Rafflesia Cantik

Rafflesia Cantik

Share

Assalamualaikum & Hai οΏ½

Saya Siti Syazana, Independent Beauty Consultant. Sila hubungi saya untuk

Those in Perak who interested to join my Skincare and Makeup class, please do not hesitate to contact me at 019-5755227 (MaryKaySyaza)

Class is FREE of charge and hostest is eligible for special gift.

Photos 08/08/2017

Tips Kecantikan #13 Cara Siti Syazana Ahmad Nasfy mengatasi masalah Whitehead & Blackhead 😍

Hai Ladies..😊

Seperti yang Syaza janjikan, Syaza nak share cara yang Syaza guna untuk mengatasi masalah whitehead & blackhead (W&B).

Selalu kita mengalami masalah ni dan ianya normal. Cuma bagaimana cara kita kawal masalah ni. Itu yang penting!!! Sebab W&B akan semakin teruk apabila TIDAK dikawal πŸ˜‰.

Dulu sebelum kenal MaryKay, Syaza guna cara2 biasa yang orang lain guna. Tapi cara tu tidak efektif dan hakikatnya menyakitkan πŸ˜“.

Selepas kenal MaryKay. 1st yang Syaza guna ialah CLEANSING BRUSH SKINVIGORATE πŸ˜‰. Bila semakin lama dalam MaryKay, Syaza tambah lagi koleksi produk2 lain yang boleh membantu Syaza mengawal W&B dan mendapatkan kulit sihat dan cantik 😁.

Jom Syaza ceritakan satu persatu produk yang Syaza guna. Teruskan membaca ye πŸ˜‰..

1. SKINVIGORATE - CLEANSING BRUSH TOP 5 IN THE WORLD 🌎

SkinV ni merupakan beauty tools yang mempunya berus yang sangat halus, lagi halus dari liang pori dan berus halus ni sangat membantu mencuci kulit hingga ke liang pori..

Syaza perasan Syaza memang ada masalah W&B di bahagian p**i dan hidung. 1st time guna SkinV, Syaza tumpu memberus di bahagian yang ada W&B tu. Dan lepas cuci muka, Syaza belek muka depan cermin..WOOOOW semua W&B hilang. Liang pori Syaza jadi kosong πŸ˜… dan waktu tu memang jelas liang pori besar 😭. Rupanya liang pori terbuka bila ada W&B 😒

W&B akan sentiasa ada diwajah disebabkan oleh penggunakan makeup dan kotoran debu habuk disekitar kita. Jadi bagi Syaza, SkinV ni sangat membantu sebab setiap pagi & malam Syaza akan cuci muka dengan SkinV dan dalam masa yang sama Syaza berjaya kawal W&B dari terus melekat kat muka. Yeayyy 😍

Dengan SkinV Syaza berjaya merutinkan proses mengawal W&B. Jadi benda alah ni tak sempat lah nak lekat kat muka πŸ˜„. Dan bila W&B takde, secara automatik liang pori semakin mengecil 😍. Alhamdulillah Syaza sangat happy dan puas hati guna SkinV ni.

Beauty tools yang sangat membantu Syaza selesaikan masalah W&B dan bantu Syaza dapatkan tekstur kulit yang lebih cantik 😘.

Okey..memandangkan post ni panjang lebar cerita pasal SkinV yang hebat ni..Syaza stop kat sini dulu..πŸ˜‰

Next post Syaza share tentang produk2 lain p**ak k πŸ˜„.

🌸Syaza LOVE MaryKay🌸

Photos 02/08/2017

Tips Kecantikan #12 Cara singkirkan Whitehead & Blackhead

Bila sebut whitehead & blackhead, mesti rasa stress dan sakit hati sangat2 kan?? Kan?? 😒

Kebanyakkan kita tak lari dari masalah ni sebenarnya. Whitehead & blackhead memang sentiasa ada diwajah.

Bezanya sesetengah orang whitehead & blackhead dia jelas kelihatan dan memang tak dapat cover langsung. Tapi sesetengah orang whitehead & blackhead dia terkawal dan tak nampak jelas. Bila tekan memang keluar tapi dipermukaan kulit takde πŸ˜„.

