Abidi_Zatun Amway

Abidi_Zatun Amway

Share

Islam penyelesaian segala masalah. Ya Allah pandulah kami, insan yg jahil lagi hina ini.

02/02/2025

Tawaran kemasukan ke Tingkatan 1, SMITI Al-Istiqamah, Ipoh, Perak

Hari terakhir pra pendaftaran!

Terima kasih kepada semua bakal pelajar generasi pertama Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam - SMITI Al-Istiqamah, Ipoh, Perak yang telah mengesahkan dan menerima tawara atau menyempurnakan permohonan pra pendaftaran.

InsyaAllah hari ini (2 Februari 2025) merupakan tarikh akhir pra pendaftaran siri 2.0 dengan klik pautan di bawah,

๐ŸŒ PAUTAN PRA PENDAFTARAN
https://bit.ly/DaftarSMITIAlIstiqamah2025

Semoga dipermudah segala urusan oleh Allah SWT, Amin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

05/01/2024

Susuk tubuh yang berjaya menakutkan laknatullah isr@el walaupun belum berada di dalam muka depan akhbar semasa kehidupannya. As-Syahed Saleh Arouri, salah seorang daripada sayap penting bagi perjuangan Hamas telah syahid pada 2/1/2024 dan gugur syahidnya beliau di medan perjuangan tanah Lebnon itu menggemparkan seluruh dunia, bahkan kini amukan dan amarah dunia telah meningkat jauh lebih daripada yang sebelumnya.

Inilah seorang pejuang yang menjadi bukti betapa perjuangan itu indah. Mati syahid itu indah. Ia juga menjadi contoh kepada semua anak mudah seluruh dunia untuk tidak berputus asa dan teruskan perjuangan sehingga beroleh syahid akhirnya.

As-Syahid Saleh Arouri dilahirkan pada tahun 1966 di Ramallah, sebuah kota di tebing barat. Beliau menyambung pengajian di dalam jurusan Syariah Islam pada tahun 1985 di Universiti Hebron dan As-Syahed Saleh Arouri adalah antara pengasas badan islam(pertubuhan islam) iaitu Al-Kutlah Al-Islamiyyah. Pertubuhan yang menjadi sayap utama pemuda Universiti Hebron.

Jika ingin menceritakan kejayaan dan pengorbanan beliau, tidak cukup masa akhbar untuk menerangkan. As-Syahid Saleh Arouri mulai membentuk pasukan militer untuk gerakan di tebing barat seusai beliau masih belajar iaitu pada tahun akhir di pengajian pada tahun 1991 dan gerakan itu berjaya berkontribusi dan kini ia dikenali sebagai salah seorang bapa pengasas Brigade Asy-Syahid Izzuddin al-Qassam.

Jika dibandingkan kesukaran kehidupan beliau, jauh bezanya dengan kita yang serba mewah. Kehidupan beliau seringkali diganggu dan beliau juga kerap dimasukkan ke penjara isr@el kerana dituduh menjadi pemberontak(terrorist). Pada tahun 1990, beliau ditangkap oleh penjajah selama 6 bulan. Kemudian beliau dibebaskan sementara dan ditangkap semula selama lebih dari 15 tahun di penjara isr@el dan kali terakhir beliau dibebaskan pada tahun 2010.

Tugas semasa beliau ketika syahid adalah sebagai Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas dan komander sayap tentera Hamas di Tebing Barat. Beliau ini sangat digeruni oleh rejim zionis isr@el mesti bukan kerana hartanya, bukan kerana keluargnya tetapi kerana bakatnya sering kali menjadi ancaman bagi puak laknatullah isr@el ini. Syeikh Saleh Arouri adalah salah satu perancang strategi pertempuran Thuufanul Aqsha(Taufan al-Aqsa), mulai dari tujuan umum sampai khusus, tetapi teknik lapangannya diatur langsung dan dibantu oleh Muhammad Dheif(salah seorang yang dikehendaki isr@el).

