Klinik APM Larkin Johor Bahru

Klinik APM Larkin Johor Bahru

Share

KLINIK APM LARKIN BERTEMPAT DI JOHOR BAHRU KINI DIBUKA

13/08/2026

SUNTIKAN PRP LUTUT DAN SENDI? APA TU??

PRP (Platelet-Rich Plasma) atau plasma kaya platelet ialah rawatan yang menggunakan darah pesakit sendiri untuk membantu proses penyembuhan dan regenerasi tisu.

🩸 Bagaimana PRP dibuat?

1. Darah diambil daripada pesakit.
2. Darah dimasukkan ke dalam mesin centrifuge untuk memisahkan komponennya.
3. Bahagian plasma yang mempunyai kepekatan platelet yang tinggi diambil.
4. PRP tersebut disuntik ke kawasan yang mengalami masalah.

PRP bukan “membina semula” sendi yang sudah rosak seperti menumbuhkan semula tulang rawan secara terus. Ia lebih kepada merangsang dan mengubah persekitaran di kawasan sendi supaya proses penyembuhan dan kawalan keradangan menjadi lebih baik.

🩸 Bagaimana PRP membantu sendi?

PRP mengandungi platelet dan growth factors. Selepas disuntik ke kawasan sendi/tisu yang bermasalah:

1. Mengurangkan keradangan
* PRP boleh mempengaruhi mediator keradangan dalam sendi.
* Ini boleh membantu mengurangkan sakit dan bengkak.
2. Merangsang pembaikan tisu
* Growth factors daripada platelet memberi isyarat kepada sel di kawasan tersebut untuk menjalankan proses repair.
3. Menyokong fungsi cartilage
* Dalam osteoarthritis, PRP mungkin membantu mengurangkan proses kerosakan cartilage dan menyokong aktiviti sel cartilage.
* Tetapi bukti bahawa PRP boleh menghasilkan semula cartilage yang telah hilang masih terhad.
4. Membantu tendon dan ligamen
* Untuk masalah seperti tendinopathy, PRP boleh merangsang proses penyembuhan tisu dan kolagen.

PRP → platelet/growth factors → modulasi keradangan + rangsangan repair → sesetengah pesakit mengalami kurang sakit dan fungsi lutut bertambah baik.

Jadi, PRP lebih tepat dianggap sebagai “biological treatment” untuk membantu proses repair dan mengawal persekitaran sendi, bukannya “ubat yang menggantikan cartilage”.

💉 PRP biasanya digunakan untuk

* Sakit sendi, contohnya osteoarthritis lutut
* Tendon injury/tendinopathy seperti tennis elbow
* Sesetengah kecederaan otot dan ligamen
* Hair loss — PRP kulit kepala
* Sesetengah rawatan estetik/kulit

Kelebihan: menggunakan darah sendiri, jadi risiko alahan terhadap bahan asing adalah rendah.

INGIN TAHU LEBIH LANJUT MENGENAI RAWATAN PRP? MARI DAPATKAN KONSULTASI DARI KLINIK APM SEGERA..

09/08/2026

HI SEMUA!
KLINIK KAMI ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN X RAY. JADUAL PERKHIDMATAN X RAY PADA MINGGU INI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Photos from Klinik APM Larkin Johor Bahru's post 07/08/2026

"ANAK AKU MASIH KECIL TAPI MENGHIDAP DIABETES TYPE 2 ??
TAMBAHAN P**A DIA DALAM KATEGORI OBESITI! OHH TIDAKKKK!"

> DIABETES MELLITUS TYPE 2 & OBESITI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

🍭 Apa itu Diabetes Mellitus Type 2?

Diabetes Mellitus Type 2 ialah penyakit kronik di mana paras gula dalam darah menjadi tinggi kerana:

* Badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan (rintangan insulin).
* Lama-kelamaan, pankreas tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi.

Walaupun dahulu penyakit ini lebih kerap berlaku pada orang dewasa, kini semakin ramai kanak-kanak dan remaja didiagnosis akibat peningkatan kadar obesiti.

