Terapi Al Quran Darul Huda WanNur

Terapi Al Quran Darul Huda WanNur

Share

Terapi Al Quran Darul Huda WanNur
masalah gangguan, saka/sihir/penyakit misteri/kursus keagamaan

06/01/2024

MUHASABAH KESEMBUHAN

penderita pesakit gangguan kebanyakan mudah berputus asa kerana lambat atau mahu sembuh dengan segera, tetapi dalam masa yang sama kita lupa ujian dari Allah adalah satu tanda kasih sayang Allah untuk mengangkat martabat hambaNYA, ada beberapa perkara yang boleh menjemput kesembuhan antaranya:

1) perbanyakkan taubat memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang lalu (perbuatan syirik/khurafat/amalan) semua perlu ditinggalkan

2) memaafkan sesama manusia (buang segala sifat yang mendatangkan penyakit hati) terutama sangkaan diri disihir oleh orang lain

3) perbetulkan amalan wajib /ibadah/buat perubahan pada diri (jaga solat/perbanyakkan zikir/tadabbur Alquran)

amalkan bacaan dibawah untuk menghilangkan resah/penyakit hati/kesedihan:

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

– Sahih Bukhari-

DARUL HUDA WANNUR

26/12/2023

KELAS PENGAJIAN AL QURAN DARUL HUDA WANNUR

5 Tahun - 15 Tahun (lelaki/perempuan)
sesi pendaftaran dibuka 2024/2025

terhad 40 orang sahaja !!! yuran bulanan hanya RM35

bertempat di no 2206,Taman Kenari , Kulim, Kedah

KELAS IQRA
KELAS TALAQI ALQURAN
KELAS HAFAZAN ALQURAN
KELAS TAJWID/FARDHU AIN

sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor berikut :
018-4091231 (ust Hafizul)
013-3298914 (ustazah Rabiatul)

PENGAJIAN DARUL HUDA WANNUR
AL QURAN DARUL HUDA WANNUR

Photos from Terapi Al Quran Darul Huda WanNur's post 24/12/2023

Alhamdulillah team Darul Huda WanNur selesai menjalankan program amal perdana bersama penduduk setempat di surau kampung bukit, Bayan Lepas Pulau Pinang

moga Allah kurniakan kesembuhan buat semua pesakit yang hadir, alhamdulillah team juga berjaya membatalkan beberapa barang khurafat yang dibawa oleh pesakit

insyaAllah kita berjumpa lagi, terima kasih penduduk pulau pinang

kesyirikan, perkukuhkan tauhid
yang berhajat ingin membuat program rawatan amal/seminar rawatan di masjid/surau/institusi boleh pm admin

23/12/2023

jumpa esok penduduk pulau pinang ya di surau kampung bukit/musalla kampung bukit bayan lepas, pulau pinang

23/12/2023

RUQYAH BUKAN SEMATA-MATA UNTUK KERASUKAN

ruqyah adalah doa,memohon perlidungan,memohon kesembuhan dari Allah

ramai yang berpendapat apabila diruqyah perlunya ada kerasukan dan disitu mereka telah meletakkan bahawa itulah baru gangguan
tidak semua pesakit gangguan akan kerasukan bila diruqyah,metod ruqyah adalah satu terapi Alquran yang digunakan sebagai bahan/doa memohon kesembuhan dari Allah

apabila pesakit gangguan diruqyah tidak semua akan kerasukan berikut adalah tanda2 yang biasa dijumpai:

1)pesakit memang akan kerasukan saat diruqyah
2)pesakit akan muntah
3)pesakit sendawa
4)sakit pada bahagian-bahagian tertentu
5)rasa benda bergerak dibawah kulit
6)rasa sedih
7)kepanasan
8)rasa bergoyang
9)menggigil
10)rasa ingin buang air kecil/besar
11) ada anggota badan bergerak dengan sendiri
12)pitam/pengsan
13)kaki/tangan kesejukan
14)rasa diawangan
15)tubuh berada luar kawalan

berikut antara tanda2 yang sering dijumpai saat pesakit diruqyah,tidak semestinya keutamaan diruqyah perlu terasuk/histeria

ada juga pesakit yang mengalami masalah kesihatan apabila diruqyah akan mmebrikan tindak balas semasa diruqyah
seperti;

