Pengedar shaklee Jitra

Pengedar shaklee Jitra

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pengedar shaklee Jitra, Health/Beauty, Jitra.

26/05/2024

CINTA KEPADA SAYIDINA RASULULLAH ﷺ
MEMBUTAKAN CINTA KEPADA MAKHLUK.

Ada seorang wanita berkulit hitam yang sangat istimewa di hati Rasulullah ﷺ. Wanita tersebut bernama Barakah Binti Tsa’labah. Nama kunyah-nya adalah Ummu Aiman. Dia berasal dari Habsyah, Afrika. Suatu hari Rasulullah ﷺ bersabda;

“Siapa yang senang untuk menikahi dengan wanita syurga, hendaklah dia menikah dengan Ummu Aiman.”

Mendengar sabdaan Baginda ﷺ tersebut, Sayidina Zaid bin Haritsah langsung menawarkan dirinya. Padahal usia Sayidina Zaid lebih muda daripada Ummu Aiman, dan Ummu Aiman lebih berusia dari Sayidina Zaid kerana Ummu Aiman dianggap seperti Ibu kepada Sayidina Rasulullah ﷺ, kerana Ummu Aiman telah menjaga Sayidina Rasulullah ﷺ sejak dari wafatnya Ibunda Baginda ﷺ yakni Sayiditina Aminah.

Disebalik usianya yang lebih lagi dari Sayidina Zaid, penampilan Ummu Aiman pun tidaklah terlalu menarik dengan kulitnya yang hitam jika dibandingkan dengan wanita lainnya. Bahkan, Sayidina Zaid seorang yang berkulit putih seperti susu, namun keimanan Sayidina Zaid melebihi itu semua. Dia percaya bahawa wanita ahli syurga adalah wanita istimewa dimata Allah dan Rasul-Nya.

Pernikahan Ummu Aiman dan Sayidina Zaid, membuahkan seorang putera bernama Usamah bin Zaid. Kemudian daripada itu, Usamah bin Zaid menjadi panglima termuda sepanjang sejarah.

Sungguh, menjunjung perintah pada mata Sahabat itu terlalu mudah. Demikianlah keimanannya para sahabat, nafsunya sempurna bermuafakat dengan keimanan melalui ikatan suhbah Sayidina Rasulullah ﷺ.

Wallahu a'lam.

Photos from Pengedar shaklee Jitra's post 10/12/2023

Alhamdulillah syukur atas kurniaanmu... 🤲

05/11/2023

SAMBUNGAN...

lelaki tersebut menjawab dengan penuh keyakinan.
'katakan apa sahaja wahai guru, sesungguhnya aku akan menyanggupi syarat apa sahaja. hatta jika nyawa diserahkan, aku juga sanggup.'

kata guru.
'baiklah. aku minta kau cukur janggutmu!'

terpinga-terpinga lelaki tersebut, sambil tersentak menyebut
'لا حول ولا قوة إلا بالله.
aku tidak akan mencukur janggutku. kerana aku adalah seorang yang terkenal. dihormati aku kerana penampilanku. haibah aku kerana janggut dan serbanku. nyawa sanggup aku korbankan, tapi tidak sekali-kali janggutku.
wahai guru, berikan aku waktu untuk berfikir.'

wallahi..
sahabat,
jika sampai pada kamu jemputan ke hadrah Allah, jika sampai kepada kamu bukaan untuk menuju Dia, jangan menunda-nunda.
jangan terjebak dengan hawa nafsu yang menginginkan kehendak-kehendak duniawi.
jangan tertipu dengan bisikan supaya berfikir untuk sekian kalinya.

demi Allah,
tidaklah lama selepas lelaki tersebut meminta tundaan untuk memikirkan suruhan sang guru, berangkatlah sang guru p**ang pada Allah.

dan,
terpadamlah catatan nama lelaki tersebut pada tulisan disisi auliya Allah.
sehingga tiada siapa lagi yang dapat membantunya dan menuntunnya dalam ilmu maarifatullah.
hatta wali-wali Allah yang lain.
alangkah ruginya.