Macam2 cara ada untuk kita hilangkan whitehead & blackhead. Cuma ada sesetengah cara tu menyakitkan, melukakan dan meninggalkan kesan lebam pada wajah. Aduhhh buruk p**ak muka ni bila ada kesan2 lebam. πŸ˜“

Syaza sendiri pernah ada masalah whitehead & blackhead. Dan gambar bawah πŸ‘‡ ni antara cara yang pernah Syaza cuna untuk buang whitehead & blackhead. Tapiiiiiiii....dengan cara2 ni Syaza tak konsisten. Dalam erti kata lain takde nye nak buat semua ni hari2. Mungkin sebulan sekali baru buat. Makanya masalah tak selesai2. Malah makin buruk πŸ˜“πŸ˜­πŸ˜­.

➑ Black mask memang sangat efektif dalam menarik keluar whitehead & blackhead.
Tapiiiii nak tarik mask tu bila kering bercinta πŸ˜…. Sakitnya sampai mengalir air mata 😒. Dan kadang2 black mask ni membuka pori kita. Jadi pori jelas kelihatan 😒. Buruk p**ak muka bila pori besar πŸ˜“.

➑ Besi tu pun sama efektif dalam buang whitehead & blackhead.
Tapiiiiii takkan berjam2 nak duduk menghadap cermin dan nak picit muka supaya keluar semua whitehead & blackhead tu πŸ˜“. Memang tak siap lah keje lain jawabnya. Tak makan lah encik Suami kalau itu kejenya sehari2 πŸ˜‚. Dah tu sakit p**ak. Lagi tak syok tinggal kesan lebam. Habis merah2 muka Syaza. Ish cukup la buat sekali lepas tu tak buat dah 😣.

➑ Berus gigi. Baca online buh ubat gigi, soda bikarbonat dan berus kawasan yang ada whitehead & blackhead dengan berus gigi. Ish sakit juga guna cara ni. Berus gigi tu kasar bulu berus dia. Memang mau melecet habis muka Syaza 😭😭😭. Lepas tu rasa pedih sebab kulit dah mengelupas 😒. Pun buat sekali je tak buat dah lepas tu πŸ˜‚. Serik aku πŸ˜….

➑ Pelekat hidung. Yang ni kita pakai kat hidung je. Kalau black mask pakai 1 muka. Efektif la juga.
Tapiiiiii sakit juga lah nak boleh cabut pelekat tu. Memang menangis la pedih wehhh..πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‚

Ish ish ish..macam2 cara dah cuba nak selesaikan masalah whitehead & blackhead sebelum ni. Tapi tetap tak efektif.

But now...Syaza dah takde masalah tu ye. Nak tahu apa Syaza guna untuk selesaikan masalah tu sekelip mata??

Okeh sabar naih..tunggu next post 😁

31/07/2017

Tips Kecantikan #11 Punca terjadinya Whitehead & Blackhead

Whitehead & Blackhead...apa sebenarnya yang menjadi punca terjadinya whitehead & blackhead??? 😏

1. Pengeluaran sebum yang berlebihan
➑ Sebum yang berlebihan menyebabkan kulit berminyak dan ia menjadi punca wujudnya whitehead & blackhead.

2. Tak cuci muka dengan betul
➑ Wajah merupakan anggota yang sering terdedah kepada habuk, debu, asap dan penggunaan makeup seharian. Semua ni antara punca terjadinya whitehead & blackhead sekiranya wajah tidak dicuci dengan betul dan sempurna.

3. Produk makeup yang menjadikan kulit berminyak
➑ Sesetengah produk makeup bersifat berminyak (Oily based). Penggunaan produk makeup ini akan menjadikan kulit berminyak dan makeup sukar ditanggalkan. Jadi whitehead & blackhead membiak dengan jayanya.

4. Scrub terlalu kasar.
➑ Kita menggunakan scrub bagi menghilangkan whitehead & blackhead. Namun sifat scrub yang terlalu kasar menyebabkan pori terbuka luas. Apabila pori terbuka, makin mudah habuk, debu dan kotoran masuk ke dalam pori dan makin sukar untuk dibersihkan. Lantas menjadikan masalah whitehead & blackhead menjadi makin rumit.

5. Kulit kekurangan nutrien.
➑ Kulit wajah yang sihat dapat mangurangkan masalah whitehead & blackhead. Jadi pastikan kulit anda sihat dan mendapat nutrien yang secukupnya agar masalah whitehead & blackhead dapat dikurangkan.

