Heliocare Kedah

Heliocare Kedah

Share

Pusat rawatan kecantikan wajah untuk masalah seperti jerawat, parut jerawat, jeragat ,warna kulit tidak sekata,skin tag, keratosis dan lain2

05/12/2020

SUNTIKAN IV DRIP UNTUK KURUS !

Yer, kali pertama mendengar berkaitan perkhidmatan ini, macam tidak percaya. Betul ke apa perkhidmatan “suntikan untuk kurus” ini. Melalui carian, yer betul rupanya...telah ada perkhidmatan ini dan dilakukan di rumah secara suntikan “IV Drip”.

Jika lihat betul-betul apakah produk yang mereka guna. Sangat ingin tahu apakah bahan yang digunakan dalam suntikan iv drip ini. Didapati bahawa ada 3 jenis bahan/produk digunakan dan kesemuanya kelihatan berasal daripada jepun dengan label pada produk yang tidak boleh dibaca kerana dalam tulisan bahasa jepun.

Alhamdulillah ada applikasi “Google Lense” yang boleh membantu dalam siasatan dan carian lebih terperinci kepada 3 produk tersebut.

Alhamdulillah juga ada sahabat yang pernah belajar di jepun dan membantu mengesahkan carian melalui Google Lense dan menterjemahkan label produk tersebut. Berikut adalah hasil carian :

Vial 1 : Gabungan Asid Amino (Hy-Pleamin 20ml)
Pengilang : Fuso Pharmaceuticals, Japan.
Bahan Aktif : Babungan “essential amino acids”
• L-methionine 192 mg
• L-Tryptophan 64 mg
• L-leucine 218 mg
• L-isoleucine 192 mg
• L-phenylalanine 128 mg
• L-arginine hydrochloride 200 mg
• L-lysine hydrochloride 240.6 mg
• L-threonine 128 mg
• L-valine 192 mg
• L-histidine hydrochloride hydrate 100 mg
• Glycine 298 mg
• D-sorbitol 1000 mg
• L-cysteine 7 mg

Tujuan perubatan/Indikasi : Mengatasi masalah kekurangan asid amino penting.

Biasanya ia digunakan untuk hipoproteinemia, kekurangan zat makanan sebelum dan selepas pembedahan. Asid amino diperlukan oleh tubuh manusia untuk menghasilkan protein dalam tisu. Oleh itu ia digunakan untuk mengimbangi kekurangan asid amino kerana kerosakan dan kemusnahan sel semasa sakit atau kecederaan.
-------------------------------------------------------------------------
Vial 2 : Thioctic Acid Nisshin 25mg/5ml
Pengilang : Nisshin Corporation, Japan
Bahan Aktif : Thioctic acid (chemical formula C8H14O2S2)

Tujuan :
1. Rawatan sindrom Leigh.
2. Mengimbangi kekurangan asid thioctic yang disebabkan oleh latihan fizikal yang intensif.
3. Rawatan kerosakan saraf disebabkan komplikasi diabetes.
4. Kesihatan tubuh badan dan memberi tenaga sebagai produk tambahan (Suplemen).
Biasanya digunakan untuk membantu memulihkan fungsi neuron, oleh itu ia dipreskripsikan untuk pesakit dengan neuropati diabetes (kerosakan saraf) dan sindrom Leigh. Asid thioctic digunakan untuk membaiki tenaga dan pembaikan diri badan untuk atlet atau individu yang kepenatan kerana melakukan latihan/aktiviti fizikal yang intensif.

-------------------------------------------------------------------------
Vial 3 : Carnitine chloride 200mg/2ml (Entmin Injection)
Pengilang : Nichi-iko Pharmaceutical Co., Ltd, Japan
Bahan Aktif : Carnitine chloride 200mg

Tujuan : Ubat ini mengaktifkan fungsi mitokondria dengan memperbaiki keadaan kekurangan carnitine dan membantu dalam mengawal gejala seperti sawan (kejang) atau hipotonia. Kebiasaannya ia digunakan untuk memperbaiki kekurangan carnitine.

