Kakak Busyra

Kakak Busyra

Share

semoga istiqomah dan berjaya dunia akhirat

24/11/2024

S**a air barli tapi tak tahu cara masak barli yang tepat? jom ikut cara ni.

1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.

2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.

3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.

4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya s**a ratah.

5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.

Kredit : Mastura Rashid

20/08/2024

ANAK ITU REZEKI
1. Anak itu juga rezeki buat kita, kerana ada yang terlalu mengharapkan cahaya mata.

2. Ada rezeki Allah tak bagi terus pada kita, tapi DIA salurkan pada anak-anak kita.

3. Anak itu pemberian dan amanah buat kita, ia lebih bernilai daripada emas dan permata.

4. Ada yang berhabis duit untuk mendapat anak, tapi ada p**a yang sibuk hingga terabaikan anak-anak.

5. Alasannya demi anak sibuk mencari harta, hakikatnya anak perlukan perhatian kita.

6. Tak salah ingin mencari duit dan harta, pastikan berikan masa juga pada anak-anak kita.

7. Sebelum ada anak kita tidak berharta, sekarang ini dapatlah kita kumpul sedikit harta.

8. Bawalah p**ang rezeki halal dan berkat ke rumah kita, dengan harapan anak-anak mudah belajar dan mendengar kata.

9. Tak dibawa ke kubur segala harta yang kita usaha, kecuali doa dari anak yang soleh dan soleha.

10. Sayangi dan hargailah anak-anak kita, kerana mereka juga 'pintu rezeki' kita.

07/08/2024

Ada orang, ada duit, belum ada anak.

Ada orang, ada anak ramai, cabaran dari segi kewangan p**a.

Ada orang, suami bergaji biasa, tapi sungguh setia dan soleh mendidik.

Ada orang, suami sangat kaya, tak pernah susah apa bab duit, diuji kesetiaannya, terjatuh cinta dengan yang kedua dan ketiga.

Ada orang, ada beberapa buah rumah, diberi cabaran masa yang kurang. Banyak kerja. Kurang masa berkualiti dengan keluarga.

Ada orang, terlebih masa tak tahu nak buat apa, namun tiada harta dan duit banyak.

Ada orang ada kesihatan yang superb, namun sangat penat mencari sesuap nasi dan rezeki untuk keluarga.

Ada orang, duit sangat banyak, dapat pusaka dari orang tua, namun diuji dengan sakit di usia muda.

Ada orang, ibu bapa tinggalkan tanah, hanya perlu usaha buat rumah, duit ada sedikit sahaja, buat rumah kecil kecilan sahaja, tanpa hutang.

Ada orang, dia kerja lebih awal, 10 tahun dulu buat rumah murah sahaja untuk sekian luas, sekarang, walau lebih mahal, kecil sahaja rumah yang diperoleh.

Ada orang, tiada pusaka tanah ataupun rumah, namun kerja penjawat awam, mudah nak buat pinjaman beli tanah dan buat rumah, namun ujian p**a perlu bayar harga berganda dari harga pinjaman, hidup dalam keadaan berhutang 35 Tahun. Rumah besar dan selesa, namun terikat p**a.

Ada orang, gaji sangat banyak,

Namun ujian kesihatan untuk anak, ujian ada kenderaan rosak dan sebagainya, habis juga duit ke sekian tempat. Akhirnya makan sama banyak dan kenyang dengan orang yang gaji kelihatan biasa sahaja.

Begitulah kita.

Kita ada lebih di bahagian ini, kurang di bahagian itu.

Dipermudahkan bahagian sini,
Dis**arkan bahagian situ..

Ada rezeki sini, mereka ada rezeki di situ.

Nikmat kita berbeza.
Ujian kita juga berbeza.

Andai kita cemburu dan tak puas hati dengan rezeki dan nikmat yang orang lain dapat, kita perlu ‘tak puas’ hati juga dengan ujian dan kesakitan yang mereka rasai.
Syukuri apa yang Allah bagi untuk kita.

Kerana kelebihan yang orang lain dapat, ada terselit bahagian lain yang kita tak tahu.

Allah Ya Adl.
Allah Maha Adil.
Allah tak bagi kita semua sama,

Namun sesuai dan selayaknya untuk kita, mengikut yang terbaik menurut pengetahuan-Nya….

Allah berfirman dalam Surah Ibrahim,

ayat 7

Jika kamu bersyukur. Allah tambah nikmat.

Mafhum Hadis : Sungguh magik seorang mukmin. Apabila diuji dia bersabar, apabila diberi nikmat dia bersyukur. Ajaib!

15/07/2024

Sekadar ingatan bersama

10/07/2024

yesssss ! perempuan wajib ada duit sendiri ....

13/06/2024

Apple ID akan jadi Apple Account

Penjenamaan semula ini akan bermula pada sistem operasi generasi baru iaitu iOS 18, iPadOS 18, WatchOS 11 & macOS Sequoia

Ia bertujuan memberikan pengalaman log masuk yang konsisten merentas perkhidmatan dan peranti Apple

Alaa nak nama Apple ID

29/04/2024

Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.
Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.
Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.
Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.
Mak tu,
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.
Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.
Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya.
Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.
Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.
Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.
Mak tu,
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.
Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.
Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.
Mak tu,
Walau dia cakap dia tak s**a apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.
Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.
Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Kredit : Farizal Radzali

20/10/2022

Jangan Ikut Benci Orang Hanya Kerana Mendengar Cerita Dari Orang Yg Lain, Kerana Cerita Yg Kita Dengar Itu Belum Tentu Benar😊🙏🏻

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Ipoh
09100