Minyak Herba Asmak Guar Chempedak

Minyak Herba Asmak Guar Chempedak

Share

Membantu melegakan batuk, kahak,selsema, kembung perut, pening kepala, luka kecil dll

20/06/2021

Assalamualaikum morning semua

20/06/2021

Jus Asmak Gold.

16/06/2021

Assalamualaikum pagi semua

15/04/2021

Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami :

- Kegatalan pada bahagian muka yang teruk.

- Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.

- Kerap bersin pada waktu pagi

- Hidung tersumbat tanpa demam tetapi hingus bertambah.

- Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala.

- Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk.

- Bau busuk kadang tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

Nak hentikan semua ini?

Gabungan Asmak Herbs + Minyak Herba Asmak adalah Solusinya

Dapatkan segera sebelum terlambat

Yang penting ada kelulusan KKM dan selamat.

www.wasap.my/601135255574/SetResdungAsmak

11/04/2021

Lama xbaca kisah seram. Kita share dulu nanti baca

PENANG TO IPOH - PART 6 FINAL CHAPTER

“Terima kasih banyak pakcik, makcik. Allah saja yang dapat balas budi pakcik makcik berdua.”

“Tak apa Edi. Kami seronok Edi bertandang ke sini. Nanti ajak mak ayah datang sekali ya.” Ujar Makcik Fatimah.

Baiklah makcik. Saya bawa rombongan satu bas. Makcik siapkan khemah kenduri dengan lauk pauk je.

“Hati-hati kayuh basikal tu. Tengok sama kiri kanan. Terus balik rumah. Jangan hala ke lain p**ak.” Kata Pakcik Hamdani sambil membantu aku menyorong basikal ke luar rumah.

“Baik pakcik. Saya tak larat dah nak kayuh ke lain. Memang balik terus ni.” Aku bersalam dengan Pakcik Hamdani. Tak niat pun nak salam kaut, tetapi di tangan aku dah terisi wang kertas RM10 sebanyak 5 keping.

“Apa ni pakcik? Banyaknya duit ni.”

“Buat belanja Edi makan kat jalan nanti. Jauh tu nak balik.”

“Terima kasih banyak pakcik. InsyaAllah dah sampai rumah nanti saya telefon pakcik. Tolong kirim salam kat Intan ya.”

“InsyaAllah….nanti dia balik makcik bagitau dia.”
Aku senyum memandang wajah orang tua berdua tu. Mungkinkah senyuman terakhir? Atau ada rezeki untuk berjumpa lagi. Wallahu’alam. Moga pakcik dan makcik sentiasa dalam rahmat Allah.

“Saya pi dulu ya. Assalamualaikum…”

Mereka bagai berat nak lepaskan aku, tetapi dek kerana aku ni cuma merantau, ada mak ayah di kampung…perjalanan harus diteruskan. Lalu aku tekan paddle basikal dan keluar dari lorong rumah Pakcik Hamdani. Moga bertemu lagi, moga Tuhan pelihara keluarga baik ini.

Jalan raya masih basah ketika aku tiba di tengah-tengah pekan Ipoh di pagi Khamis yang sibuk. Hari keempat kembara aku secara solo. Tujuan aku hari ini ialah mencari jalan p**ang. Aku pusing dulu keliling bandar untuk melihat-lihat buat kali terakhir. Kemudian aku singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli bekalan air dan roti. Nanti tak payah berhenti banyak kali dah.

Semasa nak mengisi botol minuman tambahan dan roti ke dalam beg, baru aku sedar dalam beg aku dah ada macam-macam. Dah ada roti, ada nasi sebekas dan sebungkus buah kurma. Rupanya Makcik Fatimah dah tapau siap kat aku. Allahu baiknya dia. Terus datang rasa bersalah sebab pagi tadi aku berasa syak wasangka kepada orang sebaik itu. Satu hari nanti aku pasti kembali untuk membalas budi….dan pinang anak dia sekali.

Dah siap bekalan dalam beg, aku kayuh menuju ke jalan yang aku datang kelmarin dulu. Kayuh punya kayuh punya kayuh……jalan tu aku tak jumpa. Aku langsung tak ingat dari jalan mana aku masuk ke bandar Ipoh. Bila aku pandang ke signboard, semuanya menunjukkan ke arah Lebuhraya Plus. Dulu-dulu mana la nak ada maps bagai. Maps yang paling berguna ialah mulut. Kena tanya orang.

Setelah hampir 2 jam kayuh dalam bandar Ipoh, aku masih tak jumpa jalan keluar. Haru macam ni. Takkan aku kena sorok bunian kat tengah pekan ni kot? Dah lima enam orang aku bertanya dan aku ikut arah yang mereka tunjuk. Tetapi kona pi kona mai jumpa balik arah lebuhraya.