L-carnitine adalah sejenis asid amino yang mengangkut asid lemak ke dalam sel untuk diproses menghasilkan tenaga. Ia boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh atau boleh diambil melalui produk suplemen.

Secara teorinya, ada asas untuk menggunakan carnitine sebagai suplemen bertujuan dalam penurunan berat. Kerana carnitine membantu memindahkan asid lemak ke dalam sel untuk dibakar dan menghasilkan tenaga. Oleh itu ramai yang mungkin berfikir cartinitne akan meningkatkan kemampuan tubuh untuk membakar lemak dan seterusnya menurunkan berat badan.

Walau bagaimanapun, tubuh manusia sangat kompleks, dan hasil kajian ke atas manusia dan haiwan memberi keputusan yan pelbagai.
Terdapat kajian yang dilakukan selama lapan minggu terhadap 38 wanita yang melakukan latihan/aktiviti sukan sebanyak empat kali seminggu, tidak menunjukkan perbezaan penurunan berat badan dalam kalangan mereka yang mengambil carnitine dan mereka yang tidak mengambilnya. Walau bagaimanapun dalam kajian ini menunjukkan lima orang peserta yang mengambil carnitine mengalami kesan samping ; loya atau cirit-birit.

Melalui kajian manusia yang lain untuk memantau kesan carnitine terhadap pembakaran lemak semasa latihan menggunakan basikal pegun selama 90 minit menunjukkan selepas empat minggu pengambilan suplemen cartinite juga tidak menunjukkan peningkatkan pembakaran lemak.

Walau bagaimanapun, terdapat satu analisis terhadap sembilan kajian yang dilakukan kebanyakannya dalam kalangan orang obes atau orang dewasa yang lebih tua - mendapati bahawa terdapat kehilangan berat badan sekitar 1.3 kg lebih semasa perserta mengambil carnitine sebagai suplemen. Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan manfaat carnitine pada pop**asi yang berusia muda dan aktif.

Walaupun boleh membantu menurunkan berat badan bagi individu gemuk atau orang dewasa yang lebih tua, diet dan senaman yang menyeluruh mesti dilakukan terlebih dahulu.

-------------------------------------------------------------------------
Kesimp**an yang boleh dibuat :