1)merasa aman/tenang semasa diruqyah sebelum ini jiwa mengalami dipresi
2)sakit pada bahagian tertentu hilang selepas diruqyah
3)rasa diri lebih tenang dari sebelum rawatan
4)rumah rasa aman/lapang
5)darah/nanah berterusan tidak berhenti apabila diruqyah darah berhenti dengan izin Allah
6)sakit2 sendi pulih selepas diruqyah

semua itu adalah dengan izin Allah,yang mana ayat2 Alquran tiada tolok bandingnya sebagi penyembuh bertepatan dengan ayat ini:

Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
[Bani Israil (Al-Israa) 17: 82]

Dari 'Aisyah RA bahwa Rasulullah SAW apabila akan tidur, Beliau meniup di kedua tangannya, membaca Surah Mu'awwidzaat (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas) lalu mengusapkan kedua tangannya pada tubuhnya." (HR. Muttafaqun 'Alaih)

mohonlah pertolongan,kesembuhan ,keselamatan dari Allah yang menjaga seisi langit dan bumi,bukan kepada mahkluk yang tiada daya dan kuasa melainkan hanya milik Allah semata-mata

DARUL HUDA WANNUR

20/12/2023

KESEMBUHAN MILIK ALLAH
Kenapa gangguan masih ada walaupun sudah berkali-kali diruqyah

beberapa perkongsian yang perlu diteliti dan dimuhasabah oleh pesakit dan para perawat:

1)pesakit masih lagi menyimpan barang-barang khurafat yang mana ianya menjadi rumah bagi jin
2)pesakit masih sayang dengan perjanjian/barang2
3)tidak meletakkan sepenuhnya pengharapan kepada Allah yang menakhluki dan melindungi kita
4)pesakit lalai dan mengambil mudah dengan pesanan perawat (amalan mengikut sunnah)
5)masih ada pintu-pintu masuk gangguan (kelalaian/maksiat)
6)sukar memaafkan segala kesalahan org lain (kunci ksembuhan paling besar)
7)tidak melakukan amalan sunnah/pagar diri mengikut sunnah (zikir/doa perlindungan)
8)tidak istiqamah dengan amalan
9)memilih rawatan yang bertentangan syariat
10)masih menyimpan pemikiran diri tidak boleh sembuh (bina diri sendiri kembali)
11)pesakit mengharapkan sepenuhnya dirawat oleh perawat
12)tidak melakukan terapi diri sendiri secara konsisten

disini hanya beberapa perkara yang menyentuh mengapa pesakit masih terkesan dengan gangguan,setiap apa yang berlaku adalah dengan izin Allah,letakkan sepenuh pengharapan dan pertolongan hanya kepada Allah
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.”

lazimkan membaca zikir sekurngnya 100x sehari :

لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ
يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

Tidak ada Tuhan Selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu”

Rasulullah berkata, “Barangsiapa setelah shalat shubuh membaca, ‘La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumit, wa huwa ‘ala syai’in qadir’ (10 x), maka dicatat baginya sepuluh kebaikan, dihapus sepuluh kejahatannya, dan derajatnya ditinggikan. Selama hari itu dia akan terpelihara dari setiap sesuatu yang tidak diinginkan dan dijaga dari gangguan setan” (HR: al-Tirmidzi).

kerapkan membaca ayat perlindungan tatkala membuat sesuatu perkara/pekerjaan
seperti 'basmallah",ayat penggerak atau kalimat tammah

semoga perkongsian ini dapat membantu pesakit gangguan kembali pulih

HUDA WANNUR

16/12/2023

SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN YANG SERING BERLAKU PADA FIZIKAL MANUSIA :

1. Sakit kepala atau bahagian tertentu badan terutama selepas waktu asar ke atas
2. Badan terasa berat dan malas
3. Sukar mendapat jodoh
4. Badan terasa bisa-bisa, sakit/lenguh sendi-sendi utama
5. Sakit ketika ziarah orang meninggal
6. Sakit pinggang tanpa sebab
7. Sakit dada bila waktu asar ke atas
8. Ada terasa benda bergerak di bawah kulit
9. Darah haid turun lebih 15 hari (istihadah)
10. Kitaran haid tidak.normal sama ada datang haid
11. Senggugut yang kuat
12. Gangguan sekitar rahim (rasa panas, keras atau rasa dibelit sesuatu)
13. Batuk yang berpanjangan
14. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
15. Kerap keguguran
16. Gagal melakukan hubungan kelamin
17. Pandangan menjadi kabur, rabun
18. Sakit menusuk di.bahagian ulu hati, ari-ari, rusuk
19. Mengantuk bila dengar Al-Quran
20. Mandul
21. Kanser/ketumbuhan/

