HS Ummi

HS Ummi

Share

Produk untuk kesihatan, kecantikan, kelangsingan dan penyusuan. Sila PM Pn.

Siti Salwa untuk mendapatan BEST PRICE dan MAKLUMAT LANJUT berkaitan produk Shaklee(ID:911888)

Photos 04/12/2014

Amalan Semasa Hamil

Untuk wanita mengandung mendapat anak soleh dan solehah.. insya Allah ameen...

Photos 18/12/2013

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyus**an bayi. Salah satu ialah melakukan urutan. Ketahuinya dengan membaca artikel di http://pama.karangkraf.com/famili/tip-galak-susu-lancar-1.231717

Photos 23/09/2013

Kitaran haid tidak teratur?
Kulit wajah kering?
Senggugut teruk?
Jom GLA...

Untuk info dan order..
Sila PM.......

Photos 24/04/2013

Mengawal Si Kecik di Pusat Membeli Belah
===========================

Isu keselamatan anak di pusat membeli belah sering kali menjadi topik perbualan terutama sekali ketika musim perayaan atau jualan mega berlangsung. Ramai daripada kita tidak menyedari dalam keghairahan membeli belah, keselamatan si kecil terabai sehingga menyebabkan pelbagai hal yang tidak diingini seperti kehilangan atau kecederaan di eskalator berlaku.

Pada peringkat usia tiga hingga empat tahun si kecil sudah pandai berjalan dan berlari. Mereka aktif dan bertenaga serta mudah tertarik dengan apa sahaja objek dan gajet yang wujud di sekeliling mereka. Andainya ibu bapa leka dengan hal lain berbanding pergerakan anak-anak, ia akan mendorong kepada risiko bahaya! Apatah lagi, kanak-kanak di peringkat usia begini masih belum pandai menerangkan tentang diri mereka sendiri kepada orang lain misalnya nama, nama ibu bapa, nombor telefon dan sebagainya.

Didikan awal elak kejadian tidak diingini.

Bagi mengupas topik ini, Phang Sau Lian, Pengarah Pemasaran Pusat Membeli Belah Sunway telah ditemu ramah untuk berkongsi tip dan idea untuk mempertingkatkan tahap keselamatan kanak-kanak di pusat membeli belah. Menurut Phang, si manja yang masih kecil terdedah kepada pelbagai kejadian tidak diingini sekiranya cuai dan enggan mengikut garis panduan yang telah dibuat di sekitar pusat membeli-belah.

“Kemalangan, kecederaan dan insiden kanak-kanak hilang adalah perkara yang sering terjadi di pusat membeli belah di seluruh dunia. Oleh sebab itu, peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan keselamatan anak-anak ketika membeli belah. Didikan daripada peringkat awal tentang tata cara penggunaan prasarana seperti eskalator dan lif di pusat membeli belah dengan cara yang betul akan dapat mengelakkan perkara tidak diingini ini berlaku,” kata Phang.

Insiden anak hilang.

Insiden anak hilang juga bukanlah perkara asing di pusat membeli belah. Dengan jumlah pengunjung yang mencecah jutaan orang setiap bulan, pastinya dicelah kesibukan urusan jual beli ada insan kecil yang terleka dengan dunia sendiri sehingga terputus hubungan dengan ibu bapa. Menurut Phang, kejadian ini boleh dielakkan sekiranya ibu bapa memberikan perhatian kepada anak mereka.

“Kanak-kanak pada usia tiga hingga empat tahun memerlukan perhatian yang khusus daripada ibu bapa bagi mengawal pergerakan mereka. Selain itu, orang di sekeliling juga memainkan peranan utama untuk mengingatkan ibu bapa supaya memberi perhatian kepada anak mereka bagi mengelakkan mereka hilang,” ujar Phang.

Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mengelakkan kejadian anak hilang di pusat membeli belah ialah tidak sesekali meninggalkan si kecil seorang diri. Hal ini kerana meninggalkan anak seorang meningkatkan risiko kepada kehilangannya atau faktor penyebab kepada jenayah seperti penculikan. Selain itu, ibu bapa perlu sentiasa mengingati pakaian yang dipakai oleh anak ketika hari kejadian untuk memberikan gambaran tepat bagi memudahkan gerakan mencari dijalankan sekiranya mereka hilang. Ibu bapa juga perlulah sentiasa membawa foto terkini anak untuk memudahkan mereka dicam dan proses pencarian juga boleh disingkatkan.

