Clear Herbs Perak
Pati Herba Madu Memang Terbaik
29/01/2023
Kedai makan antara tempat mengalirnya dosa.
Terus terang cakap selain bengkel, kedai makan adalah tempat ketuk pelanggan.
Especially kedai makan lauk campur.
Memang penuh dengan gharar di kedai makan lauk campur ni.
Kau takkan tahu cara pengiraannya macamana.
Lain tauke lain p**ak pengirannya.
Kau akan tahu lepas kena ketuk, time tu takkan kau nak letak balik lauk yang kau ambik tu.
Kau jangan terkejut lauk yang sama kau ambik, kuantiti sama dengan kawan kau tapi harga lain2.
Kedai makan ni sepatutnya letak harga untuk setiap jenis lauk.
Contoh sotong kau kira by pcs let say rm1 per pcs. So pelanggan tau dia ambil 3 ketul rm3.
Ayam seketul rm4. So pelanggan tau bajet mereka.
Ini tak sampai depan kaunter memang terkejut beruk, dia main hentam je ikut s**a dia nak ketuk berapa.
Satu lagi cara kira nak ketuk, kau makan habis licin pinggan dah, time kau nak bayar dia tanya makan apa ?
Kau pun cakap aaaa ayam seketul, daging seciput, udang sejimbut, teh ais 1 sup sap sup sap rm30.
Dengan tauke kedai tak tengok lauk tu banyak mana terus dia kira.
Sebab tu aku kalau makan kedai lauk campur aku amat hati2 tanya harga lauk.
Aku siap ambik gambar sebelum makan dan aku tunjuk kat dia.
Tapi percayalah kedai makan lauk campur ni memang tempat pakuk orang.
Dia nak pergi haji balik jam.
Tu belum cerita lagi yang sengaja lebihkan pengiraan, bila suruh tulis satu2 baru menggelupur nak kasi tally.
Zaman inflasi ekonomi gawat ni memang sekali makan habis rm10 ke rm20 for 1 pax tu dah sinonim.
Lebih baik kau bawak bekal pergi kerja takyah acah2 kau ni anak orang kaya.
Jangan terkejut di akhirat peniaga2 ramai duk dalam neraka Allah disebabkan mereka tipu dalam urusniaga.
Kredit : Muhamad Ezral
Nak iklan kan produk anda di Page Kaki Restore klik https://iklannnn.wasap.my/
12/12/2022
Resepi Nasi Ayam Superb
Kalau dapat sepinggan nasi ayam cmni,ampa s**a dak? Kaih mai pakat tgk resepi🤗
1. Resepi Nasi Ayam
Tumiskan sedikit ketulan lemak ayam bersama butter....Masukkan halia,bawang merah,bawang putih,serai dan daun pandan sampai naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.
Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan air mengikut s**atan yang betul.
Masak seperti biasa.
2. Resepi Ayam
Sekor ayam direbus bersama halia dan sedikit garam sehingga masak.....toskn..lumur kicap manis,kicap masin dan sos tiram....keringkn seketika sblm digoreng dalam minyak yg b*k...
( saya buat sekor ayam klo ampa2 nk potong kecik2 pun boleh...tp tekstur ayam lagi lembut dan sedap klo grg sekor2)
3.Sup
Tumis bawang merah,bawang putih dan halia....kemudian masukkn air rebusan ayam td....tambah bebola kalo s**a...letak perasa ikut tekak masing2..
4.Sambal Cili
6 bji cili merah
10 bji cili api
2 ulas bawang putih
2 tangkai akar ketumbar
6 sudu gula
Garam
3 bji limau kasturi ( potong dua buang biji )
1 biji air limau nipis
Kisar halus kesemua bahan ( xperlu dimasak ye )
4. Sambal Halia
Tumbuk sedikit halia bersama kiub pati ayam....panaskn sedikit minyak bijan dan masak halia yg ditumbuk td seketika...
( klo xde minyak bijan,minyak biasa pun boleh )
SELAMAT MENCUBA SEMUA🥰
Krdit resepi: Nur Hidayah
12/12/2022
RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP
Saya ni memang sangat s**a makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zaman bujang lagi duk layan nasi ayam penyet ni. Siap belajar macam-macam resepi sambal penyet. Tapi semua resepi tu macam ada tak kena. Masih belum betul-betul puas hati dan belum sama macam kedai faveret. Hahahah.
Haritu, ada lah terfikir nak cuba cari resepi yang memang dari orang indonesia. Cari punya cari, terjumpa lah satu resepi ni. Pelik sikit resepi dia, sebab tak letak bawang merah. 😅 Macam risau jugak, takut tak sedap, sebab sebelum ni resepi sambal penyet semua kena letak bawang banyak-banyak. Haha.
Tapi rupa-rupanya resepi ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat bagi tekak saya. Memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah. Hahaha.
Resepinya mudah saja.
Bahan-bahan :
Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak
**Takde s**atan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.
Cara-cara :
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
3. Masukkan p**a cili besar, cili padi dan belacan.
4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
6. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.
7. Saya punya ni saya guna hand blender.
8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika s**a.
10. Siap!
Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah. 😍
Selamat mencuba semua.
10/01/2021
Hiii..selamat datang ke Clear Herbs Perak..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Sultan Abdul Jalil
Ipoh