Minyak Habbatus SAUDA

Minyak Habbatus SAUDA

Share

Black Seed Oils BSO

09/01/2023

Dah nama pun minyak, mesti la perit kan?
Sabar dan bawa bertenang..
Salah satu kelebihan Minyak Habbatus Sauda keluaran Olive House ni adalah ia mempunyai rasa yang lembut. Yang paling penting ia tidak perit dan sangatlah mudah diterima oleh kanak-kanak.
Haa jom cuba bagi anak-anak kita amalkan Minyak Habbatus Sauda ini kerana banyak manfaatnya kepada kesihatan mereka.
Dapatkan Minyak Habbatus Sauda yang tidak perit di sini https://bit.ly/HabbatusSaudaa sekarang dengan harga yang istimewa iaitu RM 29.90 sahaja dan boleh juga serbu ke ejen-ejen Olive House yang berada di seluruh Malaysia.

09/01/2023

“HMMM.. Anak demam panas dah seminggu tak dapat pergi sekolah"

Kami juga ibu bapa seperti anda semua yang risau kalau anak demam panas dan tak boleh pergi ke sekolah. Mesti tertinggal banyak dalam pelajaran.

Oleh sebab itu, Minyak Habbatus Sauda dapat membantu membantu imuniti anak-anak kita dengan kandungan vitamin E yang tinggi.

Dengan rasanya yang lembut dan tidak perit, pastinya ia mudah diterima oleh anak-anak kita.

Untuk memastikan pembelian anda lebih berbaloi, kami ada menawarkan:
1. Free Pos untuk semua pelanggan yang membeli melebihi RM 130 secara online.

2. Harga Minyak Habbatus Sauda hanya RM29.90 sahaja.

1 botol tahan 30 hari.
Jadi, 1 hari baru 0.99 sen (tak sampai RM1 pun kesihatan anak kita)

Bantu kesihatan anak-anak kita harini dengan Minyak Habbatus Sauda dengan klik https://bit.ly/HabbatusSaudaa dan dapatkan juga dari ejen-ejen kami.

25/03/2022

✨ BingkisanJumaat: Cara Tidur Rasulullah saw

Firman Allah swt dalam surah Ar Rum(23):

وَمِنْ ءَايَاتِهِ مَنَامُكُم بِالَّليْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَآؤُكُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لأَيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya adalah tidurmu diwaktu malam dan siang hari serta usahamu mencari sebagian dari kurniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan”.

Salah satu aktiviti wajib yang mesti dilakukan oleh manusia untuk mengekalkan kesihatan badan adalah tidur. Semasa tidur, tubuh akan membaiki sel-sel badan dan kerosakan yang berlaku di dalamnya. Dalam Islam, Rasulullah saw sentiasa memberi contoh kepada umatnya tentang cara melakukan perkara yang betul termasuklah cara untuk tidur. Pelajari cara tidur mengikut cara Rasulullah saw:

✅Tidur dengan keadaan gelap (Muttafaq Alaih)
✅Berwudhu sebelum tidur (HR. Al-Bukhari & Muslim)
✅Berdoa sebelum dan setelah bangun tidur (HR. Muslim)
✅Mengiring ke Kanan dan Meletakkan tangan di p**i (HR. Abu Dawud)
✅Tidur di awal malam (Mutafaq ’Alaih)
✅Tidak tidur telentang/meniarap (HR. Abu Dawud )
✅Mengusap wajah saat bangun tidur (HR. Muslim)
✅Bersiwak(bersugi) dan membersihkan diri (HR. Bukhari Muslim)

Tidur bukan sahaja memberi kesan positif kepada kesihatan fizikal, malah juga kepada kesihatan mental. Cara Rasulullah saw tidur telah terbukti secara saintifik adalah cara tidur yang betul untuk kebaikan kesihatan keseluruhan. Ayuh sebarkan untuk manfaat semua.🥰

19/01/2022

" Matematik yang digunakan oleh manusia, berbeza dengan Matematik Allah " - Habib Ali Zainal Abidin

Allah SWT memuliakan orang yang s**a bersedekah. Marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dengan bencana alam baru-baru ini.