Akhirnya, aku masuk juga ikut jalan nak ke lebuhraya dan aku berhenti tidak jauh dari gerbang tol. Aku pandang gerbang tu dan pandangan aku tembus ke jalan di depan sana. Nampak sayup mata memandang. Ni bukan main-main. Tapi aku takmau dah nak buang masa kat sini. Lagi lama aku tunggu lagi banyak masa aku terbuang. Lagi lama aku kayuh cari jalan lain lagi bertimba-timba tenaga aku hilang. Mahu tak mahu…inilah jalannya.

Aku lihat jam di tangan. 10 pagi. Aku tak reti nak bajet berapa lama aku akan kayuh sampai ke Penang tetapi aku yakin, paling lewat sebelum tengah malam. Maka dengan semangat membara nak balik ke rumah, aku kayuh melintasi gerbang tol. Kakak yang jaga tol tu pun padang aku semacam. Apa tengok-tengok? Naik motor pun free inikan p**a kayuh basikal.

Kayuhan aku baik sahaja setelah melepasi plaza tol Ipoh. Laju dan bertenaga. Namun aku lupa yang jalan lebuhraya ni dia tak macam jalan belakang. Jalan belakang hang boleh la sembang berdesup. Jalan highway tak macam tu bang. Lepas beberapa kilometer, aku dah dihidangkan dengan jalan berbukit yang lebih azab dari Bukit Berapit….jalan menuju Terowong Menora.
Jalan ni, kalau motor Yamaha Jipang abang aku pun kena guna gear 3….bayangkanlah basikal Shimano aku. Memang tak ada gear dah yang paling sesuai melainkan gear kaki. Hang kena turun dan tolak natang Shimano tu guna kaki selagi mana hang mampu. Basikal aku p**a masa tu bukan jenis alloy atau carbon macam basikal ampa la ni. Body dia besi padu kot. Berat nak mampus. Jenis kalau anjing mai langgar dia, anjing tu boleh masuk ICU.

Aku hanya mampu kayuh melepasi Taman Meru, kemudian bermulalah acara menolak basikal guna kaki. Agak dah hilang lelah, aku celapak naik dan kayuh lagi setakat mana yang boleh. Pun begitu tak boleh lama-lama. Lepas 10 minit aku terpaksa tolak basikal lagi. Kemudian kayuh lagi dan tolak lagi. Acara s**an tak ada medal ni berlangsung hingga ke Terowong Menora. Jika naik kereta, dari tol ke terowong tu aku rasa dalam 20 minit ja dah sampai. Main dengan kayuh….2 jam baq hampa. Jam 12 tengahari baru aku tiba di pintu terowong. Haram jadah betul jalan tu. Ingatkan Bukit Berapit tu dah cukup teruk…rupanya jalan ni memang setan la. Mencarut-carut aku kepada diri sendiri. Hang nak marah jalan tu tak boleh. Takkan nak sepak-sepak dia kot? Nanti orang kata aku gila dok terlompat-lompat tepi jalan. Mahu tak mahu kena hadap juga lah. Sepanjang naik bukit tu, 2 botol air aku habis. Tinggal lagi sebotol ja dalam beg.

Bila dah sampai di pintu terowong, aku terjelepuk duduk di tepi jalan. Gila penat. Aku rehat kejap dan sambung minum sebotol lagi air. Lantaklah apa nak jadi. Nanti cari lah air kat mana-mana.

Setelah lebih kurang 15 minit aku rehat di situ, aku mulakan kembali kayuhan dan masuk ke dalam terowong. Best…sejuk…laju. Dah keluar dari terowong lagi lah best…..sedap ja turun gon tanpa perlu tekan paddle.

Kayuhan aku lancar hingga ke Sungai Perak. Walaupun ada juga dua bukit lagi yang perlu aku tempuh tetapi tak setinggi bukit ke Terowong Menora. Tak perlu nak maki teruk-teruk.

Di Sungai Perak, aku tak ingat sama ada aku berhenti di RnR Sungai Perak atau tidak. Ataupun RnR tu tak seindah macam sekarang. Dalam memori aku memang tak ada pitstop kat Sungai Perak. Yang aku ingat, aku berhenti di tepi jalan mencari sumber air.
Di tengah highway, kering kontang, panas terik…mana hang cari air bang?

Siapa kata tak ada????
Asalkan hati hang mau kering. Kalau takmau mati kering kat sini hang kena buat kering.

Setelah turun dari Terowong Menora tadi, air aku memang dah habis. Matahari sedang terik memanah kepala. Sekejap ja tekak dah kembali terasa terbakar. Sedang aku perhati kiri kanan mencari sumber air paling mudah, aku nampak tembok pemampan bukit di tepi jalan. Dari tembok tu kan ada terjojoi paip air yang keluar dari bawah tanah. Itulah sumber air semulajadi pertama aku sepanjang highway to hell ini.

