Noora Sultan Ullah
Salam🌹Jom FOllow Page Noora Sultan Ullah Selain pelbagai resepi sedap & petua2 jom belajar cara jana income di FB❤️salam kenal semua🌹
produk kecantikan yg paling hot masa kini..masalah jerawat jeragat pori kasar kulit kusam..sesuai untuk lelaki dan wanita sesuai semua peringkat usia
08/06/2026
Ok Siap.. ...
Resepi kek pisang bakar/kukus
Bahan A:
1 cwn pisang dilecek
1 cwn gula
1 cwn minyak jagung/minyak masak atau majerine yg di cair kan
3 biji telur gred A
3 sdb susu pekat
1 sdk esen vanilla
Bahan B:
2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
Cara cara:
Putar gula, telur, esen vanila, susu pekat dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
Masukkan p**a tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. dan kacau rata
Tuang dalam bekas dan kukus selama sehingga masak.
Photos from Yusni Hamid
13/05/2026
RESEPI BINGKA ROTI
8 keping roti putih
2 biji telur
3/4 gelas gula
3 gelas santan/susu segar /susu cair
1 suduk esen vanilla
1 gelas tepung
Sedikit garam
Caranya:
Potong kotak2 atau carik2kan roti tawar dan rendam bersama 2 gelas Santan.
Kemudian mix atau blend telur,Gula ,esen vanilla dan 1 gelas Santan tadi dan juga masukkan tepung..biarkan sekata
Mas**an adonan kedalam roti yg terendam tadi sampe rata.
Oleskan loyang dgn sedikit margerin dan tuangkan adunan ..
Bakar Adunan dgn suhu 130 - 150 sampai kekuningan....
siap tunggu sejuk baru potong..
Slmt mencuba
13/05/2026
Seri Muka Pandan p**ak 🥰
-Pulut-
1 1/2 cwn pulut
1 1/2 cwn santan
garam
1 sdb minyak masak
* campur semua kukus 30min. Dah siap tekan padatkan.
-Pandan-
1/2 cwn tpg gandum
2 sdb membukit tpg kastad
1 cwn air pandan (sy blend 7 helai)
1 cwn santan pekat
1/2 cwn gula
1 biji telur
garam
* Blend je semua, masak kejap atas dapur bg naik wap kacau sntiasa. Tuang atas pulut.
* Kukus lg 30min
*Siap
Kredit resepi : dayana yana
13/05/2026
🥖Resepi Cakoi Lembut dan Mudah🥖
Bahan-bahan cakoi :
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
Nota :
Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika s**a.
💚Resepi Kuah Pandan untuk Cakoi (Ala Kaya Cakoi)💚
Bahan kuah pandan untuk cakoi :-
1 1/2 sb tepung kastard
1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)
sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)
Cara-caranya:
Masuk sumanya dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.
Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi Sedap Sangat anda!
13/05/2026
Credit Resepi Mudah💜Kuih lapis seindah 7pelangi versi resepi anti gagal potongan je tak berapa nak kemas tak sabar nak tunggu betul betul sejuk😆
Resepi Kuih Lapis Anti Gagal
=======================
2cawan tepung beras
1/2cawan tepung gandum
1/2cawan tepung jagung
1cawan santan pekat
3cawan air(kalau s**a lembik2 boleh lebihkan air dalam 1/2cawan lagi)
1cawan gula halus
1/2sudu teh garam
Pewarna ikut s**a
Satukan semua bahan kecuali pewarna
Kacau sebati dan tapiskan
Bahagikan kepada beberapa warna
Oleskan acuan dengan minyak
Panaskan kukus
Kukus lapisan pertama selama 5minit(api besar)
Ulang langkah hingga adunan habis
Lapisan akhir kukus lagi 15-20minit
Sejukkan baru potong💜
Moga bermanfaat💚
19/04/2026
RESEPI MINI NAN CHEESE
Bahan A:
11 gr/1 peket yis
2 sdm gula
1 sdm susu pekat
3/4 cawan air suam
Bahan B:
2 cawan tepung gandum, hakak guna cap sauh
2 sudu besar marjerin
secubit garam
cheese, boleh guna mozzarella atau cheddar
1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk, biarkan selama 10 minit.
2. Gaul marjerin, garam dan tepung gandum.
Masukkan campuran yis, uli selama lebih kurang 15 minit sehingga adunan tak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh selama 45 min.
Tumbuk doh untuk buang angin.
Bahagikan doh lepada 6 bahagian dan bentukkan bulat.
4. Gelek dengan roller dan letak cheese. Bulatkan dan gelek semula.
Rehatkan doh sekejap.
5. Masak diatas kuali non-stick, tak payah sapu minyak. Masak dengan api yang terkecil sekali, tutup kuali.
Masak sehingga kedua belah permukaan roti nampak keperangan.
6. Setelah masak boleh sapu sedikit marjerin di bahagian atas untuk efek kilat.
Hidangkan dengan kuah kari
sambal sardin pun ok
Credit to owner
Terima kasih
Selamat mencuba 🙂 😉
kredit empunya resipi
19/04/2026
𝐑𝐨𝐭𝐢 𝐁𝐨𝐲 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐥𝐞
Bahan-bahan:
16 keping roti keping Gardenia
100 gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 biji telur
3/4 cawan tepung kek (tepung naik sendiri)
1 1/2 sudu besar air kopi pekat
Sedikit mentega (untuk di sapu pada roti)
Gula secukupnya (optional)
Cara-cara:
1. Kacau mentega & gula aising hingga sebati dengan menggunakan whisk. Kemudian, masukkan telur. Kacau sebati
2. Campur tepung & kacau sebati. Akhir sekali, campur air kopi. Ratakan
3. Sapu roti dengan mentega & sedikit gula. Kalau tak nak letak gula pun boleh je..kapit dua & potong segitiga
4. Masukkan adunan topping tadi ke dlm piping bag & picit ke atas roti. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit atau hingga atasnya perang
5. Sedap di makan terus sebaik saja keluar dari oven..wangi bau kopi..rangup..lemak2 manis..
source: Nor Al Fatihah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Chemor
Ipoh
31200