Farmasi Lautan Chiku
At Farmasi Lautan Chiku, we strive to provide top quality services to the communities!
20/08/2026
๐คฏ SAKIT KEPALA MENYERANG? JOM KENAL PASTI JENISNYA DAHULU! ๐ค
Sering kali bila sakit kepala melanda, perkara pertama yang kita buat mesti terus cari ubat, kan? Nanti dulu! "Kenal pasti dulu, baru tahu perlu ubat atau tidak".
Jom semak 4 jenis sakit kepala yang biasa kita alami:
๐คง Sinus
Sakit biasanya tertumpu di sekitar tulang p**i, dahi, mata dan batang hidung. Kesakitan ini akan bertambah teruk apabila anda mengereng atau bergerak secara mengejut. Ia sering berlaku akibat jangkitan atau perubahan tekanan udara dalam rongga sinus.
๐ซ Tension (Ketegangan)
Terasa seolah-olah kepala diikat dan dihimpit ketat di bahagian hadapan. Ia berpunca daripada stres, ketegangan otot, rasa marah, ataupun kurang minum air. Namun, kesakitan ini tidak bertambah teruk apabila anda melakukan aktiviti fizikal.
๐ตโ๐ซ Migrain
Rasa sakit berdenyut yang kuat di sebelah kepala berserta tekanan di belakang mata. Ia boleh menyebabkan anda berasa loya dan pandangan menjadi kabur. Pesakit migrain biasanya sangat sensitif terhadap cahaya dan bunyi bising, malah aktiviti fizikal boleh membuatkan sakit ini menjadi lebih teruk!
๐๏ธ Cluster
Sakit yang menyerang di sebelah kepala, muka dan mata. Kesakitan ini akan menjadi lebih teruk apabila anda cuba untuk baring dan selalunya berpunca daripada masalah hidung atau air mata yang tersumbat.
๐ Perlu ke ambil ubat?
Jika anda betul-betul memerlukan rawatan, ubat penahan sakit seperti Paracetamol adalah langkah yang selamat. Ia amat disarankan untuk melegakan sakit kepala jenis migrain atau tension. Walau bagaimanapun, jangan bergantung pada ubat semata-mata. Penjagaan gaya hidup yang sihat adalah kunci utama untuk tubuh badan yang cergas! โจ
Jaga diri, kurangkan stres, dan sentiasa kekal hidrasi setiap hari! ๐งโค๏ธ
18/08/2026
๐ AMARAN: Trend Kecantikan Viral Meragut Kesihatan!
Jangan sesekali tergoda dengan promosi penyalahgunaan Tranexamic Acid untuk kecantikan kulit. Ubat ini adalah untuk mengawal pendarahan yang serius, BUKAN untuk tujuan pencerahan atau kecantikan. ๐ซ๐ซ
Pengambilan tanpa pengawasan perubatan yang betul boleh membawa kesan buruk yang nyata dan menakutkan:
- Kerosakan Buah Pinggang yang kekal dan memerlukan dialisis. ๐คข
- Gangguan Penglihatan Warna yang boleh menyebabkan buta warna kekal. ๐
- Alergi Serius yang boleh mengancam nyawa. โ ๏ธ
- Bengkak Badan, Sesak Nafas, dan Kekejangan Otot yang menyakitkan. ๐ฐ๐ซ๐ช
Kesihatan anda jauh lebih berharga daripada kecantikan yang tidak sah dan membahayakan. Jangan jadikan badan anda sebagai makmal eksperimen. ๐งช๐ซ Berjumpalah dengan doktor atau ahli farmasi berdaftar untuk sebarang masalah kulit atau kesihatan. ๐ฉบ๐
Sebarkan mesej penting ini kepada insan tersayang untuk menyelamatkan mereka daripada padah penyalahgunaan ubat! ๐๐ค
14/08/2026
Sering rasa demam, batuk, dan sakit badan secara tiba-tiba? Awas, itu mungkin gejala jangkitan virus Influenza! ๐คง๐ค
Influenza merupakan penyakit saluran pernafasan yang boleh menyebabkan gejala ringan mahupun serius, malah berisiko mengancam nyawa dalam keadaan tertentu. Ia sangat mudah merebak melalui titisan salur pernafasan apabila individu yang dijangkiti bercakap, batuk atau bersin. Permukaan yang dicemari titisan ini juga boleh menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuhnya!.