Aku berhenti di tepi jalan dan terus menuju ke tembok. Malangnya……tiada langsung air yang mencurah keluar dari lubang-lubang paip tu. Semuanya kering kecuali 1 lubang yang berada tinggi di atas kepala aku. Itu pun airnya cuma meleleh ke dinding tembok dan langsung menuju ke tanah. MasyaAllah….betul-betul menguji aku aku kali ni. Mahu tak mahu, aku terpaksa menadah lidah di tembok tu. Menunggu air turun dan mengalir ke bibir. Sekadar dapat membasahkan lidah dan bibir sahaja….tidak langsung turun ke tekak. Kojol la aku kejap lagi.

Macam ni gaya memang tak boleh pi. Aku kena cari sumber lain. Takkan nak tahan lidah kat situ sampai malam? Nanti orang kata aku gila s*x dok menjilat dinding batu. Lalu aku melangkah hampa ke basikal. Kayuhan diteruskan dengan kepala semakin berdengung dan kaki semakin lembik bagaikan sotong.

Setelah beberapa kilometer lagi sekali aku berhenti sebab dah terlalu letih. Mata mula jadi kelabu. Aku berhenti di tepi ladang getah dan buka bungkusan makanan. Sesungguhnya waktu ini perut aku langsung tak lapar, tetapi rasa dahaga yang membuak-buak. Demi nak membasahkan tekak, aku makan nasi yang makcik tu bungkus pagi tadi.

Jam dah menunjukkan pukul 2 petang. Hari masih panas. Dan hari ni p**a tak macam semalam yang hujannya turun mencurah-curah. Sengaja Tuhan nak menguji aku atau pun kifarah atas dosa kembara ini. Sesudah makan, aku bersandar pada pagar yang memisahkan highway dan ladang getah. Sedang aku asyik menghitung nasib badan, aku terpandang sesuatu. Betul-betul di depan aku ada parit kecil yang tiada air, tetapi tanahnya lembab. Itu menunjukkan ada air yang pernah mengalir ke parit tu.

Lalu, aku berpaling ke belakang, ke arah kebun getah.
Aku bingkas bangun dari duduk lalu melompat pagar dawai dan berjalan masuk ke dalam kebun getah. Basikal aku biar ja tersadai tepi highway.

Tak payah pergi jauh…..tak sampai 10 langkah dalam kebun getah aku dah jumpa parit yang lebih besar. Airnya mengalir perlahan menuju ke highway….ke parit yang kecil tepi jalan tadi tu. Masalahnya….air nampak macam tak selamat untuk diminum.

Di sini aku nak berpesan. Andaikata anda tersesat di hutan dan terjumpa sumber air bertakung yang berdekatan dengan kebun….jangan main hirup ja. Kemungkinan air tu dah tercemar dengan racun atau bakteria merbahaya. Boleh cirit birit hang dalam hutan tu. Apa langkah yang perlu kita buat ialah, maju sikit lagi sehingga berjumpa bahagian air yang mengalir. Kalau ada takungan, kemungkinan dia datang dari sumber yang mengalir. Di situ lebih selamat. KECUALI….kalau dah tak ada juga sumber yang mengalir, boleh la hirup air tu sebab dah darurat. Selawat atas Nabi 3 kali, baca BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA’ASMIHI sampai habis. Moga terlindung dari kemudaratan air tu.
J
adi, itulah yang aku buat. Memandangkan air itu kelihatan sedikit mengalir, dengan tawakkal ja aku cedok guna botol dan minum semahunya. Airnya terasa sedikit payau dan berbau. Namun waktu itu aku bayangkan yang aku sedang minum air sirap. Masa dok langgah tu siap ada berudu lagi dok berenang-renang dalam botol. Mujur aku nampak. Kalau tidak….berak keluar katak.

Setelah puas meneguk air parit…aku tapau ke dalam dua botol yang lain buat bekalan untuk meneruskan perjalanan. Sebelum tu sempat juga aku basuh muka dan kepala supaya segar kembali wajah aku yang dah macam jalan tar ni.

Selesai urusan di situ, aku kembali ke basikal dan sambung kayuhan menuju ke utara. Panas? Memang panas. Letih? Dah tentu masih letih. Istilah rider sekarang depa panggil ‘BONK’. Letih tahap teruk tapi apa lagi yang mampu aku buat? Takkan nak bermalam di tengah highway p**a? Nak masuk balik jalan Bukit Berapit tu aku takut pisang berbuah dua kali. Buatnya kali ni hantu bungkus tu meroyan mau diajaknya tidur sekali, dah tak pasal-pasal aku kena cabul. Makanya, aku terus kayuh di tengah highway yang sayup-sayup mata memandang. Di depan masih ada jalan yang panjang. Tetapi di mata aku ada rumah dan wajah mak ayah. Itu ja yang menjadi pendorong untuk aku meneruskan kayuhan.