⚠️ Faktor Risiko

Faktor yang boleh diubah :

✅ Obesiti atau berat badan berlebihan
✅ Kurang bersenam atau kurang aktiviti fizikal
✅ Pemakanan tinggi kalori, gula dan lemak tepu
✅ Pengambilan minuman bergula yang kerap
✅ Masa skrin (telefon, TV, permainan video) yang berlebihan
✅ Tidur yang tidak mencukupi

Faktor yang tidak boleh diubah :

* Sejarah Diabetes Type 2 dalam keluarga
* Berat lahir yang rendah atau tinggi
* Akil baligh (puberti)
* Sindrom ovari polisistik (PCOS) pada remaja perempuan

🚨 Tanda-Tanda Diabetes Type 2 :

* Kerap haus
* Kerap membuang air kecil
* Cepat lapar
* Berat badan menurun tanpa sebab
* Mudah letih
* Penglihatan kabur
* Luka lambat sembuh
* Jangkitan kulit berulang
* Kulit leher, ketiak atau celah paha menjadi gelap dan tebal (Acanthosis Nigricans)

❗ Komplikasi :

Jika tidak dikawal, diabetes boleh menyebabkan:

🫀 Penyakit jantung dan salur darah
🩺 Tekanan darah tinggi
🩸 Kolesterol tinggi
👁️ Kerosakan retina mata (retinopati)
🦵 Kerosakan saraf (neuropati)
🫘 Kerosakan buah pinggang (nefropati)
🫁 Fatty liver (hati berlemak)
😴 Sleep apnea
🦴 Masalah tulang dan sendi
💔 Tekanan emosi, kemurungan dan keyakinan diri yang rendah

🩺 Bilakah Anak Perlu Disaring?

Pemeriksaan disarankan jika kanak-kanak:

* Berlebihan berat badan atau obes
* Mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes
* Mempunyai tekanan darah atau kolesterol tinggi
* Mempunyai tanda Acanthosis Nigricans
* Mempunyai PCOS
* Kurang aktif secara fizikal

📌 Apa itu Obesiti?

Obesiti ialah keadaan apabila kanak-kanak mempunyai lebihan lemak badan sehingga boleh menjejaskan kesihatan. Ia biasanya dinilai menggunakan Indeks J***m Badan (BMI) mengikut umur dan jantina.

Obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan Diabetes Mellitus Jenis 2 berlaku pada usia muda.

🚨 Tanda-Tanda Obesiti :

* Berat badan meningkat melebihi normal
* Lilitan pinggang bertambah
* Cepat penat ketika melakukan aktiviti
* Kurang stamina
* Berdengkur ketika tidur
* Sukar bergerak atau bers**an

MARI JALANI PEMERIKSAAN SEGERA DI KLINIK APM

Photos from Klinik APM Larkin Johor Bahru's post 02/08/2026

MASIH MENCARI PERANCANG KELUARGA YANG SESUAI DAN BERKESAN?

Implanon ialah sejenis implan perancang keluarga berbentuk rod kecil (kira-kira sebesar batang mancis) yang dimasukkan di bawah kulit bahagian dalam lengan atas oleh doktor bertauliah. Ia mengandungi hormon etonogestrel yang mencegah kehamilan.

KELEBIHAN :

* ✅ Sangat berkesan (>99%)
* ✅ Berkesan sehingga 3 tahun
* ✅ Tidak perlu ingat makan pil setiap hari
* ✅ Kesuburan biasanya kembali dengan cepat selepas implan dikeluarkan
* ✅ Selamat digunakan semasa menyus**an bayi (selepas tempoh yang sesuai dinilai oleh doktor)
* ✅ Mengurangkan sakit dan pendarahan period yang banyak
* ✅ Tidak mengganggu hubungan intim

KEKURANGAN / KESAN SAMPINGAN :

- Haid tidak teratur (paling biasa)
- Haid menjadi sedikit, tiada haid langsung, atau berpanjangan
- Sakit kepala, jerawat, perubahan mood, payudara sensitif
- Sakit atau lebam di tempat pemasangan
- Tidak melindungi daripada jangkitan kelamin (memerlukan kaedah lain seperti kondom)
- Prosedur kecil diperlukan untuk memasukkan dan mengeluarkan

Siapa yang sesuai?

🌹 Wanita yang mahukan kaedah perancang keluarga jangka panjang.
🌹Wanita yang tidak sesuai mengambil pil yang mengandungi estrogen.
🌹Ibu yang menyus**an bayi (selepas dinilai oleh doktor).

Siapa yang mungkin tidak sesuai?

Implanon mungkin tidak sesuai jika anda mempunyai:

* Kanser payudara semasa atau pernah mengalaminya.
* Penyakit hati yang teruk.
* Pendarahan f***j yang belum diketahui puncanya. Penilaian doktor diperlukan sebelum pemasangan.