[ bila dengar kisah ni, teringat akan sombongnya Azazil untuk sujud pada Nabi Adam a.s.
juga teringat tentang Imam AlGhazali yang sanggup membuang 'Aku' dalam dirinya.
tunduk pada guru rohani, biarpun ketika itu beliau merupakan imam besar dan imam yang masyhur ]

kita?
adakah kita masih bertangguh-tangguh, masih berlengah-lengah?

syarah solawatul fatih oleh Sayidi Ahmad Alhadi Alhasani hafizahullah 23/3/22

05/11/2023

[ JANGAN BERTANGGUH KERANA NAFSU ]

menusuk ke qalbu bila dengar Sayyidi bercerita.
tentang kurniaan Allah pada siapa yang dikehendakinya, menghadiri majlis ilmu.
kata Sayyidi, jika kalian tahu apa yang dibahagikan dalam majlis ilmu sebegini, nescaya kamu akan merangkak mendatangi kami.

Sayyidi bercerita tentang kisah seorang lelaki.
berasal dari Maghribi, menetap di kota Fes, ibu kota Maghribi.

seorang lelaki yang cukup haibah, terkenal, disegani.
kerjanya adalah mutawwif. berulang alik ke Makkah dan Madinah.
walaupun berkali-kali menatap kaabah, berkali-kali memijak tanah haram, berkali-kali dijemput ke tanah mulia, tapi hati beliau tetap hanya meminta satu perkara dari Allah.
doa yang tidak putus-putus. selalu bermunajat disisi Kaabah.

ya, doa meminta untuk dipertemukan guru.
seorang rijalullah untuk memimpin rohaninya dalam mengenal Allah.
sekiam lama berulang alik beliau ke Makkah, hanya itu yang diminta tanpa henti, tanpa putus asa.

sehinggalah satu masa,
ketika beliau sedang bertawaf haji di Kaabah, tiba-tiba hadir seorang lelaki membisikkan satu kata, satu nama. 'fulan ini adalah guru kamu, berada di Fes'

subhanallah,
demi sahaja mendengar kata2 tersebut, meronta-ronta hati beliau untuk balik ke kota bertemu sang guru.
seolah-olah sahaja hendak memutuskan haji yang dilakukan.

setelah pencarian demi pencarian,
bertemu beliau dengan sang guru yang diilhamkan.
subhanallah!
rupanya lelaki yang ditunjuki Allah, berada sebegitu dekat dengan beliau.
hanya jiran berpisah pintu disebelah rumah.

bergegas beliau mengetuk pintu rumah, rupanya lelaki yang diisyaratkan tersebut hanyalah insan biasa.
bukan Syeikh, bukan Imam, hanya insan berpakaian biasa, berkerja seperti layaknya orang kampung.
rijalullah!

bila bertemu, beliau menangis menciumi tangan si guru meminta supaya dibimbing rohani dalam menuju maarifatullah.
'sekian lama dan sekian jauh aku mencari kamu wahai guru, rupanya kamu hanya berada sebegitu dekat dengan aku.
wahai guru, ajarkan aku ilmu rahsia Allah untuk sampai kepada Allah'

kata guru tersebut.
'boleh, dengan satu syarat.'

BERSAMBUNG...

22/10/2023

PERBENDAHARAAN ALLAH

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

Sepertimana SELAWAT AL FATIH itu, salah satu PERBENDAHARAAN ALLAH YANG MAHA AGONG, darinya tersimpan dan terzahir akan segala rahsia-rahsia alam, maka bagaimana p**a dengan mereka yang terpilih untuk membacanya dan beramal dengannya, siang dan malam, pada setiap hembusan nafas yang keluar dan masuk.

Maka tidaklah masuk dek akal kedudukan mereka itu, walaupun mereka yang awam, kerana kurniaan, anugerah, dan pilihan Allah Ta'ala tidak terikat dengan darjat keilmuan seseorang.

Bagi ummat Baginda Rasulullah ﷺ, mereka semua diistimewakan, mereka semua adalah pilihan Allah Ta'ala, mereka dicemburui oleh Nabi yang terdahulu, maka apakah adakah keraguan pada kurniaan dan anugerah untuk ummat Baginda Rasulullah ﷺ?

SELAWAT AL FATIH itu adalah satu anugerah dan kurniaan dari Allah Ta'ala. Bagi yang mengambilnya sebagai satu kurniaan dan anugerah, mereka adalah sebahagian dari golongan yang tersangat beruntung dari kalangan ummat Sayidina Muhammad ﷺ yang sememangnya telah beruntung.