Aku tiba berdekatan Taiping Utara waktu hari dah menginjak ke petang. Rasanya dah lepas asar. Lagi sekali aku berhenti di tepi jalan. Kali ni pitstop yang ke berapa kali aku tak ingat dah. Aku ada singgah di sebuah hentian, itu pun aku tak ingat hentian yang mana. Di situ sempat aku ke tandas dan tukar air parit dengan air paip.

Di tepi jalan berdekatan Taiping ni, aku hempaskan basikal ke tanah dan baring bagai orang nak mati. Memang tak larat sangat dah. Berasa kaki ni macam dah tak ada. Hilang tercabut di tengah jalan. Kepala berpusing-pusing. Otak jem tak boleh berfikir. Aku berhalusinasi yang aku sedang baring atas katil di rumah. Waktu ni terbit semula wajah mak, ayah dan adik beradik aku yang lain. Muncul juga wajah Intan Norlaila serta kedua orang tuanya. Wajah Tok Imam Kampung Gapis pun ada sama menerawang ke dalam benak fikiran. Ya Jabbar….!! Bantulah aku ya Tuhan yang punya segala kekuatan. Pinjamkan sedikit kekuatan pada aku untuk terus berjalan di bumi Mu. Nanti sampai di rumah, nak pengsankan aku 3 hari 3 malam pun tak mengapalah. Asalkan hari ni aku kena balik juga. Tak mahu dah aku merempat di tengah jalan bagai orang yang tiada rumah.

Harapan aku waktu itu moga ada kenderaan yang nampak dan sudi tumpangkan aku ke mana-mana. Namun, yang aku dapat hanyalah hon…

Pin pin ….pin pin piiiinnnn……

Tu ja depa bagi. Bukan nak berhenti tanya apa masalah aku. Aku ni budak kot. Walaupun dah besar macam pak arab jual karpet…tetapi aku ni budak la siot. Baru ja akil baligh 3 tahun lepas. Kalau tak budak pun bila nampak ada manusia terlentang di tepi higway macam tu takkan ampa tak reti nak berhenti sat? Bukannya malam, siang hari ni. Tak ada siapa nak merompak di siang hari kat tepi highway ni. Toya matmin betoi la.

Yang paling aku tak boleh blah…bila ada sebuah kereta polis melintas depan aku. Depa pun sama….

Pin pin….pin pin piiinnnnn…..

Setakat pin pin saja nak buat apa? Baik pasang siren terus. Kali ni kalau nak usung aku ke balai pun tak apa dah. Memang aku rela serah diri ja. Bukan kena duduk lokap pun. Paling tidak depa telefon ayah aku suruh mai ambil anak kat Taiping ni. Tetapi itu tidak berlaku. Semua rakyat Malaysa yang lalu di situ buat tak tahu ja bila ada manusia yang terlentang di tepi jalan. Stress gila aku waktu tu.

Namun, itulah manusia. Bila ada yang tak peduli, mesti ada segelintir yang baik hati.

Pin pin piinnnn……

Seorang pemuda berhenti dengan kapcainya lantas mendekati aku.

“Dik…buat apa kat sini?”

“Tak buat apa bang. Berehat ja ni.”

“Hang mai mana?”

“Dari Ipoh bang. Nak balik Penang.”

“Tudddiiaaaa haiihh….ganaih hang ni kayuh beskat pi Ipoh paih tu patah balik. Nak jadi rider negara ka apa?”

“Tak bang… saja saya kayuh pi Ipoh nak jalan-jalan tengok tempat orang. Dah 4 hari. Hari ni saya nak balik rumah.”

“Pasaipa takat Ipoh ja? Awat tak lajak pi Port Dickson ka, Singapore ka? Ipoh bukan ada apa pun!” Ujarnya lagi. Boleh p**a dia camdek aku yang dah barai ni.

“Ni hang nak kayuh sampai mana?”

“Sampai Juru la bang…paih tu nak balik teruih ke rumah kat Bagan.”

“Elok….aku dari Taiping nak balik BM (Bukit Mertajam) gak ni. Baru balik jumpa tunang. Jom aku bawak sampai Juru. Tapi hang kena buat kering la naik motor tadak helmet.” Brader tu menawarkan aku untuk menumpang motosikalnya. Memang nak sangat la.

Tak ada helmet pun tak apa. Janji sampai ja. Kalau polis tahan aku nak tanya balik….awat member ampa tak kutip aku tepi jalan tadi?? Aku bersetuju dengan pelawaan brader tu. Tapi…….

“Basikal saya macam mana bang?”

“Alaaahhh pegang ja. Aku pegang depan hang pegang belakang. Boleh haihh.”

“Ok boleh. Terima kasih banyak bang. Kalau abang tak berenti ni memang tidoq sini la saya malam ni.”

“Jom naik. Meh basikal tu..”