Kenali tanda-tanda dan gejala Influenza:
๐ค Demam
๐ฃ๏ธ Sakit tekak dan batuk
๐คง Selesema
๐ค Sakit kepala dan sakit badan
๐ฎโ๐จ Susah bernafas
Langkah mudah untuk pencegahan:
๐ Dapatkan vaksinasi secara tahunan.
๐งผ Amalkan penjagaan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau pembersih tangan ('hand sanitizer').
๐ท Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung menggunakan tisu atau pelitup muka ('face mask') apabila batuk atau bersin.
๐๏ธ Buang tisu atau pelitup muka ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ia digunakan.
๐ซ Jauhi tempat tertutup dan sesak, serta elakkan berada dekat dengan orang yang dijangkiti penyakit saluran pernafasan.
๐ Berehatlah di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika anda bergejala.
Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Jaga diri dan lindungi keluarga tersayang! โค๏ธโจ
13/08/2026
Aduh, tiba-tiba ibu jari kaki bengkak, merah, panas dan sakit berdenyut-denyut! โก๐ฆถ Pernahkah anda alami situasi begini? Awas, ini mungkin petanda serangan GOUT! ๐ฑ
Gout berpunca daripada asid urik berlebihan (berasal dari sejenis protein dipanggil purin) yang tidak dibuang dari badan, lalu berkumpul di dalam sendi. Keradangan ini kebiasaannya menyerang ibu jari kaki secara tiba-tiba, namun boleh juga menyerang sendi lain seperti buku lali, lutut, dan pergelangan tangan. ๐ฅ
Tahukah anda? Gout yang tidak dikawal boleh mengambil masa berminggu-minggu untuk reda dan menyebabkan komplikasi serius seperti pembentukan benjolan (tophi) di bawah kulit serta batu karang. Ia juga berkait rapat dengan masalah kegemukan, darah tinggi, dan kencing manis. ๐
Oleh itu, jom ubah gaya hidup dan jaga pemakanan! ๐ฝ๏ธโจ
โ ELAKKAN Makanan Tinggi Purin: Organ dalaman (hati, paru-paru), ikan bilis, sardin, ekstrak daging (seperti Marmite), serta makanan laut bercengkerang seperti ketam dan udang.
โ ๏ธ KURANGKAN Pengambilannya: Sayuran seperti bayam, asparagus, bunga kobis, cendawan, pelbagai jenis kekacang, ayam, dan roti jagung/bijirin.
Minum air kosong dengan banyak ๐ง, jaga berat badan ๐โโ๏ธ, dan pastikan anda mematuhi preskripsi ubat daripada doktor (seperti Allopurinol untuk jangka masa panjang atau Colchicine ketika serangan akut). Kesihatan anda bermula daripada langkah pencegahan hari ini! โค๏ธ๐ช
10/08/2026
Hepatitis B: Kenali & Lindungi Diri Anda! ๐จ
Tahu tak, Hepatitis B ialah penyakit hati yang disebabkan oleh virus. Yang menakutkan, ia 50 hingga 100 kali lebih mudah merebak berbanding HIV! ๐ฒ Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan individu yang dijangkiti.
โ
Namun, jangan biarkan rasa takut menguasai. Anda TIDAK akan dijangkiti hanya dengan berkongsi alat makan ๐ฝ๏ธ, penyusuan ๐คฑ, berpelukan ๐ค, berpegangan tangan, atau menggunakan kolam renang awam.
๐ก Cara terbaik untuk melindungi diri dan orang tersayang adalah melalui VAKSINASI. ๐ Ambillah langkah pencegahan hari ini dengan mendapatkan vaksinasi lengkap.
Hati sihat, hidup ceria. ๐ Jaga diri, jaga kesihatan! Jom sebarkan kesedaran ini!