Aqal manusia hanyalah sekitar dalam bulatan alam.

Tulisan Ahbab

20/10/2023

Obsesi para sahabat terhadap junjungan agung Nabi Muhammad ﷺ
-----------------------------------------------------------------------------

Dari Miswar bin Makhramah dan Marwan bin Al-Hakam radhiallahu’anhuma. Dalam hadis tersebut, Urwah bin Mas’ud Ats-Tsaqafi ia berkata,

واللَّهِ إنْ رَأَيْتُ مَلِكًا قَطُّ يُعَظِّمُهُ أصْحَابُهُ ما يُعَظِّمُ أصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ مُحَمَّدًا؛ واللَّهِ إنْ تَنَخَّمَ نُخَامَةً إلَّا وقَعَتْ في كَفِّ رَجُلٍ منهمْ، فَدَلَكَ بهَا وجْهَهُ وجِلْدَهُ، وإذَا أمَرَهُمُ ابْتَدَرُوا أمْرَهُ، وإذَا تَوَضَّأَ كَادُوا يَقْتَتِلُونَ علَى وَضُوئِهِ، وإذَا تَكَلَّمَ خَفَضُوا أصْوَاتَهُمْ عِنْدَهُ، وما يُحِدُّونَ إلَيْهِ النَّظَرَ تَعْظِيمًا له

“Demi Allah, tidak pernah aku melihat raja yang diagungkan sebagaimana pengagungan para sahabat Nabi kepada Muhammad ﷺ . Demi Allah, tidaklah Rasulullah ﷺ meludah, kecuali pasti akan jatuh di telapak tangan salah seorang dari sahabatnya, kemudian orang itu pun menggosokkan ludah Nabi kepada wajah dan kulitnya. Dan bila Nabi memberi suatu perintah kepada mereka, mereka pun bergegas melaksanakan perintah Baginda. Dan apabila Baginda hendak berwudhu’, para sahabat hampir berkelahi karena berebut sisa wudhu Nabi. Bila Nabi berbicara, mereka merendahkan suara mereka di hadapan Nabi. Dan mereka tidak pernah menajamkan pandangan kepada Nabi, sebagai bentuk pengagungan mereka terhadap Nabi”

(HR. Al-Bukhari no.2731).

Para sahabat sangatlah obses kepada junjungan agung ﷺ sehingga ludah Nabi tak pernah jatuh tanah melainkan disambut oleh para sahabat, lalu diusap diwajah, ditelan dan sebagainya.

Jika dizaman ini, bentuk capal Nabi ﷺ sahaja orang pertikai kelebihan dan menolaknya.

Maka tak syak lagi, perasaan para sahabat ini diwarisi oleh ahli sufi kerana mereka ini memang yang paling obses terhadap junjungan Nabi ﷺ.

Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mewarisi obses para sahabat terhadap junjungan agung Nabi Muhammad ﷺ.

20/10/2023

Limpahan Akhir Zaman
--------------------------------------

Ketika Nabi Isa A.S turun ke bumi, Baginda bersahabat dengan ummat akhir Nabi Muhammad ﷺ, persahabatan yang terjalin itu menjadikan Baginda Isa A.S lupa akan Hawariyyun nya di zaman Baginda kerana Hawariyyun barunya daripada Ummat Nabi Muhammad ﷺ lagi hebat.

Rasulullah ﷺ hidup di zaman ketika masyarakat sedang rosak dan Baginda ﷺ mengelokkan akhlak masyarakat itu sehingga Islam menjadi unggul atas tangan Baginda ﷺ dan atas tangan Khulafa' Ar-Rasyidin serta para sahabat Baginda.

Kerana kehebatan generasi awal, menjadikan Islam itu unggul dan bertahan ribuan tahun dibawah Khalifah Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Bani Uthmaniyah.

Bila terlalu jauh dengan generasi awal, ummat semakin rosak, bahkan rosak teruk macam zaman jahiliyah.

Maka ketika itu Auliya' yang menjadi pewaris Rasulullah ﷺ di zaman ummat sedang rosak teruk penuh dengan limpahan Rabbani yang tinggi. Dan murid Awliya' itu seperti para sahabat Rasulullah ﷺ.