“Ibu bapa boleh mengajar anak untuk sentiasa berjalan bersama mereka dalam jarak yang rapat atau memegang tangan mereka untuk mengelakkan insiden hilang. Selain itu, perkenalkan mereka kepada pekerja kaunter Concierge, polis dan polisnita yang memakai pakaian seragam khas semasa mula-mula sampai. Selalu ingatkan mereka untuk meminta bantuan pekerja-pekerja beruniform ini yang sentiasa berada di sekitar pusat beli-belah sekiranya mereka hilang,” kata Phang mengulas mengenai tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa tentang insiden anak hilang.

Bagi ibu bapa yang kehilangan anak di pusat membeli belah, mereka perlulah berada lokasi terakhir si manja dilihat kerana kemungkinan si manja akan kembali ke lokasi mereka hilang. Selain itu, hubungilah talian kecemasan pusat membeli belah tersebut untuk melaporkan kejadian. Seperti di Sunway Pyramid, menurut Phang gelang khas disediakan secara percuma kepada pengunjung cilik. Maklumat seperti nama dan nombor telefon ibu bapa boleh ditulis pada gelang tersebut yang boleh didapati di kaunter concierge. Selain gelang, penggera atau beeper juga disediakan secara pinjaman. Alat ini terdiri daripada dua unit iaitu receiver dan sender. Sender ini boleh dipakaikan kepada si manja dan receiver yang ada pada anda akan berbunyi jika si kecil berada di luar jarak yang telah ditetapkan.

ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keselamatan anak mereka ketika di pusat membeli belah. Bagaimanapun, kerjasama daripada pelbagai pihak boleh membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kejadian anak hilang di pusat komersial ini. Mulakan mendidik si manja hari ini supaya mereka tahu untuk bertindak sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Siapa tahu, bila kejadian ini akan berlaku kerana malang selalunya tidak berbau.

INFO TAMBAHAN:

Langkah keselamatan di eskalator?

Prasarana seperti eskalator adalah antara kemudahan yang perlu ada di setiap pusat membeli belah. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, anda boleh mencuba tip berikut:

1. Didik anak menggunakan eskalator dengan cara yang betul sejak dari awal lagi untuk mengelakkan kemalangan dan mengubah persepsi mereka bahawa objek tersebut bukanlah permainan.

2. Cara yang betul menggunakan eskalator bersama anak ialah dengan memimpin kemas tangan mereka dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi tangan anda memegang rel eskalator.

3. Beritahu mereka untuk memastikan kasut yang dipakai sentiasa berada di dalam petak kuning.

4. Dukunglah si kecil yang masih tidak mampu atau tidak yakin menggunakan eskalator sendiri, jangan memaksa.

5. Pastikan anak anda tidak berkaki ayam dan jika memakai kasut, tali kasut mereka perlulah terikat kemas.

(Sumber: Majalah Pa&Ma Februari 2013)

Shaklee produk 16/04/2013
Photos 16/04/2013

Photos 12/04/2013

Si Kecil Yang Cemburu Kepada Adik Baru
===========================

Kebiasannya anak-anak akan menunjukkan reaksi gembira dan teruja apabila diberitahu akan mendapat adik baru. Namun demikian reaksi mereka tidak selari dengan perbuatan tatkala adik sudah lahir ke dunia.

Tingkah laku dan perangai anak-anak terutama yang berusia di bawah enam tahun akan berubah apabila sudah mendapat adik. Menurut penyelidikan pakar psikologi, kanak-kanak berasa sakit hati kepada adiknya kerana pelbagai sebab.

1. Merasakan kehadiran adik sebagai pesaing dalam mendapatkan perhatian ibu bapa.

2. Melihat ibu bapa meluangkan banyak masa melayan adik baru.

3. Anak yang tua berasa dirinya telah diabaikan dan dipinggirkan.

Ekoran itu, mereka cuba mendapatkan kembali perhatian yang dirasakan hilang dengan berbuat nakal dan akhirnya mendapat perhatian negatif daripada ibu bapa, atau bertindak sedih untuk menimbulkan perasaan belas kasihan dan mendapat pujukan serta simpati.

