D Alam Academy
Training and consultant
09/08/2026
β¨ ALHAMDULILLAH, SELESAI 5 HARI βBERKAMPUNGβ DI BAGAN DATUK! β¨
Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan kami selama 5 hari di Bagan Datuk bagi menjayakan Program TVET Mahir Kerja Fasa 2 (2026) menerusi Kursus Penjagaan Ibu Selepas Bersalin & Penyusuan Susu Ibu. π€±π»π
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PASAK atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk mengendalikan program ini. Satu amanah, pengalaman dan peluang yang cukup bermakna buat seluruh pasukan. β€οΈ
Penghargaan istimewa buat barisan tenaga pengajar kami Cikgu Rosdziah binti Mohd Zainudin, Tenaga Pengajar Utama dan
Cikgu Maizatulakmar binti Mohd Zainudin
Tenaga Pengajar. Terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar, komitmen, kesabaran dan kesungguhan sepanjang 5 hari bersama para peserta. Bukan sekadar menyampaikan ilmu dan kemahiran, malah turut membimbing serta berkongsi pengalaman dengan penuh dedikasi.
Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi ilmu yang bermanfaat dan terus memberi manfaat kepada para peserta. π€²π»πΉ
Lebih istimewa, pada hari terakhir program, kami turut menerima kunjungan daripada
YBhg. Datuk Haji Khairudin bin Haji Tarmizi
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YAB Menteri Kementerian Desa & Wilayah
merangkap Ketua Pegawai Khas, YAB Ahli Parlimen Kawasan Bagan Datuk. Memandangkan program ini berlangsung di Bangunan UMNO Bagan Datuk, YBhg. Datuk telah berkesempatan meluangkan masa bersama kami, bertemu serta menyantuni para peserta program.
Terima kasih YBhg. Datuk atas kesudian singgah dan memberikan sokongan kepada usaha memperkasakan masyarakat melalui TVET dan pembangunan kemahiran. πΉ
Lima hari βberkampungβ di Bagan Datuk bukan sekadar berkongsi ilmu dan kemahiran, tetapi turut mencipta pengalaman, kenangan dan ukhwah yang cukup indah bersama para peserta. π₯°
π Minggu ini kita di Hilir Perak β Bagan Datuk.
π Next, kita bergerak ke Hulu Perak β Gerik p**a! ππ¨
Insya-Allah, perjalanan membawa ilmu dan kemahiran ini akan terus bergerak dari satu daerah ke satu daerah.
Bagan Datuk, DONE! β
Hulu Perak, HERE WE COME! πͺπ»π₯
Semoga segala urusan seterusnya dipermudahkan dan setiap usaha yang dilaksanakan menjadi asbab kepada lebih ramai masyarakat memperoleh ilmu, kemahiran dan peluang menjana pendapatan. π€²π»β€οΈ
09/08/2026
βοΈ *JOM SERTAI KURSUS GUNTING RAMBUT LELAKI (BARBER)*βοΈ
π Minat dalam bidang barber? Ingin mempunyai kemahiran yang boleh menjana pendapatan? Kini peluang anda untuk menyertai Kursus Gunting Rambut Lelaki telah dibuka!
π₯ YURAN PERCUMA
π½οΈ Makan tengah hari disediakan
π° Elaun disediakan
π Sijil penyertaan disediakan
π
Tarikh: 17 β 30 September 2026
π Tempat: DβAlam Academy, No.25A , Jalan Ampang Baru 6A ,31400 Ipoh, Perak
Syarat Penyertaan:
β
Umur 15 β 40 tahun
β
Boleh membaca dan mengira
β
Sihat tubuh badan
π Pelajari teknik gunting rambut moden, penggunaan peralatan barber, kemahiran layanan pelanggan serta asas untuk memulakan kerjaya atau perniagaan sendiri.
β οΈ Tempat adalah TERHAD!
π² Daftar sekarang atau hubungi:
βοΈ Dr.Hajar - 010-4022188
Cikgu Rozy - 012-5072659
Sila tekan link ini untuk PENDAFTARAN :
https://forms.gle/Q98chLiu5x4kNBXy9
Kemahiran Hari Ini β’ Kejayaan Hari Esok
09/08/2026
πΏ USAHAWAN SPA MALAYSIA, INI PELUANG YANG SANGAT BERHARGA πΏ
Tahukah anda, kejayaan sesebuah spa hari ini bergantung kepada teknik kemahiran , ilmu kepimpinan dan juga penggunaan AI dalam perniagaan yang semakin meluas.
β¨ Malaysia Association of Wellness Trainer (MAWT) membawakan Professional Wellness Knowledge Series 2026, khas untuk pemilik spa, therapist, trainer dan usahawan wellness yang mahu membawa perniagaan ke tahap lebih tinggi.
π
12 Ogos 2026 π Rahsia Kekal Aura Positif dengan Teknik Urutan Naikkan Seri Wajah π©βπ« Disampaikan oleh Cikgu Rozy dari D'Alam SPA & Academy .
Link group wasapπ
https://chat.whatsapp.com/KrBXwXMgE2HHWFf659bdM9
π
26 Ogos 2026 π€ AI for Leader & Manage Business SPA π©βπ« Disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Roslizawati binti Che Aziz
Link group wasapπ
https://chat.whatsapp.com/Kbet8AT6vGpJQ5WmEaz6Gt
π° Yuran Penyertaan setiap satu sesi π
β
Ahli MAWT : RM25
β
Bukan Ahli : RM50
π Kenapa anda WAJIB sertai?
β Tambah ilmu yang praktikal dan relevan.