Aku pun celapak naik dan vrrrrrrrrrrrroooommmmmmmm………….indahnya perjalanan kali ni. Meluncur laju bagai iklan minyak Shell kat TV.

Semasa membonceng di belakang, brader tu banyak bersembang. Masalahnya aku tak faham apa yang dia cakap. Aku cuma dengar…

“Huhu haha hu ha hu ha……”

Macam mana aku nak dengar kalau dia bawa laju. Bunyi paip dia p**a macam bunyi tongkang ubi.

Preeepp preeepp preeeeeeeeeepppp……… Punya bising! Dah tu aku p**a tak pakai helmet, bunyi angin ja masuk ke telinga. Dalam masa yang sama aku perlu memberi tumpuan pada basikal. Tangan aku bagai nak tercabut bila kendong basikal sambil naik motor macam tu. Jadi aku hanya jawab….

“Huhaaaaa huhaaaaaaa huhahahaha…”

Sepanjang jalan tu p**a, langsung tak ada polis. Perjalanan jadi lancar tanpa sebarang road block. Kami tiba di Plaza Tol Juru semasa hari dah lewat petang menghampiri Maghrib.

“Ok dik…aku hantaq sampai sini ja boleh ka? Pasai rumah aku kat Bukit Minyak. Dari sini hang nak kayuh pi Bagan tak jauh dah.”

“Boleh dah bang. Alhamdulillah terima kasih banyak tolong saya. Ni ada duit minyak sikit.”

Aku hulurkan wang RM10 kepadanya.

“Tak payah. Aku memang on the way nak balik pun. Hang guna duit tu nak pi makan ka apa. Tapi nanti bila-bila hang nampak aku, hang tegoq na. Masa tu hang belanja aku makan.” Ujarnya menolak duit minyak yang aku hulurkan.

“Ok bang insyaAllah. Abang nama apa?”

“Mat Black….orang panggil aku Black. Hang panggil aku bang Mat dah la.”

“Saya Edi bang…terima kasih banyak na tolong saya.”

“Takpa dik. Aku dulu pun kaki melilau macam hang jugak. Tapi tak penah lagi buat gila kayuh beskat tala pi Ipoh. Kalau ada apa-apa masalah hang mai Bukit Minyak ni sebut nama aku. InsyaAllah gerenti orang kenai punya lah. Aku ketua kump**an Boria kat sini.” Lerrrr… aku ingatkan ketua gangster 08. Nama kemain kemaih.

“Ok bang…kalau mai sini saya cari abang. Terima kasih bang.”

“Orait…gua blah dulu na. Kayuh leklok…”

Setelah bersalaman dengan ketua kump**an Boria yang pemurah tu, aku pun teruskan lagi kayuhan menuju ke kampung aku. Tak jauh dah. Lebih kurang 20 kilometer ja lagi. Tiba di Seberang Jaya, aku berhenti untuk solat maghrib dan qada solat yang aku tinggal tadi. Apa laaa nak jadi. Mengembara nak melihat kebesaran Tuhan kononnya…tetapi solat ke laut. Puncanya, letih dan fikiran tak ketahuan.

Usai solat maghrib…aku duduk dulu berehat di wakaf masjid. Termenung mencari alasan apakah yang aku nak bagi kat mak ayah. Hari ni baru hari Khamis. Sepatutnya esok petang baru aku balik dari asrama. Ni aku balik awal sehari apa cetaaaa??? Ni semua punca ayah aku nak ajak bersilat.

Setelah berfikir dalam-dalam buat kesekalian kalinya, aku ambil keputusan untuk….pandai-pandai la jawab sat lagi. Nak cari jawapan sekarang aku tengah sendu. Tak larat nak fikir dah. Dari masjid Seberang Jaya aku kayuh p**ang ke rumah. Aku lalu ikut Chai Leng Park, Jalan Chain Ferry, pusing-pusing kejap tengok pondan kat Pantai Road…lalu perjalanan aku berakhir di pintu belakang rumah aku. Maka tamatlah sudah pengembaraan aku selama 4 hari 3 malam dari Penang ke Ipoh dan kembali ke Penang. Keluar Isnin pagi, balik Khamis malam.

Aku ketuk pintu rumah. Wajah mak yang aku rindu muncul di depan pintu.

“Haaaa…..awainya balik. Esok tak sekolah ka?”

“Esok last sekolah mak. Cikgu pun tadak mood mengajaq. Kawan-kawan pun pakat balik abih.” Jawab aku….masih takut nak bagitau mak hal yang sebenar.

“Habis tu barang-barang tak bawa balik?”

“Tak. Simpan ja dalam locker tu. Tahun depan nak guna balik.”

Mak sambut beg yang tersandang di bahu aku.

“Ni beg sapa p**ak? Yang cek ni dah jadi macam arang pasai pa?”

“Tu pinjam beg kawan. Beg Edi putuih tali. Ni jadi hitam pasai dok main bola ja minggu ni. Tak belajaq langsung.”