Kredit: FB Nadir Al-Nuri

Photos from Ustaz Salleh Said's post 05/01/2024
Photos from Abidi_Zatun Amway 's post 05/01/2024

Salam jumaat

Sedia terima tempahan

https://wasap.my/60102552308/NakOrderAiskrim

02/01/2024

Dakwaan 'Langkah Dubai' : Kerajaan Paranoid

Baru-baru ini, keluar dakwaan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang kononnya wujud 'Langkah Dubai' daripada kumpulan pembangkang untuk jatuhkan kerajaan.

Agak 'menghiburkan' apabila insan berpangkat daripada agensi utama kerajaan yang menyebarkan khabar angin sebegini.

Tanpa bukti yang kukuh.

Hanyalah suara bisikan yang entah datang dari mana dijadikan sandaran.

Tindakan beliau cukup tidak baik untuk imej kerajaan. Bak kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, tindakan beliau ini sangat tidak cermat dan boleh ditafsir bahawa kerajaan Madani ini tidak kukuh.

Susulan itu, seorang penganalisis dari Universiti Malaya menyifatkan bahawa J-Kom telah termakan "dongeng" yang diwujudkan sebagai propaganda pihak tertentu.

Apabila mengenangkan 'liabiliti-liabiliti' dalam Kerajaan Perpaduan sekarang yang tidak habis-habis membangkitkan kemarahan orang Melayu, mungkin ini antara faktor yang menimbulkan kerisauan tidak berasas sebegini.

Apatah lagi, langkah-langkah seperti ini terlebih dahulu menjadi rutin Anwar Ibrahim sejak tahun 2008.

"We have numbers. We have convincing majority."

Itu yang takut sangat tu.

02/01/2024

Jangan masuk campur urusan agama kami!

PAS Kawasan Tambun diketuai Ketua Pemudanya, YB Ustaz Hafez Sabri bersama AJK PAS Kawasan telah membuat laporan polis ke atas Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham di Balai Polis Pekan Tambun, Perak.

Ngeh baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan dengan mencadangkan pihak bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas mengkaji kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam.

Seperti namanya, undang-undang Islam hanya akan terpakai untuk pelaku kesalahan dari kalangan orang Islam sahaja, ia tidak akan melibatkan orang bukan Islam, maka tiada keperluan untuk keterlibatan pihak yang tidak berkaitan.

Kami berharap tindakan undang-undang yang sepatutnya akan diambil terhadap Ngeh Koo Ham atas kenyataan tersebut yang terang-terangan berkait dengan isu 3R yang selama ini digembar-gemburkan pihak kerajaan sebagai kesalahan yang seringkali diambil tindakan kepada pihak pembangkang.

Semoga proses undang-undang di Malaysia terus telus serta adil buat semua warganya.

02/01/2024

Assalamualaikum warahmatullah

08/12/2023

Assalamualaikum Salam Sejahtera ๐ŸŒน๐ŸŒน
BINA ๐Ÿ ๐Ÿ ZERO DEPOSIT

Ada Tanah ?? Nak Bina rumah Tapi Takut scammer.
Dengan Lagenda Armada Confirm ๐Ÿ  siap dengan jaminan 100%๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

๐Ÿ Tanpa deposit
๐Ÿ tanpa kos awalan:
Kos drawing/kos plan/kos lawyer/submission pbt
๐Ÿ Rumah siap dalam masa 35 -45 hari
๐Ÿ Bayar by progress( bina dulu 20% baru 1st claim)
๐Ÿ Tidak bimbang rumah terbengkalai

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Berminat nak buat rumah..roger2๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
๐Ÿ“ฒ
https://wasap.my/60167664226/AbidiMaznan1004

19/10/2023

Sirru ala Barakatillah... Tahniah semua pimpinan kami

19/10/2023

Mengapa kita berada di sini? Allah letak kita di sini untuk angkat suara Islam!

Ahmad Azlan Abu Bakar
Perwakilan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


LINTASAN DESA JAYA 6, TAMAN KINTA JAYA, TG. RAMBUTAN
Ipoh
31250