Okey dah tau kan punca whitehead & blackhead?? Jom cuba atasi masalah ni dengan cara yang bijak. Next post saya kongsikan pengalaman saya mengawal whitehead & blackhead diwajah πŸ˜‰.

Teruskan membaca....😁

Photos 17/07/2017

Tips Kecantikan #10 Whitehead & Blackhead

Masalah whitehead & blackhead memang tak dapat dielakkan. Ramai antara kita mempunyai masalah ni dan hari2 berperang πŸ’£πŸ”«πŸ’£ dengan masalah ni πŸ˜“.

Sakit hati, sakit mata tengok muka ada bintik2 hitam dan putih. Pakai makeup pun still nampak sebab bintik2 tu membenjol timbul. Makeup nampak sangat buruk bila ada benda ni 😭. Stress amat 😬😬😬😬.

Okey jom kita tengok apa tu whitehead & blackhead atau nama lainnya KOMEDO.

Apa itu KOMEDO??
πŸ’£ Komedo adalah benjolan (pap**a) kecil pada permukaan kulit yang berwarna hitam dan putih. Komedo merupakan jenis jerawat yang tergolong ringan yang umumnya muncul pada wajah.

Umumnya terdapat pelbagai jenis Komedo, namun 2 jenis Komedo yang sering menghantui kita, iaitu:-
πŸ’£ Komedo terbuka (komedo hitam @ blackhead).
πŸ’£ Komedo tertutup (komedo putih @ whitehead).

Punca terjadinya Komedo.
πŸ’£ Setiap folikel rambut terdiri dari sehelai rambut dan kelenjar minyak (sebum) yang berfungsi menjaga kulit agar tetap halus. Komedo disebabkan oleh sel kulit mati dan minyak yang terkumpul pada hujung luar folikel kulit. Kerana kulit di atas komedo terbuka dan terdedah kepada udara, maka warna komedo menjadi hitam. Manakala komedo yang tidak terdedah kepada udara berwarna putih.

Okey cukup rasanya info tentang Komedo dalam post ni. Tunggu post seterusnya untuk tahu lebih lanjut komedo dan cara mengatasinya πŸ˜‰.

Photos 16/07/2017

Tips Kecantikan #9 Pentingnya Moisturiser bagi Kulit Berminyak

Mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak selalunya lebih gemar mengelakkan penggunaan Moisturiser. Bagi mereka, moisturiser akan menambah masalah minyak diwajah.

Anda SALAH ❌❌❌

Pada hakikatnya Moisturiser juga penting untuk kulit berminyak seperti mana pentingnya ia kepada kulit kering. Tugas Moisturiser memberi kelembapan secukupnya pada kulit. Kulit yang cukup lembap mampu mengawal penghasilan minyak.

Dalam erti kata lain, Moisturiser sangat penting untuk mendidik kulit agar tidak menghasilkan lebihan minyak yang tidak diperlukan.

Jadi JANGAN abaikan penggunaan Moisturiser !!!

Gambar πŸ‘‡ antara seleksi moisturiser bagi kulit berminyak. πŸ˜‰

Untuk dapatkan info lebih lanjut, anda boleh terus PM saya πŸ˜‰
019-575 5227 😊

Photos from Rafflesia Cantik's post 14/07/2017

Tips Kecantikan #8 Pemilihan Cleanser bagi Kulit berminyak

Sebelum ni saya pernah cerita tentang pemilihan Cleanser bagi kulit kering. Tekstur Cleanser yang sesuai untuk kulit kering ialah Cream. Ingat lagi kan???

Dan harini nak cerita tentang pemilihan Cleanser untuk kulit berminyak. Tengok gambar πŸ‘‡. Kat sini saya bagi 2 pilihan Cleanser bagi kulit berminyak. Kedus2 teksturnya berbentuk Gel.

Okey kenapa penting untuk kenal pasti jenis Cleanser yang sesuai?? Tujuan utama untuk pastikan Cleanser ni bertindak membantu menyelesaikan masalah.

Bagi Cleanser Gel ni ia sebenarnya membantu kulit menyingkirkan lebihan minyak pada wajah. Jadi kulit akan kurang berminyak dan dalam masa sama tolong jangan skip penggunaan Toner & Moisturiser sebab kedua2 ni akan bantu kecilkan pori dan memberi kelembapan secukupnya pada kulit.

