Solusi Mata Sihat

Solusi Mata Sihat

Share

AINS Vit solusi untuk masalah mata.
. LULUS KKM : MAL19016027T
. Penghantaran ke seluruh Malaysia

18/11/2021

Mata Anugerah Tuhan . Jagalah Sebaiknya 😀

15/11/2021

Apa itu Rabun Dekat?

Rabun dekat ialah masalah penglihatan yang kerap berlaku di mana anda boleh melihat objek jauh lebih jelas daripada objek dekat. Kadar rabun dekat anda mempengaruhi kebolehan anda untuk fokus. Mereka yang mengalami rabun jauh yang teruk boleh melihat objek dengan jelas pada jarak yang sangat jauh, manakala mereka yang rabun jauh ringan boleh melihat objek dengan jelas pada jarak yang lebih dekat.

Rabun jauh kebiasaannya berlaku di waktu lahir dan cederung untuk berlaku di dalam keluarga. Ia boleh disertai dengan beberapa masalah seperti:

Mata juling;
Kualai hidup berkurang;
Mata letih.
Apakah kebarangkalian Rabun Dekat?
Keadaan ini adalah sangat kerap beralku dan melibatkan semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Rabun Dekat?
Simptom-simptom yang kerap ialah:

Objek dekat kelihatan kabur.
Anda perlu menjulingkan mata untuk melihat dengan jelas.
Anda mengalami mata letih, termasuk bata rasa terbakar dan sakit di sekeliling mata.
Anda mengalami ketidakselesaaan pada mata atau sakit kepala selepas membuat kerja jarak dekat dalam tempoh yang lama seperti membaca, menulis, kerja menggunakan komputer atau melukis.
Kanak-kanak mungkin tidak mempunyai simptom. Tetapi kanak-kanak dengan rabun yang teruk mungkin:

Mengalami sakit kepala.
Menggosok mata selalu.
Mengalami masalah membaca atau tidak menunjukkan minat dalam membaca.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda atau anda boleh amalkan vitamin yang diyakin berkesan.

Laman Utama
Kesihatan Mata
Kecacatan Penglihatan
Rabun Dekat
Definisi
|
Simptom-simptom
|
Punca
|
Faktor-faktor Risiko
|
Diagnosis dan Rawatan
|
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Definisi
Apa itu Rabun Dekat?
Rabun dekat ialah masalah penglihatan yang kerap berlaku di mana anda boleh melihat objek jauh lebih jelas daripada objek dekat. Kadar rabun dekat anda mempengaruhi kebolehan anda untuk fokus. Mereka yang mengalami rabun jauh yang teruk boleh melihat objek dengan jelas pada jarak yang sangat jauh, manakala mereka yang rabun jauh ringan boleh melihat objek dengan jelas pada jarak yang lebih dekat.

Rabun jauh kebiasaannya berlaku di waktu lahir dan cederung untuk berlaku di dalam keluarga. Ia boleh disertai dengan beberapa masalah seperti:

Mata juling;
Kualai hidup berkurang;
Mata letih.
Apakah kebarangkalian Rabun Dekat?
Keadaan ini adalah sangat kerap beralku dan melibatkan semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Rabun Dekat?
Simptom-simptom yang kerap ialah:

Objek dekat kelihatan kabur.
Anda perlu menjulingkan mata untuk melihat dengan jelas.
Anda mengalami mata letih, termasuk bata rasa terbakar dan sakit di sekeliling mata.
Anda mengalami ketidakselesaaan pada mata atau sakit kepala selepas membuat kerja jarak dekat dalam tempoh yang lama seperti membaca, menulis, kerja menggunakan komputer atau melukis.
Kanak-kanak mungkin tidak mempunyai simptom. Tetapi kanak-kanak dengan rabun yang teruk mungkin:

Mengalami sakit kepala.
Menggosok mata selalu.
Mengalami masalah membaca atau tidak menunjukkan minat dalam membaca.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?
Sila berjumpa doktor jika kualiti penglihatan anda mengganggu anda menikmati sebarang aktiviti. Doktor boleh menentukan kadar rabun dekat anda dan memberikan pilihan untuk membetulkan maslaah tersebut.

