herv_tanah_merah.wani

herv_tanah_merah.wani

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from herv_tanah_merah.wani, Health/Beauty, Kampong Tanah Merah.

Photos 31/10/2019

Double Cleansing adalah teknik mencuci muka melibatkan 2 langkah iaitu langkah pertama menggunakan oil based cleanser atau pembersih berasaskan minyak. Langkah ke 2 water based cleanser atau pembersih berasaskan air.

Biasanya kita hanya cuci muka dengan langkah ke 2 sahaja kan? Tapi sebenarnya kedua dua langkah ini penting sebenarnya bagi memastikan kekotoran dekat kulit kita benar benar dinyah bersih sebelum memakai toner, pelembab dan lain lain tu.

Pembersih kulit berasaskan minyak bertindak menghapuskan minyak solekan, pelindung suria, sebum dan sebarang kekotoran lain.

Pembersih muka berasaskan air seperti pembersih berbuih tu, bertindak meleraikan kekotoran berasakan air seperti peluh dan kekotoran.

Jadi, selama ni yang kita hanya guna pembersih berasaskan air sahaja silalah tambah 1 lagi produk pembersih berasaskan minyak juga ye. Nak cantik kann 😉

CikAni dah start berdouble cleansing. Rasa lain sangat, bersih dan yang best lembut je muka, belum pakai pelembab lagi tu.
Korang bila lagi nak cuba?

Photos 31/10/2019

Apa itu DOUBLE CLEANSING METHOD

Double cleansing bermaksud kita cuci muka sebanyak 2 kali .

Caranya :

1. Cucian pertama dengan oil cleanser .
2. Cucian kedua dengan water based cleanser .

Kaedah nak guna oil .

1. Pastikan tangan dan muka kita dalam keadaan kering , dan bukan lembap .Wajib kering baru method ini berkesan .

2. Urut muka bagi oil cleanser tu buat kerja . Selepas dah urut letak sedikit air untuk pecahkan molekul minyak tadi .Bila letak air minyak tadi akan tukar jadi warna putih .Yang ni di panggil emulsify .Teruskan urut muka , lepas dah rasa ok , Boleh bilas dengan air .

3. Next step proceed dengan water based cleanser .


Berapa kali perlu buat double cleanser ?

Sejujurnya bergantung pada kulit masing-masing .

1. Ada yang pakai setiap hari .
2. Ada yang pakai seminggu 3 kali .

Sebab setengah kulit dia macam tak boleh nak tolerate bila double cleansing hari-hari .

Kalau makeup tebal wajib double cleansing .


Kelebihan double cleansing

1. Mengurangkan segala whitehead dan blackhead.

2. Membersihkan kulit sampai ke dalam pori yang mana cleanser biasa tidak boleh buat .

3. Minyak menarik minyak .Air menarik air .Yang bermaksud segala jenis makeup yang kita guna dari bedak,foundation, sunblock asasnya adalah minyak .Semua tu lagi berkesan dengan oil cleanser dia cuci habis habisan .Sebab bila tak bersih sebab itu yang jadi pori tersumbat dan ke arah breakout .


Kulit berminyak sesuai ke ?

Semua jenis kulit sesuai buat double cleansing .Melainkan ada elergik dengan certain bahan soo kena elert .

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kampong Tanah Merah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kampong Tanah Merah
17500