1. Adalah menjadi suatu kesalahan menjual ubat ini secara atas talian sebab ubat ini dibawa masuk secara seludup dan ia merupakan ubatyang tidak berdaftar dengan KKM.
2. Ubat ini adalah dalam kategori ubat terkawal dan memerlukan preskripsi doktor. Ubat terkawal tidak boleh dipromosikan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat KKM dan tidak boleh dijual secara online.
3. Ubat ini memerlukan profesional kesihatan untuk melakukan prosedur suntikan dalam keadaan aseptik (bebas kuman). Terdapat risiko kesihatan yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna sekiranya ia disuntik oleh individu yang tidak bertauliah. Sekiranya penglibatan individu yang bertauliah menyediakan perkhidmatan di rumah ia merupakan suatu kesalahan etika yang jelas telah dilakukan.
4. Pembuktian dalam penurunan berat badan melibatkan gabungan ketiga-tiga ubat ini yang diberikan secara suntikan iv drip tiada dan pembuktian penggunaan ubat-ubatan tersebut secara berasingan juga tidak menunjukkan pembuktian yang kukuh dan sahih. Ke semuanya memerlukan penjagaan diet dan aktiviti senaman dilakukan bersama-sama untuk melihat tambahan terhadap kesan penurunan berat badan yang sedikit.
5. Didapati dos yang di sarankan oleh penjual produk ini adalah tidak tepat. Pengambilan dos yang di syorkan seminggu sekali tidak akan menghasilkan apa-apa kesan dalam penurunan berat badan.
6. Tidak berbaloi mengambil rpoduk ini kerana kos jualan ketiga-tiga produk ini sahaja adalah sekitar RM600-RM1200 (bergantung kepada peniaga dan jumlah vial yang dibekalkan). Bayangkan jumlah duit yang sama boleh dilaburkan dalam membeli alatan sukan seperti kasut berlari yang bagus (Cardio) , basikal (Cardio), alatan sukan renang (cardio) atau alatan angkat berat (weight) yang terbukti lebih sihat, lebih menjimatkan, lebih seronok dan memberi kepuasan kepada invidu yang melakukannya berserta kawalan pemakanan diet yang seimbang (suku-suku, separuh).
7. Status halal produk ini juga boleh dipertikaikan kerana perlu diingatkan bahawa pengambilan bahan ini adalah kehendak sendiri dan bukannya bertujuan untuk rawatan atau telah dinasihatkan oleh pakar perubatan. Maka sudah menjadi kewajiban pengguna muslim untuk mencari yang halal kerana ubat ini bukan keperluan merawat tetapi ia adalah kehendak seseorang individu itu.
8. Kandungan bahan dalam ketiga-tiga produk tersebut sebenarnya memang terkandung dalam diet harian. Justeru tidak perlu mengambilnya secata suntikan tambahan jika individu melatih diri mengambil pemakanan sihat dan seimbang. Suntikan ini semua adalah untuk keadaan individu yang terbukti mengalami kekurangan nutrient tubuh dan memerlukan tambahan dalam bentuk suntikan atau suplemen tambahan.
9. Penjual produk ini rata-rata adalah golongan individu bukan ahli perubatan dan tidak bertauliah. Apa-apa berlaku terhadap diri anda terutama reaksi kesan sampingan atau alergi adalah bawah tanggungan masing-masing. Peniaga semestinya tidak akan bertanggungjawab atas kesan yang berlaku.
10. Masalah obesiti perlukan nasihat daripada golongan profesional kesihatan, dipantau dan perlulah dilakukan secara perlahan dan berterusan. Pembuktian rawatan yang terbaik adalah menerusi aktiviti sukan dan mengawal pemakanan. Pengambilan ubat/produk atau prosedur pembedahan memerlukan nasihat doktor atau ahli farmasi. Elak manjadi mangsa kepada penjual produk yang tidak bertauliah.
-------------------------------------------------------------------------
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, orang awam sepatutnya menggunakan perkihdmatan yang telah disediakan oleh pihak KKM iaitu Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian bebas tol 1800-88-6722 (Isnin-Jumaat 8pagi-5petang). Elakkan bertanya kepada penjual produk apa-apa berkaitan ubat-ubatan atau suplemen...sebaiknya gunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan makluman yang sahih dan tidak bias. Dengan cara ini anda boleh menjadi pengguna yang bijak dan menghindari diri daripada tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai orang awam juga, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan informasi berkaitan kegiatan penjualan ubat-ubatan yang tidak betul dan mencurigakan ini kepada pihak penguatkuasa KKM untuk melakukan siasatan lanjut dan mengambil tindakan sekiranya aduan didapati ada kebenaran pelanggaran mana-mana undang-undang sedia ada.

Salurkan aduan anda di : https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

sumber:Mohd Dziehan Mustapa

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi:

Klinik Avicenna :04-9176003
Klinik Lathika: 04-7691342

Boleh walk in terus ke klinik kami (KLINIK AVICENNA)di Bandar Darulaman, Jitra Kedah ( bersebelahan dominos pizza, jitra dan berhadapan Marrybrown) 😄😃😀

Semoga bermanfaat.