Itulah firman Allah
"Segolongan dari orang-orang awwalin(awal zaman).
Dan segolongan p**a dari orang-orang akhirin(akhir zaman)"

Maka di zaman akhir ini, carilah mereka, Auliya' zaman ini dan murid Auliya' itu tidak dapat dinafikan kelebihan mereka lagi kerana mereka seperti generasi awal. Ibadah mereka tajrid iaitu ibadah yang tanpa sebarang tujuan dan habuan.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩

16/10/2023

Kita tiada masa utk memusuhi 1 org dari ummat Sayyidina Muhammad SAW. Kita dituntut utk mencintai mereka & memaafkan.Janganlah sibuk dgn pertelingkahan..Sibuklah dgn Pengantin alam ini iaitu Sayyidina Muhammad SAW.
Tinggikan Himmah kita dlm mencintai ummah... Tinggalkan perbalahan.

15/10/2023

Qunut Nazilah yg dibaca Sayyidi

15/10/2023

ASAL USUL NAMA GHAZZA

Ketika wafatnya Baginda Rasulullah ﷺ, maka berlakulah perselisihan dikalangan para sahabat berkenaan dimanakah sepatutnya jasad mulia Baginda ﷺ sepatutnya disemadikan. Sebahagian daripada sahabat mencadangkan agar jasad Baginda ﷺ yang mulia disemadikan di Ghazzatul Hasyimi, sebuah tempat yang tidak jauh dari Bandar Khalil, Palestine, disisi datuknya yang mulia Sayidina Hasyim.

Ghazzatul Hasyimi adalah maqam Sayiduna Hasyim, datuk Sayidina Rasulullah ﷺ. Adapun makna kalimah Ghazza itu kembali ianya kepada datuk Sayidina Rasulullah ﷺ.

Ini adalah disebabkan kebesaran Hasyim yang telah meninggal dan dimaqamkan
di sana, serta kemuliaan Bani Hasyim menurut orang Quraisy. Maka lihatlah dan
fahamilah, yakni ada pengkhususan sehingga dinamakan zuriat-zuriatnya dengan nama Bani Hasyim, sehingga kita mengatakan "itu Hasyimi" (seakan-akan suatu bentuk penghormatan keatas zuriat-zuriat Bani Hasyim).

Maka daripada itu, orang-orang Quraisy mengatakan “telah Taghazzaza” (maknanya telah merasa akan kematian) Hasyim akan maut di bumi itu. Oleh yang demikian, telah diambil perkataan Taghazzaza itu menjadi Ghazzatul Hasyim.

Adapun Taghazzaza itu diterjemahkan sebagai suatu keadaan yang dialami oleh
seseorang itu ketika sedang makan nasi, dan kemudiannya dia terkunyah butiran
pasir atau batu ketika sedang mengunyah nasi tersebut, maka geseran batu atau
pasir tersebut dengan gigi yang sedang mengunyah itulah yang dinamakan
sebagai Taghazzaza. Demikian itulah makna Taghazzaza.

Oleh yang demikian itu, dengan mengambil makna daripada maksud “Hasyim telah merasai maut disana”, maka dijadikanlah nama bandar itu sebagai Ghazzaza Hasyim bersempena dengan nama beliau. Namun, sekarang ini dari sudut keringanan, maka telah dibuang akan sebutan Hasyim, dan dikekalkan padanya sebutan Ghazza.

Jadi, fahamilah Ghazza itu bukanlah suatu perkara yang kecil....

Nota tulisan Ahbab

13/10/2023

Seandainya kita terpersona dengan sirah keindahan Nabi Yusof a.s yang menyebabkan terpotongnya jari jemari sahabat Zulaikha, dan kemerduan suara Nabi Daud a.s yang membuatkan aliran sungai terhenti apabila Baginda membaca Zabur, serta burung-burung berhenti terbang apabila mendengar kemerduan suara Baginda membaca Zabur, sesungguhnya ianya hanyalah setitik daripada kesempurnaan keindahan wajah dan kemerduan suara Sayidina Muhammad ﷺ. Di akhirat nanti kesempurnaan Sayidina Muhammad ﷺ ini akan dizahirkan oleh Allahﷻ Yang Maha Sempurna...
Via Ahbab

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Jitra?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jitra
06000