Ketahuilah bahawa harta orang yang s**a bersedekah tidak akan berkurang.

Sumber :
https://pbs.twimg.com/media/FHlX9quVEAEn5of?format=jpg&name=900x900

07/01/2022

✨ *BingkisanJumaat:* Doa Nabi Ayyub Ketika Sakit

Nabi Ayyub as merupakan seorang nabi yang sangat sabar. Nabi Ayyub as diuji dengan banyak dugaan dimulai rumahnya hanyut, anak-anaknya meninggal, sehingga mengidap penyakit kulit yang parah bertahun-tahun lamanya. Dalam keadaan sakit tersebut Nabi Ayyub as lantas berdoa:

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.
(Surah Al-Anbiya: 83)

Allah swt respon dalam ayat seterusnya iaitu:

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِن ضُرٍّ وَآتَيْنَاهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُم مَّعَهُمْ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَذِكْرَى لِلْعَابِدِينَ

“Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami supaya bersabar dan mendapat balasan baik.”
(Surah Al-Anbiya: 84)

Letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah swt kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Kita usahakan dengan doa dan ikhtiar yang terbaik. Semoga bermanfaat.🤗

04/01/2022

Almighty. Grant strength to those suffering in silence, where life is hard and they feel they can't go on. But they put on a brave front despite all that.

https://twitter.com/muftimenk/status/1477902603182870529...

17/12/2021

✨ BingkisanJumaat: Apakah erti Kekayaan yang Sebenar?
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:
“Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)."
(Hadith riwayat al-Bukhari)
Hakikat kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta. Kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup dengan pemberian kepadanya (qona’ah), redha dan tidak tamak dalam mencari harta.
Jadikanlah diri kita seorang yang kaya hati iaitu dengan akhlak terpuji dalam setiap perlakuan sama ada dengan Allah swt, sesama manusia dan makhluk yang lain.
Sama-sama juga kita amalkan gaya hidup cara Aafiyat🤗

10/12/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi.
AafiyatStoreJitra buka hari ini seperti biasa dari jam 10pagi - 6 petang.

✨ BingkisanJumaat: Doa Pagi Hari

Diriwayatkan oleh Ummu Salamah ra isteri Rasulullah saw, apabila datang pagi Baginda saw senantiasa memanjatkan doa berikut:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلا مُتَقَبَّلا

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.
(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Hikmah doa ini:
🔹 Mendapat ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan diri, masyarakat dan agama
🔹 Memohon keberkahan rezeki untuk kebaikan dunia dan akhirat
🔹 Seorang muslim hendaknya memiliki sikap khauf (rasa takut) dan roja (berharap) supaya setiap amalan diterima akan mendapatkan ganjaran pahala dan redha Allah swt

Jom mulakan urusan kita hari ini dengan membaca doa pagi. Semoga bermanfaat🤗

12/11/2021

: Muslim yang Baik

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA daripada Nabi SAW bersabda:

"Seorang Muslim yang sempurna Islamnya ialah apabila seseorang Muslimin selamat daripada keburukan lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.”
(Hadith riwayat al-Bukhari)

Perkataan Muslim bererti orang yang selamat iaitu yang memberi keselamatan dan menerima keselamatan. Justeru, jika seseorang itu tiada sifat selamat dalam dirinya seumpama tiada Islam dalam dirinya.

Tanda-tanda peribadi seorang Muslim yang baik ialah tidak melakukan pekerjaan-pekerjaan yang tidak berfaedah. Allah SWT memuji hamba-hambanya yang pengasih dan penyayang. Muslim yang baik juga berhijrah meninggalkan perkara sia-sia dan tidak berbual-bual dalam perkara yang tidak bermanfaat.

Sama-samalah kita berusaha menjadi Muslim yang terbaik seiring dengan gaya hidup secara Aafiyat🤗

10/11/2021

AAFIYAT Travel kit kini available di

Stok terhad, cepat grab gaiss.

RM13 sahaja. Mempunyai 4 jenis penutup.

sila rujuk video pada link di bawah...
https://www.facebook.com/100026591231097/videos/551578649420633/

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Jitra?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


No 267 Tingkat Bawah, Pekan Jitra 2
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00