Jadi secara automatik kulit belajar untuk kawal penghasilan minyak. Jadi maknanya Cuci muka dengan Gel Cleanser aje TAK CUKUP kalau U all still skip Toner & Moisturiser. So ingat ye. Amalkan 3 basic regimen skincare ni. πŸ˜‰

Tak susah pun sehari 2 kali je nak pakai. Takkan tu pun malas 😏. Kalau malas sampai ke TUA tak merasa kulit sihat dan cantik πŸ˜•.

Nak cantik?? Pastikan kulit sihat!!!
Nak kulit sihat?? Amalkan 3 basic regimen skincare πŸ˜‰

Photos 14/07/2017

Tips Kecantikan #7 Cara Mengatasi Masalah Kulit Berminyak

Setiap dari kita mesti susah hati kalau kulit kita sangat berminyak. Rasa rimas dan tak selesa sentiasa ada. Kadang tu rasa nak cuci muka 3-4kali sehari sebab nak buang minyak kat muka. 😒

Tapi tahukah anda mencuci muka lebih dari 2 kali sebenarnya tak bagus. Anda sebenarnya memburukkan lagi keadaan kulit anda. Jadi apa langkah terbaik untuk pastikan kulit tak berminyak. Jom baca πŸ‘‡πŸ˜‰

Langkah2 terbaik untuk mengatasi masalah kulit berminyak.

1. Jangan malas mencuci muka
➑ Kulit berminyak bermakna pori-pori membesar dan banyaknya folikel rambut di kulit. Bagi yang kulitnya berminyak dan cenderung berjerawat hingga sensitif, biasakan untuk melakukan teknik cucian DOUBLE CLEANSING. Teknik DOUBLE CLEANSING ialah membersihkan muka terlebih dahulu dengan Oil Free Makeup Remover (tak kisahlah samaada anda menggunakan makeup atau tidak), dan kemudian dicuci dengan Cleanser. Ingat cuci muka 2kali je sehari !!!

2. Pilih Cleanser yang sesuai.
➑ Bagi mereka yang kulitnya berminyak, anda disarankan menggunakan pencuci Gel based. Pencuci gel based mampu membantu menyingkirkan lebihan minyak pada wajah.

3. Gunakan toner tanpa Alkohol
➑ Jangan abaikan penggunaan toner dan pilihlah toner yang bebas alkohol. Toner bertujuan bagi mengecilkan liang pori. Apabila pori mengecil, penghasilan minyak juga dapat dikawal.

4. Jangan abaikan Moisturiser
➑ Ramai yang rasa moisturiser tak penting bagi kulit berminyak. Anda SALAH !!! Moisturiser juga sangat penting bagi kulit berminyak. Tugas moisturiser memberi kelembapan secukupnya pada kulit. Apabila kulit mendapat kelembapan secukupnya, kulit dengan sendiri belajar untuk mengawal penghasilan minyak. Jadi tiada lagi masalah kulit berminyak !!!

5. Penggunaan Masker
➑ Masker membantu anda mengangkat kotoran dan lebihan minyak di dalam kulit. Ia juga penting bagi mengecilkan pori. Jadi gunakan masker 2-3kali seminggu.

5. Minum air secukupnya
➑ Penjagaan dalaman penting untuk dapatkan kulit cantik. Jadi minumlah air secukupnya setiap hari.

6. Jangan makan makanan berminyak
➑ Pemakanan juga mempengaruhi keadaan kulit anda. Kalau taknak kulit berminyak, kurangkan atau elakkan mengambil makanan berminyak !!!

7. Buah2an dan sayur2an sebagai sumber vitamin
➑ Amalkan memakan buah2an dan sayur2an untuk membekalkan vitamin kepada badan dan kulit anda.

Dah tau langkah2 mengatasi masalah kulit berminyak?? Jom cuba. In shaa Allah anda dapat lihat hasilnya πŸ˜‰.

Photos 13/07/2017

Tips Kecantikan #6 Kulit berminyak

Siapa kat sini ada masalah kulit berminyak?? 😱😭😭

Rimas kan bila kulit kita berminyak. Rasa sangat tak selesa, melekit dan berkilat je 😭😭😭. Jerawat tak payah cakap. Memang menjadi2 jerawat ni bila kulit berminyak 😭😭😭. Bila muka banyak jerawat rasa rendah diri sangat kan??