30/07/2026
Mandian Semambu
๐ฟ ANAK TERKENA JANGKITAN CACING ATAU KULIT GATAL?๐ฟ
Cuba jadikan Raed Mandian Semambu sebagai rutin mandian harian anda! ๐
โจ Kenapa pilih Raed Mandian Semambu?
โ
Diperkaya dengan ekstrak daun semambu (Neem) yang boleh bertindak sebagai anti parasit.
โ
Membantu membersihkan kulit secara menyeluruh.
โ
Membantu mengurangkan rasa gatal dan ketidakselesaan pada kulit.
โ
Menyegarkan dan memberikan rasa bersih selepas mandi.
โ
Sesuai digunakan seisi keluarga.
๐ Sesuai untuk:
๐ฟ Individu yang mengalami masalah kulit gatal serta jangkitan cacing.
๐ฟ Mereka yang banyak berpeluh atau aktif di luar rumah.
๐ฟ Penjagaan kebersihan kulit harian.
๐ฟ Mereka yang inginkan mandian berasaskan bahan semula jadi.
Cara guna pun mudah:
1๏ธโฃ Campurkan mandian semambu ke dalam air mandian atau gunakan terus pada badan.
2๏ธโฃ Gosok perlahan pada seluruh badan.
3๏ธโฃ Bilas sehingga bersih.
โจ Jadikan mandian lebih segar dan selesa setiap hari dengan Raed Mandian Semambu.
๐ JOM MERIAHKAN HEALTH DAY FARMASI LAUTAN CHIKU! ๐
๐
29 Ogos 2026 (Sabtu)
๐ 9.00 pagi โ 5.00 petang
๐ Farmasi Lautan Chiku
๐ Saringan Kesihatan PERCUMA termasuk:
โ
Ujian Gula Dalam Darah
โ
Quantum Test
โ
Ujian BMI & Analisa Lemak Badan
โ
Ujian Tahap Oksigen Dalam Darah
๐ Saringan Kesihatan PROMOSI termasuk:
โ
Ujian Kolesterol
โ
Ujian Hemoglobin
โ
Ujian Profil Lipid
โ
Ujian Asid Urik
โจ Menarik menanti anda:
๐ VIP Voucher RM30
๐ New Member Voucher RM8
๐ Happy Hour Voucher RM5
๐ Hamper Tier Rewards
๐ก Spin & Win
๐ต Buy & Redeem Cash Prizes
๐ Lucky Draw dengan pembelian minimum RM50 (30 hari sebelum event)
๐ Daftar & buat saringan kesihatan pada hari event berpeluang memenangi RM300!
๐๏ธ Promosi istimewa:
๐ Kids Supplements Bundle โ 10% OFF
๐ Adult Supplements Bundle โ FREE Abbott Container
๐ Baby Wipes โ 10% OFF
๐ NH Cucciolo โ 15% OFF
Jangan lepaskan peluang untuk menjaga kesihatan sambil menikmati pelbagai promosi dan hadiah menarik. Jumpa anda di Farmasi Lautan Chiku! ๐
29/07/2026
"Lutut sakit? Jangan biar! Dapatkan sokongan penuh dengan EVIN Knee Support. Dari sokongan harian hinggalah untuk sukan, EVIN sedia membantu anda bergerak bebas! ๐ช๐ฅ
19/07/2026
DM Essential InstaC mengandungi Vitamin C yang membantu mencerahkan kulit, memudarkan kesan parut jerawat, dan menjadikan kulit nampak lebih berseri.
Kalau nak cerahkan kulit & bantu pudarkan parut jerawat โ Insta-C ๐
Kalau ada melasma, pigmentasi yang susah hilang atau dah mula risau tentang kedutan โ Insta-C Retinol Edition ๐งก
Setiap kulit ada keperluan berbeza. Pilih yang betul, baru nampak hasil ๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
PT 9799 & PT 9800, KOTA SEJAHTERA CHIKU, CHIKU 3
Gua Musang
18300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 22:30 |
| Tuesday | 09:00 - 22:30 |
| Wednesday | 09:00 - 22:30 |
| Thursday | 09:00 - 22:30 |
| Friday | 09:00 - 22:20 |
| Saturday | 09:00 - 22:30 |
| Sunday | 09:00 - 22:30 |