Ayushopper
Semakin hari semakin cerah ! Jerawat dah kecut ! Resdung dah semakin berkurangan ! Parut makin pu
01/11/2022
22/10/2022
Sambal daging cili api lauk petang nanti..
Edit resepi :-
**Bhn kisar A
**15 - 20 ulas cili api merah
**3 ulas bwg putih
2 biji bwg bsr
# bhn bertanda ** kisar hancur dulu, baru kisar bwg merah sekejap ajer, supaya x hancur sgt.
1" Halia di hiris
**B
Garam
Gula (sy guna gula perang)
1@2sdb kicap pekat manis
1@2sdb sos tiram
4@5sdb sos cili
**C
Bhn hiris
Bwg bsr
Kacang panjang
Cili merah di belah dua
**daging yg telah siap di goreng.. 70% masak.. (sekilo daging)
** gaul dgn garam & serbuk kunyit
# tumis bhn kisar A smpi pecah myk, masukkan bhn B, lps sebati dan cukup rasa, masukkan daging, & last bhn hiris.
22/10/2022
Sos Pencicah Thai
3 ulas bawang putih dikopek kulit
2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/4 cawan cuka
1/2 sudu besar (tbsp) garam
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
Cara
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehinga tepungnya masask dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
kredit : empunya resepi
21/10/2022
BIHUN GORENG SEAFOOD
Resepi :
Bihun jenama EKA separuh peket (rendam air biasa sekejap)
1 biji bwg holland
4 biji bwg putih
(Tumbuk kasar 2 bahan ni)
6 sudu cili kisar
Daging potong nipis2
Udang
Sotong
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Garam
Taugeh
Sawi
Tumis bahan tumbuk, masukkan cili kisar.. tumis sampai cili masak.. masukkan daging..tambah air dlm 1 cawan masak sampai daging empuk.. masuk udang dan sotong.. (tak perlu masak udang n sotong lama2 supaya sotong tak keras).. masuk semua sos dan garam.. masuk bihun.. kalau bihun keras lg tambah air panas sikit2.. masuk taugeh dan sawi.. gaul2 rata.. siap.
21/10/2022
Nasi goreng cili kering
Bahan2:
nasi
cili kering (rendam dulu)
ikan bilis
bwg putih
bwg merah
belacan
kacang panjang
bebola
Cara-Cara:
-tumbuk cili kering ngan bwg putih, bwg merah
-masukkan belacan, tumbuk kasar2
-panaskan minyak.. goreng ikan bilis, ketepikan
-masuk bahan2 yg ditumbuk td.. tumis smp naik bau
-masukkan nasi, bebola dan kcg panjang
-rasakan dgn garam,masuk ikan bilis goreng td - tutup api siap!
Kredit Resepi : zaimah zakaria
21/10/2022
Ini lah antara kedai pertama Mydin yang dibuka sekitar Ogos 1957 diasaskan oleh Tuan Mydin Mohamed.
Mydin ni terletak di Jalan Post Office lama, Kota Bharu, Kelantan. Dulu waktu raya je semua orang pergi beli dekat Mydin dan terkenal dengan slogan Mengapa bayar lebih? Belilah dengan harga borong.
Sekarang Mydin mempunyai 65 cawangan diseluruh negara.
Kredit: John Mohamed
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Ipoh
21/10/2022