“Dah la….pi mandi dulu. Ayah dah tidoq.”

Fuuuhhhhh…..lega haihhhh. Maksudnya aku tak payah nak mengadap ayah malam ni. Ayah ni bukan boleh. Kalau dia tanya. aku jadi tergagap-gagap. Boleh kantoi menipu.

Aku berjalan masuk ke bilik dan terlentang atas katil. Nanti-nanti la aku bagitau mak ayah hal yang sebenar. Sampai bila nak hidup dengan rasa berdosa? Konpom tak tenang punya lah. Tipu orang lain tak apa lagi. Tipu mak ayah ni secara automatik perasaan jadi gundah gulana. Kot mana pun kena cerita ke mana aku pergi selama 4 hari 3 malam tu. Dan aku pun memang nak bagitau ayah satu hal yang penting. Hal keluarga kekasih aku…..Intan Norlaila.

Setelah mandi dan makan malam berlauk ayam kicap yang mak masak siang tadi, aku membungkam dalam bilik. Merenung kembali kembara solo aku yang sebegitu jauh pada usia yang terlalu muda. Alhamdulillah. Aku berasa takjub dengan ilmu Allah dan rasa bersyukur yang tak pernah sudah. Basikal aku langsung tak pernah buat hal selama pengembaraan itu. Tayar tak pernah pancit. Rantai tak pernah longgar. Padahal aku dah kayuh beratus kilometer. Tiap-tiap hari kayuh tanpa rehat. Tayar tu tambah angin pun tidak. Begitulah Allah pelihara aku, mungkin atas asbab orang baik-baik yang aku jumpa di sepanjang perjalanan. Nak kata aku yang baik tak juga. 2 hari tinggal solat siang.

Banyak teladan yang aku dapat. Dari mengenal diri hingga mengenal Tuhan. 4 hari 3 malam yang mengajar aku tentang kebaikan manusia, tentang kejadian ghaib, tentang kebesaran Illahi. Ia mengajar aku untuk lebih menghargai setiap makhluk yang aku jumpa dalam hidup ini. Yang susah yang senang, yang lalai, yang bertaqwa….semuanya aku ambil jadi kawan. Saling memberi dan menerima nasihat yang saksama. Aku tidak pernah berasa yang diri ini hebat. Mana mungkin kita ini lebih hebat dari Nabi dan para sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Kota Madinah? Cumanya…. Tuhan ada menyebut…

“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)”
– Al-Mulk ayat 15.

Setelah 9 tahun berlalu, memori kembara itu perlahan-lahan hilang dari ingatan. Aku pun sudah mencecah alam pekerjaan. Sibuk dengan kerja hingga tak sempat nak berkembara lagi. Hidup aku, aku abadikan kepada mak dan ayah yang semakin tua. Aku duduk membujang dengan depa berdua.

Akulah tukang pi kedai, tukang pi market, tukang masak, tukang bawa ke hospital. Aku ni anak lelaki bongsu. Tau saja lah perangai anak lagu ni. Bak kata ayah…aku lah racun aku lah penawar. Walaupun dididik ke arah ‘ulum, jiwa aku tetap jiwa orang muda. Setakat karaoke melalak terlolong dengan kawan-kawan tu aku layan ja. Hidup aku bersemangat macam biasa. Jadi, malam minggu tu….aku sedang tarik lagu SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI – XPDC di sebuah karaoke yang terletak di Bandar Sunway, Seberang Jaya.

Ampa jangan taktau…aku pernah jadi juara musabaqah Al-Quran Peringkat Sekolah seluruh negeri Pulau Pinang. Setakat lagu XPDC dengan May tu apa lah sangat. Timbul urat leher naik ke dahi punya teran. Kawan-kawan seangkatan pun sakan juga. Lagu M.Daud Kilau pun depa balon. Bila lagi nak seronok ye tak? Masa cuti panjang Gong Xi Fa Chai ni lah nak berjumpa pun. Bukan kami hisap dadah, bukan minum arak, bukan order GRO. Kami masuk kami melalak dan kami balik.

Sedang dok rancak meneran lagu XPDC, telefon Cokia aku berbunyi…..

Tenenee ne teneneee nee tenenee nee neeeeee……

Macam haram bunyinya. Tapi waktu dulu kira kemaih dah la.

Aku lihat skrin telefon kot-kot ayah aku yang call. Mana la tau ada emergency aku kena cepat-cepat balik ke rumah. Tetapi yang call tu bukan ayah….ia adalah satu nombor yang aku tak kenal. Lantas aku letakkan mikrofon dan keluar dari bilik karaoke.

“Hello…..”

“Hello…assalamualaikum.” Terdengar suara seorang perempuan muda memberi salam.

“Ni abang Edi ke?”

“Ya saya…ni siapa ya?”

“Saya Intan….INTAN NORLAILA….”

