Wanita Muda Amanah-WARDA Perak
WANITA MUDA AMANAH
04/11/2025
3 hari lagi menuju Konvensyen WARDA Nasional 2025!
Bersama kita memperkukuh peranan wanita muda — membina masa depan yang lebih adil, inklusif dan sejahtera.
“WARDA: Memperkukuh Peranan, Membina Masa Depan”
23/10/2025
KENYATAAN RASMI
TIMBALAN WANITA MUDA AMANAH PERAK
LANGKAH BIJAK MENTERI HAL EHWAL AGAMA: MELINDUNGI HAK WANITA DAN ANAK-ANAK
Kita menyambut baik pengumuman YB Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berhubung usaha kerajaan untuk menyita terus simpanan kewangan atau akaun bekas suami yang culas dalam membayar nafkah.
Tindakan tegas ini amat dialu-alukan kerana:
1. Meningkatkan Perlindungan Hak Wanita dan Anak-anak
Nafkah merupakan hak yang dijamin oleh syarak dan undang-undang. Langkah ini akan memastikan wanita dan anak-anak yang sebelum ini terabai mendapat pembelaan sewajarnya.
2. Menghapuskan Alasan dan Kecuaian
Dengan mekanisme baru ini, tiada lagi ruang bagi mereka yang enggan bertanggungjawab atas alasan “tiada duit” atau sengaja mengelak dari kewajipan.
3. Mengangkat Martabat Keluarga dan Institusi Perkahwinan
Apabila keadilan ditegakkan, ia bukan sahaja melindungi pihak yang teraniaya, tetapi juga mendidik masyarakat untuk lebih bertanggungjawab terhadap keluarga.
Wanita Muda AMANAH Perak percaya langkah ini adalah satu bentuk reformasi berani yang akan memberi kesan positif jangka panjang kepada institusi keluarga dan pembangunan masyarakat.
WARDA PERAK menyeru semua pihak menyokong usaha ini serta memastikan ia dilaksanakan dengan adil, telus, dan berkesan.
Dikeluarkan oleh:
Nur Najihah Muhaimin
Timbalan Wanita Muda AMANAH Perak
10/10/2025
BELANJAWAN 2026, OOTD PMX
Belanjawan bukan sekadar angka, tetapi kisah rakyat. Hari ini PMX tampil dengan penuh simbolik – setiap butiran pada pemakaian beliau membawa naratif Malaysia yang inklusif:
🖤 Songkok Johor,
🌸 Butang Baju Melayu Pahang,
👕 Baju Melayu Kuala Lumpur,
🧵 Samping Penjara Marang,
👣 Capal Jago Kepala Batas,
🎁 Beg Heart Treasures hasil rekaan anak muda OKU.
Inilah wajah Malaysia Madani – kepelbagaian, kreativiti, tradisi, dan harapan yang digenggam erat untuk masa depan bersama.”
17/09/2025
04/08/2025
KONVENSYEN WARDA PERAK KALI KE 2 | 3 OGOS 2025 | IPOH
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Konvensyen WARDA Perak Kali Ke-2 yang diterajui oleh Puan Fatin Nabilla Sharizul, yang menghimpunkan penggerak wanita muda dari seluruh negeri Perak, memperteguh iltizam dalam gerak kerja politik Islam yang progresif dan inklusif.
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Tuan Salman bin Salleh, Setiausaha AMANAH Perak yang meniupkan ruh dan semangat juang dalam kalangan perwakilan, menyeru agar wanita muda terus mara memimpin wacana dan merencana perubahan, menangkis segala cabaran yang menjadi resam dalam perjuangan.
Konvensyen WARDA Perak turut diserikan oleh kehadiran pimpinan parti AMANAH Negeri Perak yang memberi dokongan serta arah pandu berharga:
1. Tuan Haji Adnan Abd Rahman – Naib Pengerusi AMANAH Perak
2. Cik Nusaibah Norbawi – Setiausaha WARDA Nasional
3. Puan Fadzilah Allias – Timbalan Ketua AWAN Perak
4. Puan Nurul Hidayah – Penolong Setiausaha AWAN Perak
Konvensyen ini menjadi medan pencambahan fikrah, penyusunan strategi, dan pengukuhan organisasi.
Di sinilah wanita muda menzahirkan komitmen mereka kepada politik nilai, berteraskan rahmat, keadilan, dan pembelaan terhadap nusa dan bangsa.
"Kami bukan sekadar penyeri,
Tetapi pemikir dan penggerak.
Kami tidak menunggu perubahan,
Kami adalah perubahan itu sendiri."
Dengan semangat kolektif dan kepimpinan berteraskan ilmu serta adab, WARDA Perak terus mara dalam saf perjuangan AMANAH, menegakkan kebenaran, mengangkat suara wanita, dan memperjuangkan nasib rakyat dengan adab, integriti dan hikmah.
Tahniah dan terima kasih semua.
Maralah dalam berkat ALLAH !
16/05/2025
Selamat Hari Guru
“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”
Terima kasih kepada semua guru yang menjadi cahaya dalam kegelapan, membimbing anak bangsa dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.
Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembentuk jiwa, pemacu perubahan dan pemimpin dalam reformasi pendidikan negara.
Dengan penuh penghargaan, saya ucapkan:
Terima kasih, cikgu.
Jasamu tiada bandingan.
01/05/2025
SELAMAT HARI PEKERJA
Kepada semua warga kerja sama ada di sektor awam mahupun swasta yang telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi dan kemajuan negara.
Teruskan khidmat dengan tekun dan ikhlas.
Semoga segala bakti, keringat dan kesungguhan para pekerja dari segenap pelosok tanah air menjadi saksi kejayaan untuk diri sendiri, agama bangsa dan negara Malaysia tercinta.
Terima Kasih atas segala jasa ❤️
30/04/2025
AMANAH PERAK TERUS MENGORAK LANGKAH, TUBUH WARDA KAWASAN LUMUT
Alhamdulillah AMANAH kawasan Lumut telah berjaya menubuhkan 'Sayap Bongsu', Wanita Muda AMANAH (WARDA) Lumut.
Mesyuarat penubuhan yang dirasmikan sendiri oleh Ketua AMANAH Kawasan Lumut iaitu Tuan Haji Yahaya Mat Nor turut dihadiri Pimpinan AMANAH kawasan Lumut yang lain termasuk Ketua AWAN, sekaligus menyaksikan komitmen dan dokongan penuh kepada semangat perjuangan anak muda.
Setinggi-tinggi syabas juga diucapkan kepada WARDA Lumut yang dipimpin oleh Saudari Nurul Najwa kerana mengekalkan momentum dan usaha sehingga rasmi tertubuh.
Turut hadir bersama adalah Ketua WARDA Negeri Perak, Puan Fatin Nabilla Sharizul dan Sekretariat WARDA Perak.
Perjuangan ini masih panjang, kita bukanlah pemula dan bukan juga pengakhir. Semoga WARDA Lumut terus maju jaya, bekerja untuk agama, bangsa dan negara.
Sirru 'ala Barakatillah!
Tahniah dan terima kasih semua!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Greentown
Ipoh