03/12/2020

Selamat Petang 😊

Acne scars atau parut jerawat adalah antara masalah yang sering dialami oleh pesakit sebelum mereka berjumpa pakar KULIT.
Selesai Deep Skin Analysis & Consultation, pakar akan syorkan rawatan seperti :
☑️ Painless CO2 Laser :
- rawatan laser yang tidak menyakitkan mematikan akar parut hingga ke lapisan dalam kulit serta meratakan parut.
☑️ Dermapen Acne Scar :
- rawatan jarum mikro yang meratakan parut serta merangsang penghasilan kolagen.
☑️ Scar Subsicion :
- rawatan mematikan parut dari akar dengan cara yang kurang menyakitkan oleh doktor yang pakar.
Selain memudarkan parut, rawatan-rawatan di atas turut mencerahkan kulit secara sihat, beri glow semulajadi serta membuat kulit lebih lembut, halus dan anjal 😍
Nak cuba ? Jom kita set appointment dulu. 😘

Lots of Love ! 💕

LOCATION :

BERSEBELAHAN DOMINOS DARULAMAN TANAH MERAH , JITRA , BERHADAPAN MARRYBROWN DARULAMAN TANAH MERAH , JITRA .

BEAUTYLICIOUS MEDISPA AND WELLNESS CENTRE

http://www.wasap.my/60102166003/SPA
http://www.wasap.my/60102166003/SPA
http://www.wasap.my/60102166003/SPA

05/07/2020

Microneedling Treatment utk yg nk flawless skin..

Sesuai untuk:
1.Kurangkan parut jerawat/stretch mark
2.Kurangkan garis halus + kedut di muka
3.Kecilkan pori-pori
4.Anti penuaan dan meningkatkan penghasilan kolagen utk kulit baru yg lebih anjal
5.Meningkatkan penyerapan serum/product skincare
6.Cerahkan kulit dan lebih glowing

*Jangan risau procedure ini sangat sterile kerana doktor akn gunakan jarum baru utk pesakit baru
*Minimal downtime
*X sakit
*Xperlu pakai make up 2 inch dah
* Hasil terbaik selepas 5-10 session..
*Harga sgt berbaloi..

Wsp 010-2166003

04/07/2020

ASSALAMMUALAIKUM

🌤️ MORNING 🌤️

Hai awak tak nak cantikkan kulit wajah ka sebelum AIDILADHA YANG BAKAL MENJELANG TAK LAMA LAGI... Sekarang kita tengah adakan promosi besar-besaran taw untuk setiap pakej rawatan muka apa tunggu lagi cepat2 grab untuk keterangan lanjut boleh tekan link wasap dibawah

BEAUTYLICIOUS MEDISPA ada PROMOSI SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA RUGI TAK GRABuntuk 30 ORANG YANG TERAWAL SAHAJA pada 03/07/2020 - 11/07/2020

👇👇👇👇👇
http://www.wasap.my/60102166003/SPA

http://www.wasap.my/60102166003/SPA

http://www.wasap.my/60102166003/SPA

02/07/2020

Tips Penjagaan Kulit Muka Dan

1. Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control).

2. Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.

3. Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terp**ang kepada kulit individu contohnya, fatim boleh makan kerang, ketam.)

4. Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi fatim, fatim tidak boleh makan kacang tanah, tetapi fatim boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terp**ang kepada kulit individu.)

5. Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.

6. Mengamalkan 2 biji sehari Vitamin C 500mg. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.

Note: Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat & Cara Penjagaan Kulit Muka Berminyak ini adalah bergantung kepada tahap masalah kulit individu. Tips diatas adalah contoh yang boleh anda amalkan..

http://www.wasap.my/60102166003/SPA
http://www.wasap.my/60102166003/SPA
http://www.wasap.my/60102166003/SPA