Aku kemam mulut dan otak aku yang dah lama tepu mula laju menjalankan tugas. Berpusing menerawang ke seluruh pelusuk kehidupan aku yang lalu demi nak recall kembali siapakah gerangan tuan empunya nama.

“Intan anak pakcik Hamdani dari Ipoh?”

“Ya bang Edi…kenal lagi saya?”

Lidah aku kelu…gugup, dada jadi kencang. Ingatan aku kembali merobek-robek kenangan petualangan aku ke Ipoh. Semua initipati perjalanan mula melintas bagai tayangan pawagam di benak kepala.

“Ya ya…ingat lagi. Apa habaq Intan?”

“Alhamdulillah…Intan sihat je. Abang sihat?”

“Alhamdulillah….sihat wal’afiat. Macam mana boleh dapat nombor saya ni?”

“Haaa. Nanti jumpa Intan cerita. Nak cerita kot telefon ni panjang sangat.”

What? Nak jumpa?? Alamak….aku belum cukup duit nak kahwin ni.
“Errr…bila nak jumpa? Intan di mana?”

“Intan kat Penang ni. Ada kenduri kat sini. Esok dah nak balik KL.”

“Ohhh…dah pindah KL ke?”

“Tak. Ofis je kat KL. Rumah masih kat Ipoh tu. Rumah yang sama.”

“Ohhh….mak ayah sihat ka?”

“Hmmmm…nak jumpa bang Edi sebab mak ayah la. Ayah ok….tapi mak tu.”

“Hahh…kenapa dengan makcik?”

“Kita jumpa dulu bang. Rasa tak seronok nak borak dalam telefon ni. Bila abang free?”

“Ehhhh….malam ni pun free”. Jawab aku tamak haloba. Kalau boleh malam ni juga nak berjumpa kekasih lama ku itu. Rindu teruk kot.

“Malam ni tak boleh. Intan ada dengan kawan. Kalau esok malam ok tak?”

“Esok malam ka? Ok jugak. Saya memang tak ke mana pun.”

“Ok. Esok on the way balik Intan singgah kat abang. Nak jumpa kat mana ya?”

Mana lagi….jumpa di hati abbbiiaaanngg laaaa… Jawab aku dalam hati.

“Errr…..kat Seberang Jaya ni mudah. Nanti boleh terus naik highway ja.”

“Ok boleh. InsyaAllah esok jam 10 malam gitu. Nanti abang confirm balik kat mana nak jumpa.”

“Baik Intan. Esok pagi abang call balik.”

“Ye bang. Hmmmm….abang kacak macam dulu lagi tak?”

“Ehhhh dah tentu laaaa……sebijik macam Brekpik.”

Heh…dua dialog terakhir tu angan-angan aku ja. Saja nak bagi ampa menyampah.

Setelah habis berbual dengan Intan, aku tak terus masuk ke bilik karaoke. Lantak pi lah kawan-kawan aku tu nak pecah anak tekak ke nak muntah dalam tu ke. Aku ada hal penting nak difikirkan.

Setelah 9 tahun berlalu, tiba-tiba Intan anak Pakcik Hamdani kembali menghantui hidup aku. Sedangkan selepas p**ang dari kembara ke Ipoh…aku dah besungguh-sungguh lupakan dia. Umur macam tu mana hang reti nak bercinta sangat. Tengok depan-depan syok la. Lama-lama perasaan tu hilang bersama kenangan. Yang tinggal hanya nama yang masih terpahat dalam ingatan.

Kenapa Intan nak jumpa aku? Macam mana dia boleh dapat nombor aku? Apa jadi kat Makcik Fatimah hingga mendorong anaknya yang lawa mencari aku hingga ke Penang? Gaya ni bukan nak ajak aku kahwin…tapi macam ada masalah lain. Semuanya bakal terjawab dalam story yang lain bertajuk SAKA.

Masalahnya sekarang ni…di waktu sesudah anda membaca kisah ini hingga episode akhir…aku bercadang nak masukkan kisah SAKA dalam buku KOMPILASI KISAH SERAM KEDUA berjudul MANGKAQ. Tapi itulah…aku ni hati tisu. Cepat kasihan pada para pembaca yang aku sayang. Jadi…tengok dululah macam mana. Andaikata mood aku baik dalam seminggu dua ni aku sambung la kat sini. Kalau aku rasa nak buat kejam…aku sambung dalam buku. Dan untuk faham plot SAKA ni…ampa kena baca dulu KOMPILASI PERTAMA berjudul ‘TAK SANGKA’. Amacam? Zalim tak aku?? Yang pasti, janji aku untuk habiskan episode PENANG TO IPOH sudah tertunai…..TAMMAT!!

PENUTUP
Ampa tolong beli buku aku banyak-banyak. Aku nak himpun duit beli basikal baru. Hajat aku nak berkelana ke Pantai Timur atau ke mana-mana yang aku s**a lah. Nanti ada lagi story nak bagi kat ampa...ye tak?