Jika anda tidak memakai cermin mata atau kanta sentuh, tidak mempunyai simptom mata bermasalah dan berisiko rendah mengalami penyakit mata, dapatkan pemeriksaan mata yang asas di umur 40 tahun. Kemudian, dapatan pemeriksaan pada jarak waktu berikut:

Setiap 2 ke 4 tahun antara 40 dan 54 tahun;
Setiap 1 ke 3 tahun antara 55 dan 64 tahun;
Setiap 1 ke 2 tahun bermula 65 tahun.
Jika anda berisiko kepada penyakit mata tertentu seperti glaukoma, kekerapan pemeriksaan perlu ditingkatkan kepada:

Setiap 2 ke 4 tahun sehingga umur 40 tahun;
Setiap 1 ke 3 tahun antara 40 ke 54 tahun;
Setiap 1 ke 2 tahun bermula 22 tahun dan seterusnya.
Kanak-kanak dan belia disyorkan untuk disaring sekitar setiap 2 tahun bagu mengesan masalah penglihatan.

Punca
Apakah Punca Rabun Dekat?
Rabun dekat berlaku apa cahaya yang memasuki mata difokuskan di belakang retina, bukannya langsung di atasnya. Ini menyebabkan mata yang terlalu pendek, kornea tidak cukup lekuk atau kanta terletak lebih belakang dari kedudukan normal.

Rabun dekat kebiasaannya berlaku dalam kalangan keluarga. Dalam kes yang jarang, sesetengah penyakit seperti retinopati dan tumor mata boleh menyebabkannya.

14/11/2021

Rabun Jauh

Rabun jauh merupakan sebahagian masalah kesihatan awam bagi seluruh masyarakat dunia sejak berdekad lalu. Sebagaimana di negara Asia seperti Singapura dan Taiwan didapati rabun jauh melibatkan 85% dan 90% daripada kalangan orang muda.

Manakala dalam kajian yang dijalankan terhadap murid sekolah di Malaysia, didapati prevalen rabun jauh bagi bangsa Cina adalah 42% dan Melayu 15%.

Rabun jauh adalah keadaan di mana cahaya yang masuk ke dalam mata terfokus di hadapan retina yang menyebabkan objek pada jarak jauh kelihatan kabur. Rabun jauh terjadi disebabkan bola mata yang terlalu panjang dan kuasa refraktif mata yang tinggi.

Gejala / Tanda

Berikut adalah gejala atau tanda yang selalu dialami oleh individu yang mengalami rabun jauh ;

Dapat melihat dengan jelas objek pada jarak dekat tetapi kabur bagi objek pada jarak yang lebih jauh
Menonton TV pada jarak yang terlalu dekat

Menggosok mata kerana objek yang dilihat tidak jelas

Mata kerap berair

Mengecilkan mata bagi melihat objek jarak jauh

Membaca buku pada jarak yang sangat dekat (kurang dari 30 cm)

Kerap sakit kepala.

Komplikasi

Rabun jauh yang tidak dirawat akan menyebabkan ;

Kanak-kanak akan menghidapi ambliopia / mata malas

Pelajar sekolah akan mengalami kemerosotan pelajaran akibat tidak dapat melihat dengan jelas tulisan guru di papan hitam di dalam bilik darjah

Individu tersebut mempunyai keyakinan diri yang rendah

Keselamatan diri dan juga orang di sekelilingnya terjejas. Ini boleh menjadi serius terutama jika anda memandu kereta atau mengendalikan jentera berat.

Mata cepat penat di mana anda akan mengecilkan mata untuk melihat objek pada jarak yang jauh seterusnya menyebabkan sakit kepala.

Kualiti hidup terjejas di mana anda mungkin tidak dapat melaksanakan tugas dengan selesa.

Rawatan

Masalah rabun jauh boleh dirawat dengan ;

1. Pemakaian cermin mata

2. Pemakaian kanta lekap

Kanta lekap yang dipilih perlu mengikut kesesuaian mata pesakit dan sesetengahnya mampu memberikan anda penglihatan yang lebih jelas berbanding cermin mata

3. Rawatan Orthokeratology

Rawatan di mana kanta lekap khas dipakai pada waktu malam bagi mengurangkan rabun jauh dengan mengubah bentuk kornea untuk tempoh masa yang tertentu. Apabila rawatan telah selesai, kanta lekap khas hanya dipakai pada waktu malam sementara pada siang hari anda boleh melihat jelas tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap.

4. Pembedahan refraktif

Pembedahan dilakukan oleh Pakar Oftalmologi di mana permukaan kornea diubah bentuknya bagi mengatasi masalah rabun jauh.

5. Amalkan Vitamin yang terbukti berkesan.

13/11/2021

Penyakit Katarak Mata

Bukan rahsia lagi, apabila seseorang semakin tua, mereka lebih cenderung mendapat penyakit. Katarak adalah masalah biasa terjadi dalam kalangan orang tua, yang menyebabkan kehilangan penglihatan dalam satu atau kedua-dua belah mata. Oleh itu, warga tua harus mengetahui ciri-ciri katarak mata, punca, simptom dan bagaimana untuk menjadi lebih baik selepas didiagnosis dengan katarak.

