PETUA Tackle HATI SUAMI

PETUA Tackle HATI SUAMI

Share

LIKE jika anda ingin SIHAT, GOJES & diSAYANGI SUAMI

02/12/2024
Photos from 1001 Aneka Resepi Kek's post 26/07/2024
07/05/2023

Air lawa

Saya ada satu resepi istimewa untuk raya korban nanti.mesti buat tau…
Untuk video cara buat lihat sini:

https://www.facebook.com/100044179401885/posts/773470140802292/?mibextid=cr9u03

Nie adalah sambal yang saya guna untuk cicah daging rebus. Teringat nak bagi siap siap nanti nak raya korban. Bolehlah tengok tengok apa bahannya dan cara buat.

Jom buat mesti selera makan akan bertambah tambah dengan kesedapan dan keharuman sambal ini.
Saya tak tahu nak bagitau macamna sedapnya....tapi kalau anda orang melayu selera melayu pasti akan teruja dengan kenikmatannya.

Sila buat sikit dulu pun tak apa..rasai dulu... lepas tu anda akan buat sebesen.....sebab krsedapannya mengalahkan semua air asam untuk cicah daging.

RESEPI TERBAHARU IDASHAHIDA- AIR LAWA

iaitu sejenis air assam untuk cicahan daging atau ayam rebus/bakar- daging direbus dengan air biasa saja dan masukkan sedikit garam saja.air lawa ini tidak dimasak.MENTAH

DAGING REBUS RAYA KORBAN CICAH AIR LAWA

Air lawa ini ialah ulam ulaman yang dikisar halus bersama cili dan lain lain.tidak diperlu dimasak.terus dimakan mentah begitu saja.

Manakala dagingnya direbus biasa bersama air dan sedikit garam kasar.

Cubalah air lawa' nie.......sekali makan anda pasti teringat ringat sampai bila bila. susah nak jumpa resepinya.

macam biasalah kalau daging rebus,daging bakar atau perut kita cicah dengan air asam. baru sodappp!!

air asam yg paling best campur kicap potong bawang banyak2...uhhh best glerrr ni!!

tapi tahun ni kita tukar!! saya nak ajar kawan kawan semua buat pencicah daging rebus. namanya 'AIR LAWA"..saper tak makan memang rugi sangat sangat sebab ni makanan zaman tok kadok kita atau moyang moyang kita zaman dulu...

Air lawa ini hanya terdapat di 2 daerah sahaja di kedah iaitu S*k dan Baling.

nak resepi tak?

rupa dia macam gambar dibawah....yg ni resepi saya !!

AIR LAWA ( cicahan daging rebus atau bakar)

Daging@perut 2-3 kilo direbus empuk
( jika hanya sekilo daging,dikurangi bahan)

Bahan A dikisar halus:-
10 batang Serai
Halia 1/2 inci
1 inci Lengkuas
1 genggam Kelapa parut disangai (jika ada)
15 ulas -- Bawang merah
1 gengam Daun kesum* ( ambil daunnya sahaja)
Daun selom 4 tangkai ( laksa)*
Daun cekur 10 helai*
10 helai daun selasih*
( sekiranya tiada kesemua jenis daun tersebut, maka gunalah yang mana mana ada diantaranya sahaja).
15 biji cili padi - ( jika s**a pedas boleh tambah)
Cili besar/merah 3 biji
1 sudu -- belacan bakar
( dikisar sekalian semuanya)

Bahan B
1 cawan santan segar kental @ 1 kotak kecil Santan 200ml
( tak perlu dimasak jika air lawa berlebihan simpan dalam peti ais untuk dimakan esok pulak)
3 sudu - Kerisik
2 biji Air limau nipis
Garam
1 sudu gula putih
1 sudu gula merah
ajinomoto (jika s**a)
( boleh tambah/kurang apa2 bahan diatas ikut sedap rasa anda)

Cara-cara

Mas**an bahan yang dikisar halus tadi dalam bekas.
Campurkan santan, kerisik, garam, gula, dan air limau nipis.
Gaul semua bahan sehingga sebati. Dah siap maka bolehlah dicicah dengan sebarang jenis daging atau pun ulam ulaman…
Mudah kannnnnn….
Saya Hidangkan bersama daging rebus dan perut.(sebagai pencicah)
pastu makan ngan nasi panas panas...makkk aaiii....pengsan!!

03/05/2023

Colek seafood celup tepung

03/05/2023

Mee jawa

MEE JAWA
Resepi:
~1 kg daging...rebus hiris nipis..
~2 kg keledek...rebus..blend
~200 gm..udang kering *
~100 gm..udang pepai @ geragau kering..*
~2 labu bawang besar*
~10 ulas bawang putih*
~2 btg serai...hiris nipis*
~1 inci halia*
* semua blend
~2 senduk nasi cili blend..
~1 senduk nasi rempah kari..
~Gula melaka 2 ketul..
~Garam
~Minyak tuk menumis
Caranya:
1. Tumis bhn yg dah di blend...
2. Tambah cili blend..
3..Buh serbuk kari dg....biar hgg naik minyak..
4. Buh dg yg dah rebus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili..
5. Buh air rebusan dg..
6. Cincang gula melaka buh dlm
7.blend keledek rebus tuang dlm piuk hgg hbs..
8. Tambah garam..
Biar didih hgga minyak naik...siap
Hidang bersama:
Mee kuning
Tahu goreng
Taugeh x yah celur
Telor rebus
Daun bawang
Cili hijau
Bawang goreng

Kredit: Faridah Hanim

Photos from Diari Resepi Bonda's post 03/05/2023
03/05/2023

Resepi kulit karipap licin, garing sampai petang.

karipap kulit licin, tapi rangup sampai petang. Resepinya sya sertakan , manatau ada mau buat untuk jualan. Dlm ada rezeki kita, ada juga rezeki untuk orang lain.

* 1 kg Tepung gandum( sya guna cap sauh)
* 50 gram Tepung Beras cap teratai( cap gajah 1 pun boleh)

* 1 cawan minyak masak( panaskan sampai keluar asap sedikit)

* 1 sudu teh garam ( ikut selera masing masing) nak tambah pun boleh

* 1 1/2 sudu teh gula( ikut selera nak manis tambah)

* 380 ML - 400 ML Air biasa( tuang sikit sikit) doh jngn terlalu lembek, sebab, bila di rehatkan doh akan lembut sendiri.

# Gaul tepung gandum dan tepung beras dlm satu tempat, tuang dengan minyak yng telah di panaskan( gaul dengan sudu ya, nanti tangan melecur, dah sejuk sikit, baru ramas2 tepung sampai jadi serbuk roti, baru tuang air yng telah di campur dengan garam dan gula. uli sebati dan rehatkan doh selama 30 minit. barulah mula mencanai.

cara menggoreng,
# panaskan kuali menggunakan api yng kecil sampai minyak panas, jngn guna api besar nanti karipap jadi lembam.. selamat mencuba.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Bandar Meru Raya
Ipoh
30020