Location: Bersebelahan dominos darulaman tanah merah jitra

Beautylicious Medispa and wellness centre

30/06/2020

Heliocare
-a smooth facial make-up sunscreen
- Advanced UV protection with skin tone enhancement & correction
- Suitable for for normal and dry skin
Heliocare provides advanced anti-ageing UV protection. The range consists of ultra-smooth, easy-apply advanced sunscreens combining high technology mineral & nonmineral filters with photobiological protectants, featuring Fernblock, a natural fern extract unique to Heliocare. .
Fernblock™ is derived from a natural fern that has adapted and evolved to protect itself from the harmful effects of UVA and UVB radiation. The extract has been proven in extensive scientific and clinical studies around the world to offer skin-specific anti-oxidant activity and advanced UV protection sunscreens by providing four advanced levels of protection:
• activating the skin’s immune defences before, during and after sun exposure
• inhibiting DNA damage in skin cells which can lead to cancer
• helping to prevent structural changes in the skin and slowing the ageing process
• reducing sun-induced allergic skin reactions .
Heliocare Compact SPF 50 LIGHT
Ultra-smooth, easy-apply facial make-up sunscreens. Providing advanced UV protection with skin tone enhancement and correction. The creamy smooth make-up enables daily use and on areas of uneven skin tone where make-up cover is required. They are available in light and fair shades for different skin tones.
UVA/UVB filters: Ultra-advanced mineral filters provide high level UVA/UVB protection.
Photobiological protectants: Fernblock–natural fern extract rich in polyphenols and flavonoids, combined with Green Tea extract, provides biological photo-protection.
Non-comedogenic and water resistant
Size: 10 g
Heliocare Compact is designed for normal and dry skin.
Apply in the morning or reapply during the day to complete your anti-ageing skincare regime. It is also great to use during the day for UV protection and make-up top-ups.
Non-comedogenic and water resistant, reapply every 2-3 hours during periods of high sun exposure.

Location: Bersebelahan dominos darulaman tanah merah jitra

010-2166003

30/06/2020

‼️TCA CROSS RAWATAN UNTUK PARUT BERLUBANG‼️

TCA bererti Trichloroacetic Acid, sejenis bahan kimia dari kump**an acetic acid yang sekian lama digunakan sebagai ejen penglupasan kulit untuk tujuan kecantikkan. TCA bilamana disapu kepada kulit akan meresap masuk ke dalam lapisan epidermis dan melonggarkan sel-sel kulit mati yang berada di permukaan atas. Walau bagaimana pun, kadar resapan dan kedalaman asid ini masuk ke dalam kulit bergantung kepada kepekatan asid yang digunakan. Oleh itu secara amnya adalah dinasihatkan supaya rawatan ini TIDAK dibuat sesuka hati di rumah atau salon. Risiko kulit merah dan melecur semakin tinggi dengan konsentrasi asid yang digunakan dan juga dengan bilangan lapisan larutan yang disapu ke atas kulit.

Secara amnya, TCA peel boleh membantu untuk masalah-masalah berikut:

Jerawat
Pigmentasi dan brown spots
Garisan kedut yang halus
Parut jerawat yang bertompok-tompok hitam

TCA CROSS p**a bermaksud Chemical Reconstruction of Skin Scar

Melibatkan penggunaan TCA berkonsentrasi tinggi, disapu khas ditempat yang berparut lubang(depressed scars), yang mana selepas ianya meresap masuk ke dalam kulit, akan ada inflamasi berlaku, dan salah satu produk inflamasi terhasil adalah kolagen dan tisu baru yang tumbuh dan mengisi lubang parut tersebut. Proses penghasilan tisu baru mengambil masa dari 2 minggu selepas rawatan sehinggalah beberapa bulan. Jadi result mengambil masa untuk dilihat.

Selepas rawatan, bahagian kulit yang disapu TCA akan menjadi putih, dan akan hilang selepas beberapa jam. Selepas 1-2 hari bahagian tersebut akan menjadi gelap dan kering. Selepas beberapa hari, kulit tersebut akan mengelupas dan tanggal.

Penjagaan selepas rawatan termasuk melindungi kulit dengan Gel UV yang sesuai dengan jenis kulit.

