Naqayla Spa
SPA KESUBURAN DAN KESIHATAN ANDA & Pengedar produk kesihatan.
02/09/2026
🌸 Pakej Ikhtiar Zuriat Naqayla Spa TTC 🌸
📍 Halaman Meru Permai, Ipoh, Perak
Masih menanti cahaya mata? Anda tidak keseorangan. Di Naqayla Spa TTC, kami memahami perjalanan TTC (Trying To Conceive) kerana kami juga pernah melalui pengalaman yang sama.
✨ Apa yang anda akan peroleh:
✔ Rawatan urutan ikhtiar zuriat untuk wanita
✔ Konsultansi berkaitan kesuburan wanita
✔ Perkongsian ilmu dan panduan TTC berdasarkan pengalaman serta latihan profesional
✔ Sokongan emosi dan motivasi sepanjang perjalanan ikhtiar
👩⚕️ Dikendalikan oleh perawat wanita yang:
• Berdaftar dengan KKM (Unit TCM)
• Bertauliah dalam Terapi Urutan (SKM Tahap 3)
• Berpengalaman dalam bidang makmal kesihatan swasta
• Pernah melalui perjalanan TTC selama 6 tahun sebelum memperoleh anak pertama
• Pengasas komuniti TTC Malaysia sejak 2012
Setiap sesi turut disertakan konsultansi mengenai masalah kesuburan dan isu kesihatan wanita yang berkaitan.
❤️ Alhamdulillah, ramai pelanggan telah berjaya memperoleh zuriat setelah berikhtiar dengan izin Allah.
Testimoni pelanggan:
https://fb.watch/kKJTAVwniu/?mibextid=Nif5oz
📲 Untuk temujanji:
https://wa.me/message/7VMOXRR22ISNA1
"Dan Dia mengurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki anak-anak lelaki dan perempuan." (Asy-Syura: 49)
28/07/2026
Promosi Khas buat geng TTC ❤
Terhad untuk 10 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat peluang ni!!!
Cepat lah booking :
https://wa.me/message/7VMOXRR22ISNA1
11/07/2026
Pakej Pantang Bersalin sekitar Ipoh.
Klik :
https://wa.me/message/7VMOXRR22ISNA1
Apa yang Kjue akan guide sepanjang pakej urut pantang bersalin?
Di dalam pakej urut pantang, Kjue bukan sekadar memberikan rawatan urutan, malah akan membimbing ibu secara menyeluruh agar proses pemulihan selepas bersalin menjadi lebih selesa dan teratur.
Antara perkara yang akan dibimbing ialah:
- Penjagaan luka episiotomi atau luka pembedahan caesarean.
- Panduan penyusuan susu ibu, termasuk teknik asas dan tip untuk melancarkan penyusuan.
- Pemakanan semasa berpantang bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan tubuh.
- Petua dan panduan untuk membantu mengurangkan masalah demam kuning (jaundis) bayi.
- Cara memandikan bayi dengan betul dan selamat.
- Cara mengenal pasti tanda-tanda bayi kembung serta langkah asas mengurangkannya.
- Penjagaan dan cucian tali pusat bayi sehingga tanggal dengan baik.
- Tip penjagaan ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang.
- Panduan mengembalikan bentuk badan dan menurunkan berat badan secara sihat selepas bersalin.
Dan banyak lagi ilmu serta pengalaman yang akan Kjue kongsikan kepada setiap ibu sepanjang tempoh berpantang. Matlamat Kjue bukan sekadar memberikan urutan, tetapi memastikan setiap ibu lebih yakin, sihat dan bersedia menjalani fasa baru bersama si manja.
-Pengamal perubatan Melayu berdaftar dengan PT&K, KKM, DKM 4 Postnatal -
Kami bermula sejak 2013 untuk bantu pelanggan sihat secara tradisional.
Untuk temujanji boleh klik :
https://wa.me/message/7VMOXRR22ISNA1
22/02/2026
🌸Pakej Ikhtiar Zuriat — Bila Hati Sudah Bersedia 🌸
Ikhtiar di bulan berkat mungkin lebih mustajab doanya...
Tak semua orang faham perasaan menunggu dua garis itu.
Senyum di luar, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.
Kjue bukan sekadar buat rawatan.
Kjue pernah bersama ramai pejuang TTC sejak 2012.
Kjue dengar cerita mereka, air mata mereka, doa mereka.
Dengan latar belakang Sarjana Muda Sains Biokesihatan (Kepujian), Universiti Malaya, pengalaman di makmal perubatan dan sebagai pengamal Urut Melayu bertauliah…
Kjue gabungkan ilmu, pengalaman dan pendekatan mind-body-soul dalam setiap sesi.
Di Naqayla Spa TTC, kita bukan hanya urut.
Kita betulkan aliran.
Kita tenangkan emosi.
Kita kuatkan doa.
Kita usaha di landasan yang betul berdasarkan punca permasalahan. Kadang bukan apa yang kita sangka...
Alhamdulillah… sudah banyak testimoni pasangan yang akhirnya memeluk zuriat sendiri 🤍
Setiap satu kisah itu sangat Kjue hargai dan ingati.
Kalau hati rasa sudah sampai masa untuk ikhtiar dengan lebih terarah,
boleh WhatsApp Kjue untuk temujanji di :
📲 https://wa.me/message/7VMOXRR22ISNA1
📍 Halaman Meru Permai, Ipoh
Pelanggan kami dari seluruh Malaysia termasuk Singapura.
"Ikhtiar itu usaha.
Hasilnya tetap milik Allah.
Kita buat yang terbaik, selebihnya kita serahkan 🤲🏻✨"
KUN FA YA KUN
03/02/2026
✨ PAKEJ IKHTIAR KESIHATAN WANITA ✨
Setiap tubuh ada ceritanya.
Setiap sakit ada sebabnya.
Dan setiap wanita berhak dirawat dengan cara yang betul.
🌿Kami sediakan pakej ikhtiar berfokuskan pemulihan tubuh, hormon & emosi secara beradab dan selamat:
🌸 Ikhtiar Zuriat
– Sokongan kesuburan & keseimbangan hormon wanita serta tips untuk bantu tingkatkan kesuburan isteri dan suami
🌸 Masalah Wanita
– Vaginismus
– Keputihan berpanjangan
– Mati putik
– Libido rendah
– Masalah dalaman wanita & hormon
🌸 Pantang & Pemulihan
– Pantang bersalin
– Penutup pantang
– Pantang gugur
🤰 Ibu & Wanita
– Ibu hamil (rawatan selamat & sesuai)
– Induce lactation (merangsang susu ibu yang mahu mahramkan anak angkat)
-Relactation (rangsang semula susu ibu yang telah kering)
– Induce period (bantu keluarkan haid)
– Pengantin (persediaan fizikal & dalaman serta seri pengantin)
💆♀️ Rawatan Badan
– Terseliuh / sakit bahagian tertentu
– Sakit badan, lenguh & keletihan
✨ Rawatan secara holistik
✨ Menjaga aurat & adab
✨ Fokus minda – badan – emosi - jiwa
📍 Sesi berjadual | Konsultasi awal disediakan.
📲 WhatsApp untuk pertanyaan & temujanji :
https://wa.me/message/7VMOXRR22ISNA1
Berikhtiar dengan ilmu,
Rawat tubuh dengan amanah. 🤍
20/01/2026
Promosi 21 Januari hingga 31 Januari sahaja!
Cepat grab!
Klik :
https://wa.me/message/7VMOXRR22ISNA1
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Lengkok Meru Permai 2
Ipoh
30020