Malunya nak jumpa kawan2 sebab muka banyak jerawat dan parut jerawat tak padam2 😒.

Takpe. Jangan risau. Jom kita tengok ciri2 muka berminyak supaya kita dapat kenal pasti masalah kita.

Ciri2 kulit berminyak...
➑ Kulit berkilat, melekit dan rasa tak selesa
➑ Kulit berjerawat
➑ Kulit kusam
➑ Pori tersumbat
➑ Pori terbuka
➑ Whitehead Blackhead

Yes semua masalah kulit kebanyakkannya berpunca dari kulit yang berminyak. Jadi macam mana nak atasi masalah kulit berminyak??

Tunggu tips kecantikan seterusnya ye πŸ˜‰

Photos 13/07/2017

Tips Kecantikan #5 Pentingnya Moisturiser (Pelembap) untuk kulit kering

Sebelum ni saya dah cerita tentang pemilihan Cleanser yang tepat bagi mereka yang ada masalah kulit kering. Ingat lagi kan?? 😏

Pilih Cleanser yang bertekstur CREAM. Pemilihan ni penting bagi mengelakkan kulit bertambah kering !!! 😱

Okey. Hari ni kita tengok langkah lain yang juga penting untuk pastikan kulit tidak kering. MOISTURISER @ PELEMBAP sangat penting dalam membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Bagi mereka yang berkulit Normal, penggunaan moisturiser sehari 2kali sudah memadai. TAPI bagi yang berkulit kering, anda perlu menggandakan penggunaan MOISTURISER kepada 3-4kali sehari.

Ini bertujuan bagi mengekalkan kelembapan kulit anda. Jadi tolong jangan abaikan penggunaan MOISTURISER. Ianya merupakan basic skincare regimen yang amat penting !!!

Sebelum tidur pastikan anda memakai moisturiser bagi mengelakkan kelembapan kulit dari terhidrasi oleh kipas atau penghawa dingin di dalam bilik.

Nak kulit sihat dan cantik?? Jangan abaikan penggunaan MOISTURISER !!!!

Gambar πŸ‘‡ merupakan moisturiser yang direka khas bagi memenuhi keperluan mereka yang berkulit kering. Untuk info lanjut, dapatkan bantuan saya πŸ˜‰

Photos from Rafflesia Cantik's post 11/07/2017

Tips Kecantikan #4 Pencuci wajah (cleanser) yang sesuai untuk kulit kering

Kulit kering?? πŸ˜”

Anda ada masalah kulit kering??

Jangan ambil ringan masalah kulit kering kerana kulit yang kering mudah berkedut dan garis2 halus kelihatan sangat ketara.

Kulit kering juga menjadi punca mudahnya terjadi JERAGAT 😱😭 dan kulit menjadi kusam.

Jadi buat pilihan bijak. Pilih pencuci muka (cleanser) yang sesuai yang tidak menambah kekeringan kulit anda. Cleanser anda harusnya dalam tekstur cream seperti dalam gambar dibawah πŸ‘‡πŸ˜‰.

Dalam MaryKay, terdapat 3 range produk yang direka khas bagi mengatasi masalah kulit kering.

🌹 Botanical Effects Formula 1 for Dry Skin
🌹 TimeWise Formula Dry to Normal Skin
🌹 TimeWise Repair

Ketiga2 produk diatas membantu anda mencuci muka tanpa membuang minyak yang diperlukan oleh kulit. Jadi kulit tidak bertambah kering dan kelembapan semulajadi dapat dikekalkan. πŸ˜„

Kulit yang cukup kelembapan akan kekal sihat dan semestinya cantik πŸ˜‰.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk MaryKay. Boleh hubungi saya πŸ˜‰.

Photos 11/07/2017

Tips Kecantikan # 3 Cara atasi masalah kulit kering

Assalamualaikum & Good Morning Beautiful Ladies 🌞😘🌹

Ingat lagi post semalam saya ceritakan tentang ciri2 kulit kering. Anda dah kenal pasti samaada kulit anda kering atau tidak. Jika kering apa p**a perlu anda lakukan untuk mengatasi masalah tu??