Link Part 1
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=853630878305548&id=844886632513306&__tn__=K-R

Link Part 2
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=856549024680400&id=844886632513306&__tn__=K-R

Link Part 3
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=856753771326592&id=844886632513306&__tn__=K-R

Link Part 4
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=857397341262235&id=844886632513306&__tn__=K-R

Link Part 5
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=859255187743117&id=844886632513306&__tn__=K-R

DAPATKAN NOVEL KOMPILASI KISAH SERAM 'TAK SANGKA' DAN 'MANGKAQ' OLEH EDI ARJUNA PADA LINK INI.

https://www.facebook.com/844886632513306/photos/a.844894402512529/857107474624555/?type=3&theater

30/03/2021

BATUK, BERKAHAK DAN LELAH TAK HILANG-HILANG
MINYAK HERBA ASMAK ini dirumus khas dari pati gamat gold, akar kayu terpilih, herba terpilih, habatussauda, minyak kelapa dara dan minyak zaitun agar dapat membantu untuk masalah batuk, berkahak dan lelah anda.

===============================

Sesuai untuk masalah

✔Batuk
✔Semput
✔Lelah
✔Berkahak
✔Selsema
✔Tidur berdengkur kuat
✔masalah pernafasan yang lain
✔Sembelit
✔Kembung perut
✔Sakit perut
✔Sakit Gigi
✔Terseliuh
✔Digigit binatang berbisa
✔Dan lain-lain penyakit
============================
✔MINYAK HERBA ASMAK telah terbukti berkesan dengan ratusan testimoni.
✔ Mempunyai 3 saiz yg boleh dipilih

10ML - RM19
30ML - RM39
50ML - RM55

✔ Berbaloi untuk pelbagai kegunaan. Sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hingga ke warga emas.

Hanya 📌GONCANG 📌TITIS 📌SAPU

www.wasap.my/601136255574/Minyakasmak
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

10/02/2021

Cegah Batuk Sebelum Berlarutan

Jom kenali beberapa jenis batuk atau kahak ini. Anak² kecik maupun yang dewasa pasti tak lari dengan batuk².

Batuk ni ada dua kategori, batuk kering dan batuk kahak..

Batuk ni boleh dielakkan dari berlarutan.Sama ada makan ubat atau guna ni.. Senang jer.. Hanya 👉GONCANG , TITIK & SAPU mudah jer..

Bab minum makan ubat ni kadang² anak tak boleh na jamah.. Kan pahit😷😷
Nak paksa pujuk pun belum tentu berjaya😢😥😥
Naah, ialah cara mudah keluarkan kahak dan ini lah salah satu alternatif untuk mengantikan ambik ubat ubatan..👏👏

Mudah mudahan hasil sapuan yang yang berterusan dan konsisten boleh menyembuhkan simptom² ni dari berlarutan yer...

Jom grab satu botol untuk seisi keluarga

www.wasap.my/601136255574/minyakasmak

Photos from Minyak Herba Asmak Guar Chempedak's post 01/02/2021

Adakah Kulit Kepala Si Comel Anda Berkerak?

Cuba Sevenis Hair Oil. Pasti puas hati!

Kerak di kulit kepala bayi biasanya berbentuk seperti bersisik-sisik tebal, berminyak, dan berwarna kuning di dahi dan bahagian atas kepala bayi. Kerak kepala atau ‘cradle cap’ ini akan terkupas sendiri dan menjadi kepingan nipis seperti kelemumur, jika ia sudah kering.

Gatal kulit kepala dan kerak di kulit kepala kerap berlaku pada beberapa bulan di awal usia bayi . Kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya kira-kira ketika bayi sudah berusia 12 bulan, namun ada sesetengah bayi yang mengalaminya dalam jangka masa yang panjang.

Apakah punca kulit kepala bayi gatal dan berkerak?

Ia dipengaruhi oleh hormon androgen yang dibawa dari ibu ketika masih dalam kandungan. Hal ini menyebabkan kelenjar lemak menjadi aktif. Kelenjar lemak keluar dari tempat yang sama dengan keluarnya rambut.

Kelenjar lemak yang sangat aktif dapat mengeluarkan lemak dan menimbulkan lapisan yang menjadi kerak di kepala bayi.Masalah ini tidak mengganggu pertumbuhan rambut bayi. Kerak di kulit kepala bayi tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan gatal kulit kepala pada bayi.

Bersihkan kerak dikulit kepala si comel anda dengan Sevenis Hair Oil yang diperbuat daripada:

• Light Mineral Oil
• Tea Tree Oil
• Babassu Oil
• Virgin Coconut Oil
• Castor Oil
• Olive Oil
• Argan Oil

120 ml sebotol dengan harga mampu milik.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Gurun?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Jalan Yan
Gurun
08800