Apakah punca katarak mata?
Kanta kebanyakannya diperbuat daripada air dan protein. Protein disimpan dengan cara yang tepat yang mana memastikan kanta jelas dan membolehkan cahaya melaluinya.

Apabila semakin meningkat usia, bilangan protein mungkin bergumpal bersama dan membentuk kabus/selaput di kawasan kecil kanta.

Ini adalah katarak, dan dari semasa ke semasa, ia boleh menjadi lebih besar dan selaput lebih banyak daripada kanta, menjadikannya lebih sukar untuk dilihat.

Punca katarak adalah:

Radiasi ultraviolet dari cahaya matahari dan sumber lain
Diabetes
Hipertensi
Obesiti
Merokok
Sejarah keluarga
Menggunakan ubat kortikosteroid untuk tempoh yang lama
Kecederaan atau radang mata pada sebelumnya
Pembedahan mata terdahulu
Terapi penggantian hormon
Pengambilan alkohol yang banyak
Perubahan oksidatif dalam kanta manusia

12/11/2021

Tip Penjagaan Kesihatan Mata (Visual Hygiene)

Mata merupakan organ anugerah tuhan yang sangat berharga, oleh itu kesihatan mata perlu diambil kira sebagai salah satu daripada penjagaan kesihatan. Untuk memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang baik dan berpanjangan, kita perlu menitikberatkan soal kesihatan mata dan menjaga keseluruhan fungsi penglihatan. Kita perlu mendapatkan pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan fungsi penglihatan adalah baik.

Tip-tip penjagaan kesihatan mata

A) Ketika Membaca

Jarak membaca

Pastikan membaca pada jarak antara 30 hingga 40cm dari buku ke mata. Jarak yang terlalu dekat akan menyebabkan otot-otot mata menegang untuk memfokus. Hal ini boleh mengakibatkan sakit kepala.

Posisi badan ketika membaca

Posisi badan hendaklah sentiasa tegak. Jangan membaca sambil berbaring. Hal ini akan menyebabkan otot-otot mata terpaksa bekerja lebih untuk menfokus pada bahan bacaan. Mata akan menjadi cepat letih dan tidak dapat bertahan lama untuk membaca.

B) Pencahayaan

Cahaya yang mencukupi amat penting ketika membaca. Pastikan pencahayaan yang digunakan tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika membaca kerana akan mengganggu keselesaan dan kesihatan mata.

C) Makanan Untuk Mata

Pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata dan dapat mencegah daripada penyakit mata. Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama lobak dan brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.
Lobak dan tomato telah lama diiktiraf sebagai makanan yang baik untuk mata kerana sumber Vitamin A adalah sangat tinggi.

D) Amalan Senaman Untuk Mata

Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur melihat p**a objek yang lebih jauh, sejauh yang mungkin. Selepas itu lihat semula objek yang berdekatan anda. Ulangi proses ini beberapa kali.
Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah. Ulangi proses ini beberapa kali.
Setelah 1 hingga 2 jam berada di hadapan komputer, berhenti sekejap, lihat objek berwarna hijau di luar rumah atau pejabat anda, seperti pokok dan sebagainya. Warna hijau akan dapat menenangkan dan merehatkan mata anda.

E) Pengguna Komputer

Penggunaan komputer dengan cara betul dapat menjamin kesihatan mata yang baik. Beberapa panduan disediakan bagi pengguna komputer iaitu :

Kedudukan skrin komputer

Pastikan kedudukan komputer sama paras dengan mata dalam keadaan horizontal dan 30 cm dari mata.

Pencahayaan yang bersesuaian

Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlaku apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Pastikan pencahayaan di sekeliling komputer separuh lebih malap daripada cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang bersesuaian.

Kurangkan silau

Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.

Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang mempunyai penapis cahaya.

Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai ‘Anti-Reflection Coating’ (Multicoating) untuk meminimakan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stres pada mata.

Kelipkan mata dengan kerap

Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata menyejat dan mengakibatkan mata tidak mempunyai lapisan perlindungan. Fenomena ini disebut mata kering (Dry Eye).

Jika perlu, gunakan ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini boleh menjadi semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.

Rehatkan pandangan

Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkan otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stres pada bebola mata anda.

12/11/2021

Bismillah. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. 🙂🤲

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


12A-1 Jalan Puteri Bangi 2A/2
Kajang
43000