Location :
*BEAUTYLICIOUS MEDISPA AND WELLNESS CENTRE*
DIBUKA SETIAP HARI
10PAGI - 7.00 MLM.
HARI JUMAAT BY APPT
TUTUP HARI SELASA SAHAJA

Location: Bersebelahan dominos darulaman tanah merah jitra

010-2166003

Beautylicious Medispa and wellness centre

26/06/2020

Review rawatan parut muka di dan ..

23/05/2020

‼️Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu‼️

➡️ Jangan lupa kebaikan menggunakan krim pelindung matahari.

➡️ Jangan terlalu keringkan kulit anda jika terdapat keradangan.

➡️ Jangan lupa untuk jaga kulit leher.

➡️ Gunakan ais pada kulit anda.

➡️ Simpan semua produk kecantikan anda dengan betul.

➡️ Pastikan semua barang yang menyentuh bahagian muka anda bersih.

➡️ Jangan guna scrub dan span muka, jika muka anda senang berjerawat.

➡️ Urut muka anda jika mahu menghilangkan kesan lingkaran di bawah mata.

➡️ Jaga kulit pada tangan anda.

➡️ Cuci keseluruhan muka anda.

Untuk keterangan lanjut :

Hubungi BeautyLicious Medispa Bandar Darulaman Jitra, Kedah 😍😘😊

Whatapp/ Call : 010-2166003

Lets Cantik Bersama 😘

13/05/2020

Sejak cuti PKP ni memang ramai yg tak dak masa nk jaga kulit wajah kn. Makin lama makin b*k miss J tumbuh kt muka. Ada yg smpai breakout teruk 😫

Duduk rumah pn sebenarnya kena jaga tau muka. At least buat yg basic antaranya cuci muka dengan Cleanser yg betul dan pakai mosturiser serta sunblock walaupun muka tidak terdedah dgn cahaya matahari.

Kalau dulu nk keluar jalan2 bukan main lawa je nk jumpa org, takkanlah depan suami tak nak lawa2 kn? Hari2 nk suami pandang kita dgn penuh kasih sayang kn.

Sebarang pertanyaan blh wassap/call kami di talian 60102166003☎️☎️☎️☎️☎️

010-2166003

LOCATION : BERSEBELAHAN DOMINOS DARULAMAN TANAH MERAH , JITRA , BERHADAPAN MARRYBROWN DARULAMAN TANAH MERAH , JITRA .

BEAUTYLICIOUS MEDISPA AND WELLNESS CENTRE

12/05/2020

[ATTN; DAH CUBA BANYAK UBAT DAN SKINCARE, TAPI JERAWAT MASIH MENGGILA!!.. ]

8 Punca rawatan tidak berjaya?

Mari kita lihat kenapa rawatan tidak berjaya…

=====

1. Tidak mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan keadaan kulit.

Kita mungkin beli krim atau ubat jerawat tanpa mengira kesesuaian dengan kulit dan masalah kita. Apa kesannya? Umpama kita sakit perut tapi kita makan ubat batuk.

Rawatan yang salah takkan dapat selesaikan masalah kita.

=====

2. Penggunaan ubat dalam kos yang tidak tepat.

Apabila kita ikut sebarang rawatan, penting untuk ikut dos yang ditetapkan. Krim dan antibiotik yang kita ambil sudah disukat dosnya.

Dos yang terlalu rendah atau terlalu tinggi tak ikut nasihat doktor akan menyebabkan jerawat kita gagal dirawat.

Malah mungkin lagi teruk!

=====

3. Berhenti rawatan separuh jalan kerana kesan sampingan.

Setiap rawatan memang ada kesan sampingan. Cuma kita perlu tahu, kesan sampingan yang kita alami itu bagus atau tidak bagus.

Ada kesan sampingan p**a yang biasa dialami dan memang part of the process kerana reaksi kulit. kita cuma perlu maklumkan pada doktor anda. Doktor akan sesuaikan dos dan rawatan megikut reaksi kulit kita.