Situasi ini berlaku di kalangan anak-anak yang sudah tahu bagaimana untuk menunjukkan emosi mereka. Kehadiran bayi baru membuatkan dia rasa tergugat sehingga menunjukkan pergolakan emosi.

Rasa tidak selesa itu membuatkan dia ada kalanya bersikap ganas terhadap si adik. Sebenarnya ibu bapa boleh menangani masalah ini dengan beberapa kaedah sekali gus memberitahu anak bahawa dirinya tetap disayangi seperti dulu.

Beberapa tips bagi mengatasi anak yang baru menjadi kakak atau abang itu. Selamat Mencuba!!

A. Pupuk sikap tanggungjawab

Kanak-kanak akan berasa dirinya bertanggungjawab apabila disuruh menjaga adik. Berikan tugas-tugas mudah yang melibatkan dirinya dalam urusan penjagaan adik seperti mengambil pakaian adik, memujuk adik yang menangis dan sebagainya.

B. Masa bersama

Walaupun anda sibuk dan penat menguruskan si kecil yang baru lahir, jangan sesekali meminggirkan anak yang lebih tua atau mengherdiknya ketika dia bertanya itu dan ini. Luangkan sekurang-kurangnya satu jam sehari masa bermain dan melayani dirinya. Ketika itu terangkan kepadanya bahawa anda tetap sayang akan dia dan dia tetap ‘orang penting’ dalam keluarga.

C. Minta pendapat

Walaupun masih kecil, kanak-kanak tetap mempunyai perasaan. Justeru cuba tanya pendapatnya tentang perkara-perkara kecil mengenai si adik. Misalnya tanya berkenaan warna pilihan yang sesuai untuk pakaian adik pada hari tersebut. Kemudian pujilah bahawa pilihannya memang tepat. Tentu dia akan berasa bangga kerana pendapatnya dihargai.

D. Belajar menyayangi

Kanak-kanak belajar daripada pemerhatian. Oleh itu tunjukkan kepadanya bagaimana cara menyayangi adik yang masih kecil. Ketika anda mendukung dan mencium bayi, cakaplah “abang sayang adik juga kan” sambil menyuruh si abang mencium adik. Dia tidak rasa tergugat dengan kehadiran adik sebaliknya lebih gembira kerana sudah ada kawan.

E. Pujian

Kanak-kanak s**a dipuji. Mungkin perbuatannya sangat kecil dan biasa bagi orang dewasa tetapi ia meninggalkan kesan mendalam kepada psikologi kanak-kanak. Jadi, jika dia berkelakuan baik, berilah kata-kata pujian atau ganjaran yang sewajarnya. Kanak-kanak akan mengulangi tingkah laku baik setelah mendapat pujian dan ganjaran daripada ibu bapa.

10/04/2013

Petua Banyakkan Susu Ibu
==================

Bunga melur dan daun pucuk manis

Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyus**an bayi.

Kacang tanah

Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

Longan kering

Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

Daun sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Halba dan jintan hitam

Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan hitam dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

Susu

Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..

Lobak putih

Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Nasi panas, halia muda dan air asam

Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

Daun betik muda

Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

sumber: Pa&Ma

Photos 10/04/2013

*Tahukah Anda?*

Penyusuan eklusif dapat mencegah kanser....

Photos 10/04/2013
Photos 09/04/2013

Cara Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu
===========================

* Ibu perlu yakin yang dia boleh menyus**an bayi dan susu banyak
* Mulakan penyusuan susu ibu seawal kelahiran
* Tidak memberikan makanan atau minuman lain selain daripada susu ibu
* Susuilah bayi sekerap yang mungkin
* Ibu perlu berfikiran positif dan fikirkan perkara yang indah tentang bayi untuk menggalakkan pengeluaran susu
* Ibu perlu berehat secukupnya
* Minum dan makan makanan berkhasiat dan seimbang
* Dapatkan pembantu untuk menggosok belakang selama 2-3minit
* Lekapkan bayi kepayudara dengan betul

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Jelutong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Jelutong