JIKA ANDA MENGALAMI TANDA BERIKUT DAN SERING BERMIMPI PERKARA YANG ANEH BERULANG KALI, SILA DAPATKAN RAWATAN DENGAN SEGERA

Huda WanNur

15/12/2023

PROGRAM RAWATAN AMAL BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT

Team Darul Huda akan turun menjalankan program rawatan Islam ruqyah syariyyah
tarikh:24/12/23 (Ahad)

Masa :9.00 pagi - 2.00 petang
tempat :Musalla /surau kampung bukit bayan lepas

bagi yang mengalami masalah penyakit misteri, saka, sihir, penyakit yang telah lama tidak sembuh boleh hadir pada tarikh berkenaan

bawa air bersama
ada menyimpan barang-barang khurafat, wafak, tangkal, azimat, barang lama boleh bawa bersama semasa hari rawatan

*sebarkan kepada semua yang memerlukan*

"perkukuh akidah , jauhi kesyirikan "

14/12/2023

ANTARA AMALAN YANG BOLEH DIAMALKAN BAGI SESEORANG PERAWAT /PESAKIT GANGGUAN

Doa ini adalah doa yang diajarkan menerusi riwayat Sunan Abu Daud.

doa-perlindungan-dari-bahaya
Bacaan Rumi: Bismillah hillazi, la yadurru ma’as mihi shai un fil ardhi wala fissama i wahuwas sami’ul ‘alim.

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Kelebihan Membaca Doa Ini

Terhindarnya kita daripada bahaya. Dr. Haron Din menamakan ayat ini sebagai ayat penggerak kerana ia menggerakkan diri kita jauh daripada bahaya serta mengelakkan diri kita daripada berbuat perkara-perkara yang bahaya. Asasnya, doa ini mampu mengelakkan kita daripada Qadha Mualaaq. Maksudnya, takdir yang boleh diubah dengan berusaha terhadapnya dengan doa dan sebagainya.

Daripada Uthman bin Affan RA, beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

amalan bacaan ini dianjurkan dibaca sebanyak 3 kali diwaktu pagi, dan kali di waktu petang

DARUL HUDA WANNUR

14/12/2023

😈SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN.😈

KEADAAN SEMASA TIDUR DAN BERMIMPI:

1. Sukar tidur malam
2. Terlampau banyak tidur atau kerap mengantuk terutama pada waktu-waktu yang dilarang tidur
3. Mimpi melihat binatang berbisa
4. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi
5. Bermimpi kanak-kanak (melihat atau bermain)
6. Bermimpi terbang atau melayang
7. Bermimpi bermain di tempat tinggi atau jatuh dari tempat tinggi
8. Mimpi mengandung atau bersalin
9. Mimpi keturunan yang telah meninggal dunia
10. Bermimpi rumah pusaka
11. Bermimpi di tempat yang kotor
12. Bermimpi lemas dalam air
13. Bermimpi melihat makhluk aneh/menakutkan
14. Mimpi kabus dan ada ancaman
15. Mimpi di kawasan kubur
16. Mimpi di tempat sunyi
17. Mimpi lihat salib/gereja
18. Mimpi bertarung sama ada dengan haiwan atau sesuatu makhluk
19. Mimpi bertemu paderi
20. Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, kapak, parang dan lain-lain
21. Merintih, menangis ketika tidur
22. Terjaga di tengah malam dalam keadaan takut, cemas, terkejut
23. Selalu ditindih ketika tidur
24. Gigi berlaga ketika tidur
25. Ketawa, menangis, menjerit ketika tidur
26. Berdiri/berjalan ketika tidur

keadaan ini kadangkala berlaku berulang kali dalam setiap hari/setiap minggu bermimpi perkara yang sama

jika anda ada tanda di atas berhati-hati anda mungkin sedang mengalami masalah gangguan, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan segera!!!

Huda WanNur

13/12/2023

esok admin akan share simptom-simptom gangguan jin kepada anda sebagai panduan/diagnos anda mempunyai gangguan /tidak

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Gurun?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


No 20, Jalan Bidara 1
Gurun
08800

Opening Hours

Monday 18:00 - 12:00
Tuesday 18:00 - 12:00
Wednesday 18:00 - 12:00
Thursday 18:00 - 12:00
Friday 18:00 - 12:00
Saturday 09:00 - 12:00
Sunday 09:00 - 12:00