β Belajar teknik terkini dalam industri spa & wellness.
β Kuasai penggunaan AI untuk mengembangkan bisnes.
β Luaskan rangkaian bersama usahawan spa dari seluruh Malaysia.
β Tingkatkan kredibiliti sebagai pemimpin industri spa.
*Ilmu Hari Ini, Kejayaan Esok*
Jangan tunggu sehingga pesaing anda lebih ke hadapan. Rebut peluang untuk belajar, berkembang dan membina masa depan perniagaan spa yang lebih kukuh.
π² Tempat adalah TERHAD! Daftar sekarang dan kongsikan kepada rakan-rakan usahawan spa di seluruh Malaysia.
24/07/2026
πΈ Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
Perghhh... Mantap! π₯
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada National Training Week (NTW) 2026 kerana memberi peluang kepada D'Alam Academy untuk menganjurkan Kursus Penjagaan Wajah dan Solekan.
Sambutan yang diterima benar-benar di luar jangkaan. Sasaran asal hanyalah 30 orang peserta, namun alhamdulillah lebih 40 orang peserta telah hadir menyertai kursus ini. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa program latihan kemahiran terus mendapat kepercayaan serta sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat.
"Dengar je Cikgu Rozy... Confirm FULL HOUSE!" πβ€οΈ
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dengan semangat untuk menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran. Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan, menjadi sumber rezeki, serta membuka lebih banyak peluang kerjaya dan keusahawanan pada masa hadapan.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya NTW 2026, atas inisiatif memperkasakan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran rakyat Malaysia.
D'Alam Academy akan terus komited melahirkan lebih ramai individu yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi dunia pekerjaan serta keusahawanan.
Get Skill, Get Excellence! π
24 Julai 2926 | Jumaat
23/07/2026
23 Julai 2026 | Khamis
NATIONAL TRAINING WEEK -NTW
Alhamdulillah, D Alam Academy turut mengambil bahagian didalam Program NTW bagi tahun 2026. selesai sudah Kursus Penjagaan Kuku Tangan & Kaki (Manicure & Pedicure).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan semangat sepanjang kursus berlangsung.
Kursus ini telah dikendalikan oleh D'Alam Academy dengan bimbingan Puan Rosdziah Binti Mohd Zainudin Rosezy Dyn, seorang tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang Penjagaan Kuku Tangan & Kaki.
Para peserta bukan sahaja mempelajari teori, malah turut menjalani latihan amali bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi manfaat, membuka peluang kerjaya serta menjadi langkah permulaan untuk menjana pendapatan dalam industri kecantikan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita bertemu lagi dalam kursus-kursus akan datang.
22/07/2026
21 Julai 2026 | Selasa
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penyerahan Kit Perniagaan kepada para peserta Program PROPER A β Car Wash & Detailing.
Majlis telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azwari bin Mohd Azroi, Pengurus Unit Bimbingan dan Pemerkasaan Usahawan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), yang turut menyampaikan kit perniagaan kepada para peserta.
Turut hadir ialah Puan Rosdziah binti Zainudin, selaku Tenaga Pengajar Utama merangkap Penyedia Latihan bagi program ini, serta Encik Eidlan bin Ab Karim, yang juga merupakan Tenaga Pengajar Utama.
Program ini merupakan satu langkah penting dalam memperkasakan peserta untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang Car Wash & Detailing, sekali gus membuka peluang menjana pendapatan secara mampan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan, serta kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Semoga segala ilmu, kemahiran dan peralatan yang diterima dapat dimanfaatkan sebaiknya, seterusnya menjadi pemangkin kejayaan para peserta sebagai usahawan yang berdaya saing.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua peserta PROPER A Car Wash & Detailing! πβ¨
22/07/2026
πΈ KURSUS PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN & PENYUSUAN SUSU IBU πΈ
Ingin menambah ilmu penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin? Atau berminat membina kerjaya dalam bidang penjagaan ibu selepas bersalin? Jom sertai kursus ini!
π Tempat: Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun, Perak.
π
Tarikh: 03-07 Ogos 2026
π Peserta akan menerima:
β
Elaun RM200 β
Sijil Penyertaan
π² Daftar sekarang melalui aplikasi Talent Perak atau hubungi nombor yang tertera pada poster.
Ibu Sihat, Bayi Cergas, Keluarga Bahagia. β€οΈ
21/07/2026
13 Jun 2026 | Sabtu
π§Ό Kursus Membuat Sabun di SoabLab, Shah Alam
Alhamdulillah, satu lagi langkah ke hadapan buat D'Alam Academy dalam memperluaskan bidang latihan.
Kami berpeluang mengikuti Kursus Membuat Sabun di SoabLab, Shah Alam sebagai persediaan membuka bidang baharu di D'Alam Academy, iaitu latihan dan kemahiran dalam pembuatan sabun.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berkemahiran, kreatif dan mampu menjana pendapatan melalui penghasilan produk sabun berkualiti.
Insya-Allah, nantikan program dan kursus baharu daripada D'Alam Academy tidak lama lagi!
21/07/2026
14 Julai 2026 | Selasa
Puan Rosdziah Binti Mohd Zainudin, Pengasas D'Alam Academy, telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Refleksologi bersama para pelajar Program Kosmetologi di Kolej Vokasional Kuala Kangsar.
Sesi ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik asas refleksologi, amalan terbaik dalam rawatan, serta perkongsian pengalaman industri bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Kolej Vokasional Kuala Kangsar atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang TVET.
21/07/2026
Save the date guys π
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 25A Jalan Ampang Baru 6A
Ipoh
31400