika berada di dalam rumah. Ia tidak benar kerana sinaran UV masih mampu masuk melalui tingkap atau pintu.
Pilih jenis losyen “sun block” yang menawarkan perlindungan terhadap UVA dan UVB dengan kadar SPF 30 ke atas. Sekiranya anda telah menggunakan losyen ini dan berpeluh kibat kepanasan atau keletihan melakukan aktiviti di bawah sinaran cahaya matahari, sapukan ia semula.
#3. Gunakan cermin mata
Cermin mata akan bukan sahaja akan membantu melindungi mata anda, tetapi ia juga akan melindungi kawasan kulit sekitar mata yang mudah rosak.
#4. Kenakan pakaian yang sesuai
Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik tenunan kerana ia sesuai untuk dipakai di bawah cahaya matahari. Selain itu, pilih pakaian yang gelap berbanding pakaian cerah. Pakai topi untuk melindungi kepala dan rambut anda daripada terik cahaya matahari yang boleh membahayakan anda
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Gombak
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Kulit Putih dengan Muteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.