MARI DAPATKAN KONSULTASI DARI KLINIK APM SEGERA :)

01/08/2026

PERKHIDMATAN AMBULANS CEPAT & DIPERCAYAI !

KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN AMBULANS YANG CEPAT, SELAMAT DAN PROFESIONAL UNTUK KECEMASAN MAHUPUN PEMINDAHAN PESAKIT.

HUBUNGI KAMI - KAMI SENTIASA BERSEDIA MEMBANTU ANDA DAN ORANG TERSAYANG

01/08/2026

HOME NURSING CARE - PENJAGAAN PROFESIONAL DI RUMAH ANDA

Berikan penjagaan terbaik untuk insan tersayang tanpa perlu ke hospital atau klinik.

Perkhidmatan HOME NURSING CARE kami memastikan keselesaan dan keselamatan di rumah sendiri.

- Jururawat bertauliah dan berpengalaman
- Penjagaan pesakit selepas hospital
- Rawatan luka dan pemantauan kesihatan
- Mesra, prihatin dan penuh kasih sayang

TEMPAH SEKARANG DAN BIARKAN KAMI MEMBANTU MENJAGA YANG TERSAYANG - PENJAGAAN BERKUALITI, TERUS KE RUMAH ANDA

01/08/2026

BERITA BAIK! DOKTOR HOUSECALL KINI COVER SEMUA KAWASAN DAERAH JOHOR!

DR ON CALL - RAWATAN MUDAH TANPA PERLU KELUAR RUMAH !

Tak sihat tapi tak sempat ke klinik? s**ar untuk membawa ahli keluarga sakit uzur ke klinik?

Jangan risau! Kami sediakan perkhidmatan DR ON CALL terus ke lokasi anda.

- Lawatan doktor ke rumah
- Sesuai untuk warga emas & pesakit uzur
- Rawatan cepat dan profesional
- Jimat masa, lebih selesa

HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK TEMPAHAN SEGERA

01/08/2026

📣 SCAN PROMO Klinik APM DESARU — RM70 SAHAJA! 📣

IMBASAN OLEH DOKTOR BERPENGALAMAN📦

Apa yang kita boleh scan ?

1️⃣ Perut (Abdomen): Hati, Buah Pinggang & Hempedu
2️⃣ Pelvic: Rahim, Ovari & Janin (Ibu Hamil)
3️⃣ Leher termasuk Thyroid
4️⃣ Payudara

🗓️ Hari: Setiap Sabtu (Kecuali Cuti Umum)
⏰ Masa: 2:00 PM - 10:00 PM
📍 Lokasi: Klinik APM Desaru

Tekan link di bawah untuk booking slot anda sekarang 👇
📲 WhatsApp: wa.me/60193464423
📞 Telefon: 07-8222522

27/07/2026

👂 TAHUKAH ANDA? PUTIK KAPAS BOLEH MEMBAHAYAKAN TELINGA!
Masih s**a korek telinga dengan putik kapas? Fikir semula!

Ramai menyangka putik kapas membantu membersihkan telinga. Hakikatnya, ia boleh menyebabkan lebih banyak mudarat daripada manfaat.

Ramai orang menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga, tetapi sebenarnya ia tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan:

* 👂 Menolak tahi telinga lebih dalam, sehingga menyebabkan sumbatan.
* 😣 Sakit atau ketidakselesaan pada saluran telinga.
* 🩸 Mencederakan saluran telinga, menyebabkan luka atau pendarahan.
* 🦠 Meningkatkan risiko jangkitan telinga.
* ⚠️ Gegendang telinga pecah jika putik kapas dimasukkan terlalu dalam.
* 🔇 Gangguan pendengaran sementara akibat sumbatan tahi telinga atau kecederaan.

🤔 Tahukah anda?

Tahi telinga bukan kotoran. Ia berfungsi untuk:
* Melindungi telinga daripada habuk dan serangga.
* Menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat.
* Melembapkan saluran telinga.

Cara membersihkan telinga yang betul :
* Bersihkan bahagian luar telinga sahaja dengan kain lembut.
* Tahi telinga biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.
* Jika telinga terasa tersumbat, sakit, keluar cecair, atau pendengaran berkurangan, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dan pembersihan yang selamat.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


NO 15, Jalan GERODA 2/1 PUSAT PERDAGANGAN LARKIN
Johor Bahru
80350