KIKA's Wardrobe : Tudung • Famili • Couple • Muslimah

KIKA's Wardrobe : Tudung • Famili • Couple • Muslimah

Share

Independent Distributor for Young Living Essential Oil

KIKA Jaya Enterprise (2509069-W)

Photos 05/11/2016

===============
PAGI PENUH BARAKAH
=====================

02/11/2016

Assalamualaikum wbt.

🌴ZIKIR HARI RABU🌴
AS TARGH FIRULLAH HAL A’ZIM
استغفرالله العظيم
~Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan hambaNya.

» Tiada modal dalam memulakan perniagaan… ini caranya. 22/05/2016

Ramai yang nak mulakan perniagaan, tetapi masalahnya tiada modal. Jangan cari alasan seperti kawan saya ini, kerana ada penyelesaiannya di dalam artikel ini.

- IK -

» Tiada modal dalam memulakan perniagaan… ini caranya. Hendak melakukan pinjaman perniagaan dari bank, waktu ini agak sukar, tidak seperti dulu. Ada juga yang bergantung kepada ingin mendapat bantuan modal.

Photos 13/05/2016

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produl itu? Iman dan Islam.

Kemudian p**a apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi nabi s.a.w di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Semestinya ramai pernah berputus asa berniaga. Tapi belajarlah rasa sakitnya jatuh, supaya kelak akan faham/rasai nikmatnya bangkit.

Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.

Tetapi sunnah pada perlaksanaan.

Sholawatt...

Sollua'lannabii...

‘Delayed Gratification’ Perkara Penting Untuk Usahawan Amalkan Di Dalam Bisnes 09/05/2016

Menangguhkan kehendak diri.
Ini cabaran utama seorang usahawan.

Have faith that Allah will give the best at the right time.

‘Delayed Gratification’ Perkara Penting Untuk Usahawan Amalkan Di Dalam Bisnes Sebagai seorang usahawan, antara perkara yang penting saya belajar daripada mentor-mentor saya adalah kepentingan ‘delayed gratification’ (menangguhkan kepuasan) sementara untuk masa depan bisnes. Konsep ini juga sama dengan seorang Muslim yang menangguhkan kepuasan dan bersabar di dunia untuk akhir...

Photos from Hijabista's post 05/05/2016

Sering tiada duit? Gaji banyak tapi tidak pernah mencukupi? Periksa diri.

Wallahu a'lam~

Photos 05/01/2016

Jangan takut jatuh!!

Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah.

Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.

SIMBOL DI BEKAS PLASTIK 02/01/2016

Ada maksud rupanya tanda pada plastik ni

PERHATIKAN SIMBOL INI DI BEKAS PLASTIK SEBELUM GUNA.

Adakah anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di bahagian bawah dengan lebih terperinci?

Adakah anda tahu apa gunanya nombor yang tercatat padanya?

Adakah anda rasa bahawa ia hanya untuk kitar semula?

Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH!

Sebenarnya kegunaan bilangan nombor tersebut adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam memberitahu BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut.

Kod nombor pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).

Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut.

Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

SILA KLIK PADA SETIAP GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kajang