Kurus bersama PURE SLIM 7D Advanced 5 in 1
2
11/09/2016
BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD.....
Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.
Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.
Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."
Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.
"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.
"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"
Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.
"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."
Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.
"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"
Cikgu Yong mengangguk.
"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.
"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."
Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.
"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.
Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di p**i dan dahi.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!
Kau ada...??"
Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.
Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
***
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.
Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.
Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'
Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....
MAK...engkaulah RATU hatiku.
02/08/2016
Pengorbanan seorang ayah
02/08/2016
PURE SLIM 7D ready stok..
pm/sms/whatsapp 011-15666312
02/08/2016
Baru amalkan 2 MINGGU dah turun 13kg... Pure Slim 7d ni memang sangat2 laris.. Sbb rmai dh tahu keberkesanan die :D :D
25/07/2016
Sampai lg stok baru... Sgt2 limited...borong min 5pcs shje...Direct pm atau whatsapp 011-15666312 ;)
Sifir ringkas utk lelaki yang dah berbini.
Langkah 1- Bila kau nampak satu perempuan cantik gila..dah lah cantik..seksi....bau dia wangi pulak tu....dan kau rasa s**a dan berkenan...kau tgk betul2 kat pompuan tu..apa yg kau s**a...
Langkah 2- bila kau balik rumah kau pandang bini kau...apa beza dia dengan pompuan yang kau s**a tadi...
Langkah 3-
3.1-Kalau bini kau rambut dia kusut masai berbanding pompuan tadi...kau bawak dia p saloon buat rambut...
3.2-Kalau bini kau muka dia tak putih macam pompuan tadi..kau bawak dia p spa..atau kau belikan produk2 yang boleh putih kan kulit dia...kan dah b*k produk kat pasaran..google aja..
3.3-Kalau bini kau pakai baju selekeh..pergi bawak p shooping complex..belikan baju yang cantik dan daring...kalau malu nak bawak bini p shooping..beli online..dia pos sampai rumah...
3.4-Kalau bini kau tak pandai cakap atau bini kau berkomunikasi cara kampung..ajar dia..atau bawak dia p kelas komunikasi...atau kau search kat youtube kaedah2 komunikasi moden..suh dia tgk..cakap kat bini kau...lepas bini kau layan drama TV3 atau cerita korea...suh dia layan video tu pulak...
3.5-Kalau bini kau tak pandai masak...kau carikan resepi2 kat fesbuk..pastu tagged bini kau..kalau kau tak nak malukan bini kau dengan cara tu..kau screen shot pastu sent wassap kat bini kau...bila kau dah bg resepi..kau jgn kedekut nak beli barang dapor pulak..makan nak sedap..barang dapor kedekut...bangang namanya!
3.6-Kalau kau cium bini kau busuk..kau belikan lah perfume..perfume rm10 ada..perfume mahal pun ada..kau pilih ja bau apa kau nak...
3.7-Kalau kau tengok gigi bini kau kuning..bawak p dentist..putihkan...
3.8-Kalau kau tgk bini kau gemok...bawak la p gym..x pon subscribekan kelas zumba..paling koman..belikan produk kurus....jgn kau tak bagi dia makan sbb nk bg dia kurus pulak..satg mati kebulur bini kau tu nanti..
3.9-Kalau bini kau tak seksi..kau belikanlah baju baju yg seksi macam kau selalu tgk kt FB atau TV atau pornhub..then suh dia pakai..
Penutup-Kalau kau tak ada duit nak modalkan bini kau cantik...buatlah 3 4 kerja cari duit..bila bab duit nak cantikkan bini kau...duit asyik tak ada..tapi bila bab duit nak ajak awek cantik pergi karoke dan tengok wayang ada pulak??bodoh!
Kesimpulan-Bijak kan aku???
20/07/2016
Testi yg berjaya turun 3KG walaupn makan xteratur... Semuanye boleh dgn PURE SIM 7D...;)
JANGAN PANDANG RENDAH PADA ORANG
Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin tinggal bersama dengan 2 orang anak.
Suatu malam,tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Dengan bantuan cahaya handphone gadis itu ke dapur untuk mengambil lilin.
Tiba tiba kedengaran seperti ada orang mengetuk pintu. Rupanya seorang anak jirannya yang miskin yang tinggal di sebelah rumahnya.
Anak itu bertanya "kakak ada lilin tak.??"
Gadis itu pun berfikir; "jangan pinjamkan. Nanti mereka akan terus meminta lepas ni."
Lalu gadis itu menjawab; "tak ada..!!"
Lalu si anak itu pun berkata dengan nada bersungguh; "saya dah agak mesti akak takde lilin, ini ada dua batang lilin saya bawakan untuk akak..ibu saya bimbang dia cakap akak tinggal sorang2 takut akak takde lilin.."
Gadis tadi terus merasa bersalah, dalam linangan air mata, dia memeluk erat anak kecil itu.
Jangan menilai keburukan, kelemahan atau kemislinan orang lain.
Kekayaan bukan bergantung kepada seberapa banyak kita punya, tetapi seberapa banyak kita sanggup berkongsi dengan orang yang memerlukan dan tidak mampu.
Miskin bukan bererti tidak punyai apa apa dan kaya bukan bererti punyai segalanya.
17/07/2016
Antara pengguna PURE SLIM 7D... ramai dh terbukti berkesan..Tak rugi cube ;) 1 botol tahan Sebulan tau
KEBAIKAN/KHASIAT PURE SLIM 7D
===========================
- Menguruskan badan.
- Meningkatkan kadar metabolisma.
- Membakar Kalori berlebihan.
- Melawaskan serta melancarkan pembuangan.
- Bertindak mengawal selera makan.
- Membuang lemak dlm usus dan membuang makanan yg baru diambil.
- Menghalang pembentukan lemak
- Menghalang badan drp menerima lebihan lemak dan kabohidrat
- Membantu sistem pencernaan utk berfungsi dgn normal.
- Mengatasi masalah sembelit.
- Tidak mengakibatkan kesan sampingan spt cirit birit , pening, loya, masuk angin, jantung berdebar, gangguan tidur, s**ar tidur malam, lesu dan alahan
( sekiranya diambil mengikut cara yang betul ).
17/07/2016
Testi terbaru PURE SLIM 7D... dh ramai yg tahu keberkesanannye dr packaging lame lg ;)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Johor Bahru