Okey jom baca post ni untuk info lanjut πŸ˜‰

Langkah2 yang perlu anda ambil bagi mengatasi masalah kulit kering πŸ‘‡πŸ˜Š

1. Ubah rutin mandi anda. πŸ˜•
➑ Eh nak ubah macam mana?? Takkan tak mandi. Nope!! Ubah rutin bermaksud jika sebelum ni anda kerap mandi mungkin sehari 5-6kali, maka kurangkan kekerapan tu mungkin kepada 2-3kali sahaja. πŸ˜‰ Makin kerap kita mandi memang kita rasa kulit bersih tapi pada masa yang sama ia menyebabkan minyak semulajadi pada kulit hilang dan menjadikan kulit kering. πŸ˜“
➑ Selain kekerapan mandi, tempoh masa yang diambil juga perlu diubah. Kalau selama ni mandi 30-45minit (ish ada ke mandi lama macam tu?? Hehehe sebab ada saya cakap 😜), now tukarlah mandi cukup selama 10minit. Rutin ini amat membantu anda menyelesaikan masalah kulit kering. πŸ˜„

2. Gunakan sabun pelembap
➑ Antara penyebab kulit kering ialah penggunaan sabun. Kat pasaran ada macam2 jenis sabun. Jadi buat pilihan bijak. Pilih sabun dengan pelembap. Untuk kulit wajah, amat2 penting untuk anda buat pilihan tepat. Pilih pencuci wajah yang bertekstur CREAM bukan GEL!! Dan jangan sesekali mencuci wajah dengan sabun mandi ❌

3. Pakai pelembap setelah mandi
➑ Kadang2 penggunaan sabun pelembap sahaja tak cukup. Jadi tambah pelembap lain untuk pastikan kulit tidak kering. Pastikan sesudah mandi anda menyapu losyen pada badan dan moisturiser pada wajah agar kulit mendapat kelembapan yang cukup.

4. Hindari panas berlebihan
➑ Sebolehnya elakkan diri anda dari terdedah terus pada sinar Matahari kerana sinar Matahari mengandungi sinar UV yang berbahaya.
➑ Pelembap sahaja tidak cukup untuk melindungi kulit anda dari sinar UV. Jadi anda sebenarnya amat memerlukan SunScreen (Sun Block).
➑ Pendedahan terus pada sinar UV menjadi punca kulit lebih cepat TUA, BERKEDUT DAN KENDUR. Masalah JERAGAT dan KANSER KULIT juga antara punca pendedahan terus kulit pada sinar UV dan kulit akan bertambah kering.
➑ Jadi pastikan anda memakai SunScreen sekurang-kurangnya 30minit sebelum anda keluar dari rumah πŸ˜‰.

5. Minum air secukupnya dan makan banyak buah-buahan dan sayur
➑ Selain memenuhi keperluan luaran kulit. Pastikan keperluan dalaman juga disempurnakan. Minum air kosong secukupnya dan makan buah2an dan sayur2an untuk memastikan badan cukup air dan vitamin yang diperlukan πŸ˜„.

Haa tu dia 5 tips untuk mengatasi masalah kulit kering πŸ˜‰. Jom amalkan 5 tips ni, in shaa Allah anda dapat menyelesaikan masalah anda. πŸ˜‰

Photos 10/07/2017

Tips Kecantikan # 2 Kulit Kering

Berapa diantara kita mempunyai masalah kulit kering?? 😏

Anda tahu untuk kenal pasti samaada kulit anda kering atau berminyak atau normal?? πŸ˜•

Jom tengok πŸ‘‡ ciri2 kulit kering πŸ˜‰
➑Kulit wajah kasar, kusam dan biasanya sedikit bersisik
➑Pori-pori sangat kecil, hampir tidak terlihat
➑Banyak terdapat garis-garis halus atau kedutan yang sangat tipis
➑Kulit sering mengelupas kerana pelbagai hal, seperti selepas mandi atau setelah menggunakan pencuci muka.
➑Seringkali terasa gatal kerana iritasi
➑Banyak terdapat bintik2 warna merah dan radang pada kulit wajah

Dalam banyak2 ciri di atas, ada antara anda mengalaminye?? Kalau ada apa cara terbaik untuk mengatasi masalah kulit kering??

Next post saya akan sambung cara mengatasi masalah kulit kering πŸ˜‰.

Stay tune....πŸ˜„

Want your business to be the top-listed Hair Salon in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00