=====

4. Bertukar-tukar rawatan dengan kerap.

Ini sambungan daripada poin 3.

Pilih satu rawatan yang bagus dan ikut sehingga selesai. Jangan bertukar-tukar rawatan hanya kerana reaksi kulit terhadap rawatan. Bincang dengan doktor. Reaksi kulit ialah feedback yang bagus.

Kalau kita bertukar-tukar rawatan, habislah feedback tadi, kita kena mula semula.

=====

5. Kulit terlalu berminyak.

Terlalu banyak rembesan minyak pada kult akan mengurangkan keberkesanan rawatan krim / antiobiotik. Bincang dengan doktor untuk dapatkan rawatan yang bersesuaian.

=====

6. Terlalu cepat berhenti rawatan.

Kadang-kadang jerawat nampak sudah hilang. kita pun berhenti rawatan.

Sebenarnya jerawat perlu dikawal sehingga ke puncanya. Ikut nasihat doktor. Jika rawatan antibiotik yang kita perlu ambil ialah 3 bulan, kita WAJIB habiskan rawatan 3 bulan itu. Jika tidak, mungkin jerawat yang lebih teruk akan muncul.

=====

7. Terlalu banyak liang yang tersumbat atau ada jangkitan.

Rawatan krim dan antibiotik kurang berkesan jika liang kulit kita tersumbat atau ada jangkitan.

Kita perlu dapatkan rawatan untuk masalah ini seperti peel dan extraction sebelum mulakan rawatan jerawat.

=====

8. Kita mungkin TIADA masalah jerawat.

Apa yang kita sangka jerawat sebenarnya mungkin penyakit kulit seperti Rosacea atau jangkitan kulit yang lain.

Sama macam poin no 1 tadi, kalau kita rawat penyakit dengan ubat yang salah, penyakit takkan selesai. Kalau apa yang kita alami itu bukan jerawat, kita perlu dapatkan rawatan yang sepatutnya, bukan rawatan jerawat.

=====

Silakan tau!

Location: Bersebelahan dominos darulaman tanah merah jitra

www.wasap.my/60102166003/jerawat

BEAUTYLICIOUS MEDISPA AND WELLNESS CENTRE

www.wasap.my/60102166003/jerawat

28/04/2020

😍Rawatan Estetik Paling Pop**ar di Malaysia | Chemical Peeling😍

Salah Satu daripada rawatan estetik yang pop**ar di Malaysia adalah rawatan Chemical Peel.

Rawatan ini adalah ➡️ tidak invasif
➡️senang dilakukan.

CHEMICAL PEELING dapat ✔️meningkatkan Kualiti kulit
✔️memperbaiki tekstur kulit.

Ia sering kali dilakukan untuk merawat

‼️Jerawat,
‼️Parut jerawat
‼️Pelbagai masalah kulit berjeragat.

⛔️PERINGATAN⛔️

✔️Perlu dilakukan oleh pengamal perubatan yang terlatih untuk mengelakkan sebarang komplikasi daripada belaku.

✔️Pesakit yang menjalani rawatan ini akan mengambil masa beberapa hari untuk pemulihan, bergantung kepada kedalaman chemical peel yang dilakukan.

✔️Walaupun begitu, chemical peel tetap menjadi rawatan estetik yand pop**ar.

Location :
*BEAUTYLICIOUS MEDISPA AND WELLNESS CENTRE*
DIBUKA SETIAP HARI
10PAGI - 7.00 MLM.
HARI JUMAAT BY APPT
TUTUP HARI SELASA SAHAJA

Location: Bersebelahan dominos darulaman tanah merah jitra

010-2166003

Beautylicious Medispa and wellness centre

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Jitra?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jitra
06000

Opening Hours

Monday 11:00 - 22:00
Wednesday 11:00 - 22:00
Thursday 11:00 - 22:00
Friday 15:00 - 22:00
Saturday 11:00 - 22:00
Sunday 11:00 - 22:00